🦋 enam.
Bas sekolah yang aku naiki meluncur separa laju membelah jalan raya. Suara penyampai radio yang berceloteh diselangi dengan iklan bergema di segenap ruang bas.
Beraneka lagu turut diputarkan oleh DJ tersebut di corong radio menemani perjalanan pulang kami dari sekolah.
Lagu Tak Tercapai Akalmu nyanyian Elyana menjadi santapan halwa telinga kami di dalam bas saat ini.
Aku membuang pandang ke luar jendela bas. Menikmati lukisan alam serta kebesaran Tuhan Yang Maha Agung.
Langit cerah kebiruan. Di dadanya terdapat gumpalan-gumpalan awan putih yang menggebu bak alusmitai. Daun-daun pepohon kelapa sawit melambai-lambai di sepanjang tepi jalan.
"Merah..."
Aku berpaling ke kanan. Memandang seniorku yang duduk di sebelahku.
"Boleh tolong bagi surat ni dekat Uwais tak?"
"Surat apa ni kak?"
Aku menyambut sekeping sampul surat warna merah jambu yang dihulur oleh Kak Wani.
"Surat cinta," balasnya pendek.
Mataku terkebil. Surat cinta untuk Uwais? Along Uwais? Whoa, tak sangkanya along ada peminat.
"Kak Wani suka abang Merah ke?" soalku penuh teruja.
Bagus juga kalau kakak Tingkatan 4 ni jadi awek along. Aku suka personaliti dia. Lemah lembut, sopan santun, bibir dia selalu nampak macam tengah tersenyum. Walhal dia tak senyum pun. Sedap mata memandang. Muka dia manis la senang cakap.
"Bukan akak. Tapi kawan sekelas akak."
Kak Wani membalas sambil melebarkan senyumnya.
Alaaa, kenapa bukan dia?
"Siapa?" Aku bertanya sepatah. Nada aku sedikit hampa sebab aku mengharap dia yang sukakan along. Bukan orang lain.
"Siapa apa?"
"Siapa nama kawan akak yang bagi love letter ni?"
"Erina. Merah kenal ke dia?"
"Hmmm, yang mana satu ek? Dia stay hostel ke?" Aku tak kenal pun geng Kak Wani ni. Tapi kadang ada juga terperasan dia biasa berjalan dengan tiga orang pelajar aspuri bila di sekolah.
"Haah dia budak asrama. Dia yang chubby chubby sikit tu."
"Hmmm tak kenal la kak."
Aku memang tak berapa kenal dengan senior dan junior yang tinggal di asrama.
Kak Wani tergelak mendengar jawapan jujurku. Orang lawa ni, bila ketawa pun nampak menawan ek.
"It's okay, Merah just tolong bagi surat ni kat Uwais, cakap ada junior dia bagi. Tolong tau. Actually Erina suruh akak yang bagi kat Uwais, tapi seram pulak akak tengok muka abang Merah tu asyik serius je."
Aku hanya mengangguk sambil merenung sampul pink lembut itu. Kubaca dalam hati tulisan tangan yang tertera di atasnya.
Terbang melayang mencari Uwais ♡
Automatik aku mencebik dengan hujung bibir terjongket sedikit. Esok lusa aku nak tengok la siapa kawan Kak Wani yang suka along ni. Macam mana dia boleh suka kat along yang muka ketat perangai kekwat tu?
Sesampainya kami di simpang masuk ke felda, bas pun berhenti lalu menurunkan kami.
"Call abah, bagitahu motor rosak."
Aku memandang belakang tubuh along yang berjalan melepasiku selepas dia memberi arahan tadi kepadaku.
Along ni kerja dia mengarah je.
Tangan kuseluk ke poket baju sekolah yang kupakai meraba duit syiling untuk menelefon abah. Ada 10 sen je. Mana cukup nak telefon abah.
Aku membuntuti along yang berjalan menuju ke belakang stesen minyak. Setibanya di tempat motosikal abah diparkir, aku meminta duit syiling kat along.
Dia mengelurkan wallet miliknya lalu memberi aku sehelai not satu ringgit.
"Aku nak duit syiling, bukan duit kertas. Duit ni mana boleh sumbat dalam public phone."
"Pergi la tukar sendiri," balas along sambil membuat isyarat mata ke stesen minyak.
Aku bersabar betul dapat abang macam dia ni tau. Perlahan aku melangkah ke stesen minyak sambil merengus kecil.
Tangan kutolak pintu kaca pam minyak dan menuju kaunter cashier. Selepas menukar duit kertas dan diberi dua keping syiling bernilai 50 sen oleh akak cashier, aku menuju ke telefon awam yang berhampiran dengan bus stop.
.
.
.
Selesai mandi dan solat zuhur, aku menapak ke dapur. Semasa melintasi depan bilik along, aku berhenti seketika lalu mengetuk pintu biliknya.
“Along, kau nak makan tak? Aku nak masak ni," laungku tanpa membuka pintu bilik tersebut.
Dua minit berlalu, namun soalanku tergantung tiada jawapan. Aku terus buka pintu yang tidak berkunci itu dan menjengah ke dalam.
Kosong. Aik, mana along?
Mataku sempat menangkap sesuatu di dalam bakul sampah di tepi pintu bilik along.
Mataku memicing pada sehelai kertas putih yang dipenuhi dengan tulisan tangan berserta sekeping sampul surat color pink dalam bakul sampah tersebut. Macam surat cinta tadi je ni.
Aku capai sampul surat pink itu dan memang betul pun itu adalah love letter daripada kawan Kak Wani. Aku dah bagi surat ni kat along lepas aku call abah tadi.
Rasa ingin tahu tentang isi surat itu membuak-buak. Tanpa berlengah, aku segera mencapai surat yang masih cantik dengan kesan lipatan sedia ada. Along buang surat ni tanpa merenyukkannya terlebih dahulu.
Aku membaca sekali lalu tiap baris luahan hati sang gadis yang bernama Erina itu terhadap along. Ayatnya terlampau berbunga dan agak menggelikan tekak bila aku membacanya.
Along buang surat ni... maksudnya dia reject awek tu la eh?
Ah lantak la, kisah pula aku? Bukan ada kena mengena dengan aku pun.
Kucampak kembali surat tu dalam bakul sampah dan tutup pintu bilik along. Kemudian, aku berpatah semula ke bilikku yang terletak di sebelah bilik along dan mengambil handphone Nokia kepunyaanku.
Sambil menaip mesej, aku berjalan ke dapur. Lincah jari jemariku menekan-nekan keypad pada tubuh Nokiaku.
- Along pergi mana?
Send!
Aku meletak telefon bimbitku di atas meja makan.
Sementara tunggu along reply mesej, aku panaskan dulu nasi yang emak dah masak. Hari ni emak hanya menanak nasi saja. Manakala lauk aku yang kena masak sendiri.
Sebab hari ni emak pergi teman abah jaga kedai bagi menggantikan pekerja abah yang sedang bercuti. Kalau emak tak temankan abah kat kedai, memang emak yang akan masak lauk macam biasa.
Abah ada mengusahakan sebuah kedai serbaneka yang menjual alat tulis, majalah, top-up dan lain-lain di kawasan nak masuk ke felda ni.
Tapi kedai abah agak jauh dengan stesen minyak. Sebab tu tadi along suruh aku call abah. Kalau kedai abah dekat, memang aku jalan kaki je menapak ke sana.
Tak lama lepas aku call abah guna public phone, abah datang jemput aku dan along naik kereta. Honda EX5 abah yang rosak tu dibiarkan dulu kat belakang pam minyak.
Sebenarnya abah peneroka felda. Tapi abah mengupah beberapa orang warga asing untuk menguruskan kebun kelapa sawit 10 ekarnya. Sekali sekala saja abah melawat kebun sawitnya itu.
Ting!
Tanganku mencapai Nokia yang berbunyi menandakan terdapat satu notifikasi yang masuk ke inbox telefon bimbitku itu. Dengan kadar segera aku membuka mesej tersebut.
+ Aku kat workshop.
Oh, mesti along pergi hantar motor abah ke bengkel. Mungkin member dia datang ambil dia kat rumah ni tadi. Mesej dari along itu kubalas laju-laju.
- Nak makan tak? Kalau tak nak, aku masak lauk untuk aku seorang.
Selang beberapa saat kemudian, along membalas mesej keduaku.
+ Tak nak. Aku dah makan kat luar.
Aku tidak membalas lagi mesej along. Sebaliknya, aku mula memasak lauk untukku. Perut aku dah menyanyi penuh riang. Lapar gila!
Beberapa minit kemudian, siap juga aku bersilat di dapur. Nasi di dalam periuk elektrik, kuambil sesenduk dua dan kuletakkan di dalam pinggan yang dah tersedia lauk yang aku bikin sebentar tadi.
Aku melabuhkan punggungku dan kakiku melipat sila di atas salah sebuah kerusi kat depan meja makan. Tangan kutadah membaca doa sebelum makan.
Sambil menikmati keenakan nasi putih yang dicampur kicap dan dua biji telur mata kerbau, tangan kiriku lincah membuka folder muzik pada telefon bimbitku.
Terasa sunyi pula rumah ni bila aku tinggal sendirian. Aku memilih satu playlist lagu indie band kegemaranku yang terdapat di dalam telefon bimbitku.
Lagu Capital E ㅡBittersweet melatari suasana makan tengah hariku yang dah tak tengah hari. Lebih kurang setengah jam je lagi nak masuk ke pukul 4 petang.
Ting!
Satu mesej masuk ke Nokiaku.
+ Merah, jangan lupa homework Sejarah.
- Baik sayang. Aku tak lupa. Bagi aku makan dulu boleh tak sayang?
+ Ok ok makan la dulu.
Haish, kacau betul la Fatihah ni. Boleh pula dia mesej aku semata-mata tanya pasal homework; time aku tengah makan.
Sambil makan dan layan lagu, fikiran aku memutar kembali perbualan aku dengan Juan di sekolah tadi.
"Serius aku dah malas nak fikir pasal dia. So, aku nak minta pendapat kau. Patut ke aku get back dengan dia?" Juan bertanya semasa kami berdua jalan seiring di koridor kelas.
"Kalau aku cakap tak payah get back dengan dia, kau bukan nak ikut pun cakap aku. Dah tujuh kali beb kau putus sambung, putus sambung dengan dia. Tak rasa kelakar ke?" balasku dengan senyum senget ke arahnya.
Sebelum-sebelum ni, Juan pernah juga tanya aku sama ada dia patut couple semula dengan Sujana atau tidak setiap kali mereka putus.
Aku dengan mudahnya cakap kat Juan; TAK PATUT dan TAK PERLU.
Tapi tindakan Juan seringkali bercanggah dengan pendapat yang aku beri pada dia. So, terserahlah.
Dah besarkan, boleh fikir sendiri. Buang masa je aku nasihat tapi dia bukan nak dengar pun.
Aku naik muak dengar kisah cinta diorang berdua ni tau.
Satu sekolah pun tahu hubungan Juan dan Sujana ni memang sejenis dah putus lepas tu couple balik.
Apa benda entah. Nak couple, couple la betul-betul. Nak putus pun, putus je la elok-elok.
Kalau putus satu kali, lepas tu couple semula satu kali tu je, kira okay lagi kut. Even aku tak suka jenis hubungan yang macam tu. Inikan pula dah tujuh kali putus dan couple balik pun tujuh kali dengan orang yang sama.
Kau rasa? Tak ke bongok namanya tu. Haish! Tak fahamlah aku dengan diorang berdua ni.
🍎🍎🍎🍏🍏🍏 to be continued...
Edited: 18122021
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro