MHS : 87
TENGKU Hael dikejarkan ke hospital. Hampir dua jam lelaki itu tidak menyedarkan diri. Dehidrasi dan demam panas. Tidak lupa, tekanan berulang pada tulang kaki, mengakibatkan keretakan. Walaupun begitu, tidak terlalu serius dan hanya perlukan rawatan. Sejam yang lalu, lelaki itu keluar dari bilik rawatan ortopedik.
Matanya diarahkan ke dedaun langsir yang memisahkan antara kedudukannya berada dan kedudukan Tengku Hael. Bohonglah dia tidak gusar dan goyah. Bercampur baur perasaannya saat ini, kasihan, risau dan ragu-ragu.
Erisha hanya berdiri di sudut wad. Jiwanya langsung hancur. Angkara diakah lelaki itu jatuh sakit? Diakah puncanya?
Hari kemalangan sebelum kereta arwah Irfan bergerak, dia tahu Tengku Hael jatuh. Malah, dia mendengar jeritan namanya yang terlucut dari bibir Hafiz. Mulai hari itukah Tengku Hael sakit pada kakinya? Sewaktu dia sedar dari pembedahan ketika dia bertentang dengan Tengku Hael dan Hafiz?
Wajah lesu itu menjamah pandangan matanya. Bibir Tengku Hael pucat lesi.
"Love..." Panggilan itu menitiskan air mata Erisha yang sedari tadi tertahan.
"Dah sedar?" Erisha mengesat titisan itu seraya mengambil tempat duduk pada kerusi tersedia bersebelahan katil Tengku Hael.
Tengku Hael lantas meraih tangannya.
"Are... you okay, love?" Bergetar jarinya ingin menyentuh wajah itu.
Tangkai hatinya seakan direntap. Pertanyaan itu menghimpit perasaannya.
"Hey, tengok diri awaklah. Awak yang tak okey. Siapa yang teguh berdiri dan siapa yang terbaring tak bermaya?" Dia geram. Tak logik punya soalan suaminya itu pun.
"Saya minta maaf... sebab saya... mungkin pengsan tadi. Tak ada... apa-apa jadi... dekat awak masa saya... pengsan, kan?" Gerak matanya mencari jawapan pada raut wajah itu.
"Awak ni..."
"Sorry... tadi saya tak ada niat nak ikut awak." Setiap butir bicara hal itu terlebih dahulu lagi menghinggap segenap bibir.
"Sayang apa yang buatkan awak jadi macam ni? Memang awak sengaja ke apa nak buat saya rasa bersalah?" bentak Erisha.
"Saya risau, jalan tu... gelap."
"Jadi, masa saya duduk seorang diri dekat rumah dengan Raes? Awak tak pulak paksa diri macam tadi!"
"Saya tahu... mesti akan bandingkan masa tu dengan saya... tertidur di resort. Saya tak sedar... awak, saya terlelap... Saya terjaga sekejap je, tapi saya... rasa tak larat langsung nak... bangun. Saya... minta maaf, betul-betul... minta maaf."
"Sudahlah nak minta maaf. Dah jadi dah."
Lelaki itu sentiasa sama. Dulu, lelaki itu sanggup menemani semata-mata bimbang dia ingin pergi membeli ubat sendirian dan berjalan kaki. Sikap lelaki itu memperlakukannya tak pernah berubah sepertimana tadi. Berbaloikah lelaki itu menggesa kudrat demi hal remeh yang dia buat?
"Saya tak nak terlambat lagi... untuk awak. Saya... tak nak kalau apa-apa jadi. Kita tak tahu kalau mama... dah rancang sesuatu lagi untuk sakiti love. Cukuplah dulu saya jadi bodoh... tak tahu ambil tahu langsung salah mama sendiri."
Cinta dia yang hebat takkan boleh kembalikan hidup aku, ingat tu Erisha.
Biarpun dia tahu Tengku Hael tulus, namun tulus itu bernilai? Tak. Tetap lelaki itu penghancur hidupnya dan keluarganya. Tiada bezanya pun.
"Cinta awak memang sebuah rasa yang sempurna. Hebat. Saya sedar sangat selama kita bercinta. Tapi, cinta awak racun. Racun buat diri saya dan diri awak sendiri. Awak nak tahu betapa bodohnya laginya diri awak? Awak hidup bertahun-tahun percayakan orang yang awak sayang. Sebab tu awak percayakan mama awak. Awak lupakan apa yang dah jadi. Sama bila dengan saya." Erisha menyuarakan isi hatinya. Itu kehendak jiwa dan perasaannya demi menghalang rasa yang tak layak bertaut.
"Mudahnya awak cemuh perasaan saya." Tengku Hael hilang butir bicara, bait kata itu hanya terluah di dalam hati. Erisha ingin menyedarkannya?
Wahai hati, janganlah engkau terkesan. Peganglah cinta yang dia pernah miliki buat kau dulu. Walau itu hanya... seakan cerita pentas.
"Awak hidup bertahun-tahun tanpa pengganti sebab awak semat rasa percaya awak atas rasa cinta saya. Tolonglah sedar yang cinta saya tak pernah ada pun untuk awak. Saya dah terlalu kecewa. Takkan wujudlah rasa cinta. Cukup buat saya menyampah bila awak dapat saya semula, awak boleh lupakan apa yang jadi dulu dan terima saya semudahnya," ulas Erisha menghamburkan perasaan yang sekian lama disedarinya.
Setiap kalimat yang diucapkan Erisha bagaikan gelombang yang menghentam segenap jiwanya. Tidakkah dia terdetik, setiap bait katanya mengguris perasaan yang selama ini mencinta? Hati, kuatlah. Dia masih punya perasaan terhadap kau. Kalau tak, mesti dia takkan sanggup ada bersama aku waktu ini.
Seribu duka menikam hati. Hanya kuat semata-mata alasan yang diri sendiri cipta. Sakitnya.
"Sedar tak yang sebabkan cinta, sebabkan sayang, awak robek hidup awak sendiri? Awak tak sayangkan diri sendiri, lebihkan orang lain atas nama cinta dan sayang. Awak tak pernah nak cari jalan untuk protect diri awak, awak tak pernah cari tahu apa sebab semua ni jadi. Cinta awak mudah. Mudah terima semuanya. Mudah hadam semua. Meski sakit, meski bahagia. Malah awak terima sebulatnya yang ayah awak dibunuh oleh mama. Awak biarkan berlalu perbuatan awak membantu mama awak menyalahkan orang lain." Air mata Erisha bergenang dan suaranya bergetar menahan sebak.
Tengku Hael memandang wajah Erisha yang sudah mengalirkan air mata. Dia dirudung sebak tatkala menyaksikan air mata itu mengalir.
Aku terlalu mementingkan perasaan kalau hati aku sekarang ni terpalit rasa sedih akan kisah cinta kami? Aku dengar cinta aku dicemuh.
Bohonglah hatinya tak perih mendengarkan bait kata Erisha. Tapi... semua itu tak boleh dinafikan. Selama ini, memang dia mahu beranggapan seolah tiada apa terjadi. Dia yang buat pilihan, dia harus menanggung akibatnya.
"Saya... sedar, awak. Sedar... sangat." Pecah tangisan Tengku Hael. Sekejap sahaja dada bidangnya menghala kedudukan menegak arah siling. Pilu tangisannya menangisi hiba.
"Mama saya... teruk terhadap awak. Teruk sangat. Saya akuinya... Saya tahu sejauh mana... mama saya sanggup buat. Saya betul-betul minta maaf... dengan apa yang saya dah biarkan, apa yang... saya dah buat demi selamatkan Azi. Saya... tak fikir langsung perasaan orang lain, saya terpujuk... dengan rayuan mama saya, saya yang tak boleh terima dengan apa yang terjadi," akui Tengku Hael pilu. Air jernih mula menuruni lekuk pipi itu. Hatinya sakit meluahkan setiap dari bisikan hati yang tak tertahan itu.
Dia pernah petik kata tidak menerima kenyataan buat adiknya, Radzi. Sebenarnya dia turut sama. Kuman di seberang laut tampak, gajah di pelupuk mata tak tampak.
"See, awak sendiri akui. For me, awak seorang yang easy diperbodohkan dengan pujuk rayu dan easy juga jadi orang yang kejam disebabkan terlalu mudah membiarkan hal yang jadi, awak anggap remeh."
"Saya terima tu semua, itu sepenuhnya kesilapan saya. Saya memang akan terus akui dan takkan pernah berpaling dari kebenaran yang saya memang punca semua hal ni terjadi buat awak dan keluarga awak. Lebih sakit buat saya, awak dijadikan mangsa... Saya ada selepas kejadian, saya... dengar Man cakap jumpa awak dekat... semak. Bila saya sedar semua tu, saya rasa teruk sangat..." Dadanya ditekan. Sakit. Hingga mencarik air matanya berlinang ke pipi.
Jiwanya rawan, peristiwa dulu itu sudah terjawab.
"Saya lambat dan... biarkan kesakitan tu terjadi terhadap... awak. Maafkan saya. Andaikan saya... lebih peduli, awak tak lalui... semua ni," lafaz Tengku Hael dengan suaranya yang serak dek rasa pilu yang menikam kuat jiwanya. Beratnya penderitaan isterinya itu. Air mata lelakinya terus bergenang.
"Perit berpalit pada... saya atas salah saya yang selama ni abaikan apa yang terjadi Lepas mengetahui... semua kesakitan awak, saya menyesal... saya ambil mudah apa yang... terjadi. Sampai... buatkan hidup awak dan keluarga awak menderita," rintih Tengku Hael hiba. Teresak-esak bercampur sebak suaranya meluah. Dia ingin sangat memeluk Erisha.
Tubuh itulah yang menjadi mangsa angkara titik mulanya dia melaporkan kejadian pembunuhan Riffyaz.
"Saya tak nak dengar apa-apa sekarang... Suara awak dah tak ada. Baik diam je. Saya tak boleh dengar awak sebut berkenaan perempuan tu, saya benci. Cukup benci," luah Erisha bersama perasaan hampa diuji dengan perkataan yang disebutkan oleh Tengku Hael itu. 'Mama saya'? Layak lagi ke digelar mama, Hael? Bibirnya diketap kuat.
"Maafkan... saya." Tengku Hael tidak mampu lagi mengeluarkan suara. Sebak menghalang suaranya daripada keluar.
"Diam." Suaranya memetir.
Nafas ditarik dalam-dalam menenangkan jiwa yang sedang berkecamuk. Air matanya yang jernih mengalir hangat ke pipi. Tengku Hael mengalihkan perlahan tubuhnya baring secara mengiring, membelakangkan Erisha. Selama mana Erisha mampu bertahan dengannya? Ya Allah, aku ingin dia buat selamanya dalam hidup aku. Aku mohon, izinkanlah. Aku terlalu mencintai dia.
Macam mana aku nak dapatkan kemaafan dia? Hendak memaafkan diri pun rasa tersiksa.
Tak lama, jiwanya terasa goyah. Dia enggan begini berterusan. Air mata yang mengalir semakin laju membuatkan bibirnya dikemam rapat.
Dia mencengkam kuat cadar katil sebelum bangun. Tampak, Erisha memandangnya.
Sekali lagi tangan Erisha diraih lantaran menukar posisi Erisha melabuh duduk di atas katilnya.
Tanpa mempedulikan enggan Erisha, dia merebahkan dagunya seketika di bahu Erisha. Air matanya mengalir ke bahu Erisha. Bergetar hebat dagu Tengku Hael menahan sendu.
"Maafkan... maafkan saya. Untuk sesaat pun saya terima." Bahu Tengku Hael terhinjut-hinjut, sayu menutur permintaan itu.
"Boleh tak awak jangan buat macam ni untuk dapatkan kemaafan saya? Saya... takkan boleh maafkan awak, please la Hael." Pedih mendengar kata maaf yang dilafaz oleh suaminya itu. Sakitnya menghiris kalbu.
Tengku Hael melarikan anak matanya serata tempat, cuba menghapus air mata yang berlinangan seakan tiada penghujung.
"But, please... jangan marah, sekejap je... It deeply hurts me." Wajah Erisha dipandang bersama linangan air mata yang menitis satu per satu ke pipinya. Tiada dayanya lagi menyeka.
Erisha cuba tidak mengendahkan Tengku Hael walau sepasang mata itu menyulam hiba.
Lama kedudukan mereka sebegitu.
Tangan Tengku Hael berpaut pada papan kaki katil itu. Mungkin kudratnya kian nipis.
Erisha menyedari itu. Hujung jari jemarinya melingkari pinggang Tengku Hael, meraih rapat ke tubuhnya. Remote control katil, ditekan.
Jelas sekali, Erisha peduli. Dia rindukan Erisha memperlakukannya dengan baik. Gurau senda Erisha masih terngiang-ngiang. Senyuman manja Erisha. Macam mana semua perasaan tulus itu hakikatnya hanya lakonan?
"Boleh tak kalau saya nak panggil 'sayang' balik? Lama tak panggil awak macam tu."
Dia nekad. Dia ingin mengulangi seluruh detik bahagia mereka. Benarkah Erisha punya jiwa dan perasaan andai kasih dan cinta yang selama ini mereka pupuk, hanya bersandarkan dendam? Tidakkah sekelumit rasa hati Erisha terdetik untuk miliki kasih dan cinta daripadanya?
"Saya perasan dah semalam masa call awak bersayang. Awak nak cover tersalah panggil, kan sebenarnya? Sebab tu la petik balik ni. Biasanya love je?"
"Dah lama tak panggil awak macam tu. Dulu biasanya saya panggil awak, sayang. Macam rindu pula nak panggil awak sayang balik." Dia masih berhati-hati, mungkin masih terpalit rasa bersalah yang terkandung di jiwa sejak kebelakangan ini.
"Lama jugak awak tak ber'kau' 'aku dengan saya. Apa kata guna tu je?"
"Panggilan tu tak beberapa sesuai. 'Saya awak' kita biasa guna sebelum ni. Saya nak panggilan 'saya awak' dan kalau sayang tu tak boleh, takpelah, saya faham."
"Awak ni demam je, kan? Buang tabiat ke apa? Dah bertahun-tahun, perangai masih sama je. Bila demam, ada je ayat macam nak mati. Ingatkan dah berubah, masa mula-mula kita kahwin, elok je steady tak ada pulak ayat macam ni."
"Saya cuma rindu nak panggil awak sayang. Seharian ni, saya rindu awak. Lepas je awak dibenarkan balik, saya rasa tak selesa nak berenggang. Lama tak dapat masa dengan awak, bila dah dapat, susah nak lepas."
"Baguslah tu, sampai sakit. Saya dah cakap kan tadi? Cuba ingat diri dulu sebelum nak sayang orang lain lebih-lebih. Pagi tadi, sebelum gerak, jamah makanan pun tidak. Semalam dan dua hari lepas, makan apa? Makan sayur sikit je. Tahu pulak nak masak dekat saya, tapi awak? Makan gas-gas atmosfera masa jalan pergi kerja, macam tu?"
Tengku Hael kulum senyum. Sedikit sebanyak, hatinya diulit terharu.
"Saya buat awak risau sangat?"
Semangatnya terasa seakan kembali. Walau dia sendiri yang menutur rasa perhatian yang hanya diduga itu.
"Kenapa? Saya dah tak boleh nak risau hanya sebab saya bencikan awak? Tidur saya terganggu sebab anak awak menangis. Saya terjerit-jeritlah panggil awak. Tapi, awak tak ada. Saya serabut ada la, dengan awak tak ada mesej atau call. Dengar tadi, security cakap yang awak tidur dekat sini. Sorry to say, saya dah tercakap awak 'tidur macam tak ingat anak bini.'"
"Saya tak tahu awak sakit," sambung Erisha diselubungi rasa sebal.
"Comel awak luah macam ni. Sama macam kita dekat pantai tu, sama macam dulu," detik Tengku Hael seiring senyuman, tercuit momen indah itu pada layar fikiran.
"Tadi cakap sakit dengar saya marah. Ni lain pulak?"
"Sekarang ni, love comel. Buat abang ingat waktu bahagia dulu dengan love." Tanpa sedar, panggilan itu meniti bibirnya. Dia dihurung rasa gembira menikmati detik itu, sampaikan bait panggilan itu terlucut.
"Kenapa still bahasakan diri abang?"
Mata Tengku Hael pegun. Senyumannya serta merta mati.
"Maaf, saya terlepas."
"'Abang' tu cuma berhak untuk orang selayaknya. Bukan awak. Love tu kenapa? Tadi cakap nak panggil sayang? Sementara awak sakit, panggilan sayang tu awak bebas untuk guna saya risau jugak kalau betul awak buang tabiat ni, menjurus ke arah mati."
Nipis hujung bibir membibit senyum.
"Kalau saya mati, tak ada la kasih setulus Tengku Hael buat Syalia Erisha." Mata Tengku Hael meratap wajah itu.
Rasa janggal bertandang lubuk jiwanya. Cinta dia segala-galanya? Tak! Aku boleh dapat cinta yang lebih layak lagi untuk aku. Siapa dia nak fikir yang kasih dia saja tulus? Tetapi, kenapa dia cakap seolah perasaannya hanya seketika? Aku cuma ragu, hampir bertahun aku hidup dengan perasaannya. Tentu aku rasa tak semena-mena seperti tika ini.
"Awak dari hari kita dekat pantai lagi, cakap hal yang buat saya rasa tak selesa. Kenapa? Awak ada penyakit yang mematikan ke apa?"
"Alhamdulillah saya sihat. Tak ada pun macam yang sayang fikir tu. Saya cuma balas apa yang sayang petik dulu, betul tak?"
"Okey. Yang pantai tu? Awak yang mula dulu."
"Sebelum tu, sayang ingat tak satu lagu ni yang saya pernah nyanyi dekat awak?"
"Banyak dah. Mana satu lagu yang awak maksudkan? Masa awak tahu saya tipu awak?"
Tengku Hael menggeleng. Sakit mengenangkan tatkala itu.
"Tidakkah kau tahu, hidup punya waktu. Kasih tersia, bukan itu ku mahu." Bait lirik itu dinyanyikan.
"Kenapa dengan lagu tu?"
"Saya cuma tak nak kasih tersia buat sayang."
"Dah kenapa awak ni? Awak ada penyakit parah? Jujur je lah!"
"Dulu, waktu kita bercinta, lagu tu bagi saya... amat bermakna. Bila sayang selalu terniat nak berpisah, saya nyanyi bait lagu tu, kan? Tapi, bukan niat saya untuk ugut sayang. Macam kita tahu, hujung hayat hidup kita boleh jadi batas untuk kita terus kecapi kebahagian atau kejayaan. Semestinya, masa yang ada kita tak boleh kembalikan. Saya sentiasa takut andai antara kita terpisah dunia. Kita berpisah hidup pun, saya dah terkulai kecewa."
Erisha hanya mendengar. Kalau sekadar maksud macam tu, dia pun boleh fikir sendiri kalau bagi gambaran sikit tadi. Mula la tu Hael mahu menyuarakan fakta sedia tahu seperti waktu mereka di pantai. Dia mahu berdiri, ingin keluar.
Belum sempat, kakinya pegun saat lelaki itu menyambung kata.
"Kasih tersia pula, saya tak sanggup nak biarkan rasa cinta saya buat sayang, gugur. Cinta saya untuk awak, tak terletak atas rasa 'ingin' atau 'tidak' daripada awak. Cinta saya wujud di atas rasa yang ikhlas terhadap awak, andai tanpa balasan sekalipun. Wujud cinta daripada awak sebelum ni, bagi saya ibarat Allah buka jalan untuk saya merasa erti menghargai cinta sepertimana yang saya miliki untuk awak, tapi kali itu rasa cinta daripada awak. Buat saya terfikir, macam ni rupanya rasa dicintai? Perasaan tu indah. Dapat rasa cinta awak terhadap saya pun dah bahagia, apatah lagi rasa yang sedia ada buat saya untuk awak, saya sendiri pun gembira. Jujur bagi saya, selama mencintai awak mengajar saya erti bahagia dan membahagiakan."
Pandangan berat melingas sepasang mata Tengku Hael. Aku dah tewas dengan ungkapan cinta dia? Kenapa aku rasa dia begitu tulus?
"Saya minta maaf andai ya atau tidak bagi rasa awak sama ada mencintai saya dan berharap pada saya atau sekadar lakonan seperti hakikatnya yang awak ungkap. Dulu, saya mengungkap rasa cinta sebelum membuktikan cinta sebenar iaitu dengan akad. Sekarang, Syalia Erisha dan setahun lalu, akad yang saya tutur, saya tunaikannya dengan mencintai awak buat selama-lamanya, meskipun zahirnya nanti saya perlu mencintaimu hanya seketika demi memenuhi kehendak awak."
Sakit. Itu Erisha rasa. Hanya seketika? Benarlah tekaan hati tatkala tadi. Itukah aku nak? Adakah dia mengatakan itu demi mengugut aku? Tapi, hati aku terasa akan... tewas jika dia benar memaksudkan mencintai aku hanya seketika.
Lama aku hidup dengan cinta dia.
Dan...
Lama juga aku hidup dengan dendam.
Aku takkan mungkin gugur semata-mata demi cinta. Maaf, Hael.
_______________________
Character Comment :
Tak pernah ku salahkan suratan dan ketentuan,
Yang tertulis dalam hidup,
Aku tabah menerima takdir,
Ku pasrahkan,
Ku tinggalkan cinta yang terluka,
Membawa diri dengan hati yang terlara,
Pasrah jiwa melewati cinta,
Tanda derita tersiksa,
Ku berdoa ada kekuatan,
Ku hulurkan salam kemaafan,
Agar tenang jiwa lara,
Tanpa dendam lama.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro