Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

First day - 4 Oktober 2017

🌹🌸 banner so lawa by : nurflwr 🌸🌹

* * *

Langit yang mulai gelap dipandang resah. Awan hitam bergerak perlahan membawa tangisan yang akan dihamburkan sekejap saja lagi. Angin sejuk menyapa tubuh kecilnya membuatkan dia menggigil kesejukan.

Matanya ligat mencari bas atau teksi untuk pulang ke rumah namun hampa. Sejak berada di perhentian bas ini 35 minit lalu, dia hanya melihat dua buah motosikal, tiga buah kereta, sebuah lori panjang dan sebuah trak polis untuk para banduan.

Seram sungguh. Mereka menyeringai melihat dia bersendirian di kala senja menjengah tiba.

Seperti yang dijangka, hujan mulai turun dengan lebat. Hati Nia berlipat kali ganda gelisah kerana ketirisan di sana sini pada bumbung perhentian bas.  Bahagian tempat duduk juga sudah basah. Kaki Nia sudah lenguh berdiri.

Tap! Tap! Tap!

Nia tersenyum. Dalam resah, ada ubatnya. Dia sangat gemarkan paduan bunyi alam yang harmoni. Seketika kemudian, aplikasi joox di dalam telefon dibuka. 'Playlist' lagu-my fav- dibuka. Lagu Fine oleh Taeyeon dipasang. Macam seronok pula nak berdrama di sini.

Nia menadah air hujan dengan tapak tangan. Sejuknya! Telefon segera dimasukkan ke dalam poket. Dia risau kalau Lenovo kesayangan terkena air hujan. Keluhan kecil dilepaskan. Kalau tak kerana dia kehabisan kredit, sudah lama dia menelefon abah untuk datang menjemputnya.

Ish. Astaghfirullahaladzhim... Ustazah cakap, perkataan 'kalau' itu membuka ruang kepada syaitan untuk menghasut kita. 'Kalau' juga bermaksud kita merungut dengan takdir Allah Swt. Nia mengingatkan dirinya.

Jam di tangan ditanggalkan. Hujung mata mengerling jarum jam yang sudah menunjukkan pukul 6.10 petang.

Hujan semakin lebat bagai mengalami kemurungan yang melampau. Nia menjadi buntu.

"Sudahlah lupa bawa payung. Macam mana ni?" Nia mendecit perlahan kemudian mengeluh.

Hari semakin gelap saat Nia melihat kelibat seorang lelaki sedang berlari ke arahnya.

Siapa pula mamat ni? Ya allah... aku takut..., Nia berdoa sepenuh hati.

Lelaki itu tiba dan berdiri tidak jauh daripadanya. Nia memerhati sekilas.

Lelaki misteri itu mengenakan t-shirt dan seluar yang serba putih. Penutup mukanya berwarna hitam dipadankan dengan kasut hitam.

Wow! Pakej. Payung dia pun warna hitam. Baru habis berkabung lah ni...

Jantung Nia berdegup sedikit laju daripada kebiasaan. Risau juga akan keselamatan dirinya. Segala doa dan surah lazim dibaca berulang kali dalam hati. Moga dia selamat dunia akhirat.

Sedang khusyuk berdoa, tiupan angin mula mengganas. Tempat Nia berteduh ditempiaskan air hujan.

"Ya Allah... habis basah baju aku. Macam mana ni?" Rungut Nia. Wajahnya terasa panas berbahang. Mahu saja dia menangis memanggil ibu. Nia berundur sedikit ke belakang.

Tap!

Tap!

Tap!

Selendangnya basah. Dia mengeluh lagi kemudian mendongak ke atas. Dan...

Gelap. Untuk seketika pandangannya gelap. Apahal pula ni?

Nia kembali memandang ke hadapan. Terbeliak matanya melihat lelaki perkabungan tadi kini berdiri di hadapannya. Lelaki itu memandang tepat ke dalam anak matanya.

"Oi... jauh sikit. Apa hal kau dekat-dekat ni. Haram... haram," Nia melenting.

Bagai lembu dicucuk hidung, lelaki itu segera menjarakkan dirinya. Payung dihulurkan kepada Nia.

Setelah agak lama, barulah Nia mengerti dan mengambil payung tersebut.

"Err... terima kasih. Kau macam mana pula?"

Diam.

Tanpa membalas, lelaki itu berlari ke arah jalan raya. Berhujan lah nampaknya mamat tu.

'Eh? Takkan dia nak bunuh diri?' Nia cuak.

"Weh! Nah, ambil balik payung kau! Jangan bunuh diri! Berdosa! Apasal bagi kat aku kalau kau sayang sangat payung kau ni!"

Lelaki itu berpaling ke arah Nia tanpa perasaan. Tangan didepakan di tengah jalan raya.

"Nak bunuh diri pun agak-agak laa... tak ada kereta pun yang nak rempuh kau. Nak jumpa basikal pun payah...." Nia tersenyum mengejek.

Lelaki itu masih berdiri dalam hujan yang masih turun dengan lebat.

Setelah beberapa saat berlalu, sebuah teksi berhenti. Lelaki itu mengisyaratkan teksi untuk ke sisi jalan. Dia kemudiannya membuka pintu teksi di bahagian penumpang. Tangannya diangkat dan melambai memanggil Nia masuk ke dalam teksi.

Nia tak berganjak. Tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Sudah berjanggut putih dia menunggu satu teksi pun tak nampak. Tapi lelaki itu mudah saja mendapatkannya.

Argh... mungkin saja pemandu teksi dan lelaki itu berpakat untuk menculiknya.

Namun, rasa bersalah timbul di sudut hati kecilnya. Dia tidak mahu lelaki itu berhujan semata menunggu dirinya. Tanpa dipaksa, Nia melangkah.

Dia mengangkat payung setinggi yang mampu agar dapat memayungi lelaki tinggi lampai itu. Dan dia... gagal.

'Hampeh... nampak bebeno aku ni spesies yang pendek.'

Memahami situasi Nia, lelaki itu membongkokkan dirinya. Mereka kini berada di bawah payung yang sama.

"Terima kasih... hanya Allah Swt yang dapat balas jasa kau."

Payung segera dihulurkan semula kepada lelaki itu sebelum memboloskan dirinya ke dalam perut teksi.

Setelah itu, teksi pun mula meluncur laju meredah hujan yang semakin lebat.

Nia berpaling ke belakang. Lelaki itu sudah tiada. 'Kesian... Aduh... kenapa aku tak ajak dia naik sekali? Aniaya orang baik je aku nih.'

Pandangan dilemparkan ke luar teksi. Dia termenung memikirkan hal tadi.

"Nak pergi mana, cik?"

"Lorong 2, Taman Melati."

"Baik, cik."

Dalam 15 minit, mereka tiba di kawasan perumahan Nia.

"Rumah warna putih yang kat depan tu, pak cik. Yang ada kereta Axia."

Teksi itu berhenti di depan rumahnya.

"Berapa tambangnya, pak cik?" Nia menggagau begnya mencari duit.

"Tak payah. Budak lelaki tadi sudah bayarkan."

"Eh, ye ke?"

'Aik?Aku tengok dia berdiri macam tugu negara. Bila masa pula dia bayar?'

"Err... tak apalah kalau macam tu. Terima kasih."

Nia segera turun daripada teksi. Renyai hujan membasahi pakaiannya sekali lagi. Sebelum teksi itu pergi jauh, Nia sempat mengerling ke belakang.

Jantung berdegup pantas. Dia menjadi tak keruan dan panik.

Teksi itu mula bergerak meninggalkan kawasan rumah Nia....

Tanpa pemandu.
.
.

Ini merupakan buku pertama yang saya publish.
Jadi, untuk sebarang kekurangan saya minta maaf lah yerr😌😌😃😃
Sebarang salah dan silap harap ditegur.
Do votes and comments😉😉
Happy reading!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro