Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

MHS : 78

"KAU kena admit, Hael. Blood pressure kau tinggi," tegas Hafiz, tiada salahnya dia menggunakan kuasanya sebagai doktor. Sungguh, dia tak sanggup melihat Tengku Hael begini.

"Sebab aku terlalu banyak menangis saja, Fiz. Bukan sebab sakit." Dia tahu Hafiz merisaukannya. Tekanan darah akan melonjak tinggi sekiranya badan berada dalam keadaan tertekan, maka akan merembeskan hormon yang mengakibatkan peningkatan kadar denyutan jantung dan saluran darah mula mengendur, mengakibatkan peningkatan tekanan darah.

Hafiz semestinya lebih arif. Kesan peningkatan darah melonjak tinggit ini hanya jangka pendek dan reda apabila hormon mula kembali ke paras normal.

Hafiz mati akal hendak bersuara. Bukan niatnya berlebihan mengatur hidup, tetapi andainya Tengku Hael sekecewa ini, sebagai sahabat mampukah dia melihat sahaja? Dengan berbalut luka.

Tengku Hael seakan mengerti fikiran Hafiz.

"Kalau sebab tangan aku, kaki aku ni, tak payahlah. Daya aku masih ada," sambung Tengku Hael lagi, intonasinya tatkala itu jelas bersulam lemah.

Memang dia lemah, tetapi kerana tiadanya Erisha di sini dan salahnya dia terhadap Erisha. Bukan disebabkan kecederaannya ini, yang tidak langsung setanding dengan sakitnya luka yang menyelimuti Erisha selama ini.

"Bagilah dia masa, Hael. Janganlah kerana dia, kau jadi macam ni. Kesiankan diri kau, Hael." Perkataan itu menyengat perasaannya.

Tengku Hael mengusap pelipis. Matanya terlalu penuh. Penuh dengan empangan air mata.

Berkaca mata Tengku Hael saat memandang Hafiz.

"Sakit aku ni, luka aku ni, berhak berlaku demi dia." Sebak. Air matanya menitis dalam kata.

"Kalau kau rasa aku ni cukup menyedihkan, dia?" Tangannya menggigil menekup mulut.

"Ibu dia menimpa nasib yang sama seperti dia berkali-kali, Fiz. Berkali-kali Hafiz, ibu dia tu sama saja umur seperti mak, sakit tak kau bayangkan kalau apa yang jadi tu mak kau yang hadap." Tiada rasa baginya meminta takdir sebegitu hinggap kepada sesiapa pun, walau dia menyamakan sebegitu. Dia hanya mahu Hafiz memahami.

"Aku tak berniat nak samakan Fiz. Tapi dia tak bersalah, dia tak buat aku derita pun." Tengku Hael merapatkan jemarinya pada mulut. Bibirnya diketap seketika. Sedih meluahkan rasa itu.

"Dia yang derita Fiz. Sebagai anak yang ada sewaktu tu. Malah dia turut lalui perbuatan yang sama," luah Tengku Hael begitu perih suaranya didesak kunjung.

"Siapa nak kesiankan dia, Fiz? Luka aku ni, secebis hama pun tak mampu gapai luka yang dia hadap selama ni. Janganlah cakap seolah apa yang jadi ni dekat aku ni salah dia. Dia langsung tak bersalah. Kesiankanlah dia, bukan aku. Bukan aku, Fiz," rayu Tengku Hael meminta dengan rasa pilu. Dia tak layak menerima empati sesiapa. Dia dan mama mengusung derita ke dalam hidup Erisha. Dia dan mama!

"Maafkan aku, Hael. Dulu dan sekarang berbeza, dulu kau dikhianati tapi sekarang semuanya dah terungkap, aku terbawa rasa dulu. Dan... bukan niat aku nak salahkan Erisha, tapi aku risaukan keadaan kau, Hael. Kita bukan kenal sehari dua, tengok kau macam ni aku turut sedih."

"Aku akan baik-baik saja, Fiz." Tengku Hael berusaha menyakinkan Hafiz walaupun dia tahu Hafiz takkan mungkin mempercayainya. Tetapi, hanya itu mampu dia ungkap demi menenangkan jiwa yang gusar tentangnya.

"Aku hantar kau balik." Hafiz berdiri. Tak mungkin dia sanggup membiarkan Tengku Hael pulang sendirian dalam keadaan terluka begitu.

"Boleh kau bawa aku cari isteri aku, Fiz?" lirih Tengku Hael mengajukan permintaan itu.

"Kau tahu mana dia pergi?"

"Aku tak tahu. Tapi kalau menyusahkan kau, kau hantar aku ke rumah aku pun dah cukup, Fiz. Aku drive cari dia."

"Kau cakap saja tempatnya, aku bawa. Aku akan bawa kau cari Erisha."

"Terima kasih Fiz." Tengku Hael memeluk bahu Hafiz. Satu-satunya orang yang tinggal buatnya mengemis bantuan.

"Kau kena kuat Hael, tu saja aku nak." Lekuk pipinya berendam air mata.

"Aku boleh kuat." Tengku Hael mengukir senyum nipis. Pedih. Dia tak kuat, Ya Allah.

Cukup memikirkan derita Erisha, dia sudah tewas. Deritanya? Air mata, duka, luahan sedih kerana mereka tak bersama dulu semasa awal hidup mereka sebagai pasangan suami dan isteri, ternyata Erisha hanya menghadapinya tanpa perasaan.

15 tahun pengenalan mereka? Cuma percintaan rekaan Erisha. 10 tahun dia membawa rasa perit cinta dikhianati? Sekadar perit tak bermakna. Selama hampir 8 bulan? Erisha mengandungkan anaknya dengan niat menghancurkannya.

Langkahnya kian ditemani air mata. Ya Syalia Erisha, abang hancur. Hancur sehancur-hancurnya.

Tapi, abang terima. Abang layak terima duka ni, love. Hanya Syalia Erisha yang mampu luluh lumat hati abang.

Kecemasan memenuhi ruang udara dengan bunyi alat perubatan dan langkah-langkah petugas perubatan bergegas untuk memberikan rawatan.

Hafiz melepasi bersama Tengku Hael. Hari ini, dia shift malam namun dia terpaksa ke hospital semula pagi tadi gara-gara dia perlu menyelesaikan laporan, dia singgah sebentar. Harapnya dia tak kena masuk awal, gerbang kecemasan sudah lepas pun bahaya besar!

Langkah Hafiz terhenti saat kedengaran satu suara memanggil.

"Ya staff nurse?"

"Doktor diperlukan untuk merawat pesakit kemalangan yang baru sampai," sela seorang jururawat itu pantas. Terlihat kelibat atasannya yang bertugas di katil pesakit memusat tajam ke arahnya.

Hafiz memandang Tengku Hael dengan wajah serba salah.

"Sekejap, aku cuba..." Kakinya mulai diatur.

"Tak apa, aku boleh balik sendiri." Tengku Hael menahan. Dia cukup memahami pekerjaan Hafiz. Selama ini, Hafiz telah banyak berkorban masa demi perasaannya.

"Jangan bertengkar dengan dia," pesan Tengku Hael sebelum kakinya melangkah, memisahkan arah mereka. Dia menitipkan pesan itu bukan apa, Hafiz sering menegah arahan atasannya.

"Risaukan diri kau, Hael. Kalau ada apa-apa hubungi aku. Ni kunci aku, kau bawa kereta aku, Hael," balas Hafiz menegah titip pesan Tengku Hael yang berbaur bimbang. Lelaki itu sudah cukup diliputi masalah.

Tengku Hael mengangguk, kakinya mula berjalan keluar. Setiap langkah itu dipandang sayu, dia harap Tengku Hael menemui Erisha. Dia perlu segera menghadapi pesakit, dia akan hubungi Tengku Hael semula.

Setapak melepasi pintu masuk wad kecemasan, pandangannya melingas stretcher pesakit yang baru dibawa turun dari perut ambulan.

Dia terpempan pilu.

"17:58, we lost the patient."

Seorang jururawat menyedari seorang lelaki memandang lama ke arah pesakit yang baru sahaja dimaklumkan kematian itu.

Jururawat itu mendekati Tengku Hael hanya dalam beberapa langkah.

"I'm sorry. Sir, do you know this patient?" tanya jururawat itu dengan nada prihatin.

Tengku Hael hanya mampu mengangguk perlahan.

"I'm deeply sorry to inform you that the patient passed away," maklum jururawat itu, perlahan nadanya. Jururawat itu memandangnya dengan wajah simpati.

Namun, saat itu satu nama mencecah fikiran.
Allahuakbar! Erisha!

"But, the pregnant woman who was with him, just now entered the emergency room, sir. Maybe his wife."

Tengku Hael terasa dunianya terhenti.

Hafiz yang baru tiba di sisi pesakit, terpana. Pesakit itu tak berada di dalam keadaan sedar. Luka-luka kecil di muka pesakit itu langsung tidak mencemarkan perhatian Hafiz yang menyedari gerangan.

"Allahuakbar." Kakinya lemah.

Hafiz menggesa jiwanya kembali ke titik realiti tatkala matanya terhenti ke arah darah yang membasahi katil. Ya Allah, biarlah seketika Engkau membawa langkah sahabatku meninggalkan hospital ini. Kasihanilah dia, Ya Allah.

"Ini isteri kawan doktor..." Jururawat itu bergegas ingin menuju ke luar.

"Jangan! Jangan, staff nurse," tempik Hafiz menghalang langkah jururawat itu, dia segera mendapatkan alat-alat bantuan rawatan.

Tangannya pantas dikenakan air. Dia mencapai satu per satu peralatan.

"Isteri aku Fiz..." Tersentak Hafiz ketika disapa suara itu.

Hafiz berpaling berat. Kakinya terasa hilang daya untuk terpasak.

"SN, tolong saya dapatkan semua peralatan yang diperlukan. Saya akan cuba stabilkan keadaannya sebelum patient dibawa ke bilik pembedahan," arah Hafiz sebelum mendapatkan Tengku Hael.

Dunianya terasa punah mendengarkan itu.

"Ya Allah, ujian apakah ini lagi Ya Allah!" raung Tengku Hael di situ, bahu Hafiz ditolak agar tak menghalang langkahnya. Titisan jernih menodai pipinya tanpa henti.

"Hael, aku akan selamatkan isteri kau. Kau tunggu luar." Bukan niatnya menghalang Tengku Hael di sini, namun, itu sahaja caranya untuk tidak juga memikirkan simpati akan nasib Tengku Hael.

Berlinang air mata Tengku Hael saat itu. Darah mengalir dari luka-luka di wajah isterinya, lebih merobek jiwanya saat cecair merah membasahi kain putih yang dikenakan Erisha. Mesti isteri abang sakit. Love, bertahan love. Abang rayu, love. Jiwanya meraung pilu.

"Isteri aku Hafiz, selamatkan dia dan anak aku. Tolonglah, jangan kehilangan satu pun." Tangisannya sesak. Sedayanya dia merayu.

Satu langkah menapak meninggalkan ruang itu cukup sakit buatnya. Ya Allah, kurangkanlah kesakitan isteri aku, aku mohon! Aku mohon, Ya Allah.

Jururawat lantas bergerak, membawa peralatan yang diperlukan. Hafiz terus memberi rawatan, cuba mengawal pendarahan yang semakin parah.

Tengku Hael mengundurkan tapak yang terasa berat, malangnya langkah kakinya melanggar drip stand. Bahunya terhiris bucu tajam drip stand itu, sehingga baju bahagian itu terputus benang.

Tengku Hael menolak seorang jururawat yang menghampirinya. Di antara bunyi mesin dan pergerakan troli peralatan perubatan, satu-satunya yang kedengaran hanya suara Erisha sewaktu mereka disulam bahagia.

KEADAAN bilik pembedahan terlalu tegang. Suasana dipenuhi dengan bunyi mesin monitor yang berdetik, menandakan denyutan jantung Erisha.

Hafiz berpakaian lengkap dengan pakaian bedah, dia melangkah berdiri di sebelah meja pembedahan.

"Kita perlu hentikan pendarahan dengan segera. Persiapkan untuk transfusi darah (perpindahan darah)."

Jururawat yang ikut serta pembedahan itu bergerak dengan cekap, menyerahkan instrumen pembedahan. Pantas jururawat memastikan segala peralatan berada dalam keadaan siap sedia sebelum pembedahan dimulai. Seorang jururawat menyiapkan beg darah untuk transfusi, manakala doktor anestesiologi memantau tanda-tanda vital pesakit.

"Nurse, berikan saya scalpel," pinta Hafiz. Dia memegang sekuatnya alatan itu supaya hadir keyakinannya. Dia berusaha menepis segala rasa tidak tenang.

Hafiz mula melakukan prosedur untuk menghentikan pendarahan dalaman. Setiap gerakan tangannya penuh dengan ketelitian. Dia tahu di luar bilik pembedahan, Tengku Hael menanti Erisha.

"Denyutan jantung stabil. Tekanan darah juga mulai meningkat," maklum doktor anestesiologi itu usai berlaku perubahan.

"Kita perlu pastikan bayi juga selamat. Persiapkan untuk pemeriksaan segera selepas ini."

Masa seolah berlalu begitu perlahan. Setiap detik perjuangan terberat, tujuan menyelamatkan dua nyawa sekaligus. Hafiz terus mengekalkan fokus, menggunakan segala kemahirannya untuk mengawal keadaan.

Seorang jururawat segera membawa peralatan untuk pemeriksaan ultrasound. Hafiz perlahan-lahan meletakkan probe pada perut Erisha, memeriksa keadaan bayi dalam kandungan. Saat gambaran bayi muncul di skrin, semua mata tertumpu.

"Erisha... Hafiz. Aku ni sebagai ayah pun rasa sayu. Apatah lagi dia? Ya Allah, maafkan aku andai aku terlalu mengagungkan kehadirannya."

"Anak aku yang belum tahu keadaannya bila lahir nanti pun dah cukup luluh bagi aku."

Menitis air mata Hafiz saat menyaksikan gambaran bayi pada skrin itu. Terngiang-ngiang setiap bait kata Tengku Hael.

"Kita perlukan lebih banyak darah!" desak Hafiz kepada salah seorang daripada jururawat yang berada di sisi bilik pembedahan.

_______________________
WRITER COMMENT: BERATTT😔

BERAT TAK? KOMEN TAU, SAYA NI CEDIHLAH KURANG KOMEN DEKAT BAB AWAL AWAL HUHU😭

BAB NI IF RASA MACAM HUISH MAKIN BERMASALAH, BUT TAK. TGGU JE TAU

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro