Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

6

HARI berganti pagi, kedua belah tangan adam diseluk ke dalam kocek seluar. Dia berdiri di hadapan sebuah tingkap berkaca menatap pemandangan daripada bilik pejabatnya. Suasana pagi tidaklah sesak mana lalu lintas. Hanya kelihatan beberapa buah kenderaan sahaja. Selalunya, lewat tengahari barulah jalan raya akan sesak dengan teruk. Lama Adam mengelamun, bunyi ketukan pintu benar menyentakkan dirinya. Kedua belah bahunya terhinjut ke atas. Dia lantas memusing tubuh ke belakang, memandang pintu pejabat yang masih tertutup. Menantikan arahan sebelum dibuka.

"Masuk!" arah adam, tegas. Lantas, Pintu di tolak oleh seorang wanita, pembantu peribadi Adam. Dia berjalan menuju ke arah adam, bersama fail yang dipeluk kemas di dada.

"Encik adam.. ada orang tu dia nak jumpa encik adam. Tapi buat apa-apa temu janji pun. Encik adam nak saya suruh dia balik atau macam mana?"

"siapa dia?"

"Err.. Haura dengan kawannya suraya tidak silap." ujarnya. Adam menjuih bibir dengan riak muka berlagak. Cepat betul minah ni serang aku.

"Tak apalah. Bagi sahaja dia masuk." ujar adam serta memberikannya arahan. Wanita itu pula hanya membalas dengan anggukan lalu melangkah keluar kembali menjemput Haura dan suraya yang berdiri di kaunter perkhidmatan. Suraya melemparkan senyuman kecil tanda terima kasih, sebelum tangan Haura dipimpinnya masuk ke dalam bilik. Kelihatan wajah mereka berdua sama sahaja tidak puas hati. Mana tidaknya jika maruah wanita dipijak oleh lelaki kaya berlagak ni!

"Hei, jantan! Kau ni.."

"You... Shut up. Aku rasa aku tak ada masalah dengan kau." Pintas adam, laju. Suraya mengetap bibir. Ringan sahaja tangannya, rasa macam nak hayunkan sahaja tangannya ke muka lelaki kerek itu.

"Memang kau tak ada masalah dengan aku, tapi Haura ni kawan aku! Kenapa kau sanggup buat macam ni huh? Kitaorang tahu engkau ada pangkat tapi rasanya kau tak ada hak langsung nak ambil kesempatan dekat Haura!" bentak suraya. Puas hatinya dapat melepaskan segala amarah. Turun naik nafasnya saat ini. Orang lain yang kena, aku pula yang panas!

"Hei, rasanya kau boleh diam kot? Buat memekak sahaja dalam bilik kerja aku Tinggalkan aku dengan haura je dekat sini. Kau tak perlu nak masuk campur.'

"Tinggalkan? Memang taklah! Kau ingat aku tak tahu niat kau, huh?"

"Aku kata keluar, jadi keluar aje lah keluar!!" jerkah adam membuatkan suraya tersentak. Terkebil-kebil mata Suraya menatap muka dingin lelaki itu. Haura mengeluh kecil. Dia menyentuh tangan Suraya, mengalihkan perhatian wanita itu memandangnya.

"Tak apa kak... Akak keluar sahaja dulu. Tunggu Haura kat luar." ujarnya. Suraya tidak membalas apa-apa. Kecil besar kecil besar sahaja dia memandang lelaki itu. Tanpa berlengah, dia terus melangkah keluar daripada bilik itu dan menutup pintu. Memberikan mereka sedikit ruang untuk berbincang dengan lebih privasi.

"kenapa buat saya macam ni?" soal Haura setelah lama dia berdiam diri. Adam mendecik kecil. Sebelah keningnya dijongketkan ke atas.

"aku buat apa?"

"Jangan tanya soalan bodoh macam tu lah encik Adam. Malulah kerja ceo tapi tanya soalan macam tu." sinis haura.

"Apa? Kau datang sini sebab kes aku peluk dengan cium kau semalam?"

"Habis? Takkan pasal lain, kan? Apa motif encik Adam buat saya macam tu lepastu viralkan? Encik adam tak malu ke?! Encik adam dah kotorkan maruah saya serta maruah diri encik adam sendiri. Takkan tak boleh fikir semua tu?!"bentak haura. Malah, Adam ketawa kecil. Tidak sangka haura ini panas baran juga orangnya. Mana tak baran kalau kena dianaya bergitu sekali.

"aku lebih sanggup kotorkan maruah aku daripada aku kawin dengan perempuan sial tu."

"Encik adam punya hal..saya pula yang kena masuk campur kenapa? Saya buta tau! Takkan encik adam tak kesian dekat orang macam saya?"

"Kesian memanglah kesian. Tapi kau kena ingat, ada salah kau juga.. Kau tak bayar ganti rugi aku. So, sebagai balasan ini lah dia." balasnya, berlagak. Haura menggeleng kepala tidak puas hati.

"Tak sampai tiga hari lagi encik adam. Tapi, macam ni encik adam buat pada saya hanya kerana kasut encik yang kotor tu?! Langsung tak masuk akallah!"

"yes! Memang tak masuk akal. Tapi nak tak nak, aku dah buat pilihan. Dan cara pembayarannya kau harus kahwin dengan aku untuk selesaikan apa yang dah viral."ujarnya.

Haura terlopong. Kahwin?

"Apa maksud encik ni? Encik ingat saya ni apa?"

"kita kahwin, dan aku akan bertanggung jawab atas semuanya." ujar Adam. Nak tergelak Haura mendengarnya. Sesenang itu sahaja mamat tak guna ni buat keputusan? Gila!

"Encik memang betul-betul dah gilalah..." sinis Haura. Dia menggeleng kepala berkali-kali. Daripada habiskan masa bertekak dengan orang gila duit macam mamat ni, baik aku pergi sahaja. Tanpa banyak bicara, Haura memusing kembali tubuhnya ingin berjalan menuju ke arah pintu yang dia gunakan semasa masuk tadi. Adam mula terpinga-pinga. Dia tidak boleh membiarkan sahaja wanita buta itu pergi. Lantas, dia terus berlari menghalang pintu itu. Bunyi hentakan kuat pada pintu menyentakkan Suraya yang berada di luar. Jantungnya mula berdegup laju. Apa dah jadi?

"Haura?"panggil suraya, pintu diketuk berkali kali, namun tiada sesiapa pun yang menyahut. Suraya mula cemas.
Tombol pintu pun sudah dipulas berkali kali tetapi terasa seperti dikunci daripada dalam.

"Hei, buka pintu ni! Haura kau okay tak tu?! Encik adam!" jerit suraya dengan mengetuk pintu berkali kali.

"Puan, kenapa ni?"soal pembantu peribadi adam.

"Tolong buka pintu ni.. Kawan saya ada dekat dalam dengan bos awak. Saya takut dia apa-apa kan kawan saya.. "rayu suraya.

"err.. Kejab saya panggil dato." pamitnya, lalu berlari ke meja kerja. Mendapatkan telefon pintarnya untuk menghubungi seseorang.




"ERMM!!" haura cuba untuk menjerit namun mulutnya sudah ditekap kuat dengan tangan kanan lelaki itu, manakala tangan kiri adam pula memegang kuat kedua belah tangan Haura. Menghalang wanita itu daripada bertindak apa-apa. Terus tubuh Haura disandarkan pada dinding biliknya dengan kuat.

"Kau tahu tak, betapa banyak masalah yang menimpa dekat aku sekarang ni? Aku tak nak kasar dengan kau tapi dengan syarat kau kena ikut cakap aku." bisik Adam. Dia merenung mata Haura dengan tajam. Cukup dengan tindakannya sahaja, dia mampu untuk menghentikan Haura daripada melawannya semula. Tak mampu melihat, tapi mampu untuk merasa keadaannya yang sekarang.

"kau ingat haura.. Kalau kau tak setuju atau cuba lari daripada aku. Ada benda yang lebih teruk bakal terjadi dekat aku dengan kau. Aku sanggup cemarkan diri aku supaya aku tak kawin dengan mel. Dan kau pula harus bersedia untuk terima nasib yang sama macam diri aku." gertak Adam, haura tidak membalas apa-apa. Malah air mata yang mengalir turun kerana terlampau takut. Lihat air mata Haura yang mengalir, ia betul-betul menghiriskan hatinya. Perlahan-lahan Adam melepaskan haura sebaik sahaja dia mendengar tangisan daripada wanita itu. Tongkat yang berada di lantai di capainya juga.

"Aku takda niat nak buat kau macam ni.. Aku tak pernah rosakkan perempuan. Tapi aku terpaksa Haura." Luah adam, haura tidak membalas apa-apa. Dia hanya menggeleng kepala. Tidak boleh menerima apa yang berlaku sekejap tadi.

"saya nak tongkat saya..."pinta haura.

"Haura.. tolonglah..."

"saya nak tongkat saya!" bentak haura. Adam tiada pilihan lain, dia menyerahkan tongkat itu kembali kepada Haura. Tak sampai beberapa minit, pintu bilik diketuk seseorang. Terus Adam berpaling memandang ke arah pintu yang terkunci.

"Adam! Kamu buat apa dekat dalam tu?!" tegur Dato' Anuar daripada luar.

"Ta.. Tak buat apa! Kejap!"sahut adam. Kotak tisu diatas meja di capainya, dia menarik beberapa hilai tisu. Haura ditarik mendekatinya lalu air mata di lap dengan lembut.

"Tolong jangan bagitau papa yang aku buat semua ni dekat kau. Aku janji aku akan bertanggungjawab atas apa yang terjadi." ujar adam, merayu.

"Adam!! Buka pintu ni!" arah Dato'Anuar, tegas. Tanpa berlengah, Adam pun melangkah ke arah pintu, lalu dikuaknya. Dia melemparkan senyuman lebar sebaik sahaja melihat figura Dato' Anuar yang berdiri tercongok di hadapannya. Dato' anuar menggeleng kepala. Dia menolak tubuh Adam ke tepi, dan melangkah masuk ke dalam bilik. Melihat Haura yang berdiri di tepi meja kerja dengan memeluk tongkat.

"kamu buat apa dengan perempuan ni sampai semua orang risau?"soal Dato' Anuar, serius. Dia memandang Adam semula.

"Ta.. Takda ada buat apa-apa, pa." bohong Adam, terpaksa. Luruh jantungnya saat Dato' Anuar mula berpaling ke arah Haura.

"Cik Adik... Apa yang Adam dah buat pada kamu?" Soal anuar pada haura pula. Adam mula berdebar. Dia memandang haura, mengharapkan haura tidak memberitahu kejadian tadi. Tolonglah faham aku, Haura. Tolong lah...

"Cakap sahaja. Pak cik ada." sambung Dato' Anuar lagi apabila haura masih mendiamkan diri.

"Takda apa dato, pintu tu terlock sendiri. Adam cuba nak buka pintu tu tapi tak boleh." bohong haura. Dia melemparkan senyuman lebar. Ingin lebih meyakinkan lagi orang tua itu.

"saya balik dulu lah, ya. Maaf sebab menyusahkan semua orang." sambung haura lagi, sebelum melangkah ke pintu keluar. Suraya mengerut pelik. Kenapa tiba-tiba Haura berubah menjadi baik? Kalau tidak sebelum ini dia sedang marah. Takkanlah dia sudah maafkan lelaki ego itu?

"Kak, jom kita balik." ajak Haura.

"Hmm... yalah. Mari." Tanpa berfikir panjang, dia terus menarik tangan Haura beredar meninggalkan bangunan korporat itu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro