Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

91

Hari berganti malam, adam kini berada di cafe. Menunggu kehadiran zulaikha.

"assalamualaikum." salam zulaikha.

"waalaikumsalam. Duduklah." pelawa adam.

Zulaikha pun melabuh punggung diatas kerusi berhadapan dengan adam.

"laila mana?"soal adam.

"dia tidur dekat hotel." balasnya. Adam mengangguk kepala.

Adam menyilang kaki kanan ke atas paha kirinya. Dia menghulur tangan inginkan segala bukti yang zulaikha katakan padanya petang tadi.

"sebenarnya.. Saya takda pun semua bukti tu. Saya bagi alasan tu supaya boleh jumpa awak malam ni." ujar zulaikha.

Adam menghentak tangannya ke atas meja, dia dah agak wanita itu akan menipunya.

Adam terus bangun melangkah pergi, namun zulaikha sudah menghalangnya.

"Adam! Tunggu. Bagi saya masa untuk bercakap."

"aku dah bazirkan masa aku untuk tunggu orang penipu macam kau. Jangan sampai aku hilang sabar dengan kau zulaikha."

"adam. Benda tu dah bertahun yang lalu. Tiada siapa yang akan ungkit kisah lama dia. Orang tu pun mungkin dah mati atau dah lari daripada malaysia. Kita tak tahu?" degus zulaikha.

"hei biarlah orang tu dah mati ke apa ke, aku tetap nak tahu siapa dia. Dan rasanya kau tak perlu kot nak tipu aku."

"Adam.. "

Zulaikha menarik tangan adam, namun dia menepis.

"kau kalau nak cakap, cakap aje. Tak payah nak sentuh aku."

"adam saya tahu awak marahkan saya disebabkan saya tinggal awak dulu. Adam kalau saya boleh putarkan masa saya akan betulkan kesilapan saya." ujar zulaikha.

Adam menggeleng kepala.

"kalau boleh aku pun nak undur masa, aku nak lebih kenal haura daripada kenal orang macam kau." degus adam.

"awak. Saya tahu awak masih cintakan saya. Dan saya tahu awak buat-buat kesah tentang haura sebab nak jeleskan saya je. Tapi adam.. Cukuplah seksa haura dalam rumah tangga awak. Jangan berlakon lagi." rayu zulaikha.

Adam ketawa kecil, dia memeluk tubuhnya.

"aku? Nak jeleskan kau? Rasanya buang masa kot. Bila masa pula aku jadi artis yang kena belakon 24 jam? Kau dengar sini zulaikha.. Aku cuka anggap kau sebagai saudara ipar aku. Tak lebih daripada tu. Aku rasa kau boleh lupakan tentang hal dulu. Sebab bagi aku, aku bersyukur sebab kita berpisah. Dan sekarang aku tahu kenapa? So. Kau tak perlu nak merayu bagai sebab aku takkan kembali dekat kau."

Ujar adam. Zulaikha menunduk kepalanya, dan menggeleng.

"Adam.. Jangan tipu perasaan awak. Please.. "

"aku tak pernah tipu perasaan aku. Aku tahu Haura adalah cinta aku yang sebenar. Allah dah amanahkan aku untuk bimbing dia."

"tapi haura sendiri pernah kata dekat saya yang perkahwinan awak dengan dia cuma sementara sebab awak cintakan saya." degus zulaikha.

Masih mencuba untuk mendapatkan adam. Tadi konon cakap tak nak adam. Sekarang apa dia?

"memang aku pernah cakap macam tu. Tapi tak sampai seminggu aku pegang kata-kata tu. Kalau boleh aku tak nak langsung ucap perkataan macam tu depan dia. Disebabkan aku kata macam tu lah dia masih ingat yang aku nak kan kau sedangkan perasaan cinta dan sayang aku dah ada pada dia."ujar adam.

"tapi adam.. "

"no. Aku tetap cintakan haura. Tiada siapa boleh pisahkan aku dengan dia kecuali Allah sahaja." potong adam.

Zulaikha mengeluh kecil.

"zulaikha.. Kita keluarga kan? Aku boleh berbaik dengan kau kalau kau boleh berbaik dengan haura. Kau tak perlu rebut aku. Ramai lagi lelaki yang lagi elok daripada aku." ujar adam.

Zulaikha tidak membalas apa. Hanya mengesat air matanya yang jatuh apabila adam tidak menerimanya.

"aku kena pergi. Nak jaga haura. Nanti kalau ada masa, kita jumpa sebagai keluarga bukan macam dulu. Assalamualaikum."

Adam pun melangkah pergi daripada situ meninggalkan zulaikha bersendirian. Tiba-tiba dia teringat kembali tentang apa yamg haura pernah katakan padanya dahulu.

Sebelum majlis pernikahan berlangsung..

Haura duduk di atas kerusi berhadapan dengan cermin. Dia bermain jari, gementar apabila tahu lagi beberapa minit dia akan menjadi milik seseorang.

"haura. Kau tahu tak lelaki yang kawin dengan kau nanti sebenarnya ex boyfriend akak." tegur zulaikha yang membetulkan mahkota di atas kepala haura.

Haura tersenyum.

"ye. Haura tahu. Mak yang bagitau."

"so? Takkan haura tak rasa yang adam masih cintakan akak?" soal zulaikha.

"of course haura tahu. Lelaki mana yang tak ingat ex dia, kan? Dan haura tahu dia masih cintakan akak. Tapi akak janganlah risau, perkahwinan kami mungkin sekejab aje. Tak lama lagi, mesti dia akan kembali pada akak. Jadi.. Tak perlu nak risau. Haura takkan rampas dia pun. Haura sedar yang haura buta. Siapa nak beristerikan orang buta macam haura. Dia kawin pun sebab terpaksa." ujar haura.

Zulaikha mengangguk faham.

"so? Tak lama lagi.. Korang bercerai jugaklah?"

"ikut pada adam. Bukan haura yang akan lafazkan cerai. Tapi sememangnya dia cintakan akak. Dan berkemungkinan dia akan kembali pada cinta lama dia." ujar haura.

Zulaikha tersengih nampak gigi apabila haura berkata begitu.

Namun apabila mengingati semua itu, lebih banyak air mata yang keluar. Zulaikha mengelap air matanya.

"kau salah haura. Kau cinta dia yang sebenar.. Bukan akak.. "

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro