03
Angin menderu, mengibaskan langsir di tingkap naik ke atas dan ke bawah. Ikut hukum fizik, itu Prinsip Bernoullie. Baru pukul 8 pagi, tapi rasanya macam Mingyu dah pergi kerja. Yena sememangnya ingat apa yang berlaku semalam dan.. Wei, sumpah malu!
Rambut ikal separas pinggang ditocang satu. Rimas dengan rambut hitam yang menghalang pandangan. Hari ni, hari masuk kerja, macam biasa. Hari masuk kerja bersamaan dengan hari perah otak sedunia! She was diagnosed with Hoarding Disorder , and she earn through it!
"Awal kau bangun.. Yeay na?."
Mingyu meneguk segelas susu yang berada di dalam genggaman tangannya. Menampakkan bekas putih di sekeliling bibirnya. Sejujurnya, nampak euwws sebab Mingyu berjambang. So, dia tak pergi lagi lah ni?
"Ye lah, aku masuk kerja kot hari ni. Thanks pasal semalam, yeay gyu."
Mingyu hanya tersenyum nipis,"Most most most and well most, welcome."
Buah epal hijau yang sudah mula bertukar merah di capai. Pagi-pagi ni kalau dapat ngap epal hijau ni memang sedap! Belum sempat epal itu digigit, Mingyu sudah merampas pantas. Eh dia ni, epal banyak lagi, aku punya juga nak sebat?
"Lilin. Nak makan, buang kulit dulu."
"Sedap apa lilin? Meow!"
Hampir jatuh gelas susu yang dipegang Mingyu. Dia tak biasa dengan gelagat perempuan acah comel ni. Kemungkinan untuk otak dia proses cuma ada dua. Tampar, atau gelak.
"What meow, ha?"
Senyuman Mingyu melebar. Ini yang aku suka pasal Mingyu. He is panas baran, perengus, tapi! Sense of humor dia bagus.
"Hm.. Aku rasa kita kena buat perubahan la dekat kau."
Terangkat kening Mingyu sebelah. Wajah Yena tak dapat di tafsir. Of course kau tak faham punya, Kim Mingyu! Aku ada plan baik punya untuk kau!
"Ikut je lah! Banyak songeh pulak."
Lengan Mingyu ditarik sehingga ke bilik air. Mingyu menelan liur, lain macam sahaja Yena hari ni. Tahulah dia cempung Yena semalam, tapi takkan lah hari ni dah semacam..
"Ok mula-mula, kau duduk atas singki."
Mingyu hanya menurut tanpa membantah. Pergerakan Yena ke kiri dan ke kanan di lihat tanpa bergerak. Yena kembali dengan tuala, krim pencukur dan pencukur. Ok, dah tahu minah ni nak buat apa.
"Yena, kalau takat cukur jambang, aku pun boleh buat sendiri. Kau ni buat suspen je."
Yena ketawa mengekek.
"Aku teringin nak cuba. Tengok dalam drama, macam syok je. Takde luka, promise! Tapi mula-mula sekali antara semua benda, minum pun comot ke?"
Kain di lap pada bekas susu yang terlekat pada sekitar misai nipis Mingyu. Posisi mereka memang sangat hampir antara satu sama lain. Mungkin jaraknya.. 5 cm? Wahai hati, wahai jantung, bersabar dulu Yena! Jangan pecut lebih halaju!
"Kau duduk sini. Kau tu dah la pendek, tak nampak nanti, aku pulak yang kena bebel. Kau shave jambang aku elok-elok! Salah, aku saman kau!"
Tangan Mingyu ligat mengangkat tubuh kecil itu supaya berada sama paras dengannya. Saman, saman! Ingat polis trafik ke? Memandangkan Mingyu tu galah, tinggi tahap gunung Everest pecah tiga, dia perlu menurut!
"Awaknya, tunduk la sikit. Manalah saya nak sampai kalau awak jauh macam tu!"
"Beria saya awak. Menyampah aku."
Bebola mata Mingyu digulingkan. Dia menunduk supaya jarak di antara mereka semakin kecil. Nasiblah segala designnya sudah siap, boleh la buang masa buat kerja tak bermanfaat macam ni.
Yena membuka tocang rambutnya, menampakkan rambut hitam ikal mayang. Mingyu terkesima. Cantik juga manusia yang bernama Yena ni. Mata bundar, kulit putih, rambut hitam pekat... Eh! Kau mengarut apa Mingyu!
Fokus Yena bertumpu pada Mingyu. Krim pencukur di sapu dengan berhemah. Perlahan pergerakkannya tapi sememangnya sangat cekap. Tangannya melayang pada wajah Mingyu, mencukur jambang-jambang setebal 1cm itu.
Yena merapatkan lagi dirinya. Dia kadang-kadang memang ada masalah 'perfectionist'. Tak selalu datang, tapi once dia datang, bakal mati apa sahaja yang dia lakukan, memang to her fullest!
"Kau ada terfikir nak kahwin lain?"
Soalan Yena yang sememangnya tiba-tiba itu membuatkan Mingyu sedikit terkebelakang tetapi tangan Yena yang kosong pantas menariknya rapat. Kalau Mingyu bergerak, memang dah sah bertampal muka dia nak pergi kerja nanti!
"K-Kau c-cakap apa ni?"
Yena tersenyum kecil.
"Tak mustahil. Kita kahwin bersebab. Aku tahu kau tak sayang aku. And I admit, I don't love you too."
Yena berjeda.
"Cuma aku risau, love will bloom. Dan masa tu aku takut kalau kau tinggalkan aku. Aku tak nak jadi perempuan lembik, menangis untuk cinta."
Mingyu menatap dan cuma menghadap bait Yena satu persatu. Dia sendiri tak menyangkal apa yang dikatakan Yena. Semua tu boleh berlaku. Tapi..
"But, what if we love each other? Valid? We can try.. Right?"
Mingyu merenung Yena. Pandangan mata mereka bertaut. Tangan Yena juga turut terhenti, anak mata milik Mingyu ditenung dalam. Dia nampak bayang-bayang dia dalam mata Mingyu.
Tangan Mingyu mula terapung di awangan dan membelai lembut raut wajah Yena. Rahang Yena di elus lembut. Wajah mereka semakin rapat.
"Because I'm afraid somehow you will leave me first."
Satu ciuman melekat pada bibir Yena. Sebaik sahaja mereka berkucup, Yena menolak Mingyu jauh-jauh dan terus dia turun dari singki. Wajah Yena memerah. Bukan dia tak suka, dia-
"YAH KIM MINGYU! Habislah muka aku! Shave cream kau banyak lagi lah, sengal!"
"Ah- Hahahahaha!"
Dah macam Yena pula yang bercukur gayanya. Penuh krim pencukur pada wajah Yena. Mingyu sudah sesak nafas melihat muka Yena yang merah padam menahan marah.
"Sini, aku bersihkan."
Mingyu menarik pinggang Yena supaya rapat dengannya. Buih-buih dibuang dengan jemarinya, dan tuala basah di lap pada wajah Yena.
"Ok, bini aku dah settel shave jambang dia! What a unique wife!"
Satu sepakan diberikan kepada Mingyu, "Ha, aku dah cakap. Kan dapat."
Mingyu kembali ketawa. Sudahnya, jambangnya hanya sempat dicukur separuh. Separuh lagi dibiarkan dipenuhi krim pencukur.
"Kau nak suruh aku buat before after ke macam mana? Buat kerja separuh jalan, lepastu tinggalkan aku? Banyaklah kau! Habiskan!"
"Ergh, dasar cengei! Kerja nak marah je!"
Yena menyambung sehingga siap. Mereka berdua keluar dari tandas bergelak ketawa. Mana tidaknya, ada ke patut Yena lupa flush jamban sendiri? Memang kena basuh la dengan Mingyu. Paling hardcore, toilet sekangkang kera di jadikan tempat kejar mengejar ala-ala Bollywood, main cak cak dalam bath tub!
Mingyu menolak muka Yena dan mereka kembali ketawa. Entah apalah yang dibualkan, tapi yang pasti mereka berdua sememanya makin rapat. Orang kata, tali keakraban tu makin terbina bila kita luangkan lebih banyak masa bersama.
Yena melihat ke arah Mingyu yang sedang berdiri tegak di hadapannya. Katanya Mingyu sengaja nak suruh Yena belajar ikat tie, sebab dia sendiri malas nak ikat. Dasar rambut merah betul!
"Yena, kau jangan buat origami dengan tie aku boleh tak? Aku suruh ikat tie, bukan buat kapal air!"
Yena mendecit.
"Kan aku dah cakap aku tak reti. Kapal aku retilah!"
Mingyu menggeleng berkali. Tangan Yena digenggam kejap. Cepat sahaja Mingyu menunjukkan cara ikatan yang betul. Yena pula dah macam kena campak dalam gunung berapi, muka merah habis!
"Kiri yang panjang, kanan pendek. Then, kanan atas kiri, kau pusing, ketatkan, buat another pusingan, kemaskan bagi triangle shape dia kemas, siap! Faham?"
Mingyu menolak muka Yena lembut kemudian dia ketawa. Loceng rumah mereka berbunyi secara tiba-tiba. Mereka berdua memandang ke pintu utama.
"Aku buka pintu, kau tolong ambilkan blue print atas meja dengan beg aku, tau?"
Yena mengangguk. Segera dia mencapai blue print milik Mingyu dan beg kerjanya. Entah mengapa, keluar sahaja daripada bilik Mingyu, terasa bagai hatinya dihentam dengan batu dan dilibas dan tamparan.
"Perempuan.. Lain. Mesra betul."
Yena hanya tersenyum lemah.
"Aku dah cakap Mingyu, jangan jadikan aku perempuan lemah yang menangis sebab aku sayangkan kau. Jangan mulakan, Mingyu. Aku tak kuat."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro