Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

MHS : 79

"KAKI bengkok ke dalam dan ke bawah. Sebenarnya Hael, berdasarkan rekod yang aku terima dari check up kebiasaan Erisha, memang tak dapat detect Clubfoot ni," sambung Hafiz menjelaskan dengan nada yang penuh simpati, matanya memandang tepat ke arah sahabatnya itu.

Dari tadi, sahabatnya itu teguh berdiri berhadapan dinding kaca menampakkan kedudukan anaknya di dalam inkubator.

Hati seorang ayah yang terluka sukar disembunyikan. Pilu menggamit air mata. Anak kecilnya yang tidak berdosa itu benar dilahirkan tidak sempurna.

"Memang biasanya minggu ke-18 macam tu sepatutnya dah boleh dikesan. Tetapi kemungkinan anak kau berada dalam kedudukan yang menyukarkan pemeriksaan kaki semasa checkup dan menyebabkan nampak normal." Setiap penjelasannya hanya meraih rentak sebak Tengku Hael.

"Tapi, selepas Erisha jatuh, doktor Ilham memang dapat result yang samar tentang kecacatan. Sebelum czer, memang result Clubfoot. Kuasa tuhan terjadi macam ni Hael." Hafiz masih berusaha menjelaskan secara terperinci seperti yang diinginkan Tengku Hael.

Lama Hafiz berdiam kemudiannya.

Tengku Hael memalingkan wajah ke arah Hafiz di sisi. Adakah lagi berita duka yang harus dia terima?

"Anak kau akan okey Hael, cuma dia perlu lalui... rawatan secepat mungkin."

Usai itu dia meraup segenap wajahnya. Perkataan 'rawatan' itu harus aku telan lagi? Jiwanya meraung perit.

Dia menarik nafas dalam sebak. Cuba menghadirkan sekecil pun zarah rasa kuat untuk bersuara.

"Anak aku baru lahir, Fiz." Tengku Hael melingas sayu ke dinding kaca itu.

"Aku tahu kau takut, Hael. Tapi, ini untuk kebaikan anak kau."

Kebaikan? Kebaikan yang aku kena lalui detik sakitnya. Aku menyambut tangisan kelahirannya dengan senyuman. Kemudiannya nanti, aku perlu menghadapi tangisannya yang kesakitan?

"Allah." Ujian bertubi-tubi ini merupakan dugaan terbesar buatnya. Hanya kalimah Allah menguatkan jiwa dan raganya.

"Aku dah refer anak kau kepada Doktor Oprthopedic, Doc Zane. Doc Zane akan pantau selama beberapa bulan dulu, Hael."

"Kau yakin anak aku akan sembuh?" tanya Tengku Hael dengan suara yang penuh harapan dan sedikit keraguan. Namun, andai cara ini satu-satunya jalan terbaik, dia turutkan.

"Inn Shaa Allah, Hael. Dengan rawatan yang betul dan sokongan berterusan, anak kau ada peluang besar untuk sembuh sepenuhnya dan menjalani kehidupan membesar dengan baik," jelas Hafiz sambil menggenggam bahu Tengku Hael dengan penuh keyakinan.

"Apa rawatannya Fiz?" Bayi bersebelahan anaknya sempurna. Tatkala ini pun dia sudah sakit memikirkan perbezaan yang akan dipandang orang terhadap anaknya.

"Rawatan yang paling berkesan dan kurang invasif untuk clubfoot idiopatik pada bayi baru lahir adalah kaedah Ponseti. Dalam kaedah ini, Doc Zane jelaskan dekat aku yang, dia akan menggunakan pelapik kaki untuk membetulkan kedudukan kaki secara beransur-ansur," jelas Hafiz.

Wajah Hafiz dipandang, hatinya berat, Ya Allah.

"Tolong buat yang terbaik untuk anak aku," titip Tengku Hael menyusuri perih.

"Ya, Hael." Bahu Tengku Hael ditepuk perlahan, menyalurkan rasa yakin.

"Anak aku akan okey kan dalam ni?"

"Okey, Hael. Anak kau kuat." Matanya turut berair.

"Aku boleh bawak balik anak aku dulu bila dia dah stabil?" Gerakan anak kecilnya itu menyentuh perasaan keinginannya memeluk seperti ayah-ayah anak yang lain.

"Boleh, Hael. Buat sementara waktu lepas dibenarkan balik, Doctor Zane akan beri panduan untuk perawatan dan kasut khas. Aku pun akan datang, bagi servis dekat si comel kau ni."

"Comel kan anak aku?" Tengku Hael mengesat air matanya. Senyumannya terlakar tulus walau wajahnya sugul.

"Comel, Hael." Bahu Tengku Hael diusap perlahan. Dia tak menafikan, anak kecil itu miliki wajah yang indah.

"Macam ibu dia. Mesti anak ayah kuat sebab tak sabar nak jumpa ibu. Sama la macam ayah, rindu ibu, sayang." Entah berapa lama air matanya akan terus mengalir.

"Dia cuma perlukan lagi ubat tahan sakit dan pemantauan, kejap lagi dia akan dipindahkan ke wad bersalin." Dia cuba menenangkan Tengku Hael. Meski berkali-kali dia menerangkan keadaan itu, Tengku Hael tetap menangisi Erisha.

Saat dia dipanggil ke Observation Room, tangannya sempat berpaut seketika pada jari jemari Erisha. Kasihan isterinya. Sejuk, berpeluh dingin. Pucat. Sungguh menggemis duka di hatinya.

Sewaktu Erisha separuh sedar, Hafiz menasihatkan agar tidak melawat Erisha buat sementara waktu sehingga Erisha kembali sedar sepenuhnya. Erisha masih dalam keadaan memerlukan rawatan tanpa gangguan emosi.

"Nanti bila dia tanpa ubat tahan sakit, badan dia akan lebih sakit kan, Fiz?" Dia tetap menanyakan itu meski sudah terjawab di fikirannya. Berlinang air mata mengenangkan keadaan isterinya.

"Kau kena kuat, Hael. Jangan macam ni, sedih aku. Caesarean memang akan lalui rasa sakit." Tubuh Tengku Hael langsung dipeluk. Sungguh, dia pilu. Terlalu pilu. Dari ketika di dalam bilik pembedahan sehingga tika ini, mengingatkan titis mata Tengku Hael terlalu meresap ke hatinya.

"Aku tak boleh, Fiz. Anak aku lahir dalam keadaan sakit, isteri aku pula... Tuhan saja yang tahu, aku hilang seluruh kudrat aku. Kalau cuma caesarean, aku akui aku faham ianya memang sakit," luah Tengku Hael dengan penuh rasa tertekan. Wajahnya berkerut dalam sayu, titisan air mata berderaian.

"Tapi sebelum dia kena lalui tu, keadaan dia dah berlumuran darah, tak sedar, dia mesti terlalu sakit hadapi pembedahan dengan keadaan tu, Fiz. Sakit selepas lalui semua tu. Aku tak boleh terima... Kalau aku halang dia dari naik dengan arwah, dia takkan lalui semua ni. Dia... dia dah cukup derita."

"Kau pun derita Hael. Sudahlah akui salah berterusan macam ni. Janganlah disebabkan kemalangan diaorang kau nak salahkan diri kau. Kau dah kejar dia, dia yang pergi ikut lelaki tu.

Dia bukan lagi Erisha yang... selama ni kita sangka. Dia dah jadi diri dia dengan pendirian asal dia, Hael." Suaranya tak lantang seperti bait kata yang menentang perasaan Tengku Hael tatkala ini. Dia hanya enggan Tengku Hael berlanjutan diulit gundah sebegini.

Tengku Hael mengeluh panjang, dia menekur lantai bersama hati yang berkecamuk. Ya, hatinya sakit mengunyah kenyataan duka itu.

"Aku tak berbelah bagi pun walau apa yang dah terjadi sekarang, dengan siapa dia jadi macam ni sebab aku cuma fikir macam mana keadaan dia sekarang. Apa yang aku rasa ni bodoh ke Fiz pada pandangan kau?" Anak matanya melingas sayu.

"Bukan macam tu maksud aku. Aku cuma... tak sanggup tengok kau bersedih macam ni. Kalau boleh aku menjauh, aku dah menjauh. Tapi, kau sahabat aku Hael. Cukuplah aku menjauh kerana menyebelahi orang lain sebelumni." Dia pernah menyebelahi orang lain, dan kini dia tak mahu mengulangi kesilapan yang sama.

Selama ini, dia juga tak pernah menganggap Tengku Hael buta dalam mencintai. Dia tahu erti cinta bagi seorang Tengku Hael.

"Erisha isteri aku Fiz, ke mana dia pergi, dengan siapa pun menyebabkan dia terjadi macam tu, aku akan menangisi apa yang jadi tu seperti sekarang. Aku bukan jadi macam ni untuk buat sesiapa pun gusar terhadap aku, aku mengalirkan air mata setelah aku saksikan orang yang aku cinta terkaku kesakitan. Cinta yang tersemat di hati aku ni turut merasai sakit bila Erisha sakit." Matanya berkaca-kaca mengungkapkan rasa itu.

"Aku minta maaf apa yang aku cakap ni memang sangat-sangat menentang perasaan kau terhadap Erisha. Aku tak tahu Hael, aku ada pada side kau dan mindset aku lain, aku akan menyebelahi kau dan aku tak sanggup menyebelahi dia. Kau faham kan perasaan aku?"

Memang ikut hati, dia akan menjadi manusia paling tak berasa salah jika berada di tempat Tengku Hael. Tetapi, takdir itu bukan tertulis buatnya. Dan selayaknya takdir ini dimiliki oleh orang yang tepat, Tengku Hael. Tidak seperti jiwanya yang tak menerima kenyataan walau bersalah.

"Aku tahu, dari dulu lagi kau fikirkan kebaikan aku selepas apa yang Erisha dah buat terhadap aku. Tapi, dulu dan sekarang lain Fiz. Walaupun hakikatnya tika ini cinta dia terhadap aku palsu, tetapi ia tetap tak mengubah rasa cinta aku terhadap dia.

Cinta aku tak berubah kepada atas rasa bersalah ataupun rasa simpati sebesar hama pun walau aku menyedari khilaf... sebab... cinta aku tulus buat Syalia Erisha tanpa setitis noda Fiz," luah Tengku Hael pilu. Jarinya naik mengesat air mata.

Aku terlalu mohon cinta aku yang tulus ini direstui takdir. Bertahun lamanya, tetapi setiap cinta yang aku lakar, rindu yang aku ukir, kasih yang aku buktikan, hanya dibalas dusta. Yang aku sangkakan dia takkan mungkin sebaliknya, namun meleset. Dua kali aku melalui detik yang sama. Aku menerima kekecewaan ini kerana rasa bersalah aku terhadap dia? Tak. Kerana aku cinta dia, cintakan dia terlalu dalam.

Tiada kata yang mampu menembus sekeping hati itu. Jujur, Ya Allah. Engkau menemukan takdir kepada hati yang tulus. Namun, sejauh mana lagi kedukaan dia akan diduga? Dia tulus, Ya Allah.

"Dulu dan sekarang, dia tetap tak bersalah Fiz. Dulu kau menyebelahi Alissa kerana kau anggap dia layak disebelahi. Tapi, kau dah tahu hakikat kan? Tak ada bezanya dengan sekarang, Erisha yang layak disebelahi. Bukan aku, mahupun Alissa."

Dia teguh mempertahankan kau, Erisha. Setidaknya nanti, kau pandanglah cinta dia. Bencilah kesalahan dia, tapi bukan dia dan cinta dia.

KISAH tragis menampar hebat gegendang telinga mereka. Masing-masing hanya terdiam dan kaku di kerusi ruang menunggu. Mereka ketandusan kata. Hanya raut lebih lantang bersuara.

Jadi, benarlah kisah 26 tahun lalu. Meski samar, perbualan antara Tengku Afina dan abangnya masih segar di ingatannya.

Luka tatkala dia dilanggar masih tinggal parutnya.

Erisha turut menjadi mangsa. Dia tidak terkejut, keluarga sendiri pun mama sanggup buat onar. Erisha, anak daripada keluarga yang dibenci oleh mama, semestinya mengalami nasib yang lebih teruk.

Tindakan mama yang kejam itu terbukti melalui penjelasan Hafiz. Tergamak. Namun, apa gunanya? Setelah mendengarkan semua ini, dia tahu rasa bersalah takkan mungkin jejak di hati mama.

Hanya satu nama yang difikirkannya, Tengku Hael. Entah bagaimana lelaki itu menghadapi semua ini.

"Kak Long dan Along bergaduh sampai accident?" Jika benar, kasihan abangnya. Di mana perginya kewarasan mama, tidakkah dia terfikir apa yang akan dihadapi anaknya atas perbuatan kejamnya selama ini?

"Bukan dengan Along. Kalau melibatkan bergaduh, cuma malam empat hari lepas Erisha admit wad seperti Abang Hafiz ceritakan tadi. Berkenaan Kak Long kemalangan, Kak Long kemalangan semasa dia naik dengan Irfan. Itu yang mereka sama-sama kemalangan.

Cuma Irfan maut ketika sampai di sini. Untuk mudah difahamkan, arwah Irfan ada berjanji dengan Kak Long untuk tolong Kak Long jalankan rancangan," jelasnya bagi pihak Tengku Hael. Tiada daya lelaki itu untuk menjelaskan. Lelaki itu sendiri dari tadi berteleku di atas sejadah.

Ternyata Humairah juga tahu rancangan arwah sepupunya bersama Erisha. Irfan hanya membantu Erisha setelah Encik Razlan berkali-kali menghalang niat Erisha.

"Irfan tu tak silap Azi, pekerja dekat AB (Aura Bayu)," tebak Radzi seraya tangannya meliar memastikan kedudukan Rawda.

"Ya."

"Rawda okey?" Tangannya ditepis.

"Apa maksud you pertanyaan okey tu? You cuma tanya about accident tu je?" Rawda berdiri.

Pandangan Hafiz memusat ke arah Rawda.

"I betul-betul tak sangka mama sanggup buat terhadap Along dan you macam ni, terhadap Erisha!"

"Rawda, ni bukan masanya untuk kita beremosi. Along lebih perlukan kita untuk semangatkan dia dan doakan yang terbaik untuk Kak Long dan anak saudara kita."

"Okay fine. You do that first. I nak cari mama." Dia hilang sabar.

Jujur, air matanya berlinang. Setiap detik kisah derita Erisha pun dah menusuk hatinya. Tengku Hael? Tak fikir orang lain pun, tak boleh ke sekecil zarah pun fikir anak sendiri, perasaan anak sendiri. Hancurnya hati anak sendiri.

Bukankah selama ini, mamanya menunjukkan rasa inginkan kebahagiaan buat Along? Sampai menangis. Sampai merayu, tolong cari Along. Bawa Along balik. Kita lengkapkan kebahagiaan Along. Tapi, apa makna hakikat yang Rawda dengar sekarang ni?

Erisha balas dendam dengan mempermainkan perasaan Tengku Hael. Takkanlah mama turut gunakan Along? Tiada punca untuk mama sakitkan Along. Kenapalah Along kena terima semua ni daripada mama?

Tangannya diraih seseorang. Dia menoleh belakang, memastikan gerangan.

Detik itu, matanya menyapa seraut wajah Tengku Hael.

"Along," sebut Rawda seraya langkahnya mendekat. Setiap kali dia mempunyai masalah, Tengku Hael sentiasa mendengar masalahnya.

"Along tak nak mama tahu." Amarah Rawda didengarinya ketika dia keluar dari surau hospital itu.

"Tak nak mama tahu? Apa maksud Along?"

"Azi dan Da baliklah. Jangan susahkan diri Azi dan Da dengan masalah Along. Along harap apa yang jadi ni tak sampai ke telinga mama." Permintaan itu hanya sekadar kata. Seketika pun tiada letak rasa percaya yang menyelinap di hati. Andai mama tahu sekalipun, takkan sesekali dia beri ruang walau seinci untuk menyentuh isterinya.

Rawda langsung menarik Tengku Hael ke arah pintu tangga kecemasan.

"Mama yang punca Kak Long kemalangan?"

Tengku Hael mengusung pandangannya ke anak mata Rawda. Ya Allah... Andai itu benar, dia sendiri tidak tahu apa mampu kudratnya bertahan lagi.

"Along dah buat keputusan Da. Along nak bawa isteri Along, anak Along pergi jauh dari sini." Usai menunaikan waktu asar, dia hanya mampu memikirkan cara yang satu ini.

"Mama? You nak biar dia terlepas?"

"Along perlukan masa untuk pulihkan keadaan anak Along, Kak Long. Kemudiannya baru..."

"Kalau you rasa nak biar je mama terlepas, okay. But me akan bawa dia ke penjara. Mungkin you tak sanggup sebab dia mama kandung you. I tak. Dia bukan mama I dan dia layak ke tempat tu!"

"Sama je kan. Anak-anak dengan mama dia, sama. Tak boleh tengok orang senang. Awak berdua ke yang lalui apa yang saya lalui?" Lantang. Cukup membuatkan mereka terpana.

Tangannya yang menekap di bawah perut, menggamit pandangan Tengku Hael. Namun, pergerakan kerusi roda bergerak ke belakang dan gelengan Hafiz di muka pintu, membatalkan niatnya mengorak langkah.

"Awak rasa mama awak berdua sanggup ke nak dirinya dipenjara. Jika ya, dia dah serah diri." Dia terpaksa melalui anak-anak daripada mama yang gila itu di saat keadaan dirinya sakit sebegini.

"I boleh buat sampai dia serahkan diri la!" Rawda mati akal. Mereka berdua ini mahu melepaskan mama begitu sajakah? Jika ia, mengapa keadaan mereka begini?

"Senang dicakap, bukan senang dibuat! Awak balik saja Rawda, jangan masuk campur urusan saya dan bawa abang awak sekali."

"Love..." Erisha menjauhkan tangannya.

"Hael, kita dah tak ada kaitan yang layak melainkan status isteri yang tak lama lagi akan berakhir. Anak, terpulang dekat awak untuk jaga ataupun boleh je hantar dekat mana-mana. Kalau tak ada pilihan, tinggalkan je di sini."

Tak ubah nada bicara Erisha seperti 10 tahun lalu. Tatkala Erisha di hospital. Kejadian ini berulang dalam takdir yang berbeza.

Kali ini, dia dibuang bersama anak mereka.

_____________________
Writer Comment : Abang saya pun pernah kena clubfoot dan dia dpt detect after lahir. Walaupun macamtu, cara dia jalan still macam tak okey sangat kalau orang betul-betul perhati😔

Nak cakap pasal cinta tak masuk akal sebab melebih ke apa. Seriously, perasaan tu akan ada. Dan kalau rasa tk kena, biasalah. Inikan novel uhuk uhuk. Layari la kisah rumit ni🙂

Hanya beberapa bab je. Jangan risau sangat, takdir mhs mesti berpihak kepada... Rahsia.

Komen if ada yang tak kena dgn jiwa. Komen jugak if kena dgn jiwa.

Btw,

Waktu erisha dekat hospital after dia jadi mangsa si Khairi, ingat tak? Boleh singgah balik bab 6 rsnya. Tengku Hael masa tu kena buang. Kalini dia rasa perasaan tu dengan anak dia sekali😭

Erisha tak tahu lagi anak dia cmna. Pakai nak buang je. Janganlah red flag sangat Risha😭😭

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro