MHS : 83
“TERUK kau kena pukul dengan dia Hael, ini bukan sekali, berkali-kali dah.” Hafiz mengesat pelipisnya. Dia sendiri tak faham, apa lagi perlu dipertahankan lagi isteri seperti itu? Bukan emosi saja merana, sekarang ni melibatkan fizikal.
“Dia sakit, Hafiz. Berhentilah sekejap bercakap tentang ni, aku nak rehat. Dah boleh balik nanti, kena jaga Raes,” culas Tengku Hael, menolak daripada wicara tentang perbuatan isterinya. Semua itu dah terjadi. Kepalanya pun sudah menerima lima jahitan.
Sungguhpun benar diduga Erisha sudah menyedari segala-galanya. Tetapi, apa dayanya menyampaikan kebenaran itu kepada Hafiz. Ianya hanya akan menambah rasa amarah Hafiz terhadap Erisha.
Tengku Hael mengalihkan tubuhnya membelakangi Hafiz. Mudah sahaja air matanya bergenang. Hatinya sedih. Tak mungkinlah air mata tidak meneman.
Kesempatan ke yang abang ambil? Bisik lubuk hatinya didera pilu.
Abang tak sanggup tinggalkan love... Abang rela jaga love. Meski apa-apa pun love buat dekat abang. Tapi, sejauh ni love buat dekat abang... Sungguh ke love maksudkan nak abang tinggalkan love? Air matanya dikesat berkali-kali. Cuba mengusir persoalan yang menyelinap ruangan hati.
Apa yang Erisha buat, dia sentiasa terima. Tapi, hatinya? Rapuh. Hatinya tak sekuat tingkah lakunya. Sekeping hati ini hanya berjuang perasaan saat Erisha kembali. Itupun bermatian-matian dengan rasa yang sama, sakit rasanya melukai insan yang dicintai dengan nafsu amarah.
Kedengaran telapak kasut Hafiz melalui depan katilnya, barangkali ingin menyasar langkah ke luar. Tengku Hael menyusun hujung jari separuh merapat, dia menyeka tinta jernih bercucuran di pipi.
“Kau nak nangis, nangislah Hael. Aku tak anggap pun kau lemah. Kau nangis sebab cinta kau betul-betul tulus terhadap dia. Aku tahu sangat Hael. Bukan baru sekarang aku sedar. Dah lama,” ujar Hafiz sayu, matanya menekur lantai. Dia dihurung sebak, tiada kata lain yang akan memicu damai di dalam hati lelaki itu. Hanya dorongan akan keputusannya saja.
Tengku Hael mengangkat wajah memandang Hafiz.
“Aku halang sekalipun, kau tetap dengan pilihan kau, atas rasa yang betul-betul berlandaskan hati. Allah beri peluang untuk hati kau untuk miliki cinta, dan cinta kau dah memang berpaut, apa kuasa aku nak halang apa kau rasa dan kesakitan yang kau sanggup lalui demi rasa tu?”
Terasa pecah rintihan hatinya.
“Mulai harini, aku akan sokong kau. Tanpa persoal lagi.” Mulai itu juga, dia berharap tiada lagi derita akan Erisha kunjung lagi buat Tengku Hael. Lelaki ini mengakui salahnya. Dia tahu malu. Tetapi cinta terpahat di hati menjadi kekuatannya betah di sini.
“Terima kasih Hafiz,” ucap Tengku Hael dihurung sebak. Serak suaranya.
"Kau tak perlu ucap terima kasih. Sahabat sejati akan selalu ada, apa pun yang terjadi," jawab Hafiz dengan senyuman.
Bulu romanya tak semena-mena menegak. Rasa terharunya hilang serta merta.
“Sejati.” Kelat anak tekaknya menyebut perkataan itu.
Hafiz melingas ke arahnya dengan rasa begitu menyampah. Tahulah dia, Tengku Hael sudah mula mahu mempersendakan ketulusannya.
“Sejatilah. Lagi sejati aku nak pergi belikan bubur untuk kau. Lepastu aku uruskan urusan ubat kau. Tak sejati macam tu?” Hafiz langsung mempertahankan rasa ikhlasnya.
“Sejati sangat.” Tawanya meletus.
“Malaslah aku. Ikhlas pun salah.”
“Lah? Merajuk ke Fiz?” Tengku Hael bingkas bangun sedikit. Terkuat pula ketawanya saat ini.
“Diam!” Sekali dia melibas muka, sudah Tengku Hael tahu telatah Hafiz.
“Kau tiru Rawda!” Ketawa besar dibuatnya gara-gara drama sentap ringkas itu. Tahulah dia, Hafiz tidak terasa. Malah itu gurauan biasa mereka. Ah, lama mereka tak seperti ini!
Bunyi daun pintu diseret rapat ke birai pintu. Fikirnya akan kuat dek rentak angin dihempas. Ternyata, tuas hanya bergesel halus ke lekuk birai pintu.
Tengku Hael melabuhkan tubuhnya semula. Rapat ke katil dengan sisa tawa yang masih tersisa. Sebelum suaranya mulai terasa tersekat. Angkara jiwa. Jiwa yang dihambat sengsara lagi.
Sesaat, dada siling disapu pandangan matanya, andai dadanya juga indah seakan coretan pada siling itu. Seperti masa sebelum semua ini berubah.
Tika ini, dadanya penuh sebak, duka dan rindu. Sebak saja sudah terlalu mencengkam kian kalinya, apalagi duka yang tersiat membelah dan rindu yang begitu mencarik.
Dia meraup wajah. Sekejap sahaja dirinya dipagut semula perasaan sayu. Seakan kegembiraan tak layak menyusuri diri ini.
Matanya dipejam, ingin melepaskan fikiran itu. Cuma belum masanya saja Hael. Dulu kau bahagia dengan dia, kan? Penipuan dia, usahlah kau ingat. Ingat salah kau. Tak mampu pun setanding dengan rasa sakit yang dia rasa disebabkan kau. Jadi, janganlah kau berkecamuk macam ni. Apa yang dah jadi, anggap saja pengajaran. Kau kuat Hael, kau kena kuat untuk hadapi penyesalan kau. Jangan tergugat dengan dendam dia. Kau mampu hidup dengan cinta kau saja, kan? Kau buatlah macam tu. Kalau kau nak mengalah, kau mampu? Tak.
Raes. Sekarang ada Raes. Lebih sakit untuk kau hadap hidup menyaksikan Raes tanpa Erisha. Kau pun dah merana, dia? Tanpa ibunya.
“Ya Allah, Raes.”
Daun pintu dikuak. Tengku Hael melingas lemah ke arah pintu. Air matanya, biarlah. Dia lelah.
Mungkin confinement nurse. Hampir tiga jam di ruangan klinik pusat rawatan bersalin itu, semestinya dia sudah dibolehkan pulang.
“Sekejap kawan saya...” Tatkala dia ingin bangkit dari pembaringan, hujung matanya jelas menangkap kaki di kerusi roda sebalik langsir. Ada seutas gelang di kaki.
Tengku Hael menggenggam side rails katil itu.
“Isteri tuan nak jumpa tuan,” maklum seorang confinement nurse yang berhadapan dengannya saat ini.
Tengku Hael terkelu. Erisha ingin bertemu dirinya?
“Kami ada bersama. Kalau ada apa-apa...”
Erisha mahu bicarakan sesuatu?
“Tak... tak perlu.” Tengku Hael mencelah bicara itu.
“Kalau begitu kami tunggu di depan bilik.”
Confinement nurse itu mendekatkan kerusi roda Erisha bersebelahan katil Tengku Hael lalu menapak ke luar bersama dua orang lagi yang turut ada. Mungkin mereka ditugaskan memantau tindakan Erisha. Walau, dia menolak, tetapi supervisor pusat itu menegaskan pemantauan diperlukan demi keselamatan, dan itu salah satu peraturan mereka, mengawal emosi pesakit.
Mata mereka bertemu. Akan tetapi, tak lama. Tengku Hael dihurung gundah dalam pandangan itu. Sampaikan menitis air matanya.
“Saya perlukan duit nafkah ke atas saya daripada awak,” ujar Erisha sebagai pembuka bicara. Nadanya dingin, pandangannya juga tak singgah wajah itu.
Tengku Hael mengusir jauh rasa yang menghancur lumat hatinya sebentar tadi. Dia lantas bersuara dengan tenang.
“Tunggu sekejap, abang keluarkan cash untuk love.” Kedua-dua belah kaki sudah mencecah lantai bilik.
“Carikan dekat saya tempat tinggal asing selama urusan untuk penceraian kita.”
Kakinya terhenti menapak. Hatinya... menjunam remuk. Dia berpaling berat.
Sekejap sahaja matanya berair.
“Love, abang tak nak...” rayu Tengku Hael, sama seperti tempoh hari. Jauh sekali hatinya menginginkan penceraian antara mereka. Adakah dia lemah? Dia... dia tak sanggup.
“Berhenti panggil saya macam tu. Saya bencilah panggilan tu.” Tinggi suara Erisha. Terlalu benci agaknya.
“Saya tak nak.” Benar, panggilan itu mereka guna dulu. Namun perasaan damai dahulunya tiada lagi.
Meletus kecil ketawa sinis dari ulas bibir Erisha. Cukup sinis didengari Tengku Hael.
“Itu sebab awak bawa saya jauh dari mama awak. Untuk lari dari mama awak, kan? Sampai bila awak nak mama awak tu terlepas? Dah terlalu bodoh sangat sayangkan orang macam tu?” Ibarat satu dentuman besar dapat didengari tepat dalam lubuk hatinya dengan rentak nada Erisha. Mendatar dan dingin.
“Bukan, love.” Lemah kakinya diatur ke arah Erisha.
“Saya cakap saya benci panggilan tu!” raung Erisha bengang. Matanya merah ditujah amarah apabila mendengarkan panggilan itu lagi.
“Saya tak tahu jalan untuk selamatkan awak. Bahkan untuk tempatkan mama ke penjara.” Tengku Hael sudah rebah. Dia melutut di depan Erisha. Jelas wajahnya menunjukkan kekesalan.
Kesal? Berbaloi ke kekesalan tu? Perbuatan memang sentiasa berhasil menidakkan maksudnya, tapi... kejujurannya saat ini? Tidak! Gerak mata lelaki itu, raut wajahnya. Ketara jelas tidak tulus. Erisha sudah lama mengenali suaminya itu. Boleh bezalah tipu atau tak!
Kalau tak, bagaimana dia boleh ada di sini? Tengku Hael sanggup membawanya sejauh ini. Itulah bukti 'perbuatan' buat seorang Tengku Hael. Dia seorang yang begitu luhur. Enggan orang yang dia sayangi, tersakiti. Dia memendam rasanya dan melayani dengan begitu baik, melawan kehendak hatinya. Tetapi saat ini, dia sangat tahu Tengku menipu dengan perkataannya. Buat pertama kalinya, dia rasa jijik dengan sikap Tengku Hael.
“Awak saksinya la! Jangan buat helah sangatlah Hael. Awak memang nak selamatkan mama awak. Apalah makna cinta awak sampai sanggup dipukul oleh saya seteruk ni kalau hakikatnya rasa cinta awak tu berbelah bagi untuk buat keputusan? Tak boleh je ke awak zahirkan perbuatan awak yang melawan kehendak hati awak, seperti biasa awak buat? Dengan menyerahkan mama awak sendiri dekat pihak polis!” Dada Tengku Hael ditunjal kuat.
“Saya bagi awak peluang tempatkan mama awak di penjara dengan kesaksian awak. Gantinya saya takkan teruskan dendam dengan cara saya.” Erisha menawarkan itu.
Tengku Hael tunduk mendiamkan diri. Ragu-ragu? Dia fikir dendam Erisha jalan yang lebih baik? Atau sebenarnya, “Awak memang tak berani buat, awak takut sebab awak anak dia. Takut derhaka?”
Sekali lagi, Tengku Hael masih sama. Berterusan membisu.
Tak gunalah! Masih saja menyebelahi mamanya. Adakah lelaki itu masih dungu? Isterinya menderita bertahun-tahun! Bahkan melalui derita sewaktu berjuang nyawa demi anaknya? Tak jelas lagi siapa yang harus disebelahi?
“Awak tak nak sangat kan bercerai? Tak berani buat apa saya nak, kan? Jadi, biar saya terus jadi isteri awak. Dan gantinya mama awak hancur melalui saya. Awak cuma buka ruang saja.” Erisha langsung membicarakan intinya sahaja. Tiada gunanya dia terasa dengan diamnya lelaki itu.
Erisha lantas menepis tangan Tengku Hael di ribanya lalu menggerakkan kerusi rodanya. Biarlah lelaki itu berterusan bungkam.
“Boleh saya minta sesuatu?” Akhirnya lelaki itu bernada juga. Entah apa permintaannya. Tadi, benarlah dia tidak berani berkata apa di atas nama mamanya. Terlalu menyayangi tanpa sedar, menjadi tuli terhadap derita orang lain.
“Apa?” Erisha tak menoleh. Telinganya sahaja menanti perkataan seterusnya, sesudah dia mengungkap kata pertanyaan itu demi kepastiannya.
“Raes perlukan kasih sayang awak,” ungkap Tengku Hael, matanya sarat ke arah Erisha.
Tu, dia ingat anaknya. Isterinya ini? Perasaan isterinya? Derita isterinya? Darah dagingnya sajakah yang penting!
“DAH berapa lama awak beri dia susu formula tu?” soal Erisha seraya melabuhkan punggungnya di kusyen. Agak panjang perjalanan ke sini. Kepalanya terasa pening dan dia mula rasa mual.
Mungkin sindrom mabuk kenderaan. Dua bulan lebih hayat badannya hidup di dalam dunia tekanan.
“Dah lama, ini baru pertama kali Raes dapat peluang minum susu ibu.”
Matanya menyapu sekeliling villa. Villa milik resort Tengku Hael. Dia menggeleng perlahan, ini tempat yang mereka tuju? Seolah tiada destinasi lain boleh dijadikan tempat tinggal oleh lelaki itu. Tentu hanya ingin memudahkan urusan kerja.
“Kalau dia dah okay dengan susu tu, saya tak boleh nak bagi susu saya. Bukan senang kalau dia dah biasa,” beritahu Erisha berdasarkan pengalamannya menyusukan arwah Zahra. Tapi, sebelum dia pulang, confinement lady juga sudah menitipkan tips. Mungkin boleh dia usahakan. Sepasang mata masih meliar sekitar.
“Raes tak suka susu formula, ada kala dia muntah. Anak kita tak cukup bulan, awak. Tapi syukurlah dia baik saja, kaki dia pun...”
“Cacat?” sela Erisha seolah biasa.
“Jangan cakap macam tu, anak kita tak cacat. Dia cuma...” Jeda lagi.
“Saya tahulah awak sembunyikan dari pengetahuan saya, awak minta doktor tu untuk berhati-hati tak ceritakan apa yang jadi.” Erisha mengulangi penjelasan doktor pemeriksaan kandungannya dalam bicaranya itu. Dia terdengar lelaki itu berbicara terlalu lama dengan doktor sewaktu dia di dalam bilik air.
Ah, lelaki itu pun tak beragak. Berbincang sewaktu dia ada. Itu asbab dia menguji kesabaran Tengku Hael, ingin tahu sejauh mana Tengku Hael mampu menahan perasaan kecewa dengan dikaburi tingkah.
“Clubfoot. Anak kita clubfoot.” Tengku Hael lantas bersuara semula. Dia enggan Erisha beranggapan anaknya 'cacat'. Tak, sama sekali tidak.
“Jap? Clubfoot? Means sakit awak dulu, kan?”
“No wonder, sakit keturunan terpalit? Akhirnya ada jugak hal malang dalam hidup awak. Terbaik jugak. Baru awak terkesan sikit bila terpalit dekat perasaan awak nasib malang.”
“Sampai hati awak cakap macam tu, tu anak kita.”
“Salah ke? Saya sedar tu anak saya dan awak bersama, tapi tak payah sampai nak melebih 'kita'. Saya tak ada hati pun untuk fikir pasal awak atau dia, peduli pulak saya kalau dia cacat sekalipun. Punca dia macam tu, disebabkan awak. Awak la sampai hati bawak malang awak berpaut kepada 'Raes' ni.” Tanpa perasaan walau sekelumit, dia mencengkam hebat hati itu. Nama Raes disebut penuh rasa menyindir. Tak inginlah dia nak menyebut penuh kasih.
Dia tunduk mengambil Raes dari pegangan Tengku Hael.
“Kalau dia tak nak susu ni, teruskan je susu formula tu.” Kasar tubuh kecil itu diraih tatkala Tengku Hael terasa berat ingin menyerahkannya.
“Ambil elok-elok awak, kesian anak kita.” Ralat hati melihat anaknya diambil sebegitu.
Kita lagi? Malas lah dia hendak menegur, bukan dia tak tahu. Dia hanya berdebat seorang diri, lelaki itu jadi tunggul saja.
“Apa-apa saya panggil, awak pasang la telinga tu alert. Saya tak nak menjerit-jerit,” pesan Erisha, nadanya tak terlepas dari dingin.
Tengku Hael tidak memberi respon, air matanya tanpa malu mengalir, walau kelemahannya itu menjamah anak mata Erisha sesaat lalu.
Perlahan-lahan Tengku Hael berdiri. Kakinya diatur berat ke arah almari. Satu kotak segi empat tepat dikeluarkan.
“Boleh ke awak beri susu waktu dia tidur?” Kotak itu didaratkan ke atas meja sisi katil.
“Boleh. Why? Selama dia tidur, awak tak bagi?”
Tengku Hael menggeleng perlahan. Sebelah tangannya menarik kusyen berdekatan, merapat ke sisi meja.
“Baby umur macam ni, memang selalu terlelap. Lama tau tidur, sehari sekali ke apa awak bagi?” Erisha memandang Tengku Hael dalam rasa tak percaya. Dia berharap tidak mungkin! Kalau betul, takkanlah Tengku Hael tak boleh fikir?
“Saya ada kejut.” Dia menapak mendapatkan botol susu Raes di meja.
Erisha kembali tenang mendengarkan jawapan itu. Kalau tidak, dia pun boleh angin jika hanya sehari sekali bayi ini minum.
“Saya... ada beli set pam susu, awak gunalah pam susu tu. Saya belikan untuk elakkan awak terkena bengkak susu.”
“Kalau dia minum banyak, taklah boleh kena bengkak susu.” Erisha merebahkan belakang tubuhnya di dada kepala katil. Empuk. Padanlah, ini kan sebuah villa. Mustahil tidak memenuhi kepuasan pelanggan.
“Ini, boleh dah. Hold buat susu tu,” maklum Erisha kepada Tengku Hael sambil mencapai satu bantal di penjuru katil.
Terhincut-hincut dia berjalan menuju ke katil.
“Tak apa, saya buat.” Tengku Hael meraih bantal itu. Tanpa disangka Tengku Hael muncul tepat di sisi.
“U-shape waktu awak pregnant ada dalam kereta. Sekejap saya ambil, awak sandar dekat bantal ni dulu,” beritahu Tengku Hael kemudian menggapai beberapa bantal di bawah katil. Tangannya melingkari pinggang Erisha, sedikit menanggung tubuh isterinya ke depan.
Dia mendaratkan belakang badan Erisha berhati-hati.
“Kalau rasa sakit, beritahu saya. Saya tolong sapukan minyak, saya ada beli minyak herbaterapi untuk pinggang awak. Minyak yang selalu saya sapu waktu awak mengandung pun ada lagi. Itu cepat lega sikit, kan?” Sebelah tangannya terlebih dahulu menjengah lantai, menampung posisinya untuk duduk.
Erisha memejamkan mata sebentar. Kepalanya terasa makin mencengkam sakitnya, berdenyut-denyut.
“Ubat cap kapak ada tak? Kepala saya... rasa sakit, pening.” Matanya terasa berat.
“Ada, love.” Tengku Hael menunduk, laci berisi ubat yang disediakan khas buat Erisha ditarik perlahan.
Dengan dayanya, dia menggagahkan tubuhnya berdiri semula. Tudung botol minyak cap kapak itu, dipulas.
“Love pening sangat ke?” Dia mencalit titisan minyak itu lalu disapu pada kedua-dua bahagian kiri dan kanan dahi Erisha. Seketika, dia menggapai sikat, rambut Erisha disikat perlahan.
“Saya cakap jangan panggil macam tu, kan?”
“Maaf.”
Rambut ikal mayang itu diikat rapi dengan ikatan sanggul.
“Cantik isteri saya,” puji Tengku Hael usai menatap wajah isterinya jelita diiring sanggul.
“Jangan puji saya,” larang Erisha serentak menolak tangan Tengku Hael menjauhi kepalanya.
“Saya puji sebab isteri saya memang cantik.”
Sebelah kakinya mencecah lantai semula.
“Saya pergi ambilkan u-shape dekat dalam kereta.” Bantal lebihan di bawah katil, dirapikan bersebelahan Erisha.
“Terima kasih sebab bagi Raes peluang ni,” ucap Tengku Hael, pandangan sepenuhnya beralih kepada Raes.
Senyap je sayang ayah ni duduk dengan ibu. Mesti rindu ibu kan, sayang?
Sempat dia melirik Erisha. “Sekejap tau,” pamit Tengku Hael sebelum memulakan langkah.
Erisha meraih tangannya. Tengku Hael perlahan-lahan duduk semula.
“Awak nak saya beli makanan ke?” tebak Tengku Hael. Itu kebiasaannya bila Erisha menahannya.
Erisha geleng.
“Nak... nak keluar jalan hm?” soal Tengku Hael lagi. Punggungnya dilabuhkan sebentar.
Masih menggeleng.
“Penat pangku Raes?” Tengku Hael langsung menyuakan tangannya.
“Boleh tak... kalau saya nak sandar dekat awak macam selalu... Saya tak selesa nak pakai u-shape sekarang.” Badannya rasa tak sedap. Kepalanya pusing sejak tadi, tapi berusaha ditahan.
“Boleh.” Sebaik mendengarkan itu, Erisha bergerak mengalihkan sedikit badannya sekitar permukaan sebelum birai kati.
Lama dia merenung Erisha bersandar di tulang dadanya. Dia mahukan detik ini kekal selamanya. Tidak peduli seberapa lama sandaran ini teguh.
____________________
Writer Comment : Hm :( Jangan fikir Hael obses tau😞logik je lelaki bila betul-betul jatuh cinta, saya pun pernah tengok tau.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro