06
12.36 pagi.
Dedaun pintu dikuak dari luar. Yena yang lena terbaring dengan selimut menutupnya di sofa menangkap perhatiannya. Mingyu menggosok matanya dan menguap beberapa kali. Letih gamaknya kerja tak berpenghabisan ketika seharian di pejabat.
"Punyalah beria kata nak makan steak. Wow, steak sangat. Steak 50 kg atas sofa. Aku dah kata, pergi naik atas. Berapa kali nak ulang aku balik lambat... Bantal?"
Mingyu memejam buka mata beberapa kali. Ingatkan Yena.. Yena si budak tak guna. Dah kenapa buat orang palsu?
"Yena, Yena.. Ada je lah benda merapu dia buat hari-hari."
Mingyu menapak naik ke atas dan masuk ke dalam bilik tidur mereka. Pandangan yang separuh tertutup itu terbuka luas sebaik sahaja melihat Yena. Hampir melatah Mingyu dibuatnya!
"Ommaya- Yah! Han Yena! Kau dah buang tabiat apa pakai google masa tidur-"
Mingyu menampar mulutnya perlahan.Nasib sempat dia mengawal nadanya. Kalau tidak habis satu perumahan bangun disebabkan dia. Yena si mereng!
"Mmm- Kau dah balik ke.. Kenapa aku tak nampak ni.. Aku dah buta ke? Mingyu kau ke tu?"
Yena menggagau memikirkan dia sudah buta. Susah jaga budak besar ni, rasa nak hempuk-hempuk kalau boleh - Kim mingyu,2020.
"Yang kau pakai google sampai masuk tidur ni dah kenapa? Menyelam dalam mimpi? Sampai tak laut dekat busan tu? Sejuk tak air?"
Mingyu membuang google Yena perlahan-lahan. Nasiblah bini aku yang yang sorang ni comel. Kalau tak, aku hantar pergi bulan. Biar alien je lah jaga. Yena dan habitatnya yang dilupakan.
"Eoh? Kenapa eh? Aku tak ingat la.. Kau pergilah mandi. Busuk masam.. "
"Teman mandi.."
"Mandi tu siapa? Tak kenal. Bye, nak sambung tidur ."
Mingyu mengalah, malam ni dia tak ada kuderat nak bertekak dengan Yena. Kalah pun tak apa lah. Terus dia membuang pakaian dan masuk ke bilik mandi.
Yena sebenarnya acah sahaja. Dia bukan tidur lagi pun. Telefon pintarnya dibuka. Pantas jari kecilnya menaip butang-butang huruf yang ada.
"Cara.. nak.. buatkan.. suami.. suka.. pada.. kita.. di.. waktu.. malam.."
Tidak tahulah Yena ini kurang cerdik atau sengaja jadi kurang cerdik, tapi itulah yang ditulis dengan penuh keazaman, nak pikat hati si rambut merah!
"Omo omo omo omo omo- Kenapa baju macam Kim Kadarshian je semua ni?"
Sejenak dia memandang baju tidurnya dan carian yang keluar di telefon bimbitnya. Jauh langit dengan bumi. Matanya meleret ke arah rak baju mereka.
"Patut ke? Ke tak? Tapi macam patut.."
Yena mengambil keputusan yang amat sukar, dia memilih untuk menukar baju tidurnya kepada yang lebih menampakkan tubuh. Apa salahnya? Mereka kan sudah berkahwin.
Yena pantas menyarung baju satin tanpa lengan berwarna ungu gelap yang dia dapat sebagai hadiah perkahwinan mereka. Dia meneguk liur melihat badannya sendiri.
"... Ni baju ke sapu tangan, kenapa pendek sangat- aughh.."
Bunyi air di bilik mandi sudah terhenti. Tahu sajalah Mingyu akan keluar beberapa saat dari sekarang. Yena berdoa di dalam hati moga-moga melekat dia dengan Mingyu.
Bunyi tapak kaki keluar daripada bilik air menjelmakan Mingyu dengan tuala di badan dan di tangannya mengelap butir-butir air yang membasahi rambutnya.
".. Mingyu.."
"Eoh? E-Eoh?.. "
Mereka berpandangan sesama sendiri. Mingyu meneguk liur melihat penampilan Yena yang jauh berbeza. Dia memang tidak menyangka Yena akan kelihatan cantik sebegitu. Merah padam muka mereka berdua. Yena berjalan mendekati Mingyu yang terpaku.
"Kau.. buatlah apa kau nak. Kita pun dah kahwin."
"Betul ni?"
Mata Mingyu mencari anak mata milik Yena, dia takkan sentuh Yena selagi Yena tak sedia. Dia tahu perkahwinan mereka berbeza dengan orang lain tetapi malangnya dia tidak dapat mencari apa yang dia inginkan dalam mata Yena.
Mingyu menarik tangan Yena untuk duduk di katil. Cinta bukan sekadar memikirkan apa yang perlu diberikan secara batinnya, cinta bukan sekadar keinginan dan rumah tangga bukan sekadar kepuasan, rumah tangga lebih daripada itu.
"Aku nampak kau tak sedia lagi. Kau tak perlu rasa terbeban dengan benda normal pasangan lain buat. Kita ni lain dengan diorang. Kenchana, kita tak perlu terburu-buru, eoh?"
"... Betul ni?"
"Betul. Bila kita sama-sama dah sedia, kita jadi satu. Malam ni, kita tidur je eh?"
Yena mengangguk perlahan. Betul juga apa yang dikatakan Mingyu. Mingyu memeluk Yena kejap. Rasanya makin mekar sayangnya pada Yena.
"Gomawo, sebab tak putus asa dengan aku."
Hati Yena juga mula berbunga.
Mungkin, satu hari nanti?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro