55
Adam menyalam tangan kedua ibubapa mertuanya sebelum mengangkat kaki masuk ke dalam kereta ingin pulang ke kuala lumpur.
Tidak sampai beberapa minit di dalam kereta, haura sudah merindui kedua ibubapanya. Namun apalah daya, dia sudah menjadi isteri kepada adam. Dan berhak mengikut apa saja yang adam arahkan.
"yang kau ni menangis tak tentu pasal kenapa? Dah gila?" tegur adam.
"sedihlah! Awak tu takpalah.. Dah besar panjang pun duduk dengan mak ayah. Saya ni dah kena berpisah." rungut haura.
"alaa.. Kau ni. Kalau nak bermanja, boleh je dengan aku. Lagi best."
Ujar adam dengan mengangkat kening beberapa kali. Haura menggeleng kepala, lagi gila adalah kalau di layan adam.
"aku ada suprise untuk kau esok."
"suprise? Hari jadi saya lambat lagi."
"i knowlah.. Ini suprise untuk kita berdua. Kau tunggu je lah."
Haura mendiam. Apa pulak adam nak tunjukkan pada haura?
"and.. Kau kena bayar balik suprise aku. Bukan guna duit, bukan guna harta."
"habis guna apa?"soal haura.
Adam tersenyum bermakna.
"ada lah." balasnya ringkas, lalu menyarungkan kaca mata hitamnya menghalang sinar cahaya matahari.
Tok! Tok! Tok!
Pintu di ketuk beberapa kali. Sudah tengah hari tapi mel masih belum keluar daripada bilik. Entah apa yang dia buat.
Mel terjaga daripada tidurnya, dia tidur tanpa seutas benang dan hanya menutup dengan selimut.
"siapa tu you?" tanya lelaki yang berdiri di penjuru katil, sedang memakai seluar jeans nya.
"kawan i. Ambil baju i kejab! Cepat!"
"mel? Kau dah bangun ke belum tu? Aku ada buat sarapan. Jom lah kita makan sama-sama. Kata nak pergi rumah adam kejab lagi?" ujar zulaikha.
Dia mengetuk lagi pintu bilik, zulaikha terus membuka pintunya dan tersengih.
"laa.. Baru bangun ke? Kau buat apa lama sangat?"
"takda apa. I just ngantuk." bohong mel.
Zulaikha mengangguk faham.
"okay, nanti turun bawah tau. Aku ada masak."
"okay. Thanks." ucap mel, sebelum zulaikha melangkah kaki pergi.
Setelah kelibatnya hilang, lelaki itu memeluk mel daripada belakang dan mencium bahu mel.
"ish, apa you ni! Janganlah.. Nanti kawan i nampak macam mana?"
"biarlah dia nampak. Kita kan sweet couple."
"What? Sweet couple? Eeiii.. Please lah! Cepatlah siap, you tak boleh keluar ikut pintu. You keluar ikut tingkap."
"arhh.. Fine. I will miss you, baby." ujar lelaki itu dan mengenyitkan sebelah matanya pada mel.
Mel membuat seperti hendak muntah, lelaki itu pun keluar daripada bilik itu melalui tingkap yang terbuka.
Hari berganti petang, akhirnya sampai juga mereka di rumah. Adam membuka seat-belt terlebih dahulu. Dia memandang haura yang terlena.
"kau ni takda kerja lain kan? Tidur aje memanjang!" sindir adam.
"haura sayang.. Bangun haura sayang.. Kita dah sampai rumah.." kejut adam dengan lembut.
Tangan adam membelai pipi haura. Boleh pula haura tersenyum.
"haura suka abang buat macam ni? Suka ke?" tanya adam.
Haura mengangguk perlahan dalam lenanya. Terus adam menampar pipi haura sehingga haura terjaga.
"Sakitnya.." haura menyentuh pipinya.
"sakitkan? Padan muka!" ejek adam, lalu melangkah keluar daripada kereta.
"kurang ajar mamat ni. Kejab baik dengan aku. Kejab jahat! Pelik betul orang macam dia ni." sindir haura.
Belum sempat haura membuka pintu,adam sudah menariknya dulu. Macam puteri pula, tolong bukakan pintu ni.
"terima kasih." ucap haura, lalu melangkah keluar.
Adam terus menggenggam tangan kanan haura, dan sama-sama melangkah menuju ke pintu masuk.
Agak-agaknya apa yang ada dalam hati mr. Arrogant aku ni. Suka atau benci aku? Heh, confirmlah benci. jangan mimpilah Haura yang dia suka kau. Orang buta macam kau tak layak dapat dia. Omel haura di dalam hati.
Haura termenung sehingga tak tersedar yang mereka sudahpun berada di dalam rumah. Dia menggeleng kepala, berhenti mengelamun.
"apasal diaorang ada dekat sini?" soal adam.
"diaorang? Siapa?" soal haura pelik.
Tangan haura makin di genggam kuat, patutlah ada mel dan zulaikha di rumahnya. Faridah elok pula menerima zulaikha kenapa tidak pada haura?
"sakitlah awak! Awak ni kenapa?" bisik haura.
Adan terus melepaskan tangan haura, merah sudah tangan haura digenggamnya.
"haa.. Tu dia dah balik. Meh lah sini adam. Kita borak sama-sama. Ada zulaikha." pelawa faridah.
Haura tergamam mendengar nama itu.
Patutlah macam marah. Ada zulaikha rupanya. Ye pun marah apasal aku pulak jadi mangsa sakit. Bisik haura di dalam hati.
Haura memicit tangannya yang sakit itu.
"Awak saya naik atas dulu ye." pinta haura, dia sudah menghafal jalan ke bilik.
Baru saja selangkah, adam sudah menariknya.
"kau jangan nak lari. Ikut aku." bisik adam.
Terpaksa haura mengikutnya ke ruang tamu. Mereka melabuh punggung di sofa yang sama, tangan adam tidak lepas menggenggam tangan kanan haura.
"apa diaorang buat dekat sini?" soal adam, pada faridah.
"saja lah, mama bosan. Ye la, adam kan sibuk sangat dengan bini adam tu. Sampai lupa mama." sindir faridah.
Haura menunduk kepala, terasa dengan kata-kata faridah.
"sayang.. I ada masakkan special food for you. Zulaikha kata, ni makanan fevret you masa bercinta dengan dia. Mesti you masih ingat kan?" mel membuka suara.
Dia mengambil beg plastik berisi makanan dan melangkah ke arah adam. Haura di tolak ke tepi, memberi ruang untuk mel duduk di sebelah adam. Terlepas genggaman tangan haura.
"tadaa!! Kambing bakar, i know you like it. Zulaikha yang masakkan tau. Err.. Haura. You tau ke makanan kegemaran adam?"
"ta.. Tak..".
"what? Tak tau? Isteri jenis apa you ni? Makanan yang suami suka pun you tak tau. Baik bagi adam kawin dengan zulaikha je. Ops! Lupa, you kan buta.. Mana tahu masak." sinisnya.
Mereka semua ketawa kecuali adam. Baginya langsung tidak kelakar menghina haura begitu. Haura sudah tidak tahan, dia terus bangun berlari menuju ke tingkat atas.
"eh? Tahu pula dia bilik dekat mana? Entah-entah pura-pura buta kot selama ni?" tegur faridah.
"yela. Nak perhatian adam." sokong zulaikha.
"nah you, meh i suapkan." mel Mengambil daging bakar yang siap di potong.
Baru saja mel ingin menyuapnya, adam telah merampas bekal yang di bawa mereka lalu di campak ke lantai. Tersentak zulaikha melihatnya.
Faridah sudah menelan air liur.
Mel terus bangun apabila adam bangun.
"you ni kenapa?! I penat masak dengan zulaikha and you buang macam tu je?! You ingat daging tu free ke?!"
"ouh? Kau nak aku bayar. Kejab!" adam mengeluarkan kesemua duit di dalam dompetnya kalu di campak ke wajah mel.
"Itu yang kau nak kan?!! Kutiplah!! Setakat daging bakar ni berlambak dekat pasar malamlah! Tak hamak aku nak makan apa benda ni! Heh!" bentak adam.
Adam terus melangkah pergi daripada situ. Meninggalkan mereka di ruang tamu. Hati suami mana tak panas, apabila isteri di hina.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro