The Truth ( #Nia )
"Ibu... ini siapa?" Sekeping gambar yang diambil daripada salah sebuah album dihulurkan kepada ibu.
"Daripada mana Nia ambil gambar ni?"
"Album lama ibu."
"Kenapa tak minta izin ibu dulu?" Ibu mengambil gambar itu dari tangan Nia.
"Siapa tu? Kawan ibu ke?"
"Ya."
"Cantik." Lirih suara Nia.
Ibu mengangguk setuju. Gambar itu ditatapnya lama. Kelihatan seorang gadis duduk bersimpuh disisi ibu. Mereka saling berpelukan mesra. Ibu menjadi sayu. Rindu sungguh dengan kenangan lama itu. Saat itu mereka masih menuntut di universiti.
"Ibu...," tegur Nia menyentakkan ibu daripada lamunan.
"Kenapa, Nia?"
"Apa nama dia, bu?" Nia menyelidik lagi.
Diam.
Ibu kelihatan ragu-ragu untuk menjawab.
"Nia.... Nia Haslina," suara ibu mendatar.
Nia tersenyum kecil. Entah kenapa, ada bibit rindu dalam dirinya.
"Eh? Kenapa nama kitorang hampir sama, ibu?" Nia tayang wajah yang teruja.
"Ada apa yang gembira sangat ni? Cuba cerita sikit. Abah pun nak tahu." Abah memasuki ruang tamu lalu mengambil tempat di sebelah ibu.
Serentak dengan itu, ibu menayangkan gambar tadi kepada abah. Yup! Seperti yang dijangka oleh Nia, riak wajah abah turut berubah seperti ibu.
Mereka saling berpandangan. Secara tiba-tiba dengan perlahan abah memberi anggukan kepada ibu.
Setelah menarik nafas dalam, ibu bersuara.
"Hmm... Nia nak tahu tak siapa yang berikan nama pada Nia?"
"Siapa?" Nia sekali lagi acah ingin tahu.
"Perempuan dalam gambar ni. Dia yang pilih nama tu."
"Tapi kenapa? Kenapa dia? Bukan ibu atau abah? Dan, kenapa pula nama kami disamakan? Kenapa ibu tak bantah? Takkan abah terima macam tu je perempuan tu bagi nama pada Nia?"
Nia mula beremosi. Kalau boleh, dia ingin mendengar sendiri penjelasan daripada mereka. Kalau diikutkan hati, mahu saja dia menyambung....
'Dan kenapa, dia tinggalkan Nia? Kenapa dia tak jaga Nia?'
"Sebab dia lebih berhak, Nia." Ibu segera menjawab. Tidak suka akan provokasi oleh Nia.
"Apa hak dia?" Nia mendesak lagi.
"Hak dia sebagai seorang ibu kepada kamu, Nia. Dia yang bertarung nyawa melahirkan kamu. Dia juga yang menangis siang dan malam mengenangkan masa depan kamu. Dan Nia tak boleh nak mempersoalkan hak dia walau sekecil perkara."
"Kalau macam tu, ibu pun tak berhak simpan tentang perkara ini. Sebab Nia berHAK untuk tahu." Nia mengawal nada suaranya. Tak mahu menengking. Bukan sikapnya menjadi seorang yang biadap.
"Kami fikir Nia tak perlu tahu. Sebab Nia dah ada kami. Dan mungkin saja Nia belum bersedia terima hakikat sebenar." Abah pula yang membalas.
Tanpa membangkang, Nia berkata,"ada satu hal jer yang Nia betul-betul nak tahu. Dia tinggal kat mana sekarang?"
"Dia dah tak ada, sayang. Dia meninggal seminggu selepas kelahiran Nia. Kalau Nia nak tahu, sejak kematian emak Nia, Nia seolah-olah... bersedih dengan kematian tersebut. Nia tak henti menangis siang malam. Risaunya kami, hanya Allah je yang tahu."
Nia terdiam sejenak. Sudah berapa lama dia pendam akan hal ini. Separuh dirinya berharap ibu kandungnya masih hidup. Dan separuh lagi seakan menidakkan harapan itu.
"Ibu dengan abah minta maaf, ya. Sebab dah bertahun rahsiakan hal ini," kata abah dengan lembut.
Nia perlahan-lahan dengan melutut mendekati ibu di sofa sebelah. Susuk tubuh wanita itu dirangkul erat. Nia tanpa sepatah dua kata, terus menghamburkan tangisannya.
"Apa pun, ibu tetap seorang ibu kepada Nia. Te-terima kasih sebab dah besarkan Nia dengan penuh kasih sayang. Nia sayang ibu."
"Ibu pun sayangkan Nia." Kepala Nia diusap lembut.
Untuk seketika, mereka kekal berpelukan sebelum abah berkata sesuatu yang menarik perhatian Nia.
"Nia, nanti kami bawa Nia ke perkuburan ibu Nia, ya."
Nia lantas mengangguk laju. Air matanya diseka bahagia.
* * *
Tanpa sempat ditahan, Nia mengalirkan air mata bak 'Niagara Falls'.
"Betul ke, abah? Sini?"
Abah angguk mengiyakan. Dengan pandangan kabur, Nia memerhati kawasan perkuburan itu.
Rupanya, dia sudah kerap ke sini menziarahi kubur ibu kandungnya bersama abah dan ibu. Patutlah, sebelum ini ibu mengatakan bahawa ia merupakan kubur rakan karibnya.
Dan mungkin sebab itulah, Nia sentiasa dipaksa datang sekali ke sini dengan ibu dan ayah.
Nia menguatkan dirinya. Langkah diayun lemah. Tangannya digenggam kemas oleh ibu. Mahu menyalurkan kekuatan kepadanya mungkin.
Pagi itu, awan berarak perlahan. Meskipun matahari terik memancarkan cahaya, cuaca tidaklah terlalu panas.
Nia berasa lebih tenang. Air matanya dikawal tidak mahu meratapi si mati. Walau dia lemah dan hanyut dalam dakapan rindu ini, dia cuba untuk kuat.
'Sebab Nia anak umi... Terima kasih sesangat, sanggup bergadai nyawa untuk Nia. Betul cakap umi. Nama yang umi beri pada Nia, membuatkan Nia rasa dekat sangat dengan umi, cinta hati Nia dunia dan akhirat.'
.
,
.
,
Assalamualaikum.
Ini punya update hanya untuk suka-suka😏😏😏
Saya cuba untuk tambah aura sedih tapi macam tak menjadi.
Apapun, Selamat Hari Ibu kepada para ibu sedunia!
Lagipun, tiap hari ialah hari ibu ^-^
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro