MHS : 93
ANGIN kencang sepanjang jalan biarpun berhenti sebentar menunggu lampu isyarat. Hampir dua jam perjalanan, tiada tanda-tanda hujan akan turun. Cuma angin menjadi badai melanda tudung.
Akan tetapi hanya di celahan tingkap bas.
Bas? Ya.
Dia geram! Tengku Hael meminta dia naik bas. Lelaki itu pula naik motor?
“Kak Long betul dah terima Along?”
Sebenarnya, dia menerima panggilan daripada Rawda dan Azi. Mulanya Azi berbual, kemudiannya disela oleh Rawda. Giliran Rawda pula sekarang. Ada la dalam dua jam mereka berbual.
“Kalau tak terima, tak pergi jalan-jalan ni,” balas Erisha, menjawab soalan adik-adik ini. Pastinya mereka kurang percaya, beberapa bulan lalu, dia bukanlah seperti yang Azi dan Rawda kenal.
Mereka berdua itu, yang turut ada bersamanya seiring waktu dengan Tengku Hael.
Tetapi, jarang benar dua insan bernama Azi dan Rawda sama pendapat. Saat ini, kedua-duanya bersorak seolah menanti laungan kemenangan piala dunia. Ini memang kali pertama Erisha mendengar setiap perkataan disokong antara satu sama lain.
“Tak pernah saya dengar dua hamba Allah ni bersependapat. Selalu yang keluar dari mulut, perang. Ini, saling satu kepala pulak? Dunia dah terbalik ke?” tegur Erisha, dia sedar dari awal panggilan lagi. Ah, sebenarnya tak salah.
Tak percaya saja. Hari mereka itu disatukan, Rawda kelihatan berbeza dari dirinya yang mengungkap cinta dan sayang terhadap Azi. Bukan dia tak tahu, kan? Rawda cukup membencikan Azi, datang manalah perasaan cinta. Dia bukan percaya luahan Rawda. Tapi, kalau dah begini, tampaknya sangkaannya meleset.
“Bakal nak jadi mama dan papa. Mana boleh bergaduh dah.” Satu suara muncul sungguh mengejutkan.
Erisha mengangkat wajah. Separuh tubuh suaminya menjamah ruangan mata. Suaminya la, kan? Takkanlah orang lain. Suara pun dah kenal
Seketika kemudian, Erisha berubah terngadah. Tengku Hael yang berdiri tepat di hadapan kerusinya menjadi perhatian anak mata. Setahunya tadi, Tengku Hael tidak lengkap berpenampilan jaket. Ini, satu set jaket yang biasa dipakai oleh penunggang motorsikal besar.
“Rawda mengandung ke?” Meskipun begitu, Erisha masih fokus. Tapi, mata tu tak lari daripada memandang Tengku Hael.
“Ya, sayang.”
“Congrats Rawda. Saya dah lambat tahu ke? Dah berapa bulan?” Intonasinya kekal beredar mengikut rentak teruja mendengarkan khabar itu.
Senang benar jiwa tergugat dengan penampilan. Penampilan je! Mungkin sebab hari-hari dah biasa melihat penampilan Tengku Hael mengenakan blazer. Kali ini, berbeza sedikit dan sama seperti sewaktu mereka bercinta sewaktu zaman kolej.
“Lagi 5 bulan macam tu due date. Sekarang alhamdulillah dah 4 bulan macam tu.”
“Awak! Nanti saya dapat anak buah.”
Tengku Hael terduduk melabuhkan punggung bersebelahannya gara-gara Erisha memeluknya. Kaku tubuh Tengku Hael. Namun, tidak lama. Cepat sahaja otaknya mencerna pelukan itu satu peluang.
Erat Tengku Hael membalas dakapan itu sebelum matanya menangkap seraut wajah pemandu bas. Pemandu bas yang sama sebelum ini! Aduh!
Pelukan dileraikan. Terlihat seraut wajah Erisha terpinga-pinga, mungkin tidak semena-mena melepaskan dakapan.
“Sayang, kita turun dulu. Dah sampai ni. Abang bas cakap bas sayang naik ni dah sampai 10 minit awal, nasib dia tak gerak lagi tau untuk ke stesen lain. Sayang fokus sangat berbual. Come sayang.”
Erisha menoleh ke belakang. Tingkap bas langsung menjadi perhatian. Dia tersentak.
“Patutlah saya rasa lama sangat berhenti. Saya pun tak dengar abang bas cakap apa. Saya tak nampak motor awak kan, jom, nanti abang bas cakap apa pulak, dahlah nampak garang!”
Bahu Erisha diiring berdiri dari permukaan kerusi. Barang-barang Erisha diraih ke tangan kanan.
“Lama sangat sayang berbual dengan Azi dan Rawda. Itu sebab tu.” Sempat Tengku Hael ukir senyuman buat sang isteri. Bukan apa, terhibur mendengar isterinya berceloteh malu.
Sebelah tangannya yang memegang bahu beralih ke telapak tangan Erisha. Lembut tangan sang isteri menyulam jari jemarinya. Sempat dia menoleh, lemah jiwanya padahal hanya menyentuh tangan pemaisurinya itu. Makin hangat cinta membara di hati.
Langkah terakhir anak tangga bas, lain cerita hati. Graf bahagia, merundum segan. Tengku Hael pasrah menadah muka.
“Ini yang aku pernah beritahu tu, Lan. Pasangan suami isteri yang romantik naik bas aku. Sorangnya naik motor, iring tepi bas, sorangnya merajuk atas bas. Kali ni, aku tak tahulah kes apa. Nampak happy pulak laki bini tapi masih asing-asing gerak.”
Erisha terpempan mendengarkan bait kata salah seorang bersama pemandu basnya tadi. Aduhai, malu!
“Alhamdulillah abang, tak ada masalah. Kali ni, kami nak pergi honeymoon.”
Erisha toleh, terpempan dengan jawapan berani mati daripada Tengku Hael. Honeymoon? Mereka rancang berjalan-jalan, kan? Ini honeymoon? Ah, itu tak penting cuma sekarang ini mesti akan kena bahan!
“Tak bawa anak? Haritu tak silap, isteri kamu sarat.”
“Wahid, manalah nak bawa anak. Namakan honeymoon! Ni anak berdua umur berapa?”
“Aik, pergi honeymoon naik asing-asing?”
Bertalu-talu soalan menerpa dua pasangan itu. Tengku Hael pun satu, petik berbulan madu.
“Anak kami, ada pengasuh yang jaga. Masih perlukan rawatan mingguan. Erm... Umur saya dan isteri lebih kurang sama, nak cecah angka 40 dahpun bang.”
Erisha senyum hambar. Amboi lebih kurang sama? Jauh okey! Jelas lagi nyata, Tengku Hael senior sewaktu di kolej, begitu juga umur!
“Saya minta isteri saya naik asing sebab baru lepas bersalin taklah beberapa lama, bersalin secara czer. Saya tak beranilah nak biar dia duduk lama atas motor, dengan tak bersandar. Walau macam dah berbulan, saya masih risau.”
Ada drama tadi, Tengku Hael memaksanya naik bas, kan? Sakit hati! Dahlah haritu orang cakap, lama tak nampak motor dia sebab Erisha memaksudkan mahu menaiki motorsikal itu.
“Syukur anak ada suami memahami.” Salah seorang antara mereka, pemandu bas itu, anggaran umurnya mungkin 50-an. Panggilan yang digunakan berbeza daripada abang-abang bas di situ.
“Umur baya kamu berdua, abang pujuk bini dekat rumah. Honeymoon pun rumah. Syukur dapat suami masih inginkan 'jalan-jalan' la orang rumah biasa kata!”
Sakan mereka mengusik Erisha dengan mengungkapkan kata semangat membanggakan buat wanita itu. Seorang wanita, memerlukan impak yang turut disedari oleh orang lain akan hak miliknya. Bagi meyakinkan pilihannya tepat.
“Saya buat mana yang mampu bang, pakcik. Suami mana tak sayang isteri kan? Saya buat demi kebahagiaan dia dan saya. Sekali jalan.”
“Bagus-bagus. Moga kekal hingga ke jannah. Yang isteri, merajuk nanti pilih bas kami nah. Boleh mengusik lagi.”
“Aaminnn. Terima kasih bang. Merajuk memang isteri saya guna cara lama, naik bas. Memang bas je dia akan cari, cuma rezeki bas abang atau bas orang je.”
Tengku Hael melakar senyum. Laju sahaja Tengku Hael menjawab. Sudahlah menjawab tu mengutuk kitanya ni!
Nasiblah Tengku Hael mengalihkan wajah seketika dengan senyuman. Sengaja la tu jual muka!
Erisha terletus ketawa sinis, Tengku Hael mengenyit mata. Beraninya. Sudahlah gara-gara dia ragaman mereka sudah menjadi perhatian abang-abang bas. Geramnya!
“Kuala Perlis ke Langkawi?”
“Ya bang.”
“Selamat menjalani bulan madu!”
Erisha akur, dia melambai mesra. Tengku Hael memang akan dia piat je telinga!
Dah jadi pasangan popular di kalangan pemandu bas. Lepasni pilih kapal terbang, mana tahu dilupakan? Taklah beberapa segan sangat.
“Azi dan Rawda dah tutup call. Diaorang dengar la tu kita diusik. Nanti malam kita call lagi,” ujar Tengku Hael lalu melangkah ke arah dalam terminal. Sebelah tangan tak lepas dari mengenggam rapat jemari Erisha.
Dia menoleh ke sisi. Kelihatan Erisha memandangnya tajam.
“Sayang malu ea?” Lain Tengku Hael sedar. Pipi Erisha merah pijar. Malu! Mestilah, hergh siap petik macam kitanya ni naik bas je bila merajuk.
Tapi, sebenarnya memang macam tu! Dari dulu, cara melayan perasaan naik bas, menangis naik bas dan tempat merajuk bas. Dah ada kereta pun, bas masih pilihan.
“Honeymoon? Cakap nak bercuti je?” Kembali memetik salah! Mesti!
“Kita kan tak merasa honeymoon. Love kan mengandung masa abang berhajat nak honeymoon. Now, niat abang nak honeymoon sebenarnya.” Tengku Hael berjalan dari belakang. Fokusnya hanya Erisha.
“Abang? Love?”
Riak wajah Erisha berubah keruh. Tengku Hael lantas merapat.
“Sorry sayang, saya lupa sayang tak selesa.” Tengku Hael segera menangani keadaan itu. Ya Allah, dia enggan andai Erisha akan berubah hanya kerana itu. Hindarilah itu, Ya Allah.
Erisha mendongak memandang wajah suaminya. Buat seketika, dia mengeluh usai menarik nafas.
“Saya... selesa.” Jawapan itu menggamit tanda tanya di wajah Tengku Hael.
“Tapi... awak? Awak selesa ke panggil saya macam tu? Awak ingat, kan? Antara semua nama panggilan kita, yang paling sakit mestilah 'love' dan 'abang' tu. Saya tahu hari saya kemalangan tu, awak mesti kecewa dengan saya. Masa saya dengarkan awak sebelum saya naik kereta arwah Irfan, jujur jauh dari sudut hati saya, saya terkesan dengan apa awak tanya. Dan panggilan tu, banyak menyaksikan kedukaan kisah cinta kita.”
Erisha memikirkan itu? Tangan Tengku Hael naik mengusap perlahan pipi Erisha kemudian dia turun ke kaki Erisha.
Dia melutut.
Tangannya meraih tali kasut Erisha. Kedengaran Tengku Hael menghela nafas sebelum bait kata terlucut di dua garis bibir.
“Sayang, panggilan apa pun kita guna, banyak bahagia daripada duka bagi saya sebalik daripada panggilan. Dan duka takkan mampu menghapuskan rasa yang betapa saya bahagia dengan semua nama panggilan dan apa-apa pun yang kita buat, kita lalui bersama. Sayang dah fahami apa saya rasa?” Serentak soalan itu, dia memandang wajah Erisha.
Sekeras-keras hatinya, jujur... berkali-kali hatinya tersentuh dengan setiap bait luahan Tengku Hael. Siapa je kan tak tersentuh?
“Faham, abang.” Tanpa memberi ruang memikirkan pilihan, Erisha langsung menggunakan panggilan itu. Rasanya, tak perlu buat keputusan lagi. Tak perlu ambil masa. Dia ingin kebahagiaan dari hatinya yang sudah tulus menerima kesalahan Tengku Hael.
Mata Tengku Hael terus mengecil. Mulutnya mula mengoyak lekuk di antara hujung bibir.
“Abang? Seriously... Abang?” Tengku Hael terjerit lantang. Sepantas kilat Tengku Hael berdiri, seolah ada spring dipijak dan melantunkan kedudukan berdiri.
“Ya, Risha panggil abang 'abang'. Memandangkan abang okey, jadi, kenapa Risha nak 'saya awak' pula, kan?” Erisha menggoyangkan kedua-dua tangan Tengku Hael. Apa salahnya dia tunjuk ceria? Pasti lelaki itu akan lebih bahagia.
Tengku Hael hampir terjerit. Tetapi, segera belakang telapak tangannya menekup mulut.
“Terima kasih sayang. Sayang, love dan kekasih halal abang.” Tengku Hael lantas mengucup dahi Erisha.
“Jadi, antara tiga tu pula, mana satu abang nak guna as a panggilan untuk Risha?”
“Sure, love.” Tak perlu dia fikir, panggilan love itu lebih dia inginkan. Mungkin geli buat orang lain. Tapi, dia menyebutkan panggilan itu berlandaskan rasa yang menebal di hati buat Erisha.
Anak mata mereka berdua berpandangan sebelum senyuman menghiasi wajah masing-masing. Inilah pandangan yang cukup dirindui oleh Tengku Hael. Dulu, hanya dirinya mempunyai makna cinta. Sekarang? Cintanya tidak lagi sebelah pihak.
Hati bergelora. Syalia Erisha, teruslah membahagiakan hati ini.
SOLAT berjemaah antara suami isteri itu berakhir seiring bacaan doa. Selawat menyusuli bibir mereka.
Lama Tengku Hael teguh di atas sejadah.
Lelah menyaksikan perarakan hari kemerdekaan dari pagi hingga menempuh tengahari. Tengahari, panasnya sukar digambarkan, boleh hangus tapak kasut. Meskipun begitu, dia kagum dengan suasana penuh semangat memenuhi udara dengan kibaran jalur gemilang. Terutamanya pasukan-pasukan yang berbaris gagah tanpa menghiraukan peluh yang mengalir.
Bunyi paluan gendang dan alunan muzik patriotik menyatu langkah dan semangat.
Erisha sempat bergambar, dapat pula pasukan askar. Katanya mereka mengenali Erisha, Erisha pernah membantu dalam penganjuran acara berkaitan mereka sebelum ini.
Bukan itu sahaja, para pengurusan lain seperti teknikal dan pengurus logistik, menghampiri Erisha. Tengku Hael hanya membuntuti sang isteri. Dalam hati lelakinya, tak wujudlah cemburu melainkan rasa kagum akan pendidikan Erisha.
Biarpun Erisha belum sempat melangkah jauh dalam bidang pengurusan acara, tetapi sejauh dia menyertai dan menguruskan acara, perkhidmatannya mendapat tempat di hati pengurusan dan peserta yang menyertai acara. Kalau tidak, tidaklah dikenali sebegini.
“Taklah dapat rezeki macam Abang Yot dan abang-abang lain untuk event international, national, state. Lia kerja dengan suami Lia sekarang, tapi baru je sign contract, urus event di resort.”
“Rezeki juga tu Lia. Kerja dengan suami lagi. Alhamdulillah,” balas Abang Yot, yang dipanggil oleh Erisha. Barangkali usianya 40-an. Itu anggapan Tengku Hael. Dia sekadar mendengar sahaja. Gembira melihat isterinya disambut baik.
“Maaf tau, kita dah lama tak jumpa, Lia pun dah hilang contact semua. Nanti add la Lia dalam group kita dulu-dulu, boleh merasa ada geng sama industri.”
“Tak ada nanti. Sekarang.” Salah seorang daripada mereka rancak menyuarakan bantahan 'nanti'.
Masing-masing berebut hendak menambah Erisha di dalam kumpulan mesej mereka. Tak berubah sikap tu, ada saja nak mengusik. Berani! Itu yang Tengku Hael pernah petik, pengurus acara dan krew, berani mati mengurat di depan mata. Tapi, ini kes lainlah. Dalam kalangan mereka ini, terlalu ketara muka bapa orang.
Tengku Hael hanya menghamburkan tawa. Usai itu mereka pusing topik memujuknya. Kata mereka, memujuk hati yang pastinya hangat membara.
“Love penat sangat?” Lama berbual, merah muka sang isteri tak usah cakaplah. Kasihan isterinya itu.
“Sangat-sangat.”
Tengku Hael merapatkan jaraknya. Jarinya naik mengesat bawah mata Erisha. Peluh terkandung di situ. Comel je. Belum termasuk peluh merinik di bucu hidung lagi.
Senyuman hinggap perlahan, melahirkan lekuk yang indah pada wajah Tengku Hael. Boleh pula dia teringat sewaktu di tempat perarakan tadi.
Jujur, dia senang. Dapat melihat betapa isterinya dihargai. Setelah sekian lama, akhirnya dia boleh menyaksikan Erisha kembali menaruh minat dalam bidang yang pernah diceburi dulu.
Dia tak tahu, sama ada Erisha tak berpeluang atau Erisha enggan memperolehi kejayaan dalam bidang itu.
Erisha sentiasa mahu berusaha sendiri, berdikari. Tak mahukan pertolongan orang lain walhal Elina, ibu, orang yang berada. Tapi, Erisha tetap memilih bekerja biasa, bahagian sayur di supermarket dan cashier. Selepas dia menikahi Erisha, dia tahu Erisha berniaga nasi lemak dan kuih muih secara penghantaran ke rumah pula.
Erisha seolah tidak mahu ada kerjaya yang tetap.
HOMELES, hanya nama perniagaan kecil yang Erisha sendiri enggan menjayakan, padahal dia mempunyai pelbagai cara dan jelas lagi nyata masakannya mendapat tempat di hati pelanggan.
Apa yang dia ada dengar daripada Encik Razlan, Eriaha bahkan selalu menolak untuk bekerjasama dengan Encik Razlan.
Dia sebagai suami ingin... setidaknya tahu, apa kemahuan Erisha. Apakah kerana ingin membalas dendam terhadap keluarganya Erisha mengetepikan kejayaan yang seharusnya sekian lama dulu boleh tercapai?
Badannya terasa disandar oleh seseorang. Siapa lagi kalau bukan Syalia Erisha?
“Bagus isteri abang dengar cakap. Orang kejut bangun solat, dia bangun.” Bicaranya mulai tergantung tatkala berpaling. Ingatkan si isteri ingin bermanja. Itu dia memuji. Rupanya sandaran menghempas kantuk!
“Ni kena kejut jugak lagi untuk bangun.”
“Hurm... kan dah solat?” Erisha terpaksa menyambung lena. Ini semua gara-gara dia terlalu keletihan.
“Tak baik tau tidur lepas asar, love.”
“Kalau macam sekejap je, boleh? 5 minit? 10 minit, please...” Suaranya meleret. Kantuknya tak tertahan.
Erisha mengubah posisi, tidak lagi bersandar di belakang Tengku Hael. Tanpa alas, Erisha ingin melabuhkan tubuh.
Baru sahaja kepalanya melentok, Tengku Hael pantas melebarkan tangannya ke sisi Erisha.
“Tidur atas lengan abang. For 10 minutes only, dua sebab ye kena bangun balik, tak elok tidur lepas asar dan kesian tangan abang lenguh.”
Erisha tersenyum mendengarkan dua alasan itu.
“Baik ustaz aka encik suami,” ajuk Erisha, masih sama nadanya meleret.
Mata Tengku Hael terpejam-pejam dikunyah senyuman angkara telatah Erisha berjuang dalam kantuk. Aduhai encik sepet la pulak!
Dulu, Erisha menatapnya ketika dia terlelap sesudah mengerjakan solat subuh. Kali ini, dia menatap wajah jelita itu.
“Tanpa cinta pun love tatap abang masa tu. Cinta yang abang bawa dari dulu, harapnya saat itu cinta itu tetap terlahir dari hati abang buat love. Abang tak mampu zahir terlalu dalam cinta abang sewaktu kita mula disatukan semula.
Tapi... sekarang, abang nak cinta abang terhadap love dapat abang zahirkan tanpa henti dalam apa-apa cara sekalipun, abang nak love dengar, love tahu, bahkan setiap kali love tatap muka abang, meski lena, meski hanya tinggal jasad, wajah ini kekal menjadi seseorang yang mencintai love tanpa ada erti akhir.”
“QASEH, Qaseh ke... kena pergi dulu. Qaseh tak sepatutnya hadap apa yang abang hadap. Tolong beritahu Hael, ba... bawa Lia jauh.” Suara itu nyaring, lehernya dijerut dengan tali.
“Abang!”
Tak ada gunanya dia selamatkan diri. Dia seorang, orang yang menculik mereka bukan seorang, tetapi lebih daripada kudratnya.
“Pergi, Qaseh! Selamatkan diri Qaseh!”
“Jangan biarkan dia terlepas!”
“Abang nak Lia selamat, tolonglah Qaseh!”
Kaki yang terpasung kaku, goyah dengan raungan itu. Tak mungkin dia mampu meninggalkan Encik Razlan sendirian bersama-sama para penjahat itu. Mereka mempunyai alat-alat yang tajam dan memberbahaya. Encik Razlan takkan berdaya menentang mereka.
______________
Writer's Comment : Susah naw ler nak gabungkan happy dengan masalah.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro