Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

MHS : 91

"SAYANG beritahulah kenapa. Sayang tak suka apa saya buat dulu? Sayang dapat tahu dari siapa?" soal Tengku Hael ingin tahu, perasaan menduga jiwa diusir jauh. Mungkin ungkapan maaf tadi, hanya bicara sabar.

Erisha akan menerimanya? Mimpilah Hael. Kau dah dihina, dicemuh dan menerima pukulan hebat dari wanita itu. Setiap kelakuan ada saja tak kena. Apa saja peluang yang meyakinkan? Kebimbangan Erisha? Itupun hanya berlandaskan perasaan yang tak diinginkan oleh Erisha sendiri.

Meski saat ini, lelaki itu tetap memujanya.

"Saya baru sedar semua tu, Hael." Pedih matanya melahirkan titisan ke pipi. Matanya berkelip-kelip menitiskan cecair jernih.

"Awak... Awak ada dengan saya dalam setiap masa tu, masa saya melahirkan dan waktu saya berharap sangat untuk dengar lafaz iqamah buat arwah Zahra."

"Saya minta maaf sebab buat semua tu sewaktu sayang dah tak nak lagi dah dengan saya, saya tahu apa saya buat tu..." Erisha laju menggamit tangan Tengku Hael. Dia menggeleng sayu.

"Tak, awak tak salah. Apa awak buat tu jujur... saya memang terdetik waktu tu mengharapkan awak. Malah saya terima kalau sesiapa pun ada dengan saya masa tu. Saya masih waras lagi untuk sedar ada orang bersama saya, cuma saya tak mahu terbuai perasaan sebab saya rasa hidup saya dah hancur, untuk apa saya nak terlalu peduli siapa yang datang, siapa yang ada."

"Saya... Saya tak sanggup lagi nak hidup seorang diri lalui dendam ni. Lebih bahagianya saya andai saya sedar selama ini, cuma awak pedulikan saya. Saya fikir dulu, mungkin saya akan bahagia walau tanpa saya yakin Khairi boleh membahagiakan atau tak. Dengan awak, apa lagi saya perlu yakin? Awak tak putus berikan saya bahagia padahal awak tahu niat saya selama ni cuma berdendam sampai saya mulakan rancangan saya dengan penuh rasa dendam. Kasih awak tak pernah saya peduli tulus mahupun tak."

Benarkah apa yang dia dengar? Dia terlalu mendesak jiwa sehingga melahirkan dongeng sebegini?

"Takutnya saya memikirkan awak akan berubah kalau sekarang saya masih tak sedar," sambung Erisha teresak-esak melampiaskan air mata.

Jarinya naik menyeka air mata Erisha. Serentak itu, pecah air mata Tengku Hael tanpa bertakung. Dia tak salah lagi. Erisha menerimanya. Ya Allah...

"Saya takkan berubah, sayang. Andai takdir kita berpisah sekalipun, saya akan jaga cinta dan sayang saya buat sayang sampailah tubuh saya dimamah tanah. 10 tahun berlalu, saya mampu pegang erat cinta ni. Andai ada sehari saja untuk saya berkempatan bahagiakan hati saya suatu hari nanti, tetap sayang menjadi pilihan saya. Lillahi, sayang." Bibirnya bergetar menidakkan kata Erisha. Tak mungkin sayang, saya cintakan awak dengan sepenuh jiwa dan awak saja cinta saya, Syalia Erisha.

Selama 10 tahun, masih mengenggam nama yang sama. Lelaki itu teguh walaupun cintanya telah dipersendakan. Saat ini, kedua-dua mereka berhujanan air mata.

"Maafkan saya atas 10 tahun saya menyakiti awak tanpa awak tahu kebenaran seperti sekarang. Saya dekati awak dulu, saya meraih cinta awak, itu atas dasar dendam. Saya ungkap cinta, ungkap sayang dan rindu tanpa memiliki perasaan seperti saya luahkan. Saya tinggalkan awak tanpa penjelasan. Dan... mesti awak bawa ke mana pun lafaz cinta saya terhadap awak. Saya kenal awak, awak selalu cakap yang awak ada saya untuk sayang awak. Hael... Maafkan saya, saya sia-siakan cinta awak, saya pertaruhkan dendam atas rasa cinta awak. Saya dah sakitkan hati awak terlalu banyak, Hael." Berkali-kali bait katanya meraih gelengan Tengku Hael, teguh Erisha melanjutkan luahan itu. Dingin bibirnya, tubuhnya lemah, semua itu terasa usai jiwanya diragut derita tatkala ini.

"Sayang, saya memang sakit mengenangkan semua sayang cakap masa saya dah tahu kebenaran. Sakit sangat-sangat sayang. Tapi, cinta tak pernah terhakis dari lubuk hati saya. Cinta saya terhadap sayang selama ni... Tak mungkin mampu menandingi sakit yang sayang bawa."

Dia lemah. Adakah sebesar ini cintanya untuk insan yang tak layak sepertiku? Sakitnya dia selama menentang arus cinta yang tidak selari... bahkan tak wujud buatnya. Bagaimana aku boleh terus di sini, berpura-pura seperti baru sedar betapa dalamnya cinta dia buat diriku?

Erisha berdiri. Tidak tahu malukah diri ini? Terus di sini dengan alasan baru sedar? Tak mampu dia tahan lagi dengan isi hati yang mencemuh. Erisha berdiri dengan perlahan, cuba mengumpul kekuatan.

Kesian dia, Risha.

Kau tak boleh ambil kesempatan walhal kau tahu dia akan terima kau walau macam mana pun kau, bila kau cakap kau nakkan dia? Dia lagilah terima. Kau akan nampak kejam, Erisha.

Dia menggigit bibir, cuba menahan sebak dalam dada.

"Saya rasa saya silap. Maaf. Jom kita balik." Erisha mengoyak langkahnya. Hatinya sarat dengan rasa bersalah. Dia tidak layak untuk cinta ini. Cinta yang tulus dan ikhlas dari seorang lelaki yang tidak pernah menyerah pada dirinya, walau betapa banyak kesalahannya.

"Silap? Apa maksud sayang, silap?"

Erisha menarik nafas dalam, suaranya tersekat-sekat di kerongkongnya. Dia cuba untuk menahan tangisan yang semakin menguasai dirinya.

"Saya rasa saya dah silap... Saya tak layak untuk awak..." Suaranya perlahan.

Tengku Hael pantas menahan Erisha. Tangannya terlekap di antara bahu kedua-dua bahu Erisha dari arah belakang.

"Hanya Syalia Erisha seorang yang layak di hati Hael Darwish. Janganlah buat saya macam ni, sayang. Saya sanggup terima apa pun alasan sayang, tanpa alasan untuk nak terima saya, saya terima. Jangan fikir sayang tak layak, sayang satu-satunya yang tak pernah hilang dari hati ni. Saya mohon sayang, jangan buat saya macam ni..."

Erisha tersedu berat.

"Masa saya derita, memang saya ingat awak Hael, saya harap awak datang walaupun saya bencikan awak. Saya tak boleh nak gambarkan perasaan saya bila sedar awak ada di setiap waktu saya mahukan awak. Apa yang saya boleh gambarkan, saya ungkap. Ungkap dengan rasa cinta yang saya mulai rasa. Saya kejam nak dekat awak hanya disebabkan baru sedar semua perasaan ni sekarang," tempik Erisha pilu.

"Tak sayang. Berapa lama lagi pun, saya akan terima sayang semula. Bila sayang nak, saya yang akan mendatangi sayang tanpa sayang yang bertandang dulu."

Erisha menangis teresak-esak tika ini. Hatinya berperang antara keinginan untuk pergi dan keinginan untuk tinggal. Tapi dalam detik itu, dia tahu, dia tak mampu melawan lagi.

"Boleh ke awak mampu terus sayangi saya dan cintai saya tanpa akhirnya lepas dah tahu penipuan saya, lakonan saya, saya marah awak, saya tengking awak, saya pukul awak? Lepas hadap semua tu memang awak boleh pedulikan saya. Sentiasa berterusan dengan saya. Tapi mampu awak lupa semua tu? Dulu pun layan saya elok-elok tapi masih awak tak boleh lupa semua tu. Perlu masa lagi meski dalam masa kita bahagia."

"Tapi, pernah ke saya abaikan sayang? Masa saya merajuk tu, ya sayang, kita kan miliki perasaan merajuk yang sama antara satu sama lain. Hakikatnya, selama kita bahagia, saya tak pernah lupa tanggungjawab saya dalam mencintai sayang."

"Saya nak terus rasa kebahagiaan sama seperti saya kecil. Bila dengan awak saya lengkap semua rasa tu. Ibu saya, selama saya bersamanya, dia terpaksa sakitkan hati saya sebab dia sendiri berlawan dengan rasa kecewa dalam kehidupan dia. Tapi, awakpun kecewa dengan saya, namun awak tak layan saya macam ibu."

"Awak terus sayang saya, layan saya dengan baik. Saya fikir saya keseorangan selama ni. Hakikatnya awak ada, saya saja tak sedar. Boleh ke awak terus sentiasa ada dan buat saya sedar selalu yang awak ada... untuk saya?" tanya Erisha sambil menahan sebak. Makin membuak-buak cecair jernih ke pipi Erisha.

Tengku Hael menunduk sayu seketika. Ya Allah. Takkanlah tidak? Mustahil untuk melahirkan jawapan tak.

Matanya berkaca-kaca menjawab permintaan Erisha beberapa saat lalu itu.

"Semua tu hak sayang dan semua tu adalah satu rasa yang memang wujud dalam perasaan cinta. Saya sentiasa mampu melengkapi erti cinta buat awak sayang. Sayang tak minta pun, saya akan berterusan buat, demi cinta saya yang saya miliki terhadap sayang dan sayang, 'cinta' saya. 'Cinta saya' dari dulu sampailah hujung hayat saya dan akhirnya bidadari saya di syurga kelak." Itu jawapan hatinya. Setulus cinta dari lubuk hati buat Syalia Erisha.

Hati, luahlah kasih, luahlah sayang, semaikanlah cinta agar dia tahu betapa erat engkau memiliki perasaan itu. Andai itu akan mampu menyakinkannya, buktikan. Tengku Hael merintih sebak.

"Saya... Saya... cintakan awak, itu yang saya rasa. Saya mahukan cinta awak berterusan untuk saya. Saya terima cinta tu, sampai akhir nyawa saya. Dendam, saya kuburkan. Saya masih ada rasa ingin bahagia, Hael. Lepas saya tahu semua ni, buat saya rasa saya sangat mahukan kebahagiaan lebih daripada dendam. Saya mahukan awak, saya mahu hidup dengan kebahagiaan saya. Awak kebahagiaan yang selama ini saya cari."

"Ya Allah..." Tengku Hael langsung menangis sebak.

"Sayang tak tipu saya, kan kalini?"

"Tak. Saya cintakan awak. Saya dah sedar semuanya." Erisha memeluk Tengku Hael seeratnya.

Saat dia memeluknya tika ini, terasa ringan dada ini tanpa niat licik seperti sebelum ini. Jiwanya terasa tenang. Dalam dakapan ini, dia rasa bahagia.

Dia meleraikan seketika pelukan itu.

Air mata Tengku Hael seakan duka baginya. Wajah itu sungguh sugul. Erisha akhirnya makin teresak, dia menyeka setiap titis air mata yang berlinang pada wajah itu.

Inikah perasaan yang selama ini dikaburi dendam? Alangkah indahnya andai aku menyedarinya dari dulu, semestinya lelaki ini jauh lebih bahagia. Aku. Aku juga akan bahagia. Hidup dalam cintanya yang selama ini telah aku sia-siakan.

BUNYI cengkerik berdesing masih lagi tak melelapkan mata mereka. Masing-masing segar bugar. Dari pulang siang tadi, banyak benar perbualan yang terlucut dari bibir masing-masing. Ada tawa, ada sayu.

"Saya rasa bersalah sangat kat Raes." Kali ini, sayu. Kisah Raes menjadi topik luahan mereka.

"Saya kenal sangat sayang, sayang seorang yang penyayang. Saya kenal sayang dah lama. Apa yang sayang cemuh tak berlandaskan hati, sayang ibu yang baik, masa kita dekat hospital pun saya dah cakap yang sama. Saya dan Raes sanjung tinggi, ibu. Ibu layan Raes lebih baik lepas ni dah cukup bagi Raes. Percayalah." Akhir kata, Tengku Hael bersuara bagi pihak Raes. Lagi pula, anak kecil mereka itu belum mampu memahami.

"Sukar kan saya nak dapat peluang macam ni dalam keadaan awak masih cintakan saya dan Raes masih kecil. Kalaulah saya dah terlepas peluang ni dan saya tak sedar peluang ni, pasti saya akan betul-betul rasa yang tak ada orang yang pedulikan saya, kan?"

"Macam mana pun jadi, apa-apa pun jadi, saya takkan pernah abaikan sayang. Dulu sakit sangat sayang, awak melahirkan zuriat bersama insan lain, tapi saya tetap ada bersama awak. Tetap pedulikan satu-satunya cinta saya," balas Tengku Hael lembut, demi meraih erti yakin di jiwa wanita yang dicintainya itu.

"Erm... Macam mana pun saya tetap kejam, saya cuma bergantung atas sebab yang saya nampak usaha awak je dan ianya seolah saya dapat kebaikan kalau saya bersama awak." Erisha menahan air matanya, bertakung.

Tengku Hael bangun dari pembaringan, tubuh itu dibangkitkan lembut. Kedudukan setara dengannya. Masing-masing berhadapan sesama sendiri.

"Saya akui sayang, saya kecewa sangat dengan penipuan sayang, betapa lamanya sayang mempersendakan cinta saya. Tapi, mana mampu sakit tu buang Syalia Erisha? Apa pun alasan sayang untuk mencintai saya, saya terima. Perasaan cinta sayanglah yang saya damba. Tak apalah apa-apa pun alasannya." Kepala Erisha diusap penuh kasih. Lama aku menahan jiwa yang rawan, akhirnya Engkau lembutkan hati dia. Engkau memberi kesembuhan hati dan jiwa sepenuhnya kepadaku. Terima kasih, Ya Tuhanku.

"Sebelum ni, selalu pesan dekat hati, tak dapat hati tuan pun tak apalah, dapat tengok wajah Syalia Erisha pun dah buat saya bahagia. Sekarang, tuan dapat, hati pun dapat." Tengku Hael bicara lagi. Tak kering langsung wajahnya sedari tadi, berlinang saja air mata.

Bait kata Tengku Hael menggamit hiba di hatinya. Lelaki itu tak pernah culas mengungkap luahan berbaur cinta. Tak pernah berubah sejak dulu. Sakit dan deritanya, diusir jauh dan sentiasa memikirkan Syalia Erisha yang lebih tersakiti walau hatinya hancur bertahun-tahun lamanya. Macam mana aku mampu melalui detik selama ini tanpa terharu akan setiap kata-katanya, cintanya?

"Saya minta maaf awak. Kenapalah saya baru sedar sekarang? Kesian awak selama ni." Menitis air matanya lagi. Sedih. Teruknya diri ini.

Tengku Hael menggeleng, giliran wajah itu dia tatap penuh kasih. Malam ini gamaknya katil mereka memang menyaksikan cinta mereka.

"Mana sama hitungannya kalau dibandingkan dengan apa yang sayang lalui... Semoga syurga buat isteriku, Ya Allah. Ampunkan setiap niat buruknya, sesungguhnya aku cukup mengenalinya. Dia seorang yang baik. Dia hanya kecewa akan ujian yang selama ini dia lewati."

Tangisan Raes, menjeda kucupan Tengku Hael dari terus berlamaan.

"Sekejap, sayang." Sisi wajah Erisha sempat dibelai lembut sebelum kakinya menjengah lantai.

Sukar hendak memadam bayangan dendam masa silam. Namun, cintanya seorang lelaki mampu memudarkan gala dendam.

Ada air mata yang berlinang ke pipi. Erisha lantas turun dari katil itu.

Belakang tubuh Tengku Hael dirangkul ketat.

"Sekarang, sepenuh jiwa saya memilih awak, Hael."

Jujur, aku menghargai detik ni. Tuhan mendengar setiap rintihanku. Tangannya melingkari pinggang Erisha. Dalam seketika Erisha dibawa rapat ke dada kirinya. Raes dikembalikan ke dalam baby coat.

________________
Writer Comment: Rate this chap pleaseeee.

1-10 rate

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro