Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

MHS : 75

Sebelum kejadian.

“LOVE, nak keluar mana petang ni?” Tangan kekarnya melingkari pinggang Erisha.

“Humairah nak belanja Risha barang baby,” balas Erisha ceria seraya berpaling menghadap Tengku Hael.

“Suka dapat barang baby?” Dia menduga si isteri dalam nada manja.

“Abang buat bilik tu untuk baby pun Risha suka sangat,” sambut Erisha sambil mengusap perutnya. Tak lama je lagi anak mereka bakal lahir.

“Kalau ibu dapat barang ibu, ibu suka tak?” bisik Tengku Hael penuh makna. Sepasang matanya memukau kornea Erisha.

“Suka! Abang nak beli apa?” Jarinya bermain di sekeliling mata Tengku Hael. Kening, kelopak mata, bulu mata. Dia suka.

“Tak beli lagi, tanya je dulu. Cakaplah love nak apa, petang nanti abang balik dengan apa love nak.” Rambut ikal itu disisihkan ke belakang telinga. Wajah itu ditatap dalam rasa bahagia.

“Risha macam mengidam. Enoki goreng tepung boleh?”

“Nak abang buat atau beli?” Tengku Hael memeluk tubuh. Kening diangkat memastikan pilihan Erisha. Dia tahu jawapan, sengaja menduga.

“Abang buatlah!” Telatah Erisha mencerminkan sikap kanak-kanak. Kanak-kanak ada pun boleh kalah!

“Lagi? Makeup atau skincare ke?”

“Abang ni ada apa-apa ke ea? Tiba-tiba je nak memenuhi kehendak Risha.” Jarinya sudah merapat ke perut lelaki itu, ada je tak kena keluar dari mulut, jemarinya singgah.

“Abang dah ada nama untuk anak kita.” Tembelang pecah. Dah agak, mesti ada muslihat!

“Abang nak beli jiwa la ni untuk Risha setuju.” Erisha mendengar ada gelak halus Tengku Hael usai itu.

“Tengku Raes Elhan, okey?” cadang Tengku Hael terus.

“R, h, a, e ada dekat nama abang, a, e, s ada pada nama love. N untuk Hael Darwish 'and' Syalia Erisha.”

“Boleh, Risha suka...” Belum sempat habis nada, Erisha terdiam, tangan Tengku Hael dibawa ke perutnya.

“Risha rasa anak kita gerak abang, abang rasa tak?” ujar Erisha penuh teruja. Matanya membulat.

Erisha tersengih-sengih. Kadangkala dahinya berkerut menahan senak perutnya ditendang. Tetapi kali ini, seakan anak mereka mendengar perbicaraan mereka.

“Ya la love!” Teruja wajah Tengku Hael mengalahkan Erisha. Siap cekup mulut.

“Lama kalini. Dia betul-betul suka nama tu ke?” Kali ini, tertukar. Suaminya yang persis anak kecil. Gembira jangan cakaplah. Titisan air mata juga menzahirkan kebahagiaannya tika itu.

“Mestilah. Ayah dia pilih.” Rambut Tengku Hael diusap.

“Tak sabar nak tunggu sayang lahir. Ayah nak pegang sayang berdepan terus.” Saat ini dia hanya menyentuh anaknya sebegini, nantinya dia akan menyentuh tubuh kecil itu, di dalam dakapannya nanti adanya anak mereka.

“Ayah awak baik sangat sayang,” tambah Erisha, masih mengusap rambut suaminya. Matanya benar-benar mendalami indahnya detik ini.

“Sebaik ibulah. Lelaki yang baik kan untuk perempuan yang baik,” balas Tengku Hael, mulutnya mengucup pucuk dahi Erisha. Anak ayah terus sihat tau? Jangan kecewakan ibu.

Erisha mengesat titisan gembira di pipi Tengku Hael. Meskipun disulam bahagia, tetapi ketulusan Tengku Hael itu menggamit hiba. Anaknya ada ayah yang tepat dan ayah yang begitu baik.

Tulus menyayangi.

Tanpa lelaki itu sedar hakikat disayangi takkan mampu diganti rasa yang sama.

“Petang nanti, pergi hati-hati. Mesej abang dulu sebelum sampai. Make sure berwaspada semasa memandu,” pesan Tengku Hael lantaran mencapai telefonnya di atas meja pengecas.

“Ya sayang...” Sengaja Erisha meleret suara dalam rasa patuh.

“Sa apa?” petik Tengku Hael seakan tak dengar.

Hisy sayanglah!”

“Say? Say apa?” Makin galak Tengku Hael meneruskan.

“Tak ada apa.” Erisha protes. Merajuk!

“Sayang?”

“Ha dengar pulak!”

“Nanti love merajuk, susah abang nak melangkah. Thank you for sayang untuk abang. I love you, love... Tak... I love you, 'sayang'.” Hatinya berbunga-bunga. Memang sampai ke petanglah dia senyum. Sayang, ibu awak ni betul-betullah kebahagiaan ayah.

“Jangan terima kasih pun, abang layak dapat. I love you too, abang. Tak... I love you too sayang.” Pandai Erisha mengikut rentaknya. Senyuman manis Erisha terpaku di jiwanya.

“Rasa macam makin jatuh cinta dekat love.” Kakinya ingin melangkah ke arah Erisha semula.

“Kalau jatuh cinta lagi, Risha ikut abang je la?” Erisha turut ambil langkah.

No, abang nak lawat site dekat Port Dickson. Situ bahaya dalam kereta atau luar pun.” Tengku Hael berpaling, kakinya menyusun tapak.

“Baru je nak ikut.” Erisha pamer muka merajuk.

“Dari semalam nak ikut, kenapa ni hurm?”

“Tak ada apa, dah pergi kerja cepat. Lagi susah Risha nak lepas kalau ada depan mata.” Tengku Hael ditolak ke dalam kereta. Tangannya yang merampas kunci lalu menghidupkan enjin.

Terduduk Tengku Hael dibuatnya. Tingkah isterinya dilihat. Dahlah comel tertunduk, dengan boyotnya.

“Cakaplah kenapa? Nak abang...” Erisha menutupkan pintu.

Go.” Gerak mulut Erisha.

Tengku Hael akur. Keretanya mulai berundur keluar dari halaman teratak Elina.

Namun, hanya berakhir di depan pagar. Pintu dibuka lalu kakinya mendapatkan sang isteri di posisi tadi.

“Mesti sebab emosi mengandung, kan?” Tubuh Erisha dirundung ke dadanya.

“Mungkin abang sampai malam, love mesti dah nak balik jugak masa tu.” Pelukan dileraikan seketika. Dia ingin menenangkan hati si isteri. Tengoklah, senyap je. Sah-sah la emosi.

“Habis je kerja abang terus balik jumpa love.” Wajah Erisha disentuh penuh kasih.

“Nanti balik, abang belikan enoki, abang buat untuk love.”  Hidung Erisha dicuit manja. Hidung tu merah dah, nak nangis la tu.

“Okeylah.”

Good isteri abang ni. Ibu good, sayang. Sayang, layan ibu untuk ayah tau. Nanti ayah balik, ayah ambil turn ayah balik. Nanti awak lahir ayah bagi hadiah banyak-banyak sebagai ganti tolong cover ayah.” Perut Erisha diusap sayang. Sayang yang tak terperi.

“Abang ni comellah.” Erisha ketawa kecil.

“Hati-hati tau love, jaga diri dan hati untuk abang,” ucap berbalam pesan ditutukan oleh Tengku Hael.

Setiap langkah Tengku Hael meninggalkannya usai memujuknya seperti ini, dia rasa tenang. Tetapi, lebih tenang detik ini cepat berlalu.

Dia mahukan ruang tanpa lakonan.

URUSANNYA usai setengah jam yang lalu. Dia bergegas menuju ke pasaraya dan kedai barangan deco. Dia sendiri tak sedar masa berlalu, cepat sahaja dia mencari semua keperluan seperti yang dirancang.

Kerjanya terlalu banyak, detik ini baru telefonnya mampu tercapai.  Sempat matanya melirik barang-barang yang memenuhi seat belakang. Fikirannya padat dengan idea.

“Patutlah tak dapat pun apa-apa mesej love masuk, boleh pula salah telefon.” Tengku Hael menyandarkan seketika kepalanya di bahu kusyen keretanya.

“Tengoklah, gambar jualan dia jadi picture lock screen? Menggambarkan betul telefon untuk niaga,” protes Tengku Hael, nadanya hanya terhibur sebenarnya. Comel. Tapi, nak juga ada gambar mereka.

Telefon itu dibuka tanpa memerlukan kata kunci. Sebelum jarinya menyinggah ruangan ikon telefon, satu mesej menyapa pandangan mata.

Dahinya berkerut.

I dah beli vitamin untuk you, sayang. Nanti petang masa you jumpa Humairah, you cakap you balik sendiri. Nanti I ambil.

Nama kenalan itu hanya disimpan '.' noktah tanpa nama. Jarinya menekan ruangan perbualan itu. Apakah semua ini...

Dia menyeret mesej sampai ke atas, tanpa henti. Mesej pagi tadi, semalam, dua hari lalu. Setiap hari. Sehingga ruangan itu menerpa 3 bulan lalu, penuh perbualan. Penuh perkataan yang menyakitkan. Jarinya kian lemah, telefon itu dihempas.

Ya Allah...

“Perempuan tu licik, Hael. Sekali dia buat macam tu, kau ingat dia takkan boleh buat lagi?”

Terngiang-ngiang amarah Hafiz terhadapnya. Peringatan itu dinafikannya secukup-cukupnya. Tapi ternyata...

“Apa salah aku selama mencintai kau, Syalia Erisha?” Hatinya meronta, air matanya mengalir semudah hati yang hancur.

Selama ini mereka bahagia, itu semua apa, Erisha? Sakitnya Ya Allah.

Erisha : I gembira dapat keluar dengan you, thanks for today. Nanti petang sebelum I sambut birthday Hael, kita jumpa lagi sekejap.

Ketika itu, Erisha keluar membeli barangan untuk hari lahirnya. Erisha mengucapkan cinta tanpa putusnya hari itu.

Telefon itu diambil semula. Dia bodoh, ya. Untuk menyaksikan lagi?

Terlalu banyak, Ya Allah. Air matanya menitis-nitis.

. : Lama I tunggu you check up, Hael tu tak boleh ke berenggang sikit dari you?

. : Macam mana keadaan you? Gula okey?
            
Erisha : You risau betul pasal gula. Okey... Alhamdulillah, tak sangkut pun.

. : Baby?


Erisha : Okey. Comel.

. : Macam I, kan?

Tengku Hael keluar dari kereta. Dadanya sesak. Janganlah Ya Allah. Itu anak aku, Ya Allah. Tolonglah itu anak aku Ya Allah.

Make sure you jaga diri dan kandungan.
Kenduri ni mesti menyusahkan you.

Tangisannya diselangi batuk. Dadanya perit menahan sebak yang mengurungi. Anak ayah, please sayang.

Telefon itu jatuh. Retak tanpa dia peduli, tidak seretak hatinya. Pecah.

. : I maafkan you, cuma please gugurkan. Untuk apa you mengandungkan anak dia. Untuk apa yang sampai you guna pil tu.

Erisha :  Apa yang I buat, masih belum menyakitkan lagi untuk dia nanti you faham tak?

“Apa yang abang buat terhadap love? Kenapa buat abang macam ni love? Kenapa?”

________________________
Writer Comment : Reader diminta menunggu seperti Tengku Hael tunggu sambil sempat menyanyikan lagu sebelum tanya Erisha. Tunggu tau for next bab untuk tahu apa yg jadi.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro