Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

🦋 dua.

"Kau naik motor Akram," arah along sambil memandang aku.

Aku hilang kata-kata untuk beberapa saat.

Sedang aku kelu termangu dengan arahan tadi, along menoleh ke arahku yang masih kaku berdiri di sisi kirinya.

"Oi, tercegat apa lagi? Cepatlah naik motor tu, kita lambat sampai depan, lepas tu tertinggal bas nanti jangan nak salahkan aku," bebel along yang sedang duduk di atas Honda EX5 abah.

Tangan kanan dan kirinya kulihat sudah pun melekap pada handle grip.

Tadi selepas motosikal kapcai abah ni termati secara mengejut, along suruh aku turun.

Kemudian dia tolak motor ke bahu jalan. Dia buka pelana motor dan periksa kondisi motor. Lepas tu dia cuba hidupkan enjin motosikal ni beberapa kali, tapi gagal dihidupkan.

Aku tanya along; minyak habis ke? Tapi dia buat bodoh je tak layan soalan aku. Siot punya abang.

Jadinya aku tak tahulah apa masalah motor ni dan aku pun tak tahu apa masalah along yang kedekut sangat nak bersembang dengan satu-satunya adik yang dia ada kat dunia ni.

Selang beberapa minit kami berdua tersadai di tepi jalan, muncul sebuah motosikal melintasi kami.

Along terus menahan motosikal tersebut dan meminta bantuan lelaki berseragam Sekolah Menengah Kebangsaan itu untuk tolong tolakkan motor abah ni sampai ke stesen minyak depan sana.

Sebab bas sekolah yang aku dan along selalu naik untuk ke sekolah kami, akan ambil kita orang kat tepi simpang yang berhampiran dan berhadapan dengan pam minyak tu.

Anak mataku bersilih ganti bergerak memandang along dan kemudian ke arah Akram yang setia menanti aku untuk membonceng motosikalnya.

Jadah apa aku kena naik motor lelaki lain? Along aku ni tak betul ke apa?

Aku dan along memang la kenal Akram ni. Dia tua setahun daripada aku dan muda setahun daripada along.

Dulu masa sekolah rendah, kita orang sama-sama satu sekolah. Bila dah masuk sekolah menengah, aku dan along bersekolah luar dari kawasan felda. Akram pula bersekolah kat dalam kawasan felda ni.

Berbalik kepada permasalahan motor tak hidup.

Tahulah motor abah tu rosak, tapi tak boleh ke along yang bawa motor Akram ni sekejap dan Akram naik motor abah? Lepas tu aku bonceng along dan along tolaklah motor abah yang Akram naik tu nanti. Ke macam mana sepatutnya?

"Oi Merah. Cepatlah! Kita dah lambat ni," sergah along.

Aku yang terkejut dengan sergahan abangku itu terus naik ke atas pelana motosikal abah.

"Naik dengan Akram la bongok," suara along sedikit meninggi.

Aku memasamkan muka sambil turun dari motor abah dan berpindah naik ke atas pelana motosikal Akram dengan penuh keterpaksaan.

Badan motosikal Suzuki Smash Revo milik Akram tidak terlalu tinggi, jadi mudah saja aku naik ke atas pelana motornya tanpa perlu memaut bahunya.

Beg sekolah yang aku galas di belakang, kutukar ke posisi hadapan tubuhku. Halal gap. Aku biarkan kedua-dua belah tanganku memegang palang belakang motor Akram.

Motosikal Akram mulai bergerak dan kaki kanannya menolak motosikal abah yang dinaiki along.

Sempat kujeling tanda geram ke arah along yang langsung tak tengok pun aku.

Bencinya! Kenapalah aku ada abang yang macam ni. Ergh!




.

.

.






"Nabil."

Piung!

"Taufiq."

Piung!

"Khairil."

Piung!

"Sufian."

Piung!

"Umairah."

Piung! Zrasss.

Begitu cantik buku tulis mata pelajaran Sains milikku dan empat orang rakan sekelasku terbang dari meja guru lalu mendarat di atas rumput tepi koridor kelas.

"Kamu berlima keluar sekarang! Junjung buku masing-masing kat luar sampai masa saya tamat!"

Allahuakbar... bagai nak luruh jantung aku mendengar jerkahan guru subjek Sainsku itu.

Terkulat-kulat aku bersama Nabil, Taufiq, Khairil dan Sufian mengutip buku tulis kami yang dah terpeleot atas rumput.

Petak oi muka aku.

Masalahnya aku seorang je budak perempuan dan pengawas yang kena denda dengan empat orang budak lelaki kelas aku ni.

Nabil menjawat jawatan sebagai pustakawan. Taufiq, Khairil dan Sufian pula pelajar biasa.

"Yang lain kalau teringin juga nak jadi model kat luar kelas, lepas ni hantar la latihan kosong. Saya bagi latihan suruh kamu jawab, tapi kamu hantar tanpa jawapan. Nak suruh siapa yang jawab? Saya?" Memetir suara Cikgu Izro Aina dari dalam kelas.

Aku mula menjunjung buku tulisku ke atas kepala.

Duh, malu tujuh keturunan weh bila pelajar Tingkatan 4 yang kelasnya setentang dengan kelas aku memandang kami berlima.

Aku bukan sengaja nak hantar buku latihan kosong tak berjawab. Hari tu aku terlupa ada homework subjek Sains. Bila kena hantar, aku terus hantar.

Ceh alasan! Padahal malam sebelum kena hantar homework tu aku sibuk baca komik. Sebab tu tak sempat nak siapkan latihan yang cikgu bagi.

Haih, lenguh pula tangan ni. Aku toleh ke kananku. Taufiq sudah meletak buku tulisnya atas songkok di kepalanya. Tangan dia tak lagi menjunjung buku tersebut. Tapi tangan dia selamba memeluk tubuhnya.

Dengan tangan yang masih setia menjunjung buku tulis, kujengah sedikit ke depan badan Taufiq untuk tengok tiga lagi makhluk di sebelahnya. Eh siot betul diorang ni ek.

Masing-masing berada dalam posisi yang sama! Buku letak atas songkok, tangan peluk tubuh.

Ewah-ewah... ini tak boleh jadi ni.

Dengan perlahan, aku turut meletak buku tulisku atas kepalaku yang berlapik tudung warna biru gelap. Ok cun, buku tak jatuh. Kemudian tangan kusilang dan merapat ke bawah dada. Ikut sama persis posisi empat jejaka di sebelah kananku.

"Lama lagi ke kita kena denda ni?"

"Entah."

"Lagi satu jam kot."

"Kepala otak anda! Subjek Sains satu jam je. Takkan dari tadi kita berdiri ni tak bergerak-gerak masanya."

"Maybe lagi setengah jam?"

"Tak kan la... sebab macam dah lama je kita terpacak kat luar ni."

"Lagi lima minit kot."

"Kau biar betik."

"Weh aku lapar."

"Dah balun tiga pinggan mihun goreng time rehat tadi pun lapar lagi ke?"

"Biasa la, dia kan perut stoking."

Rancak betul empat ketul makhluk bersongkok tu berbual. Aku malas nak menyampuk. Diorang ni tak pakai jam tangan ke apa?

Aku sempat tengok jam tangan aku tadi sebelum berpeluk tubuh. Lebih kurang 15 minit je lagi kitorang kena berdiri kat luar ni.

Diorang berempat masih seronok bersembang sesama mereka tanpa menoleh ke muka masing-masing.

"Yang dekat luar tu boleh tolong senyap tak?" Tengking Cikgu Izro Aina dari dalam kelas kami, kelas 3 Ibnu Khaldun.

Hah kau, terus menikus empat-empat makhluk sebelah kananku lepas kena marah.

Mujur la Cikgu Izro Aina tak menjengah ke luar kelas. Kalau tidak, sia-sia je kantoi kitorang tak junjung buku macam yang dia suruh.





🍎🍏🍎🍏🍎🍏

Hai. Aku just nak bagitahu; cerita ni tiada konflik berat dan juga tiada unsur-unsur penderaan emosi.

Ini hanya la cerita santai seorang budak sekolah yang tak matang dan masih tercari-cari makna hidup.

Kalau kau tak suka cerita light light takde konflik, better angkat kaki siap-siap. Sebab ramai juga readers Merah yang dah cabut lari lepas cerita ni berkembang ke plot seterusnya. Hehe.

Anyway, vote dan komen korang amatlah aku hargai. Thanks!

Much love; kyna gafar (•ө•)♡

Edited: 06122021

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro