Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

MHS : 9

RUMAH yang pernah ditinggal bersama ibunya menjadi tujuan. Hanya itu satu-satunya tempat yang tinggal untuknya tuju. Masih berdesing kata-kata Elina 6 tahun lalu. Elina mengharamkan kakinya menjejak rumah ini. Hatinya nanar. 

Dia teresak sebaik menundukkan wajah. Bibirnya digigit menahan tangis. Bukan kerana tiada hala tuju lagi, namun hatinya digigit duka tatkala mengenangkan kata-kata ibu yang cuba dilupakan selama 6 tahun terakhir.

Hati ibu dirudung hiba. Ibu tidak menganggap dirinya sebagai anak lagi. Mampukah dia berdepan dengan ibu meski kebenaran sebaliknya? Dia enggan lagi menerima rasa serba salah daripada insan yang disayanginya. Biarlah kebenaran ini tidak pernah terungkap.

Gerimis kesepian menujah ke hatinya yang sebak. Tuhan sahaja yang mengetahui bagaimana perasaannya ketika ini. Dia terlalu merindukan ibu. Meski hakikatnya sebelum peristiwa pengakhiran itu lagi ibu sudah membencinya, dia tetap tidak pernah berhenti merindui ibu.

Dia mengundur lemah. Dia tak seharusnya menjejakkan kakinya ke sini semula.

“Apa kau lakukan di sini?” Langkah Erisha terhenti.

Terus Erisha memalingkan tubuhnya untuk melihat suara tersebut. Kesedihannya hatinya begitu mencengkam jiwa saat terpandangkan sepasang mata milik suara itu.

Sebuah kereta Honda Civic berwarna hitam menghentikan kereta sebaik lampu menjengah warna merah. Sementara menunggu, matanya memandang rumah Puan Elina.

Setiap kali dia pulang, dia menggunakannya jalan ini. Benar, jalan ini lebih jauh berbanding jalan utama. Ini pilihannya, bukan kerana Erisha. Dia memerhati rumah Puan Elina. Hatinya tenang apabila melihat Puan Elina dihadari tetamu. Minggu lalu, dia menyedari Puan Elina di restoran resort. Barangkali makan tengahari bersama klien.

Dia ingin menegur namun dia merasakan ianya tidak perlu. Hubungannya dengan Erisha telah lama berakhir. Biarlah dia hanya menjaga Puan Elina dari jauh.

Matanya kembali fokus pada lampu isyarat. Dia menyambung pemanduan usai lampu bertukar hijau.

“Kau dah bercerai dengan Khairi?” Pertanyaan itu terkeluar daripada mulut si ibu sebaik terpampang surat yang tertera perkataan Mahkamah Rendah Syariah di tangan Erisha.

Erisha diam tanpa sepatah kata.

Ketawa sinis digirangkan bersama senyuman yang penuh makna. Elina melabuhkan kedudukannya di sofa.

“Jadi kau dah hilang pedoman hidup, disebabkan itu kau ke mari?” Lantaran itu wajah Erisha dipandang tajam.

“Bukan itu maksud tujuan Risha,” bantah Erisha menidakkan kefahaman ibu.

“Mana anak kau? Tak bawa juga dia mengemis dekat rumah aku ni macam kau? Ke Khairi dah ambil hak penjagaan ke atas dia?”

Berderai air mata Erisha saat itu. Hinakah kedatangannya sehingga diperkatakan mengemis? Bahkan tersiat hatinya apabila Zahra juga menerima cemuhan daripada ibu.

Hatinya rapuh untuk bertahan di situ. Biarlah cemuhan hanya diterima oleh dia seorang, tapi bukan Zahra. Cukuplah saat Zahra hidup, pelbagai cemuhan Zahra terima oleh jiran-jiran. Dia mahu Zahra damai tanpa duka lagi. Dia tidak mahu Zahra diingati sebagai anak kepada ibu sepertinya. Ibu yang mempunyai kisah silam yang hina.

“Risha takkan susahkan ibu. Risha minta maaf kerana kehadiran Risha mengundang rasa tidak selesa, Risha minta diri.” Rendah nadanya disusun. Jiwanya dihurungi rawan.

Maafkan ibu, Zahra. Ibu tak kuat untuk berdepan dengan Tokbu. Andainya Zahra masih ada, ibu pasti kuat sayang. Hilangnya Zahra, tiada lagi kekuatan yang tersisa.

“Kau boleh tinggal sini. Kalau kau perlukan duit untuk dapatkan hak penjagaan anak kau, beritahulah. Sudah, pergilah berehat.” Elina enggan mengulas panjang. Dia bingkas bangun dari sofa dan mengorak langkah meninggalkan ruang tamu.

Sungguh, dia terkesan setelah menyedari air mata berlinang dari tubir mata anaknya. Jiwanya bagai dijentik sembilu.

Dia berhenti di depan Erisha. Gentarkah dia akan diriku? Detik hati Elina. Seketika itu hatinya ditujah rindu.

“Kau masih berpakaian yang sama.” Baju yang tersarung di tubuh Erisha saat itu mengembalikan kecewa. Hatinya sakit. Sakit mengingati semula setiap kebenaran yang diungkap oleh Erisha 6 tahun lalu. Elina mulai tidak betah. Hatinya kian tersiat.

Dia menyambung langkahnya. Enggan lagi melihat anak yang sudah menjatuhkan maruahnya sebagai seorang ibu. Dia cukup perit. Anaknya itu juga tahu bertali arus kedukaan yang diterima mereka. Dia langsung tidak percaya, dia tidak boleh terima.

Erisha meninggalkan Tengku Hael gara-gara mencintai Khairi?

Semudah itu? Padahal setiap hari Erisha pulang ke rumah dengan rasa bahagia. Hari-hari dia melihat Tengku Hael menghantar Erisha pulang. Mereka bertemu hampir setiap hari.

Ya, barangkali salahnya sebagai ibu yang membuatkan Erisha tak berani langsung menjelaskan hal sebenar.

Sebelum langkah Elina berlalu, Erisha lantas meraih tangan ibunya. Wajah Elina tanpa sebarang riak itu ditatap sekejap. Benar, hatinya kecewa akan kata-kata yang dilontarkan oleh ibu. Ibu selamanya akan menganggap hubungannya yang terbina dengan Khairi dan kehadiran arwah Zahra, wujud kerana dosa.

“Terima kasih ibu...” Hanya itu yang mampu dilafazkan. Dia menunduk dalam kehibaan. Pelupuk matanya penuh dengan air mata yang menunggu saat berlinang ke pipi.

Mendengarkan ucapan itu menghadirkan gerimis tidak berpenghujung. Tangannya yang diraih oleh Erisha, dia leraikan. Bukan ungkapan terima kasih yang diinginkannya. Dia ingin tahu hakikat yang terjadi.

Mata Erisha hanya mengekor gerak langkah Elina sehinggalah hilang daripada pandangannya. Dia mengesat air matanya yang tumpah ke pipi. Entah mengapa sayu hatinya tatkala merasakan kehangatan di tangan ibunya tadi, meski ibu tidak ingin lama.

Masih sama kehangatan yang dirasainya itu. Dia sungguh mendambakan kasih sayang daripada ibu lagi. Namun dia sedari, ibu amat membencinya. Memadai ibu mengizinkannya tinggal di sini. Memadai jua dia memperoleh peluang kedua mendapatkan kasih sayang ibu semula.

4 tahun kemudian.

SELURUH taman dipandang sepi meskipun suasana sekeliling taman mini di rumahnya itu tenang dan menarik. Tika ini, dia sendiri tidak dapat meneka apa yang dikehendaki oleh isi hatinya.

Matanya melirik pada jam yang tersarung di tangan. Majlis merisik sudah dimulai. Meski pasangannya itu tiada keluarga, namun jiran-jiran terdekat menjadi tuan rumah. Itu yang diperkatakan oleh pasangannya.

Seketika jiwanya diulit fikiran yang tidak menentu. Tiada rasa bahagia yang dirasakannya. Ibarat di permulaan hari yang bahagia ini terasa seperti telah dimiliki. Telah digunakan rasa bahagia itu. 

Bunyi loceng berbunyi memecahkan lamunan Tengku Hael daripada memikirkan mengenai rasa yang sebenar menujah halaman hati. Dia segera mengangkat wajah, melihat gerangan yang datang. Barangkali Hafiz yang datang.

Dia tak bangun, menunggu sahaja gerangan itu memunculkan diri. Tak sampai seminit, muncul seorang lelaki disebalik pokok yang menutup sedikit laman belakang.

“Hael, aku agak dah kau mesti duduk kat sini.” Lelaki itu terus menegur seraya menyambut jabatan tangan Tengku Hael.

“Aku nak pergi mana lagi, Hafiz. Aku cuma ada family aku, kau dan rumah.” 

Lama Hafiz merenung riak wajah Tengku Hael. Lupakah dia akan wanita yang bakal menjadi isterinya bulan depan?

“Dan bakal isteri kau, Alissa,” sambung Hafiz. Kata-kata Hafiz mematikan langkah Tengku Hael.

Baru sahaja dia ingin memalingkan tubuh, bunyi mesej masuk ke peti mesej telefon pintarnya. Isi kandungan mesej tersebut dibacanya.

Terima kasih awak sebab sudi jadikan saya tunang awak. Mama awak cakap awak ada emergency. Awak okey ke?

Tengku Hael mengheret nafas dalam. Membaca mesej daripada Alissa itu membuatkan hatinya terasa diusik kenangan lalu. Cukuplah membahasakan diri 'awak' dan 'saya' secara berdepan.

Satu lagi bunyi mesej masuk. Tengku Hael membukanya lagi.

Kalau awak lapang malam ni, saya nak ajak awak makan malam.

Mesej dari Alissa kedengaran ingin sekali mereka meluangkan masa bersama. Ya Allah, benarkah keputusan aku ingin menjadikannya isteri aku? Engkau tahu isi hati aku, Ya Allah. Sungguh aku enggan, namun sehingga menghukum diri tidak akan bercinta lagi, bukan seharusnya aku.

“Kau okey tak? Siapa tu mesej?” Sentuhan di bahu mengembalikan dirinya pada titik realiti.

“Alissa.” Hembusan nafas berat kedengaran jelas pada telinga Hafiz.

Hafiz dapat meneka isi hati Tengku Hael. Bahkan dari raut wajah, dia sudah tahu bahawa Tengku Hael tidak ingin mempunyai hubungan dengan mana-mana perempuan lagi selepas berpisah dengan Erisha. 

Merenung wajah Tengku Hael semula membuatkan dirinya dihambat rasa bersalah. Jauh sekali terdetik dalam hatinya untuk menyebut semula sebaris nama insan yang pernah mengecewakan sahabatnya itu.

“Alissa mesej tu sepatutnya kau happy, harini hari pertunangan kau dan dia. Dengan kau tak datang, tak pasal-pasal aku tak dapat merasa air tangan makcik-makcik Kampung Sedusun.” Hafiz mula membuka bicara yang santai. Sempat dia berseloroh. Malah bersama usikan akan nama kampung tunang Tengku Hael. Sengaja mahu menghiburkan suasana. Tengku Hael tahu dia suka mengusik mengenai nama kampung itu.

“Air tangan aku pun sedap.”

Ketawa besar Hafiz saat Tengku Hael mengenakan air yang digunakan Tengku Hael menyiram pokok tadi pada tangan lalu ditunjukkan tepat depan wajahnya. Tengku Hael juga terikut gelak.

“Barulah nampak kawan aku tengku ni senyum, kau banyak termenung sejak kebelakangan ini, apa yang merunsingkan fikiran?” Intonasi Hafiz mulai serius. Keadaan ini bukan sekali dia lalui. Diri Tengku Hael telah lama hilang malah telah berakhir sejak perginya Erisha.

Melihat Tengku Hael masih terus terpahat pada kisah lalu, benar-benar menyiksakan hatinya yang menginginkan kebahagiaan dirasai semula oleh sahabatnya itu.

“Aku cuma belum bersedia, Hafiz.” Tengku Hael meluahkan kehendak hati. Dia akui tidak seharusnya dia memberi peluang andai hati masih belum bersedia.

“Walaupun bukan aku yang salah dalam percintaan aku yang lalu tetapi bagi aku kebahagiaan bukan lagi terletak pada hati yang terluka. Aku rasa aku tak layak untuk rasa kebahagiaan tanpa dia. Cinta aku terhadap dia sangat menyiksa seluruh daya aku.

Aku seakan orang bodoh, walau dia jujur depan aku apa yang dah jadi, walau dia akui cinta dia berubah, walau dia sanggup hancurkan hati aku selumat-lumatnya dengan pengakuan yang sungguh meluluhkan hati aku.

Aku tetap menidakkan semua tu kerana aku percaya dengan seluruh cinta aku, dia bukan seperti itu. Aku kenal dia, aku tahu sepertimana dia, aku tahu kasih dan cinta dia untuk aku. Aku tak dapat terima semua tu meski itu yang terungkap daripada dia.

Tapi kenyataan yang cuba aku nafikan tu lebih memeritkan bila dia sah menjadi isteri kepada lelaki lain. Aku dikhianati seluruh kepercayaan aku oleh orang yang aku sayang. Kekuatan cinta apa yang aku rasa, Hafiz sehingga aku tak mampu sedetik pun untuk lupakan dia.” Sedih suara Tengku Hael bersama linangan air mata yang tidak henti. Hilang seluruh kekuatannya, Ya Allah..

“Bersabarlah Hael.” Dia menepuk bahu Tengku Hael cuba menenangkan. Hatinya ditujah rasa pilu. Cinta Tengku Hael menyiksa diri dalam tangisan.

Dia yang mendengar dan menyaksikan rasa cinta Tengku Hael yang tidak pernah pudar sudah cukup membuatkannya berharap Erisha hapus dari jejak Tengku Hael. 

“Cinta dia terhadap kau Erisha, adalah kesilapan terbesar yang dia pernah buat dalam hidup dia.”

____________________
WRITER COMMENT: Hati-hati dengan lelaki anda, sebab akan ada orang yang akan jdi pemujuk duka dia di saat pertengkaran anda dengan partner anda. Tp dalam kisah ini, alissa yang berkeras nakkan Hael. Hael cuma terpaksa, mama dia minta dia pertimbangkan, lagipun dah bertahun-tahun. Yang pastinya, hati2 juga dalam berkawan, tak semua kebahagiaan kita dengan partner, kita perlu kongsikan pada kawan.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro