Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

🦋 lapan.

Saat ini aku sedang duduk di tepi meja guru di depan kelasku. Tadi selesai saja Ustaz Fadhlan mengajar, namaku dipanggil ke hadapan untuk menjawab kuiz bulanan bagi subjek Balaghah.

Kuiz yang ustaz ni buat adalah secara lisan. Dia menyoal beberapa soalan dan aku hanya perlu menjawab dengan lisan.

Keluhan terlepas dari bibir Ustaz Fadhlan. Aku hanya tersengih minta penampar apabila semua soalan yang diajukan olehnya sebentar tadi langsung aku tak dapat nak jawab.

"Anti tahu tak, zaman sekarang ni, kalau nak jadi model pun kena ada diploma tau sekurang-kurangnya. Bukan setakat SPM je. Kalau nak harapkan muka je cantik, tapi takde kelulusan, elok jadi suri rumah je," ayat Ustaz Fadhlan itu mematikan sengihanku.

Relaks la ustaz. Ustaz tak tahu ke? Kawan saya ada yang dah jadi model pun sekarang ni even belum ambil PMR apatah lagi SPM.

Tapi member saya tu cuma jadi model sambilan je buat masa sekarang sebab dia masih bersekolah. Lagi satu, kalau sekadar jadi suri rumah sekalipun, berdosa ke?

Saya tanya ni ustaz. Berdosa ke kalau jadi suri rumah? Gema hatiku berbicara sendiri.

"Anti kena ingat, anti ni pengawas. Jadi kenalah bagi contoh dan teladan yang baik kat pelajar lain. Tunjukkan prestasi yang cemerlang. Kalau anti sendiri pun tak dapat nak jawab soalan yang senang macam tadi tu, inikan pula pelajar yang lain. Dah, anti boleh balik tempat duduk anti."

Akhirnya habis juga sesi 'ceramah ringkas' Ustaz Fadhlan untuk aku.

Sepanjang dia menasihatiku, aku cuma diam. Berani mengomel dalam hati je. Kalau melawan terang-terangan, nanti dituduh biadab.

"Terima kasih, ustaz," ucapan itu kuberi atas nasihat yang aku terima.

Aku bingkas bangun dan beredar ke mejaku. Selepas itu, Ustaz Fadhlan memanggil nama rakan sekelasku yang lain pula secara rawak.

"Amacam, bro? Dapat jawab tak?" soal Fatihah prihatin selepas aku melabuhkan duduk di kerusiku dengan wajah yang sengaja dimendungkan.

"Kau rasa?"

"Confirm tak dapat jawab kan? Tengok muka pun dah tahu. Bertabah je la, bro."

Tangan kiri Fatihah menepuk lembut bahu kananku sambil tersenyum senget. Sempat pula dia pujuk aku dengan gaya sarkastiknya.

Mataku mengamati wajah kacukan Melayu-Cina milik Fatihah. Kulit wajahnya bak telur rebus dikupas. Pipi paunya cerah kemerahan.

Tidak seperti aku, nama saja Merah. Tapi pipi aku tak merah pun. Sebab kulit aku kuning langsat dan tidak berapa cerah. Plus kulit aku tak flawless macam Fatihah.

Hidung Fatihah comel terletak elok berserta seulas bibir yang agak lokek dengan senyuman. Pun begitu dia tetap menarik di mataku.

Alis matanya terbentuk cantik di sebelah kanan dan kiri. Matanya yang sepet terlihat redup dengan sinar sepasang iris berwarna hazel yang menawan.

"Apahal kau tenung aku?" Fatihah menyoalku pelik.

"Cantik juga kau ni ek Teeya," senyum segaris terlukis di bibirku. Jarang-jarang nak tengok aku puji kawan baikku ini.

"Aik baru tahu ke? Aku memang cantik... tapi bro, kau pun cantik jugak. Semua ciptaan Allah; cantik dan unik."

"No. I'm not pretty," sangkalku.

"Yup. You're not pretty. But you are beautiful. Aku suka tengok mata kau," katanya.

"Sebab?" Kedua-dua belah keningku terangkat mendengar bicara Fatihah.

"Mata kau cantik. Bulat macam mata kucing. Lepas tu bulu mata kau panjang macam penyapu kat laman rumah nenek aku."

"Alaaa bongok." Hampir nak jatuh rahang bila aku dengar komen Fatihah tentang bulu mataku.

Ada ke patut dia samakan bulu mata aku dengan penyapu kat luar rumah nenek dia? Mesti penyapu tu keras kejung.

Sesaat selepas itu dia tersengih. Sumpah aku terpukau. Ini baru sengih, belum senyum lagi. Fatihah ni kedekut betul nak senyum. Kalau dia senyum, mesti muncul lekuk pada pipi kirinya.

Kawan aku yang sudah menjadi model tanpa kelulusan itu adalah Fatihah. Dia bekerja sebagai model sambilan di sebuah butik pakaian muslimah.

Biasanya hari Sabtu atau Ahad dia akan pergi ke studio butik tersebut untuk sesi fotografi.

Tapi Fatihah cakap, dia hanya jadi model tanpa wajah. Katanya, dia hanya model sementara dan tidak mahu dikenali.

Mujur majikannya itu faham dan hanya menggunakan foto Fatihah dari bahu ke kaki untuk pengiklanan pakaian muslimahnya.

"Tapi kan Teeya, apa beza pretty dengan beautiful? Dua-dua tu kan maksud dia cantik."

"Pretty tu cantik luaran je bro. Kalau beautiful..."

Gedegang!

Ayat Fatihah tergantung. Bunyi yang agak keras itu tadi membuat aku, Fatihah dan seisi kelasku termasuk la crush aku yang tengah tidur pun terbangun sekali. Kami menoleh ke belakang kelas. Arah datangnya bunyi sesuatu yang terhempas ke lantai.

Sebuah kerusi terpatah kakinya. Itu macam kerusi yang aku duduk di tepi meja guru dekat depan kelas tadi.

Aku pusing pandang ke depan. Ustaz Fadhlan berdiri dengan pandangan matanya mencerlung tajam ke belakang kelas.

Lebih tepat lagi, matanya sedang menikam ke wajah Laila yang duduk di barisan paling belakang. Muka rakan sekelasku itu kelihatan pucat dan wajahnya menekur ke meja.

Suasana di dalam kelas aku ketika ini sangat sunyi. Hanya kedengaran bunyi bilah kipas siling berputar ligat semata-mata.

Selang beberapa saat, guru mata pelajaran Balaghahku itu terus keluar dari kelas. Dia beredar tanpa sebarang suara.

Kemudian, riuh satu kelasku bertanya kepada Laila; kenapa Ustaz Fadhlan baling kerusi ke arahnya. Kenapa Ustaz Fadhlan mengamuk? Kenapa itu dan kenapa ini.

What happened? Maza hadas? Apa yang berlaku?

Aku pandang Fatihah. Teman baikku itu turut memandang aku. Kami kemudiannya sama-sama mengangkat bahu dan membuat ekspresi malas nak ambil tahu.

~•~•~•~•~

There's a difference between pretty and beautiful. When someone is pretty, they have a good appearance. But when someone is beautiful, they shine on the inside and out.

~°~°~°~°~

🍎🍎🍎🍏🍏🍏

Hi everyone! Sihat tak tu? Kalau sihat, alhamdulillah. Kalau tak sihat, moga laju-laju sembuh. Aamiin.

Aku nak promote satu kdrama best ni. Kalau korang belum tengok cerita It's Okay to Not Be Okay, please tengok tau. Cerita tu sumpah best! Tapi baru ada 6 episode setakat ni.

Ok tu je nak cakap. Oh and thank you sebab sudi baca Merah yang bosan ni. Huhu.

Kalau ada typo, mohon bagitahu jugak.

Xiè xiè. ♡

ㅡkynagafar | July 2020

Pray for Malaysia. Pray for darurat banjir.

Edited: 22122021

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro