🦋 dua puluh enam.
Waktu rehat hari ni aku malas nak pergi kantin. Macam biasalah, aku lebih suka melepak dalam kelas. Kalau rajin sikit, aku akan lepak kat maktabah.
Yasmin dan Juan dah ke kantin untuk menjamu selera. Aku minta diorang berdua tapaukan aku kuih bingka ubi.
Aku tongkat kepala dengan tangan kanan dan melihat Fatihah yang sedang melukis sesuatu pada text pad milik Yasmin. Dia melukis sambil duduk di tempat Yasmin di sebelah kiriku.
"Teeya, Minmin suruh kau lukis apa weh?" soalku sambil memasukkan tangan ke dalam poket beg sekolahku yang kuletak di dalam laci mejaku.
Kemudian aku keluarkan dua biji gula-gula hacks. Satu perisa honey lemon dan lagi satu perisa blackcurrant.
Aku menyua gula-gula hacks yang berperisa blackcurrant kepada Fatihah. Manakala perisa honey lemon aku letak di dalam pencil case milik Yasmin.
Aku memang dah terbiasa bawa gula-gula pergi sekolah untuk makan time cikgu tak masuk kelas dan bagi kat kawan-kawan aku. Selalunya aku ambil stok gula-gula yang ada kat kedai abah.
"Thanks bro. Aku lukis gambar Minmin dengan balak dia," jawab Fatihah. Serentak itu dia membuka baju gula-gula yang aku beri tadi dan dia makan dengan senyuman.
Aku jengah sedikit pada lukisan yang dilukis Fatihah. Terdapat dua figura karikatur yang comel dan handsome terlakar pada dada text pad tersebut.
Semestinya yang comel tu gambar Yasmin dan yang handsome tu Akram, pakwe Minmin. Walaupun Fatihah tak berapa mahir melukis potret, tapi lukisan karikatur yang dihasilkan sangat cantik dan kemas.
Kadang aku jealous betul dengan Fatihah ni tau. Dah la cantik, pandai, lepas tu lengkap dengan pakej kreatif dan berseni orangnya.
"Nah bingka ubi kau," ujar Juan yang baru masuk ke kelas lalu meletakkan satu plastik kecil berisi kuih kegemaran aku di atas mejaku.
Aku hulur duit untuk harga kuih tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada Juan yang sudah pun duduk di kerusinya di depan meja Yasmin.
"Tak payah bayar. Macam biasa, ada orang belanja kau," jelas Juan. Dia tidak mengambil duit yang kuhulur.
"Siapa yang rajin sangat belanja aku ni Yan? Kau eh?" tekaku dengan nada sarkastik. Aku tahu mesti bukan Juan yang belanja.
"Anep yang belanja..." celah Yasmin sambil menarik kerusi di sebelah Juan lalu duduk menghadap aku, Fatihah dan Juan. Wajahnya begitu bersahaja semasa menuturkan ayat itu tadi.
Taufiq yang baru nak duduk di tempatnya terpaksa berlalu dari situ dan dia pergi bersembang dengan rakan sekelas kami yang lain di meja belakang apabila kerusinya diduduki Yasmin.
Waktu rehat berbaki 13 minit lagi. Aku menikmati tiga ketul kuih kesukaanku itu dengan begitu pantas.
"Kau biar betul Minmin..." kataku antara percaya dengan tidak selepas aku menghabiskan kunyahan terakhir kuih bingka ubi itu.
"Yup betul. Sebelum-sebelum ni pun memang Anep yang belanja kau kuih tu, Merah. Dia cakap dengan kita orang, especially bebudak aspura, jangan kacau kau. Dia kata, kau; dia punya," terang Juan sambil memandang aku, Yasmin dan juga Fatihah.
"What the---," aku mati kata bila dengar bicara Juan.
"See... aku cakap dah, dia syok kat kau. Kau yang tak percaya..." bebel Yasmin sambil tengok aku.
"Weh korang, sekejap... Anep mana ni?" Fatihah menyoal dengan kerutan di wajah.
"Ustaz Hanif." Yasmin menjawab ringkas.
Setakat ni, Yasmin dan Juan je yang panggil ustaz tu dengan nama Anep.
"Serius ah dia suka kat Merah? Sejak bila weh? Asal aku taktau ni..." balas Fatihah dengan wajah yang nampak kebingungan.
"Taktau la sejak bila... tapi rasanya since birthday Merah kut," kata Yasmin tidak berapa pasti.
Aku hanya berdiam diri mendengar bicara mereka bertiga. Otak aku masih tak boleh nak terima dan tak boleh nak mencerna kenyataan yang Juan bagitahu tadi.
Kenyataan yang berbunyi, "... dia cakap dengan kita orang, especially bebudak aspura, jangan kacau kau. Dia kata, kau; dia punya."
Suara Juan yang menutur ayat itu tadi memantul-mantul dalam fikiran aku. Hati aku rasa tak best bila terfikir ayat tersebut. Aku bukan kepunyaan Ustaz Hanif. Aku juga bukan kepunyaan sesiapa.
Jadi, bila dengar benda macam tu, automatik aku mula rasa annoying dengan guru muda berkaca mata itu.
"Habis tu, kau suka dia jugak ke Merah?" soal Fatihah.
🍭
Kring!
Loceng berbunyi tanda waktu rehat telah pun habis. Aku hanya kaku di mejaku. Soalan Fatihah juga tak sempat kujawab. Dia akhirnya bingkas berdiri dan segera beredar ke kelasnya semula.
Yasmin pula bangun dari kerusi Taufiq dan berpindah duduk di kerusinya.
Aku meneguk air kosong yang kubawa dari rumah. Tekak terasa kering sebab tadi lepas makan kuih bingka ubi tu aku lupa nak minum air.
Sekejap lagi subject Fiqh, tapi Ustazah Hani belum memunculkan diri. Sebab biasanya dia akan masuk kelas lewat 10 minit.
"Yan, kau nak kiss me tak?" soalku pada Juan yang kebetulan tengah pandang aku dan baru nak berpaling ke depan. Aku menyoalnya sambil menutup mulut botol airku.
"Boleh jugak. Flavour apa?" Juan bertanya dengan senyum segaris.
"Cherry je yang tinggal, kalau kau nak, kita share. Sebab tinggal satu ni je," ujarku sambil menghulur kepada Juan gula-gula kiss me yang kuambil dari dalam poket beg sekolahku.
"Aku pun nak jugak, Merah," rengek Yasmin.
"Kau punya aku ada letak dalam pencil case kau masa rehat tadi. Tapi bukan kiss me, aku bagi kau hacks," balasku sambil menoleh ke arah Yasmin.
"Awww, so sweet. Hacks; Hanya Aku Cinta Kau Seorang. Hehe, thanks Merah," tutur Yasmin sambil menguntum senyum.
Dia lantas mengambil gula-gula hacks yang kusimpan di dalam bekas penselnya itu dengan wajah berseri.
Juan pula menyambut gula-gula kiss me berperisa cherry yang kuhulur.
"Kau nak aku belah dua ke kiss me ni?" tanya Juan. Aku hanya mengangguk.
Juan acah nak patahkan gula-gula 'kiss me' warna merah tu dengan tangan dia.
Aku terus sedekahkan pandangan 'seriuslah bro' kepadanya. Dia cuma ketawa kecil melihat reaksiku.
Sesaat selepas itu Juan memasukkan gula-gula kiss me tersebut ke dalam mulutnya dengan tidak membuka pembalut gula-gula itu. Lalu dia menggigit sedikit kiss me yang masih berbalut tersebut.
Kemudian, Juan membuka pembalut kiss me itu dan kini gula-gula tersebut sudah pun terbelah dua. Lantas, satu bahagian diambil masuk ke mulutnya dan satu lagi dihulur kepada aku.
Semasa aku memasukkan gula-gula yang kukongsi bersama Juan itu ke dalam mulutku, tiba-tiba mataku terpandang seseorang yang sedang berdiri di luar kelasku.
Dia berdiri berhampiran dengan cermin tingkap kelasku dan memandang tajam ke arah aku dan Juan.
🍭
"Merah, kau perasan tak tadi masa lepas rehat, Anep ada berdiri kat luar kelas kita?"
Yasmin menyoalku ketika kami duduk sebelah menyebelah di dalam bas sekolah. Lagu Spider bertajuk Cinta Dewa Dewi melatari suasana di dalam bas.
"Perasan. Tapi aku buat-buat tak nampak masa dia tengok kita," balasku.
"Dia bukan tengok kita la. Dia tengok kau je. Tapi muka dia macam tengah tahan bengang. Kenapa ek?"
"Manalah aku tahu kenapa," jawabku malas.
Lantak dia la nak buat muka tahan marah ke, muka bengang ke, muka sedih sepuluh sen ke. Semua tu bukan urusan aku. Yang paling penting, ada aku kisah?
Aku jeling sekilas jam tangan pink pemberian Ustaz Hanif yang terlilit pada pergelangan tangan kananku. Keluhan kecil terlepas dari bibir mungilku.
Kalau betul Ustaz Hanif suka aku, serius aku tak tahu macam mana nak hadap dia lepas ni. Mesti hubungan kami berdua akan jadi canggung.
Selama ni aku layan baik dengan dia hanya kerana aku hormat kat dia sebagai guru aku. Aku juga selesa berbual dengan dia sebab dia sejenis peramah dan santai dengan para pelajar dia. Tak rasa kekok pun saat kami bersembang dan bertukar pendapat.
Tapi bila dapat tahu yang dia suka aku... entah la, sukar untuk aku terima kenyataan tu. Jauh di sudut hati, aku masih berharap perkara tu tak betul.
🍎🍏 Kalau ada typo, please bagitahu. Thank you. 🍎🍏
14122020
Edited: 26022022
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro