Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

🦋 dua puluh.

Ais krim paddle pop berwarna pelangi di tanganku laju masuk ke mulutku. Aku gigit benda sejuk tu dan kunyah dengan selamba. Brain freeze yang menyerang, aku abaikan. Aummm, sedap weh! Habis sebatang, aku baham lagi sebatang ais krim tersebut.

"Oi Minmin, mana pakwe kau ni?"

Aku menyiku Yasmin di sisiku. Batang ais krim yang dah habis ais krimnya, aku kepit pada bibirku.

Dah dua batang ais krim paddle pop aku telan, tapi bayang kekasih hati Yasmin tak muncul-muncul juga.

"Sekejap lagi dia sampai la. Dia cakap dah on the way dah tadi," balas Yasmin sambil melilaukan matanya ke serata taman permainan ini.

43 minit yang lalu...

Tok! Tok!

Pintu bilik aku diketuk seseorang dari luar. Aku yang tengah buat homework sambil layan lagu 1000 Tahun nyanyian Butterfingers kat radio di dalam bilik bingkas bangun menuju ke pintu.

"Kenapa, long?" soalku pada along yang berdiri di depan pintu bilikku.

"Kawan kau datang."

Sejurus membalas pertanyaanku, along terus beredar dari situ. Dia pergi ke sofa di ruang tamu dan menonton tv.

Aik, along tengok tv? Biasanya susah betul dia ni nak melekat dekat rumah. Selalunya kalau cuti, dia akan melepak dengan kengkawan dia kat car wash belakang pam minyak tu.

"Kau tak keluar pula long hari ni?"

Krik krik...

Hanya suara television saja yang kedengaran. Soalanku tadi dibiar sepi tanpa balasan. Aku tahu along sengaja tak nak jawab. Bukan dia tak dengar aku tanya tadi tu. Dia punya level berat mulut, dengan adik sendiri pun malas nak bercakap.

Tahun ni along tak sambung belajar. Dia just ambil kemahiran. Abah suruh dia sambung belajar tapi dia tak nak.

Dah dia tak nak sambung belajar, abah suruh la dia masuk Giatmara kat Kluang. Along ambil kursus Pendawaian Elektrik Domestik kat sana. Biasanya dia akan pergi dan balik sendiri naik motosikal. Lepas je habis SPM tahun lepas, dia terus ambil lesen motor. Hari ni Sabtu, so dia cuti.

Aku pergi ke pintu utama rumah dan menjengah ke luar sedikit. Kelihatan kawanku Yasmin sedang duduk santai di atas pelana motosikalnya sambil membelek telefon bimbit di tangan.

Rambutnya diikat satu style ekor kuda. Walaupun dia sekolah arab, sekolah agama sama macam aku, tapi dia free hair.

"Oit Minmin, kau nak apa?"

"Merah, jom lepak taman. Pakwe aku ajak jumpa tapi tak elok kalau aku berdua-duaan je dengan dia. Sebab nanti akan ada orang ketiga antara kitorang which is setan. Daripada setan jadi orang ketiga, better aku bawa kau untuk gantikan tempat setan."

"Alaaa korang kan berjiran. Kenapa tak jumpa kat rumah je?"

Aku malas betul nak keluar.

"Dah selalu sangat jumpa kat rumah. Bosan la."

"Ish, dah tu... apahal kau tak mesej dulu kalau nak ajak aku keluar? Bengong la kau ni. Jap, aku tanya mak aku dulu, boleh keluar ke tak," ujarku sambil menjulingkan mata ke atas.

"Aku dah mesej dah tadi. Kau yang tak reply."

"Oh ada eh? Aku tak tengok phone. Khusyuk buat homework tadi pastu dengar lagu so tak perasan ada mesej masuk. Tapi kalau aku ikut, kau nak bagi upah apa kat aku?"

"Kau nak apa?" soal Yasmin yang masih setia menungguku di atas motornya.

"Aku nak ais krim paddle pop. Takmo ais krim lain. Amacam?"

Senyuman senget terhias di wajahku.

"Boleh je Merah. Anything for you. Cepatlah siap. Aku tunggu."

Aku ke dapur mencari emak. Aku tak nampak pun mak. Mak pergi teman abah jaga kedai lagi ke? Pekerja part-time abah dah berhenti ke apa?

Aku ke depan semula.

"Along, mak mana?"

Krik krik lagi...

Stress betul la tanya abang aku ni. Apa yang susah sangat entah nak jawab soalan aku.

"Along, kau dengar tak aku tanya ni? Mak mana?"

Kini aku menyoalnya sambil berdiri di hadapan dia. Biar dia tak dapat tengok tv sebab dah terhalang dengan badan pendekku.

"Mana aku tahu," katanya dan selamba saja dia menolak tubuhku ke tepi.

Sikit lagi aku nak terjatuh sebab kuat juga along tolak aku. Mujur aku sempat imbangi tubuhku. Tiba-tiba aku dengar suara orang berbual kat halaman.

Laju saja kaki kubawa ke muka pintu. Aku berdiri di situ sambil melihat Yasmin turun dari pelana motosikalnya.

"Eh kenapa tak masuk?"

Emak bertanya selepas Yasmin tunduk cium tangan mak. Tapi kawanku itu sempat cium hujung jari mak je sebab mak dah pun menarik tangannya.

Biasalah, style mak cik pak cik bila kita salam cium tangan, mereka memang suka tarik tangan laju-laju. Entah la kenapa.

"Saya tunggu Merah siap-siap, cik. Nak ajak dia pergi taman. Boleh tak, cik?"

"Boleh. Pergi la... Merah, oh Merah..."

"Mak, Merah kat sini mak. Mak pergi mana? Penat Merah cari dari tadi."

"Mak pergi rumah Cik Peah tadi hantar lauk. Kau tu kenapa tak siap lagi? Yasmin dah tunggu ni."

Cik Peah tu jiran aku. Nama dia Sufiah, panggil Peah.

Masa kat atas motor, aku tanya Yasmin; siapa nama boyfriend dia. Mana la tahu kut kut aku kenal ke kan. Tak ada la awkward time jumpa nanti. Dia cakap nama boyfriend dia...

"Weh lambat ah pakwe kau ni. Aku nak pergi main buai sekejap. Sementara bebudak tu tengah main jongkang-jongket and gelongsor," kataku semasa melihat buaian yang sedang tidak berpenghuni.

"Macam budak kecik la kau ni. Dah besar pun nak main buai," omel Yasmin dengan tawa kecilnya.

"Aku kecik lagi la," protesku. Badan aku tak ada la besar sangat. Tinggi aku pun cuma 153cm je.

Kanak-kanak yang berlari berkejaran tidak jauh dari tempat kami duduk tidak aku hiraukan.

Semasa aku melangkah ke arah buaian, aku mencampak batang dan bekas plastik ais krim ke dalam tong sampah yang terdapat di situ.

Duduk saja di atas buaian, terus saja aku menghayun buai tersebut laju-laju. Ah, seronoknya!

Angin yang menerpa ke wajah dan seluruh tubuhku semasa berbuai di atas buaian membuatkan t-shirt lengan panjangku serta tudungku berkibar-kibar macam bendera.

Sedang aku seronok bermain buaian, mataku melihat dari jauh kelibat boyfriend Yasmin yang baru sampai dan menuju ke bangku yang sedang diduduki Yasmin.

Mereka berdua kelihatan berbual mesra sambil bertepuk tampar. Aku hanya geleng kepala tengok perangai kawan aku yang seorang tu.

Yasmin bukan tak tahu hukum hakam. Dia terlebih daripada tahu sebab dia pun belajar benda yang sama dengan apa yang aku belajar.

Aku sebagai kawan dia ni nak kena tegur dia ke? Dia yang tak bertudung bila di luar sekolah. Dia yang bercouple dan bertepuk tampar dengan bukan mahram. Kalau aku nak tegur, cara apa yang paling berkesan?

Entah la, aku tak rasa aku mampu untuk menegur dia. Apa yang aku boleh buat adalah mendoakan dia agar dia berubah. Aku pun takde la baik sangat.

Aurat pun aku tak tutup dengan sempurna. Even aku budak sekolah arab, tapi aku tak pakai pun handsock dan stoking macam sekarang ni.

Aku budak sekolah arab yang biasa-biasa. I'm just ordinary person.

Setelah puas bermain buaian, aku pun pergi ke arah pasangan yang sedang rancak berbual di sebuah bangku kat tepi taman permainan ini.

"Hai Akram!"

Tanganku naik separas telinga semasa menyapa buah hati Yasmin itu.

Lelaki itu tersenyum kecil dan turut membalas ucapan hai daripada aku.

Ya, dia adalah Akram yang pernah tumpangkan aku naik membonceng motosikalnya sebab along suruh.

Dan juga... dia adalah Akram yang pernah minta nombor telefon aku tahun lepas tapi tahun ni know know dia couple dengan Yasmin. Daebak tak? 🤣🤣🤣








Edited: 10012022

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro