Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

MHS : 92

SENYUMAN tak lekang dari bibir Erisha. Dia tertawan mendengar rentak suara Tengku Hael mendendangkan lagu di ruang belakang villa. Mereka berdua, sama-sama terbangun lewat. Angkara mereka bersengkang mata hingga ke pagi, hasilnya masing-masing melelapkan mata usai mengerjakan solat subuh berjemaah pagi tadi.

Selama pagi tadi, benar-benar indah. Suka duka bersilih ganti dan akhirnya dia memberi peluang menyulam hubungan atas kemahuan hati.

"Perasaan bahagia ni akan aku dapat ke kalau aku teruskan dendam? Tak, kan? Waktu dendam tu berakhir nanti, cinta dia akan tergugat." Erisha merintih sendiri. Hujung matanya tak lepas daripada memerhati Tengku Hael.

"Aku tak nak teruskan dendam. Dia... Dia terlalu membahagiakan buat aku. Cinta dia, kasih dia, rindu dia, aku takkan dapat dah." Gugur air mata membasahi pipi.

"Mampukah ku halang rasa cinta, yang terpendam sekian lama. Bersyukur padanya yang telah berikan kepada ku, anugerah yang terindah." Lirik awal dinyanyikan serentak memeluk Erisha dari belakang.

Erisha mengesat pipinya. Dia tahu taktik Tengku Hael. Dari tadi dia memerhati, sekejap tengok sekejap lari pandangan. Suaminya itu tak fokus langsung. Hakikatnya samalah mereka. Macam baru sehari dilamun cinta. Nasiblah suara lelaki itu merdu didengari.

"Cantik anugerah saya dekat dapur pun," puji Tengku Hael sambil menatap wajah itu dari sisi.

"Pakai kelawar pun cantik. Masalah betul mata awak ni, kena pergi klinik." Erisha membidas usai menjulur bawang ke depan mata Tengku Hael.

"Isy! Ini memang sayang nak saya pergi klinik betul." Tengku Hael laju mengelak ke bahagian leher kanan Erisha. Dia membenamkam kepalanya di sisi ceruk leher jinjang itu.

"Rindu nak dengar awak cakap sakit mata lepastu terjerit nak pergi klinik. Masa dekat sini, tengok awak diam je. Siat kulit bawang dan kisar dengan berlinang air mata je, sepi dapur. Berdecit tidak, bersuara lagilah tak."

Tengku Hael bungkam. Dia mendapat perhatian Erisha?

"Sayang curi-curi tengok saya ke?" Lantaran itu, bahu Erisha dipalingkan perlahan menghadapnya. Pisau di tangan Erisha didaratkan di atas papan pemotong. Dia ingat masa tu dia berjuang dengan kepedihan memotong bawang, tapi itulah, siapalah peduli? Kenalah pandai-pandai bawa diri.

"Tak boleh ke?"

Tengku Hael mula kulum senyum. Sebelah tangan naik merapat ke mulut. Perlahan tawa malu terletus.

"Kenapa tak jengah je dapur? Boleh saya bermanja sikit masa tu." Boleh tersebur rasa gembira ni. Pernah tak rasa macam tu? Perasaan teruja hendak terluah secara menyembur bila ditahan.

Dia pun satu, kenapa tak sedar? Memang betul-betul melayan perasaan sambil mengupas bawang!

"Tak naklah. Bukan orang suka awak pun masa tu," balas Erisha bersulam jujur. Tapi, lebih kepada ingin mengusik Tengku Hael.

Tengku Hael tak terasa. Faham tak suka, namun sekarang yang penting, segala-galanya telah berubah. Mungkin Erisha sengaja jual mahal akan tetapi dalam masa yang sama mustahil Erisha tak mempedulikannya.

"Tapi orang ni suka awak. Kalau orang tahu awak curi-curi tengok, orang dah buat jari orang terluka ke, mesti awak layan orang. Awak kan bila orang tak sihat, awak risau lepastu mesti ada ayat 'tak boleh ke risau'."

"Hisy! Tak payahlah tiru orang tu." Pinggang Tengku Hael dicucuk. Geramnya! Dia kenakan kita pula.

Tengku Hael mengelak seraya pantas meraih tangan itu lalu dikucup. Senyuman laju terukir tanpa terusik akan tindakan Erisha. Memang dia pernah beritahu, dia rasa sakit, maklumlah kering saja, kena pun kena tulang. Tapi, hatinya jauh lebih gembira menikmati saat ini. Sakit pun boleh jadi tak sakit.

"Sayang comel... Tahulah tak suka, tapi tengok jugak. Dah petik sekarang, lepastu kata tak suka. Tengok masa tu macam suka."

"Sekarang baru suka."

Tengku Hael mengetap giginya menahan geram dengan Erisha. Dah berbaik pun dingin lagi tampaknya. Tak apa, dia akan buktikan Erisha takkan menyesal menerimanya.

"Saya tolong masak sekali," petik Tengku Hael menawar diri sekaligus berniat bagi menukar topik. Dia sengaja mengambil kedudukan Erisha. Dia mahukan perhatian Erisha.

"Awak pembantu je, saya cef."

Jap, dia ada idea memancing Erisha.

"Sayang, saya yang kuasai dapur ni tau hari-hari yang lepas. Jadi, saya cef... sayalah jugak pembantu. Tapi, memandangkan sayang ada... sayang posisi dekat sini..." Suaranya meleret dalam nada gembira. Erisha dibawa ke belakangnya. Kedua-dua tangan kecil itu diraih melingkari pinggangnya.

Hilang dingin angkara idea licik Tengku Hael itu. Bibir melengkung membentuk senyuman. Indah detik itu disulami senyum dan tawa bahagia mereka.

DERUAN ombak memecah pantai. Sungguh mendamaikan jiwa. Beberapa hari telah berlalu, sungguh terasa penuh bunga-bunga bahagia memenuhi segenap taman di hati pasangan suami isteri itu. Mereka berulang kali keluar, tetapi lelah tak langsung menjengah. Tengku Hael bertali arus membahagiakannya. Sedetik sekalipun tidak pudar senyuman di bibir.

Kali ini, senyuman mengenangkan detik-detik yang diluang bersama menjadi bukti. Dia bersyukur, dia diulit bahagia. Bahagia yang sudah lama diharapkan. Ternyata Tengku Hael pemilik kebahagiaannya. Yang pernah dia menafikan dulu.

Selendangnya tika ini beralun lembut. Selembut ini hati menerima kehadirannya membahagiakan.

Sibuk melayan perasaan, selendangnya yang sebentar tadi menjadi subjek menghuraikan predikat rentak hati, hampir tertanggal.

Sungguh, tanpa disedari sekelip mata satu tangan laju memasung jemari.

Erisha terkesima saat menoleh. Terasa tangan menyentuh bawah dagunya.

"Sampaikan hampir terlucut selendang bila ciptaan tuhan menikmati keindahan yang indah seperti dia."

Entah dari mana muncul pemilik hati itu. Erisha kaku. Lelaki itu melabuhkan punggung di sisinya. Jari-jemari naik merapikan tudung.

Sesaat berlalu, Erisha sedar sembari jarum jam menjadi perhatian. Awal lagi putera tampan pulang.

"Awal awak balik?" soal Erisha, nadanya sengaja berbaur enggan kepulangan awal. Ingin menguji jawapan Tengku Hael.

"Tak nak ke saya balik?"

"Kalau tak nak, tak duduklah depan ni. Saje je tanya, macamlah tak boleh tanya-tanya, kan? Biasanya ada orang balik awal bersebab." Pandai Erisha menyusun ayat. Dia tetap mahu menguji sampai memperoleh jawapan yang takkan mungkin Tengku Hael tertinggal.

"Saya memang balik awal selalu sebab rindu sayang." Inilah jawapan Erisha hendak dengar. Dia suka!

Senyuman terukir di wajah indah yang dimaksudkan Tengku Hael sebentar tadi.

Erisha semangat mendekatkan jaraknya dengan Tengku Hael. Pasti ada lagi yang keluar dari mulut itu. Lama tidak mendengar. Hal kecil pun mampu membahagiakan tau.

"Saya cepat-cepat siapkan kerja. Semalam balik lepas kita keluar saya terus tertidur, kan? Pagi tadi kita sempat pergi sarapan je." Keluhan ini tak wajar. Tapi, itulah yang akan dia dengar. Pernah ke seorang Tengku Hael memikirkan lelahnya bekerja, dari dulu luahan kerjanya pasti terakhir sekali didengar, pertama sekali mesti mengenai perasaannya yang mencintai.

Erisha mengangguk, dia mengiyakan perasaan Tengku Hael. Samalah yang dia rasa. Aduhai, pandainya dikau mencuri hatiku.

"Petang ni, nak ajak dating lagi, nak tak?" lamar Tengku Hael bersama lirikan matanya memandang Erisha. Aduhai, tampannya.

Hei! Fokus! Ya dating. Memang kena idea Tengku Hael dengan jiwa yang sedang hangat asmara.

"Nak!" Tertanggal sepenuhnya tudung Erisha.

"Hei," jerit Tengku Hael, terkejut. Intonasinya comel, nyaring versi lembut.

Erisha sengaja menyorok di antara butang blazer Tengku Hael. Kepala Erisha menjengul. Suara-suara tawa bahagia mereka jelas kedengaran.

Langkah mereka menapak ke dalam villa itu disulam bersama.

Tengku Hael mengoyak senyum, begitu bahagia dia melayan karenah Erisha. Inilah Erisha yang dulu, tak ada perbezaan. Sebeginikah dia maksudkan selama ini dia hanya bersandiwara? Tak, Erisha hanya tak menyedari perasaan cintanya selama ini. Sekadar beranggapan sehingga hari ini, Erisha memiliki cinta terhadapnya tanpa sedar sekalipun sudah menjengah rasa syukur di hati.

Dia inginkan hal-hal sekecilpun mampu melakarkan senyuman Erisha. Biar suatu hari nanti dia yakin bahawa dia sudah sekian lama mencintai aku meski hatinya mengusung dendam.

"Kita pergi Langkawi nak tak? Sayang mesti nak coklat," bisik Tengku Hael seraya menanggalkan butang blazer. Pipi berisi itu disentuh lembut. Dia ingin terus mencipta bahagia. Dia sanggup andai setiap momen yang dicipta menjadi punca Erisha bertahan.

"Seriously? Esok tak kerja ke? Eh kejap, coklat dekat sini berlambak tau?"

Tengku Hael memang sukar diduga.

"Esok sabtu, saya cuti sayang. Lagipun ARK sayang tak sempat tengok, kan?"

"ARK kan dua tahun sekali." Erisha buat muka hambar.

"Sayang lupa ke merdeka?" Tengku Hael jungkit kening.

"Merdeka pergi Putrajaya la Tuan Hael, Langkawi perarakan tak besar."

"Langkawi dekat sikit. Kita bercuti juga la sekejap. Isnin pagi balik sini, tengahari macam tu ambil Raes."

Erisha mengerut dahi. Lupa ke? Mereka mempunyai anak.

"Raes siapa jaga?" Gilirannya menjungkit kening.

"Aiza cakap dia boleh jaga. Saya extra bayaran seribu untuk dua harini sampai isnin pagi. Isnin tu, saya jaga dekat ofis. Aiza cuti."

"Kalau seribu untuk dua hari, saya jelah jaga Raes." Erisha ketawa hambar.

"Sayang... jaga Raes bukan senang, kan? Lagipula Aiza tu bukan pernah jadi ibu, inikan nak jaga Raes yang dah sebati dengan susu sayang. Kalau sayang nak duit, bukan seribu saya boleh bagi. Semua harta yang saya ada, dahpun jadi milik Syalia Erisha." Wajah Erisha ditatap dalam.

Sedalam itukah cintanya? Duhai jiwa, hargailah dia.

Hujung bibir Erisha menjungkit ke kanan.

"Semua saya dapat la kiranya? Jadi, antara harta saya... seluruh harta awak, awak dan Raes." Dua kali jarinya menunjukkan ke arah Tengku Hael kemudian katil Raes di ruang tamu.

"Saya dan Raes?"

"Ya, tak boleh ke?" Sampai berkerut kening.

"Hisy, tak habis-habis 'tak boleh ke?' sayang tu." Hidung mancung itu dikuis manja.

"Saya nak kepastian je sayang. Saya gembira dengar sayang cakap saya dan Raes harta sayang, yang paling saya suka tu... Saya harta sayang jugak."

"Dari dulu sampai sekarang. Awak je yang ada dengan saya di saat yang lain kian pergi. Macam yang saya pernah cakap sebelum ni. Jadi, apa lagi kalau bukan harta saya?" bahas Erisha meyakinkan Tengku Hael. Bait kata itu pernah diungkapkan dulu.

Tengku Hael mengenggam jari jemari Erisha, dibawa menuju ke dalam bilik. Erisha hanya membuntuti.

Kakinya menjunam atas katil. Hanya Tengku Hael mengekalkan kakinya. Dia duduk di birai katil.

Wajah putih bersih itu disentuh.

"Saya sentiasa ada dengan sayang. Saya, sayang... kalau boleh, semua masa pun saya nak ada bersama awak. Dulu, walaupun tak tahu pun kebenaran dan saya hanya berjuang menganggap sayang bersalah sewaktu tu, tapi saya tetap nak ada dengan sayang. Sekarang lagilah... saya tahu semua ni berpunca daripada kekhilafan saya dan keluarga saya."

Jarinya saat ini beralih ke jemari Erisha, diraih menapak ke arah dadanya.

"Tapi, keberadaan saya walau tanpa apa-apa sebab lepas atau alasan akan datang, saya akan tetap ada demi awak sendiri, awak 'cinta' saya. Sayang cinta saya." Dia mengulang cinta itu berlandaskan perasaan dan kasihnya.

Dia tahu, Erisha pasti ada yang tak kena.

"Saya minta maaf atas semua yang saya dah buat dekat awak dulu. Kalaulah saya luahkan semuanya." Erisha menunduk sayu, dia cuba mengawal sebak sebelum meneruskan bait kata.

Dia memandang Tengku Hael dengan penuh rasa kesal buat lelaki itu.

Tengku Hael dah agak.

"Masa awak datang untuk kepastian sebelum saya bernikah, apa saya rasa cuma saya harap setidaknya saya dapatkan perkataan maaf daripada awak dan mama awak. Malangnya saya tak mampu, saya dah putus harapan. Dunia saya hancur sekelip mata. Walau saya teruskan pun pasrah, saya kecewa. Sekarang? Masih awak ada dan hanya awak saja yang tak putus membahagiakan." Tangisannya mulai memecah keheningan villa itu. Ingatan derita yang lalu, hinggap bertalu. Pilu.

Tengku Hael meraih pinggang Erisha perlahan ke dalam rangkulan dengan erat. Berkali-kali ubun-ubun Erisha dikucup. Merah matanya menahan pelbagai perasaan.

"Cinta saya, sayang... Akan sentiasa ada. Pilihan yang awak buat, saya faham awak kesal, sayang. Tapi, mengenai rasa dan perasaan saya, sayang jangan bimbang. Saya hancur sekalipun, saya tetap tak menyalahkan sayang.

Sebaliknya... Kalau saya tahu hakikatnya, saya akan sedar semuanya bersesuaian dengan kesilapan yang saya dan mama saya buat. Kebenaran yang awak berkahwin dengan Khairi atas perbuatan keji Khairi selepas mendengar arahan mama saya, sakit. Saya akan hancurkan semuanya. Tapi, salah saya... Selama awak mengenali saya, saya yang akan memaksa untuk mengetahui apa-apa pun daripada sayang. Tapi... semuanya saya biarkan berlalu. Saya sendiri tak boleh maafkan diri saya."

Tengku Hael ni. Dia taklah menjurus hal dendam lagi.

Erisha dapat merasa beberapa titisan air jatuh di tangannya. Air mata Tengku Hael mengalir di tubir mata dan genggamannya semakin longgar.

Erisha memagut perlahan dagu runcing milik lelaki kulit sawo matang itu. Wajah itu disentuh penuh perhatian.

"Selama perjalanan dari awak tahu sampailah sekarang, saya nampak segala-gala usaha awak untuk dapatkan kemaafan saya. Tak apalah... Semuanya dah saya terima sekarang. Saya dah tak sanggup fikir pasal ni. Kita bahagia selama masa yang ada ya? Janganlah menangis jugak ni."

Sungguh, dadanya turut terasa sebak apabila melihat air mata yang berterusan mengalir di wajah isterinya. Benarkah Erisha mampu menerima?

"Menangislah, sebab sedih." Tengku Hael ungkap disusuli hiba. Dia menangis sayu di telapak tangan itu.

"Dah, jangan menangis. Awak ada misi, kena bahagiakan saya." Erisha menegaskan dalam nada amaran. Dia hanya ingin menenangkan sang putera tampan ini.

"Selagi nyawa saya terkandung di badan, bahagianya seseorang wanita di muka bumi ini... antaranya Syalia Erisha, cinta saya," ucap Tengku Hael, dia menggengam setiap ucapannya itu. Setiap itu akan berlandaskan niat membahagiakan. Bahagia itu akan dijanjikan selamanya.

Perlahan-lahan Erisha ukir senyuman. Tengoklah, orang nak tenangkan dia. Dia pulang tenangkan dengan ayat romantiknya. Air mata Tengku Hael diusap.

"Sekarang, saya faham makna 'love' yang awak selalu gunakan untuk saya," detik Erisha menyedari makna 'cinta' yang dimaksudkan oleh Tengku Hael.

"Awak love saya, bidadari yang saya damba di dunia dan berharap terus kekal sehingga di akhirat kelak," balas Tengku Hael lalu diusap lembut ubun-ubun dahi Erisha.

Ternyata selama ini perkataan panggilan yang agak sukar diterimanya pada mula percintaan mereka, membawa erti bermakna buat Tengku Hael.

"BANYAK ke lagi baju yang Abang Hael nak, Abang Raz?" soal Qaseh sambil mengalihkan beberapa pakaian Erisha ke dalam beg roda yang dibawanya dari rumah.

"Rasanya tu je."

"Okey. Abang Raz dah sampai ke?"

Dia menanti suara di corong telefon itu. Hari ini, dia mengambil cuti, mereka merancang gerak ke Penang. Mana mampu Encik Razlan tenang jika anak saudaranya itu masih enggan berbicara dengannya?

"Dah, Qaseh. Turunlah." Encik Razlan memberi lampu hijau. Versi prinsip wanita, wanita akan keluar hanya andai seorang lelaki itu benar-benar tiba di tempatnya. Kalau bagi jangkaan masa, jangan harap bayangnya menanti dalam keadaan serba panas.

Celahan pagar rumah milik Elina, diperhati dari arah tingkap kereta. Terlihat Qaseh menarik beg menuju keluar.

Baru sahaja dia ingin menaikkan tingkap, terdengar jeritan nyaring.

Tanpa disedari, pandangan Encik Razlan mulai berbalam saat memalingkan wajah ke arah keberadaan Qaseh.

Cermin tingkap di bahagian pemandu pecah. Darah menitis pada setiap retakan kaca.

________________
Writer's Comment : Agak2 siapa tu buat🤐okey yey saya tk sabar nak segerakan habis.

nahhh belanja pic tg hael cryy

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro