05
Mingyu menyelak helaian kertas yang berada di atas meja. Mukanya berkerut seribu, seperti ada yang tidak lengkap. Berulang kali dia menyelak helaian-helaian kertas tersebut. Sah! Mesti tertinggal dalam bilik kerja!
"Nak balik ambil dekat rumah ke nak suruh Yena hantar? Kesian pula kalau suruh Yena, dia tu bukan ada lesen pun. Baliklah."
Segera Mingyu berkemas untuk mengambil kertas kerjanya. Sooji yang berada di bilik sebelah ditelefon pantas, risau pula ada yang mencari.
"Sooji-ah, aku balik rumah kejap ambil file lakaran bangunan KF. Lagipun nak dekat time rehat, aku lunch dekat rumah je tau?"
"Mingyu ni, kata nak makan dengan Sooji. Sooji nak jugak makan sushi dengan Mingyu!", Sooji merengek.
Eh perempuan ni? Aku tembak kang.
"Aku utamakan wife aku berbanding assistant. Kau makanlah dengan si Seokmin tu. Budak tu pun suka kau. Jangan kacau orang dah kahwin, bye!"
Pantas Mingyu meletakkan telefon ke bawah. Naik lemak betul! Dah tahu Mingyu sudah berkahwin, galak macam valak nak tackle jugak. Dasar perempuan jeruk on the way beruk!
Kereta yang di parkir di tingkat bawah dipandu laju. Tak sabar pula rasanya hendak pulang ke rumah. Setakat ni memang dia tak pernah lagi pulang ke rumah sebelum tengah malam. Agaknya, apalah si Yena ni masak? Entah masak ke tidak?
Jalan agak lengang memandangkan hari ini hari kerja, dan tak ramai manusia gila macam dia yang balik rumah semata-mata untuk makan tengah hari ft. file KF. Kereta di parkir kemas di halaman rumah.
"Aik, cepat balik? Ponteng kerja ehh?"
Mingyu mencari suara Yena tetapi tidak pula keluar daripada dalam rumah. Susuk tubuh yang berjalan masuk ke halaman rumah dipandang tanpa lekang.
"Kau dari mana?"
Mingyu dan Yena sama-sama berjalan masuk ke dalam rumah.
"Rumah sebelah."
"Oh.. Hensem?"
Yena mengangguk, Mingyu apa lagi? Mendecit.
"Kau nak tahu, perempuan yang mula-mula aku ingat mak dia tu rupanya wife dia."
Mahu tersembul biji mata Mingyu mendengarkan kata-kata tiga suku Yena. Biasalah, si Yena ni memang selalunya tak betul tapi kalau bab gossip sememangnya perempuan lagi pakar. Adakah ini benar?
"Seriuslah?"
"Of courselah. Wife-likely, maid."
Yena senyum hingga ke telinga. Giginya perlahan-lahan mula menunjukkan diri. Rasanya, dua-dua sama tiga suku, sama-sama tak berapa nak betul.
Seperti biasa Mingyu menanggalkan kot dan stokin, pantas dua kain itu di campak ke atas sofa.
"Masak apa?"
"Air, nasi, perangai kau."
"Belum lagi la ni? Aku lapar la.."
"Tunggu kejap, aku masak Kimchi fried rice. Kau nak cepat kan? Ha, bersyukurlah itu benda paling cepat aku boleh masak."
Yena terus bergegas ke arah peti ais. Dia pun tak berapa nak ingat apa yang ada di dalam peti. Bukannya tak pandai masak, cuma jarang-jarang. Biasalah, dulu sendiri. Sekarang? Suap jerung.
"Stew kimchi? Nak kuah.."
"Kalau memilih, dapur ni boleh jadi mister DIY."
"Okay.."
Mingyu naik ke atas untuk mengambil file KC. Entah, terasa berlengas pula badan. Terus dia bergegas ke bilik mandi. Selesai sahaja mandi, terus baju kerjanya dipakai kembali.
"Dah siap ke yena?" , Mingyu menjerit dari atas.
"Jap! On the way, on the way!"
Mingyu turun ke bawah perlahan. Mata Mingyu tertancap pada belakang tubuh milik Yena. Yena yang lincah bekerja di dapur di pandang lama. Masa pula seakan berhenti.
Yena memang nampak seperti perempuan idaman. Rambut hitam pekat, elok pula apron tersarung pada badan comel itu . Yena nampak je ganas, tapi.. Dia memang baik.
"Sejak bila nasi goreng tambah air pulak ni?"
"Dah kau nak makan, aku buat la stew kau tu. Cepat siap pun sebab satu mangkuk."
"Habis, kau punya?"
"Aku nantilah masak lain. Aku nak makan steak."
Mingyu hendak telan sahaja si Yena ni. Sanggup bagi suami makan nasi dengan stew sedangkan dia nak makan steak? Mana boleh! Ini tidak adil!
"Main-mainlah. Tak payah la nak workout sangat. Aku tak rasa nak makan."
"Aku suap."
"Ish, benda tu dah la sikit. Tak payah, kau makan sorang."
Sudu yang yang digunakan Mingyu untuk mencedok nasi kini tepat di dalam mulut Yena. Yena mengunyah perlahan. Makan pun kena paksa ke? Mingyu tersengih.
"Indirectly kiss, terima kasih dekat aku nanti. Sedap kan?"
"Gatal. Sedaplah, aku yang masak."
"Lagi sedap sebab sudu aku."
Yena memukul lengan Mingyu. Buat orang tercekik je masa makan mcam ni! Yena pantas mencari air untuk melegakan tekak. Mingyu apa lagi? Gelak lah. Dasar!
"Eiii mianglah dia ni!"
Yena merenung Mingyu seketika. Mingyu automatik berhenti menyuap. Mulut Mingyu memang besar. 5 kali suap hampir kosong mangkuk.
"Apa? Nak ke?"
"Kau dengan perempuan tadi pagi ada affair eh?"
"Ah, Sooji? Dia suka aku."
"Oh..."
Yena bermain dengan pemegang cawannya yang berada di tangan. Entah, rasa pelik pula bila ada orang lain sukakan suami sendiri.
"Aku tak suka dia pun."
"Tak tanya", Yena tersenyum kecil.
Ralit pula melihat Mingyu Makan. Mungkin betul apa yang orang cakap. Aura berdua memang lain. Biarlah putik-putik cinta memekar. Tak salah jatuh cinta dengan suami sendiri. Kan?
"Hah! Aku cakap dengan sudu."
"Fine."
Habis sahaja suapan terakhir Mingyu, cepat-cepat Yena mengemas meja makan. Dia pun teringin nak hantar Mingyu sehingga ke pintu hadapan rumah . Macam dalam drama tu.
"Aku balik lewat. Tak payah tunggu."
Kasut di sarung kemas. Tali lehernya yang senget dibetulkan oleh tangan lincah milik Yena. Mingyu tersengih gembira, mungkin dia fikir bagus ada orang gaji tak berbayar, atau mungkin juga Mingyu sukakan fakta hidup berdua.
"Nak tunggu jugak."
"Apahal? Ada apa malam ni?"
"Ada aku dengan kau."
Hujung hidung Yena di calit hujung jari Mingyu. Bahunya pantas berlaga bahu Yena. Halah, halah kau Yena! Malu aku!
"Kata tak suka aku? Dah suka ke? Dah fall in love? Ada hearteu, hearteu?"
"Aku nak makan steak depan kau. Wek!"
Tak jadi nak sweet. Memang si Yena pandai potong segala mak nenek jenis benda. Baru nak jadi kucing!
"Motif?"
"Double protection of indirectly kiss."
"Tu je motif kau? See you."
Satu ciuman melekat pada bibir Yena.
"WOI, RASA KIMCHI!"
Mingyu ketawa galak. Comel!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro