TOK! TOK! TOK!
“Sekejap!" Jerit Haura daripada ruang tamu. Lekas dia mencapai tudung bawal yang berada di sebelahnya bersama tongkat yang disandarkan pada penjuru sofa. Lantas, dia menapak langkah menuju ke arah pintu. Tombol pintu di pulasnya lalu dikuak. Haura menjongketkan kedua belah keningnya ke atas.
"siapa ni?" soal Haura. Namun, Adam hanya tersenyum penuh sinis. Soalan Haura pula langsung tak dijawab. Sekilas dia menjenguk kepala melihat ke dalam rumah. Tiada orang. Sunyi sepi. Seperti hanya Haura sahaja yang berada di rumah sekarang. Dia kembali memandang Haura yang masih tercegat di pintu.
"suraya tak da ke?" Soal Adam, sengaja dia bertanya walaupun sudah tahu jawapannya. Dia sekadar ingin memastikan lebih dalam lagi.
Haura menggeleng kepala tanda tiada. Dia mengeluh kecil. Dengar suara sahaja dia sudah dapat menebak pemilik suara garau itu. "Tak ada. Dia pergi kerja. Encik adam buat apa datang sini? Kalau nak duit, Ini belum tiga hari lagi." ujar Haura, seperti dapat menghidu sahaja kehadiran lelaki itu ke sini hanya kerana duit. Tapi malangnya, mungkin sahaja tekaannya salah kali ini. Adam tersenyum kecil. Dia memandang ke kiri dan kanan kawasan perumahan taman itu.
Kelihatan di sini agak sunyi. Mungkin sekarang waktu berkerja. Hanya sesetengah rumah sahaja yang di diami. Itupun, mereka menutup pintu rumah. Dan membuat hal masing-masing. Tak lama selepas itu, Adam mengangguk perlahan.
Jantungnya mula berdegup kencang. Rasa gusar, gelisah dan takut semuanya bercampur baur. Air liur ditelannya kesat. Betul ke apa yang aku nak buat ni? Omelnya di dalam hati. Nafas ditarik sedalam-dalamnya, lalu dihembus keluar dengan perlahan. Mengharapkan dengan cara ini dia mampu untuk menenangkan diri biarpun seketika.
Lama Adam mendiamkan diri, membuatkan kening Haura mengerut pelik. Ada ke tak lagi mamat ni dekat depan aku? desisnya di dalam hati. Haura menghayunkan tangannya ke kiri dan ke kanan, cuba untuk mencari tubuh lelaki itu.
"Encik Adam? Encik dah balik ke? Kenapa seny... " belum sempat haura menghabis pertanyaannya, terus tubuh Haura dipeluk secara sengaja oleh lelaki itu. Haura tersentak. Spontan tongkatnya terlepas daripada tangan. Dia mula terpinga-pinga. Tubuh Haura tak henti bergerak-gerak cuba untuk memboloskan diri daripada pelukan Adam.
"Encik Adam apa ni?! Lepas!! Encik adam, jangan buat saya macam ni!" Teriak haura dengan meronta ingin dilepaskan namun pelukannya semakin lama semakin kuat. Mustahil tubuh kecil gadis itu mampu untuk melawannya.
"Aku minta maaf, Haura... Aku terpaksa.." rayunya, antara dengar dan tidak dengar. Lantas, tanpa rasa bersalah terus pipi Haura dikucupnya. Haura cuba untuk menepis. Namun, Apakan daya dia tidak mampu. Tak semena-mena, air mata mengalir turun dengan laju. Kenapa dia buat aku macam ni?
"Sudahlah!! Jangan buat saya macam ni! Tolong hormat saya encik adam! Awak dah kenapa?!" Jerit haura lagi, serak. Takkan hanya kerana hutang aku kepada dia, dia sanggup buat perkara bodoh ini. Ini langsung tak masuk akal!
Setelah beberapa minit mereka dalam keadaan begitu, terus tubuh haura di tolak jatuh ke atas lantai. Haura mengaduh sakit. Mujur kepalanya tidak terhantuk ke lantai. Tercungap-cungap nafas Adam dibuatnya. Penat bergelut dengan gadis buta itu. Dia tahu, mana-mana perempuan sekalipun takkan memaafkan perkara yang dia lakukan. Tapi, aku terpaksa.
"Ak... Aku minta maaf." ucapnya, gagap sebelum dia berlari meninggalkan halaman rumah banglo dua tingkat itu. Dia terus melangkah masuk ke dalam kereta BMW yang terparkir di hadapan pagar rumah. Lantas pancuan empat roda itu pun bergerak meninggalkan kawasan perumahan taman itu dengan pantas.
Haura mengerut kening. Tidak faham. Apa sebenarnya yang lelaki itu cuba untuk sampaikan? Dia dah buat maruah aku hilang, dan meminta maaf dengan cara semudah itu?
"Kenapa dia buat macam tu? Besar sangat ke salah aku sampai dia buat aku macam ni?" soal Haura, kecewa. Sambil kedua-dua belah tangannya meraba-raba sekeliling tempatnya mencari tongkat yang entah terpelanting ke mana.
SETIBA sahaja di rumah, Adam terus berlari memijak anak tangga, menuju ke biliknya yang berada di tingkat dua. Sepasang berbola mata lelaki itu kelihatan merah menyala, mungkin disebabkan air mata yang mengalir tak henti-henti. Apa yang dia lakukan tadi, sungguh bukan dari hatinya. Apatah lagi niat untuk menjatuhkan maruah seorang wanita. Aku harap suatu hari nanti kau akan faham, Haura. Tolong aku ya.
"Adam!" Sapa Dato Anuar. Terus menghentikan langkah Adam. Dia memusing ke belakang memandang Dato Anuar yang menuju ke arahnya.
"Kamu pergi mana?" Soal Dato' Anuar, sengaja ingin tahu.
"ad.. Adam pergi rumah kawan tadi, pa." ujar Adam, terpaksa berbohong.
"Rumah kawan? Buat apa?" soalnya lagi. Pelik. Sudah lama juga Adam tidak keluar melepak bersama rakan lamanya. Ini tiba-tiba sahaja ke rumah kawan. Tak ke pelik itu?
"Saja. Borak-borak. Dah lama tak jumpa kawan. Err... kalau tak ada apa-apa, Adam nak pergi mandi. Panas."ujar adam. Dato' anuar mengangguk kepala tanda faham. Lantas, Adam pun kembali menyambung langkah masuk ke dalam bilik tidurnya.
JAM tepat menandakan pukul 5 petang. Haura melabuh punggung di atas sofa panjang yang berada di tengah-tengah ruang tamu. Fikirannya tidak habis-habis memikirkan tentang apa yang terjadi pada tadi. Gila! Takkan aku boleh lupakan perkara bodoh itu? Apa? Dia ingat, aku buta dan dia boleh lakukan apa sahaja, huh? Haura mengetap bibir. Geram.
"Haura.. kau okay tak ni? Pucat aje muka?" tegur suraya. Dia meletakkan dua cawan air Milo panas yang dibancuhnya tadi ke atas meja kopi. Ruang kosong di sebelah Haura, dia henyak punggung di situ.
"kak.. Ta.. Tadi adam datang rumah." adunya.
"Datang rumah? Buat apa? Minta duit?" soal Suraya, dia cuba meneka. Namun, Haura menggeleng kepala menafikannya.
"Tak.. Di.. Dia.. " kata-kata haura menjadi sekat.
"Dia apa?"
"Dia buat.. "
"Assalamualaikum!" Sampuk satu suara, menghentikan kata-kata Haura. Terus Suraya berpaling memandang pintu utamanya yang terbuka luas. Kelihatan ada seorang wanita tua yang berdiri di situ. Mak Esah. Jiran hadapan rumah ini. Kadang-kadang dia memang biasa datang menjenguk ke rumah ini. Tanpa berlengah, Suraya terus bangun menuju ke arah Mak Esah.
"Mak Esah... Ada apa datang?"soal suraya. Keningnya sedikit berkerut, melihat wajah wanita tua itu yang berubah kerisauan. Sekilas pandangan Mak esah teralih ke arah Haura yang masih duduk di sofa. Dia mendekatkan sedikit jaraknya dengan Suraya seperti gaya ingin berbisik.
"kamu ada tengok instagram?" soal Mak Esah, perlahan. Cukup untuk mereka sahaja yang mendengarnya.
"haih? Mak esah layan instagram ke?"
"itu bukan masalah dia. Kawan kamu tu ha! Dah viral.." desisnya.
"vi.. Viral? Kenapa pula?" soal suraya,pelik.
Haura terbangun daripada sofa apabila mendengarnya. Aku dah viral?
"apa yang viral mak esah?"soal Haura. Jantungnya mula berdegup laju.
"Kamu ada hubungan dengan anak dato ya? Gambar ceo adam cium dengan peluk kamu dah tersebar! Iya pun nak bermesra kahwinlah dulu.."
"Ap...Apa mak esah cakap ni? Sejak bila saya ada hubungan dengan ceo?"soal haura lagi, masih tidak mengerti. Suraya terus mencapai talefon canggihnya lalu membuka aplikasi instagram. Terbeliak biji matanya apabila melihat gambar Adam dan Haura yang terpapar di ruangan Instagram miliknya. Jatuh rahang Suraya.
"Haura, kau ada hubungan dengan encik adam?!"
"ta.. Tak! Ap.. Apa ni? Haura tak faham! Apa yang dah berlaku?"
"kau dengan adam berpeluk! Lepastu, di... dia... dia cium pipi kau! "ujar suraya.
Ternganga haura mendengarnya. Dia menggeleng kepala laju. Ya Allah! Itu rupanya sebab dia buat perkara bodoh itu tadi kepada aku. Sengaja nak viralkan aku? Kurang ajar betul mamat ni! Dia semakin melampau!
SENYUMAN sinis terbit di bibirnya. ibu jarinya menolak skrin telefon canggihnya ke atas, melihat gambar-gambar yang diambil oleh orang upahan yang dibayarnya untuk mengambil gambar dia dan Haura semasa kejadian yang berlaku pagi. Puas. Itu yang dia rasakan sekarang.
"Tak lama lagi aku bakal ada isteri buta." ujar adam dan ketawa jahat.
Telefon canggih miliknya di campak ke atas katil. Dia terus merebahkan diri ke sebelah telefonnya. siling bilik ditatapnya lama. Memandang kipas yang berpusing mengikut arah jam yang memberinya kedinginan. Adam tersenyum puas.
"aku lebih rela dapat isteri buta daripada kahwin dengan perempuan gedik tu!" sinisnya.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro