Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

🦋 dua puluh tiga.

"Happy birthday Merah!"

Aku yang sedang sibuk mengemas beg sekolah untuk pulang sedikit terkejut dengan ucapan tersebut. Kepala kudongak memandang Fatihah. Entah bila dia masuk ke kelasku, aku pun tak perasan.

"Thanks Teeya... I thought you forgot my birthday. Sebab masa rehat tadi kau tak wish pun kat aku."

Hadiah yang dihulur Fatihah, aku sambut dengan wajah terharu.

"No biggie! Mana boleh lupa birthday my baby girl ni. Nanti merajuk 7 keturunan, letih aku nak pujuk," balas Fatihah.

Tangannya naik mengusap kepalaku. Dia menguntumkan senyuman indah lalu lesung pipit terhias di pipi kirinya.

"Apa barang merajuk sampai 7 keturunan? Ingat aku budak-budak ke nak merajuk segala? Aku dah matang okey? Dah 16 tahun dah."

Ceh, matang la sangat. Padahal dua bulan lepas aku mengaku; aku masih budak kecil time main buaian kat taman. Bulan ni tiba-tiba mengaku dah matang pula ek Merah.

"Kau matang? Kau?"

"Eleh jeles la tu dia tak matang lagi," balasku dengan senyum senget.

Tapi Fatihah sekadar tayang wajah malas nak layan.

"Kau tak nak balik ke bro? Jom turun together gether. Hadiah aku tu kau buka kat rumah je la," ujar teman baikku itu kemudiannya sambil mendakap beg sekolah yang disandang di depan badannya.

"Nak balik la ni. Tunggu sekejap eh, bagi aku kemas dulu beg aku," kataku lantas menyumbat masuk kotak hadiah sederhana kecil yang diberi Fatihah tadi ke dalam beg sekolahku.

"Weh Merah, sekejap weh. Jangan balik dulu."

Serentak kepalaku dan Fatihah menoleh ke arah Yasmin yang baru saja bersuara. Dia sedang berdiri di tepi tingkap kelas. Kepalanya sekejap-sekejap melilau ke luar jendela kelas melihat ke bawah sebab kelas kami di aras 2. Lepas tu sekejap-sekejap dia menoleh ke arahku dan Fatihah pula.

Aku kerut dahi.

"Kau dah kenapa Minmin? Jom la balik. Kang tertinggal bas, tak memasal je kang. Aku dah la belum ulang kaji subjek Perdagangan dengan EA," kataku sambil mengezip beg sekolah.

Paper untuk hari esok adalah dua mata pelajaran itu. Sekarang kami sedang berada dalam minggu peperiksaan pertengahan tahun.

"Alaaa, sekejap lagi kita balik la Merah. Tunggu sekejap je weh. Please," suara Yasmin seakan sedang merayu aku.

"Kau tengok apa kat bawah tu?" Soal Fatihah lantas gadis tinggi lampai itu menghampiri Yasmin.

"Tak tengok apa pun la," dalih Yasmin bagai menyembunyikan sesuatu.

"Ah kau, takyah nak auta. Kau tunggu diorang tu kan?"

Yasmin cuma tayang sengih segaris dengan pertanyaan Fatihah.

Kerutan di dahi aku semakin bertambah mendengar ayat Fatihah itu. Tanpa berlengah, aku turut melangkah ke sisi Yasmin dan Fatihah.

Mataku melihat ke bawah di celahan cermin tingkap kelas. Blok kelas aku ni boleh nampak bangunan kantin. Kebetulan pula waktu aku tengok ke bawah, motocross pink Ustaz Hanif baru sahaja berhenti di tepi kantin.

Buru-buru Juan yang membonceng motosikal color pink itu melompat turun dari pelana motor sambil tangannya memegang sesuatu.

Kemudian, Ustaz Hanif menuruni motosikalnya lalu berjalan seiring Juan menuju ke blok kami.

Aku dan Fatihah menala pandangan ke muka Yasmin; meminta penjelasan.

🍭
🍭
🍭

Belum pun sempat Yasmin memberi penjelasan kepadaku dan Fatihah, muncul seorang lelaki berseragam sekolah di muka pintu kelasku. Di dada kiri kemeja putihnya tersemat lencana sekolah berserta tag nama Muhammad Juan.

"Fuh, alhamdulillah sempat ustaz. Dia belum balik lagi," nada suara Juan kedengaran separa tercungap macam orang tak cukup oksigen. Sambil dia bercakap, kepalanya tertoleh ke kiri memandang sesuatu atau mungkin seseorang.

Selang dua tiga saat, muncul pula Ustaz Hanif di sebelah Juan. Guru lelaki berkaca mata itu hanya tersenyum lalu masuk ke kelasku bersama Juan.

"Merah, aku ada pantun 3 kerat untuk kau. Kau dengar eh. Happy birthday to you! Makan ubi kayu! May Allah bless you!" Serentak itu Juan meletak sebuah kotak kek di atas meja aku.

Yasmin dan Fatihah datang merapati mejaku. Manakala aku pula masih terpinga-pinga di tepi tingkap.

Juan bagitahu Ustaz Hanif ke; birthday aku hari ni? Dan lepas tu dia follow ustaz pergi beli kek untuk aku? Lepas tu dia suruh Yasmin jangan bagi aku balik dulu? Wow, kalau la tekaan aku ni tepat... I'm speechless.

"Birthday anda hari ni ke Merah?" Billy atau nama betulnya, Nabil bertanya selepas dia melihat Juan menyanyikan pantun 3 kerat untukku.

Aku cuma mengangguk dengan pertanyaan Nabil. Dengan perlahan, aku menuju ke mejaku yang kini telah dikelilingi oleh Fatihah, Yasmin, Juan dan juga Ustaz Hanif.

"Billy, Opik, meh la join sekali," ajakku kepada Nabil dan Taufiq yang masih ada di dalam kelas.

Budak kelasku yang lain semuanya dah balik ke asrama.

"Sanah helwah Merah," ucap Ustaz Hanif sambil membuka kotak kek yang dibawa oleh Juan sebentar tadi.

Terserlah sebiji kek coklat yang comel. Di atasnya dihiasi dengan beberapa biji strawberry serta cherry. Juga terdapat coretan pada permukaan kek tersebut.

Happy Birthday Mirah. Sweet 16.

Aku tergelak kecil setelah membaca coretan di atas kek itu.

"Siapa Mirah?" Fatihah yang berdiri di sisi Yasmin sedari tadi, menyoal spontan.

"Mirah?" Taufiq turut menyebut nama itu dengan nada pelik selepas dia dan Nabil menghampiri mejaku.

"Sejak bila anda tukar nama?" Nabil pula mengaju soalan sambil memandangku.

"Sorry Merah. Budak perempuan yang tulis nama atas kek ni dia tersalah dengar aku sebut nama kau. Aku sebut Merah tapi dia dengar bunyi Mirah agaknya. Sorry sangat, tapi kek ni memang untuk kau," jelas Ustaz Hanif dengan senyuman serba salahnya.

🍭
🍭
🍭

Selepas mereka berenam mendendangkan lagu Happy Birthday to You untuk aku, lincah tanganku memotong kek coklat yang comel itu.

Semasa aku, Yasmin, Juan, Nabil dan Taufiq menikmati kek tersebut, Fatihah dan Ustaz Hanif hanya memerhatikan kami sahaja. Mereka berdua tak makan pun kek tu.

"Fatty tak makan sekali ke?" Tanya Ustaz Hanif.

Gadis tinggi lampai itu sekadar menggeleng. Fatihah memang kurang gemar makanan bercoklat.

"By the way ustaz, my name is Fatihah. Bukan Fatty," mendatar saja intonasi Fatihah.

Gaya dia bercakap macam nak ajak Ustaz Hanif bergaduh. Terkebil-kebil guru tersebut memandang Fatihah. Mesti dia terkejut dengan reaksi dingin Fatihah.

Kawan baik aku ni unik sikit orangnya. Dia memang susah nak mesra dengan orang yang dia tak kenal rapat. Tak kisah la cikgu ke, kawan sekelas ke, tukang kebun ke, makcik kantin ke, pengawal keselamatan ke, hatta kucing asing pun kadang dia malas nak layan.

Kalau dia layan, dia akan bercakap serupa orang takde perasaan. Lepas tu orang akan salah anggap yang dia ni sombong dan berlagak. Padahal bila dah kenal dia, bagi aku; dia langsung tak sombong.

"Teeya tak berapa suka coklat. Ustaz pun tak makan kek ni sebab tak suka coklat juga ke?" Aku mencelah bagi mengusir rasa awkward yang tiba-tiba menyelubungi suasana.

"Aku tak boleh makan coklat," balas Ustaz Hanif.

"Sebab allergic ke, ustaz?" Juan pula bertanya.

"Bukan."

"Habis tu sebab apa?" Aku menyoal.

"Nanti kalau aku makan, aku risau senyuman aku makin manis semanis kek coklat ni..."

Krik krik krik.

Selang beberapa saat barulah Juan, Yasmin, Nabil dan Taufiq tergelak janggal dengan kata-kata Ustaz Hanif. Manakala aku dan Fatihah hanya menayang wajah kelam.

Tok! Tok!

"Teeya... tak reti nak balik ke?"

Aku, Fatihah, Yasmin, Juan, Nabil, Taufiq dan Ustaz Hanif memandang Fikri yang tiba-tiba saja bersuara selepas mengetuk pintu kelasku.

"Merah, bye... jumpa esok," pamit Fatihah lalu berjalan ke arah kembarnya.

"Okey," balasku pendek.

"Merah, aku dah lama nak tanya. Kenapa dua ketul kembar tu kerek semacam eh? Especially Fatihah." Selepas Fatihah dan Fikri beredar dari kelas kami, Taufiq menyoalku.

"Opik, anda tanya apa ni?" Tegur Nabil lalu menyiku rusuk Taufiq.

"Apa? Aku just nak tahu je. Merah kan bestie Fatihah. Mesti dia tahu kenapa. Sebab since Form 1 sampai sekarang, kau tak pelik ke Billy? Fatihah just rapat dengan Merah je. Lepas tu sekarang ni dia baru rapat dengan Yasmin. Itu pun aku rasa sebab Yasmin selalu lepak dengan Merah."

Aku mengeluh perlahan. Boleh tahan pedas ye mulut Taufiq ni. Nampak macam pendiam. Tapi tak sangka pula yang dia ni jenis judgemental.

"Tapi soalan kau tu sensitif la Opik," sampuk Juan bila dia melihatku terdiam dan hanya mampu mengeluh sahaja.

Yasmin dan Ustaz Hanif cuma membisu dan jadi pemerhati saja sedari tadi.

"Apa yang sensit..."

"Haih, dah la korang. Aku nak balik. Jom Minmin. Kita dah lambat ni. Thanks Yan, thanks ustaz sebab belikan kek untuk saya. Korang habiskan la, aku dah kenyang."

Belum pun habis Taufiq menutur perkataan seterusnya, aku segera memotong percakapannya. Tiba-tiba aku rasa meluat pula dengan dia ni.

Ikutkan hati, nak je aku tumbuk dia ni tau. Berani dia kutuk Fatihah kesayangan aku terang-terangan! Padahal masa ada Fatihah tadi, pandai pula mamat ni behave. Lepas je Fatihah takde kat sini, terus tunjuk belang eh? Huh, dasar pengecut! Pathetic!

🍭🍭🍭

Edited: 31012022

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro