Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

04

Mingyu sudah selamat berlepas ke tempat kerja. Yena menarik nafas dalam, dia perlu terima hakikat yang mereka ada hidup privasi masing-masing. Yena perlu hormat privasi Mingyu, ya, dia memang perlu.

Kain yang sudah selesai berpusing di dalam mesin basuh di letakkan di dalam bakul. Bakul pun dah penuh, apa lagi? Sidai baju daa. Pantas Yena bergerak ke penyidai di luar rumah. Bayangan jiran sebelah rumah mula terpacul keluar. Eh, mamat handsomelah..

"Jiran-nim, semalam penyidai awak jatuh. Minta ampun sebab tresspassing. Saya nak betulkan penyidai jiran-nim je!"

Dari jauh lelaki itu menjerit dengan senyuman. Cantiknya senyuman dia.  Haih, kalaulah Mingyu pun boleh senyum 24 jam macam tu, mesti lagi menarik, lagi handsome si rambut merah tu.

"Gumawoyo, jiran-nim! Apa nama awak?"

Yena memulakan langkah. Lagipun memang dia dah lama nak tanya nama jiran sebelah. Tidak lah kekok hendak memanggil 'jiran-nim'.

"Saya Wen Junhui! Awak, apa kata kita bersembang dekat rumah saya? Saya penat menjerit macam ni! Keol?"

"Nae,  keol!"

Boleh tahan juga perangai budak Junhui ni. Untung betul siapa yang dapat dia, perfect dari depan sampai belakang, atas sampai bawah!

Yena menghabiskan misi sidai kainnya terlebih dahulu. Kalau kita biarkan kain terperap lama tak bersidai, lama-lama boleh ternak kulat. Kulat tu nanti perang dengan badan kita, dapat tanah sendiri. Tak pasal badan kita pula jadi rumah baru!
Langkah di atur kemas ke arah rumah Junhui. Rumah Junhui sememangnya nampak elegant dan modern. Nak kata besar tu, sama sahaja besarnya dengan rumah Yena sendiri. Reka bentuk itu yang menawan! Tidak lama dia menunggu, Junhui membuka pagar rumahnya.

"Masuklah. Jangan risau, isteri saya pun ada dekat dalam."

Isteri? Jadi orang yang selama ni diingatkan eomma Junhui ni, isteri dia lah? Okay Han Yena, never ever again judge a book by its cover!

"Ah, nae.."

Perempuan yang di sangkakan 'eomma' rupanya 'isteri' Junhui datang bersama sedulang air. Pelik benar isteri Junhui ni, lain macam sahaja perangainya. Bersalam tidak, angkat mata pun tidak.

"Isteri..?"

"Eh? Ni maid sayalah, haha."

Ah.. Boleh tahan bodoh juga kau ni Yena. Masakan Eomma, isteri dan maid pun dia boleh keliru? Apa-apa pun, never judge a book by its cover, its colour and its size!

"Isteri awak mana?"

"Oh.. Saya tak kahwin lagi lah. Saja cakap macam tu, kalau tak sampai subuh esok pun awak tak nak jejak kaki awak dalam rumah saya."

Eh, dia ni? Boleh pulak kelentong aku?  Yena meneguk rakus air yang berada di depan mata. Bukan dahaga sebab letih sidai kain, rasa panas terbakar sebab asyik kena tipu!

Junhui ketawa melihat gelagat Yena. Perlahan kaki panjangnya disilang dan dia menguntumkan senyuman manis kepada Yena. Sengaja dia kenakan Yena, mana tahu, melekat.

"Nama awak?"

"Oh, tak cakap lagi eh? Saya Han Yena."

Mereka berjabat tangan sekali kali, sebagai tanda salam perkenalan. Mata Yena meliar melihat kawasan rumah Junhui. Mana pernah dia masuk rumah lelaki bujang. Stigma lelaki bujang tak pandai urus diri memang jauh berbeza dengan Junhui. Percayalah, he's better than girls!

"Pindah dengan suami eh?"

"Haah. Kitaorang baru je kahwin. Dalam.. Nak dekat seminggu jugaklah."

"Seronok ke kahwin?"

Junhui sempat senyum sumbing memikirkan soalannya sendiri. Boleh pula dia ajukan soalan cepu emas buat kali pertama jumpa. Sudahnya ketawa pula tu. Alahai comelnya kau ketawa Jiran-nim- ops, Junhui-shi!

"Mwo.. Macam rollercoaster, haha."

"Eh?", Junhui mengerutkan dahinya.

"Tak taulah nak cakap macam mana. Marah, sedih, gembira, semua ada. Upside down, siap tumbling."

Junhui mula bersila di atas sofa sambil menongkat dagu.

"Macam mana awak boleh jatuh cinta dengan suami awak? Awak janganlah malu-malu, anggap je kita ni kawan yang terpisah dek jarak masa. Syuup! Kita kawan ok? Saya guna banmal eh?"

Yena mengangguk pantas tanda setuju. Rimas juga nak ber nim dengan si jiran masuk air ni. Lagi selesa pun berborak kalau letakkan kata hormat.

"Sejak bila weh?"

"Weh? Kali pertama terus , weh? Haha."

"Alah kau ni, kata kawan? Cepat lah, aku teringin nak tahu ni!"

Gamaknya Junhui ni memang mesra alam. Selamba betul dia guna kau aku padahal baru jumpa tak sampai 20 minit. Hai labu, ikut sajalah!

"Okay, sebenarnya kali pertama jumpa dia dekat baseball match. Masa tu kitaorang berdua memang competely tak kenal langsung satu sama lain, stranger lah kan. Tiba-tiba, dia duduk sebelah saya-"

"Tch! Aku! Bukan saya!"

"Okay, aku. Aku pun macam, okay, normal lah kan duduk in crowds macam tu. Dia ni macam outstanding sikit, sebab rambut dia merah, aku assume mamat ni trainee ke apa, sebab muka husband aku tak boleh dinafikan, memang handsome pun."

"Eii, puji laki."

Satu ayat daripada Junhui memecahkan tawa Yena. Serius, bunyi macam kawan lama Yena, si Seungkwan yang kaki gossip!

"Instead of husband, laki? Kau ni memang out of league aku lah. Trained kepoci?"

"Actually, well-trained pak cik bawang. Dah-dah, sambung!"

Junhui berkedip-kedip matanya, apa lagi kalau bukan arahan menyambung cerita panglima Mingyu dan puteri Yena?

"Haha okay, then kau tahu kan, dalam baseball match, masa rehat tu diorang akan ada couple shot? Yang terpampang besar dekat skrin tu? Tak pasal muka aku dengan dia keluar dekat situ.

Semua orang pun excited duk ppeo ppeo hae situ, dia pun kiss aku. Like, stranger kiss aku?! Aku memang tak expect langsung lah mamat rambut merah tu nak kiss aku dekat situ, dan dia senyum lepas peck tu?! Kau tahu aku hampir nak lepuk kepala dia? Honestly, memang dah macam mamat byuntae aku tengok dia."

"Bestnya kau, ada orang nak kiss."

Yena mengerutkan hujung dahinya.

"Dah kenapa pulak?"

" Kau tahu, aku dah lama hidup membujang. Ye lah, macam yang kau nampak sekarang. Aku ni memang lah handsome, baik, sopan, tapi masalahnya aku ni slightlyyy, lembut. Tak bermaksud aku bukan lelaki, tapi slightly lembut."

"What's wrong with lembut?"

Junhui pula yang rasa tidak percaya. Tak pernah pula dia dapat reaksi sebegitu. Biasanya awal-awal mereka sudah pakai kasut, lari keluar bila tahu dia lembut. Junhui menarik nafas dalam.

"Lembut tu kan lembik."

"So, kau rasa kau lembik ke? Takkan? Lembut tu seribu kali ganda lebih baik daripada perengus, kaki pukul. Kau cuma soft-spoken, tapi itu tak bermakna kau bukan lelaki. Bagi aku, kau ok je. You're still a man. Kau charming la, in your own way."

Jantung Junhui mula mengepam darah laju ke seluruh wajahnya. Junhui yakin mukanya memang merah ketika ini. Junhui, jaga hati kau kau baik-baik, dia isteri orang.

Mata Junhui kembali menyorot ke arah Yena. Mereka berborak sehingga terlupa akan masa yang berlalu. Terlalu asyik bercerita mengenai masa silam dan perkara-perkara lucu, detikan jarum jam menunjukkan angka 12 menyedarkan mereka.

"Eh, dah pukul 12 la. Aku punya kerja tak siap lagi. Aku balik dulu la tau? Esok kita sembang lagi, park cik jemah!"

"Ye lah, mak cik busybody!"

Junhui memang out of league. Haha!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro