81
Suraya melangkah menuju ke arah keretanya. Namun, secara tiba-tiba ada dua orang wanita menghalang jalannya iaitu mel dan zulaikha.
"Rasanya jalan ni luas kot? Tak perlu nak halang macam ni." tegur suraya.
"jalan ni bukan bapak kau punya pun. Kau kawan haura kan? So mesti kau tahu Haura dengan adam lari ke mana? Right?" soal mel.
"aku kawan dia. Bukannya mak dia. Manalah tahu diaorang pergi mana. Yang korang sibuk nak tahu kenapa?"
"perempuan buta tu dah banyak menyusahkan hidup orang. Kau nasihat sikit dekat perempuan tu supaya Hati-hati lepas ni. Jangan ingat dia akan dapat adam sampai bila-bila." ujar mel.
Suraya memeluk tubuhnya.
"aku rasa aku kenallah korang berdua ni. Sebab, perempuan gedik macam ni ada seorang je. Iaitu mel. Cukup-cukuplah kacau rumah tangga orang. Dah adam suka haura,kau tak boleh lawan ketentuan Allah."
"kau tak payah nak berlagak alim sangatlah, menyampah aku dengar!"
"kau pun tak payahlah berlagak setan sangat, panas aku bila dekat dengan kau." sinis suraya.
Dia menolak mel ke tepi dan menyambung melangkah pergi. Namun langkah terhenti sejenak, dia menoleh memandang zulaikha.
"kau kakak dia kan? Kau tak sepatutnya join minah gedik tu. Sedar sikit adik kau dah banyak berkorban dekat kau. Dia dah jaga laila, dah tanggung nafkah untuk anak kau. Sepatutnya suami kau yang buat semua tu but.. Entahlah nak cakap macam mana. Harap sangat kau berubah sebelum terlambat."
"rasanya orang macam kau tak layak tegur aku." degus zulaikha.
"sedangkan teguran daripada seorang pelacur pun harus kita ambil inikan pulak aku." degus suraya dan menyambung melangkah pergi.
Zulaikha terdiam mendengar sindiran suraya.
Adam dan haura berjalan kaki di tepi tasik. Pokok-pokok yang besar di bahu jalan melindung mereka daripada terkena sinaran matahari.
"puan haura nak naik basikal?" soal adam.
"tak nampak."
"nak main belon?"
"saya bukan budak kecik."
"nak main layang-layang? "
"tak reti."
"hmm.. Nak masuk zoo?"
"busuk."
"nak jogging?"
"Penat."
"habis kau nak apa? Baik duduk hotel aje. Tak payah nak susah-susah datang sini." soal adam seperti tidak puas hati setelah haura menolak banyak pelawaannya.
"manalah saya tahu. Awak yang bawak saya datang sini. Bukan saya yang mintak."
"betul jugak,kan? Kalau macam tu. Kita naik basikal. Jom!"
"awak ni Agak-agaklah. Ke awak saja nak mengejek saya? Saya buta kan? Tumbuk karang apa tak dapat!"
"aku bukan mengejek kau lah. Kau duduklah belakang biar aku kayuh!"
"buatnya awak penat kayuh Lepastu saya pulak jadi mangsa."
"takda lah. Jom lah!"
Adam terus menarik tangan haura ke arah kedai untuk menyewa basikal. Belum sempat apa-apa lagi, dia sudah terserempak dengar amar.
"kau lagi? Memang tak serik lagi ek makan penumbuk aku." degus adam dengan berbisik.
"Comel betul haura.." puji amar juga secara berbisik, dia mahu saja menyentuh dagu haura. Namun adam sudah menamparnya.
"awak cakap dengan siapa tu?" tegur haura.
"takda apa. Err.. Haura. Sini kejab."
Adam menarik tangan haura, membawa haura jauh sedikit daripada amar.
"kau duduk sini dulu boleh? Jangan pergi mana-mana. Sebab, aku cadang nak naik basikal seorang. Takut nanti kau pulak jadi mangsa."
"okaylah. Saya duduk sini je. Awak jangan lupa saya pulak. Karang awak tinggal saya macam tu je."
"iye. Aku datang sini balik."
Adam menggosok kepala haura sebelum melangkah kembali ke arah amar.
"apa kau nak lagi? Kau saja nak cari pasal dengan aku kan?"
"aku tak ikut kau pun. Aku ikut haura. Yang kau nak jeles kenapa? Aku abang ipar dia,suka hati aku lah."
"hei, pangkat abang ipar kau tu dah lama hilang. Aku tak nak gaduh dengan kau kat sini. karang tak pasal-pasal haura jadi mangsa."
"heh,kalau dah pengecut. Cakap aje lah." sinis amar.
"aku bukan pengecut macam kau yang lari semalam. Okay macam ni lah.. Kita lumba basikal. Kalau kau kalah, aku takkan halang kau untuk jumpa haura. Tapi kalau aku menang.. Aku tak nak kau ganggu haura atau tunjuk muka kau yang tak handsome tu!" cabar adam.
Amar tersenyum sinis.
"kau nak naik basikal? Orang kaya berlagak macam kau reti ke nak berlumba?"
"heh, tengok kakilah."
"okay! Aku setuju. Siapa sampai sini dulu dia di kira menang. jangan menyesal kalau kalah." ejek amar.
Dia pun melangkah untuk menyewa basikal. Adam memandang haura yang duduk di bawah pokok.
"ini semua salah kau tau tak? Apasal kau cantik sangat? Lain kali jangan cantik sangat..kau tengok apa kau dah buat! Mamat amar tu nak menyibuk dalam rumah tangga kita." bebel adam kepada haura yang duduk jauh darinya.
"cepatlah!"
"sabarlah! Iman kau mana? Heh!" sindir adam.
Kini adam dan amar sudah mempunyai basikal Masing-masing. Tangan sudah siap menggenggam kemas.
"okay. Aku kira sampai tiga. Baru mula. 1..2.."
Belum sempat kira sampai tiga, amar sudah mengayuh terlebih dahulu meninggalkan adam di belakang.
"main tipu, kurang ajar! Kau tunggu!"
Adam pun mengayug basikalnya mengejar amar yang sudah jauh meninggalkannya.
"lembab!" sindir amar.
Adam meneruskan kayuhannya. Dia seperti tiada harapan untuk menang.
"demi haura adam! Demi haura!" bisik adam memberi semangat pada diri.
Dia terus melajukan kayuhan sehingga memecut ke hadapan.
"amboi! Bukan main laju?! Tak boleh jadi ni!" degus amar apabila dia menolah ke belakang tadi.
Adam kini semakin hampir dengan amar. Amar tersenyum jahat. Dia menendang tayar basikal depan, sehingga adam terjatuh ke tanah.
"padan muka! Haha! Aku akan menang!" sorak amar. Terus meninggalkan adam.
"mamat ni main tipu betul! Takpa, aku pun boleh main tipu lah!" degus adam.
Dia kembali bangun dengan lututnya yang tercedera. Basikal di angkat kembali, dia naik semula dan menyambung kayuhan. Tetapi dia mengguanakan jalan lain.
Amar menoleh ke belakang. Kelibat adam langsung tidak terlihat.
"kau tak layak menang adam. Budak lemah!" sinisnya.
Dia kembali menoleh ke depan. Terkejut amar melihat kelibat adam mengayuh basikal di jalan kiri.
"Sekarang.. Giliran aku pulak! Ambik kau!"
Adam terus melanggar amar dari arah tepi, sehingga jatuh ke dalam tasik bersama basikalnya.
"cuaca panas ke bang? Janganlah sampai mandi dalam tasik! Hahaha!" sindir adam.
"bye.." adam melambai tangannya sebelum menyambung kayuhannya.
"YES!! AKU MENANG!!" jerit adam dengan gembira setelah sampai di garisan penamatnya.
Dia meletakkan basikal di tempat asal,dan berlari ke arah haura. Namun kelibat haura tiada di tempat duduknya tadi.
"eh? Mana haura?" soal adam, risau. Dia mencari haura di sekitar taman tasik itu.
Namun langkahnya terhenti apabila melihat haura berada di taman permainan, sedang bermain belon dengan seorang budak kecil yang mungkin berumur 3 tahun.
"anak siapa pulak dia berkawan tu?" soal adam.
Dia terus berlari anak menuju ke arah haura.
"anak siapa ni?" tegur adam. Tanpa memberi salam.
"dah puas main? Saya tunggu awak punyalah lama. Haihh.. Ini cucu mak cik dekat situ."
Dia menunding jari ke arah seorang wanita yang duduk diatas kerusi roda. Wanita itu tiada kaki untuk berjalan.
"budak ni nangis.. Nak main belon. Jadi saya belikan lah belon untuk dia. Mak cik tu kata mak ayah budak ni dah lama berpisah. Masing-masing tak nak budak ni." ujar haura.
"apa nama dia?"
"nama budak ni ros." balas haura. Adam mengangguk kepala.
Wanita itu menolak kerusi roda menghampiri adam.
"maaf ye,nak. Anak ni.. Suami perempuan ni ke? Maaf sebab cucu mak cik menyusahkan korang."
"eh. Takdalah.. Saya tak kesah semua tu. Mak cik dah berapa lama keadaan macam ni?"
"sejak 7 tahun yang lalu. bagus ye, anak ni. Sudahlah kacak, tengok orang pun macam berduit tapi kawin dengan wanita buta. Tak sangka masih ada lagi orang yang macam kamu." pujinya.
Kembang hidung adam apabila di puji begitu.
"nenek! Nak balik. Belon dah habis!" ujar ros.
"dah habis? Jom kita balik. Terima kasih ye. Mak cik pergi dulu." pintanya.
Wanita itu mengangkat ros meletakkan ke atas ribanya. Lalu roda kerusi itu di tolak pergi daripada situ.
"seronoklah tu orang puji." tegur haura.
"eleh.. Sibuk je kau!"
"Awak.. Saya nak cendol." rungut haura dengan nada manja.
"mana kau tahu ada cendol dekat sini?"
"saya dapat bau cendol. Nak cendol..."
"mengada kau ni kan? Jom lah!"
"yeay!"
Adam menarik tangan haura menuju ke gerai cendol yang tidak jauh daripada situ.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro