Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

🦋 enam belas.

"Merah..."

Aku menoleh ke kiri bila namaku diseru seseorang.

Mataku menyapa tubuh Khairil yang sedang berdiri di tepi mejaku. Dia menyua kemeja sekolahnya berserta dua batang marker pen color hitam dan biru ke arahku.

Badannya kini hanya berbalut sehelai t-shirt lengan pendek berwarna putih.

Aku menyambut baju dan marker pen tersebut. Kemudian, aku hamparkan baju sekolah lengan panjangnya ke atas mejaku. Baju tersebut telah pun berconteng dengan pelbagai ucapan perpisahan dan tanda tangan dari kawan sekelasku yang lain.

Penutup marker pen warna hitam aku buka lantas aku coretkan sesuatu di ruang kosong yang masih belum diconteng pada kemeja putih milik Khairil.

Setelah siap, aku melihat tulisan tanganku itu.

W [MERAH]

"Kenapa W?" Dia bertanya merujuk pada tulisan yang baru kucoret.

"W ni aku," balasku lalu menjelaskan maksud W tersebut.

Nama penuh aku; Umairah Umar.

Bila huruf U di depan namaku dan abah digabungkan, maka terciptalah double U.

Sebutan double U pula menghasilkan huruf W.

"Oh macam tu," ujarnya sambil memicingkan anak matanya pada tulisanku dan terangguk-angguk selepas mendengar penjelasanku.

"Umairah Umar. UU. Double U. W. Uwuuu, nice. Aku ingatkan kau tulis W sebab huruf M dekat nama Merah kau tu, kau terbalikkan," sempat dia memberi komen lalu mengambil semula kemeja sekolahnya dan pergi ke meja Fatihah pula.

Khairil ni kawan sekelas aku sejak Tingkatan 1. Tapi aku tak terlalu rapat dengan dia. Katanya tahun depan dia akan berpindah ke sekolah lain.

Jadi, dia mahu kami satu kelas bagi ucapan terakhir atau sekurang-kurangnya tanda tangan kat baju sekolah dia ni untuk disimpan sebagai kenangan.

Aku tak faham sebenarnya kenapa mesti kena conteng kat baju sekolah. Kenapa bukan kat buku sekolah? Beg sekolah? Kasut sekolah? Why?

Tapi dah dia yang suruh conteng baju sekolah dia, aku follow je la.

Aku tarik kerusiku merapat ke meja Fatihah. Meja kami masih berjarak dalam 1 meter sebab tadi baru je habis exam, so masing-masing malas nak susun meja bagi rapatkan semula macam biasa.

Kepala kujengah sedikit melihat ke atas meja Fatihah untuk mengintai coretan yang bakal teman baikku tinggalkan pada baju kemeja Khairil.

Fatihah kini sedang melakar dua karikatur gadis bertudung yang agak comel di sebelah coretan W [MERAH] hasil tulisan tanganku.

Di bawah lukisannya itu, Fatihah menulis namanya dan namaku berserta singkatan perkataan best friend forever di dalam kurungan. Wah, terharunya!

Teeya X Merah (BFF ♡)

Melihat pada lukisan comel yang baru dilukis Fatihah, membuat ingatanku berlari ke belakang waktu, menjejak kenangan yang telah setahun berlalu.

April 2006.

Cikgu Latif yang mengajar kami subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 2 telah membawa kami satu kelas ke sebuah Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim di daerah Kulai.

Tujuan beliau adalah mahu kami membantu menghias dan bergotong-royong di rumah kebajikan tersebut.

Selepas aku selesai menyapu sampah di sekitar halaman rumah kebajikan itu, aku pergi ke arah Fatihah.

Kulihat teman baikku itu sedang tekun melakar mural pada dinding bangunan rumah anak-anak yatim.

Tidak jauh dari tempat Fatihah duduk bersila, terdapat seorang pelajar lelaki berkaca mata sedang mewarna lakaran yang telah dilukis Fatihah.

Pelajar lelaki berkaca mata itu mewarna dengan penuh ketenangan. Aku memerhati setiap pergerakan tangannya yang lincah memberi warna-warna indah pada lukisan Fatihah.

Sesekali dia membetulkan letak duduk kaca matanya yang melorot ke pangkal hidung mancungnya.

Kemudian dia menyambung semula mencelup berus lukisan pada watercolor palette di sisinya dan tangannya kembali menari-nari pada dinding tersebut.

Deg!

Tanpa sedar, jantung aku tiba-tiba saja berdetak lebih laju saat melihat ke arahnya.

"Teeya, siapa tu?"

Aku berbisik ke telinga Fatihah sambil mataku melirik ke arah pelajar lelaki itu.

Aku cuba mengintai tanda nama pada baju sekolah yang tersarung pada tubuhnya. Ah tapi tak nampak sebab terlindung dengan tangan dia yang sedang mewarna lukisan di dinding.

"Entah," jawab Fatihah ringkas sambil tangan masih tidak berhenti melakar beberapa ekor figura rama-rama.

"Haih, tak membantu betul jawapan kau ni," rungutku perlahan.

Silap aku juga pergi tanya teman baikku ini. Bukan aku tak tahu Fatihah ni memang jenis yang tak ambil kisah pasal orang lain.

Lebih tepat lagi, aku dan Fatihah memang species yang mengamalkan sikap; ada aku kisah?

"Asal kau tanya? Kau minat dia ke?"

Soalan Fatihah yang tidak aku jangka membuat aku hampir tersedak air liur.

"Shhh.... cakap tu slow la sikit Teeya oi. Nanti dia dengar." Mata aku jegilkan ke arah Fatihah dengan suaraku yang tertahan-tahan.

"Pergilah tanya dia sendiri, siapa nama dia," cadang Fatihah.

Aku menggeleng laju sambil menjawab; tak nak!

Gila ke apa nak suruh aku tanya sendiri. Sekarang ni pun jantung aku macam nak melompat keluar dah ni bila tengok muka mamat tu.

Deg!

Perasaan apakah ini? Untuk pertama kalinya dalam hidup, aku merasakan debaran yang seperti ini. Perasaan yang sukar untuk aku gambarkan.

"Weh, nama kau apa?" Fatihah bertanya selamba sambil memandang pelajar lelaki itu.

Aku dah ternganga di sebelah Fatihah. Luar alam betul kawan baik aku ni punya perangai. Selamba badak je dia tanya macam tu.

"Ash," budak lelaki berkaca mata itu menjawab pendek.

"Ash apa? Ashikin? Ashikiran? Ashfar? Ashral? Ashlan? Ashiapakah namamu?" Soal Fatihah kemudiannya.

Aku rasa macam nak hantuk kepala aku kat dinding je sekarang ni bila mendengar soalan dari kawan baikku ini.

"Ashraf," jawabnya tenang sambil tersenyum nipis ke arah Fatihah.

Mak! Aku nak pengsan tengok dia senyum. Handsome gila woi! Acah macam mamat tu senyum kat aku. Padahal dia senyum kat Fatihah. Tapi aku pula yang dugun, dugun.

"Merah!"

Aku berpaling ke belakang untuk melihat manusia yang melaung namaku.

Kelihatan Juan sedang melambai tangannya dengan isyarat memanggil aku agar datang ke arahnya.

Aku mendecit halus. Kacau daun betul la Juan ni. Aku baru nak cuci mata tengok Ashraf kat sini. Haish.

"Nak apa?" Aku bertanya bila sudah berdiri di samping Juan.

"Tolong aku cat khat yang aku dah buat ni," pinta Juan dengan sengihan sambil menghulur berus cat bersaiz kecil kepadaku.

Aku membaca sekali lalu tulisan khat jenis kufi yang dilakar oleh Juan pada dinding bangunan pejabat.

Bangunan pejabat ni terletak berhadapan dengan bangunan kediaman anak-anak yatim tempat Fatihah dan Ashraf membuat mural.

"Yan, kau kenal tak Ashraf?" Aku melontar soalan kepada Juan.

Ketika ini aku dan Juan sedang mengecat perkataan Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim yang telah dilakar oleh Juan dalam bahasa jawi.

Mujurlah dia melakar tulisan jawi tersebut dengan menggunakan kaligrafi khat kufi. Satu jenis khat yang berbentuk petak dan bersegi.

Agak mudah untuk aku yang tangan kayu ni membantu mengecat dan mewarna kaligrafi tersebut.

Kalau Juan buat tulisan jawi ni guna kaligrafi khat diwani, matilah nak. Aku takkan mampu nak tolong waima untuk mewarnakannya sahaja. Sebab bagi aku, khat diwani terlalu complicated.

"Kenal... sebab Ashraf ada seorang je kat sekolah kita. Dia sepupu Sujana. Kenapa dengan dia?" Juan menyoal.

"Hah? Serius la dia sepupu awek kau?" Dahiku berkerut menoleh sekilas ke arah Juan.

Juan mengangguk.

"Aku tak pernah tahu pun. Kita baru sekelas dengan dia eh tahun ni? Tahun lepas dia kelas lain ke?"

"Since tahun lepas lagi Ashraf tu sekelas dengan kita. Kenapa dengan kau ni Merah? Tetiba je tanya pasal budak tu. Kau crush kat dia ke apa?" Soalan Juan aku jawab dengan senyuman gatal.

Kemudian teman baikku itu menghempuk kepalaku dengan belakang berus lukisan yang ada di tangannya. Katanya, aku gedik!

Memang pun aku crush kat Ashraf sejak waktu itu. Sampai ke hari ini pun aku masih suka jejaka bermata empat tersebut. Jejaka yang bernama Ashraf dan seorang yang sangat pendiam.

Tapi... dah seminggu aku tak nampak muka dia. Bulan lepas, selesai saja menduduki peperiksaan PMR pada 5 Oktober, Ashraf masih datang ke sekolah pada hari-hari berikutnya.

Semasa jamuan kelas untuk akhir tahun pun dia masih datang lagi ke sekolah seperti biasa.

Akan tetapi, start je hari pertama peperiksaan akhir tahun berlangsung, Ashraf tidak lagi hadir ke sekolah.

Mungkin disebabkan dia tak ambil aliran arab, maka dia tak hadir. Atau mungkin dia dah pulang awal ke rumahnya. Kami yang mengambil aliran arab ni, semuanya kena hadap exam akhir tahun, lepas dah habis PMR.

Aku harap tahun depan aku dapat sekelas lagi dengan Ashraf. Lepas tu aku nak duduk dekat dengan dia lagi macam tahun ni. Ah, cepatlah masa berlalu. Tak sabar nak naik Tingkatan 4!









🍎🍎🍎🍏🍏🍏 to be continued...

Hi readers kesayangan saya. Kalau dah baca, harap sudi berikan vote dan komen. Saya dahului dengan ucapan terima kasih. ❤️❤️❤️

Oh ya, kalau ada typo bagitau ye. Kali ni panjang sikit saya taip, so takut terlepas pandang. Thank you. 😙

Btw, salam 1 Muharram 1442H.


Edited: 05012022

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro