MHS : 70
CAHAYA lampu bilik mesyuarat menerangi wajah tegang Tengku Hael. Suara-suara pekerja membahaskan perbincangan projek memenuhi udara. Dia berjerih merenungkan lagi strategi yang boleh digabungkan dengan cadangan para pekerjanya.
Puas benar mengemukakan idea, namun satu pun tak terhinggap oleh pekerjanya.
Sakit hati. Tapi, apakan daya. Tanggungjawabnya bukan sekadar menjalankan tugas yang dijawat, memberikan tunjuk ajar juga salah satu tanggungjawabnya.
“I boleh ikut cadangan youall, tapi purpose you kena tepat dengan projek ni. Nanti kena purpose, takut youall kena terima lebih teruk dari apa yang I komen. Please catat apa idea I, supaya you boleh combine. Rujuk purpose yang I dah bagi,” pesan Tengku Hael lagi. Kali ini menjengah tiga kali dia menegur para pekerjanya.
“Terima kasih, tuan. Tuan selalu peka dengan kerja kami dan memperbaiki setiap update project dari kami.”
“Ini penting jugak untuk I. You all kerja bawah I. Anything kesilapan you all, I pun hampa kalau I dah tahu silap kemudian I tak tegur,” balas Tengku Hael seraya memeriksa beberapa dokumen.
“Mistake memang you all tak patut buat, tapi bukan bermakna you all nak peram kerja you all, sibuk mana pun I, I tak nak tanggung risiko akhirat I kemudian hari. Selagi I boleh pantau, boleh periksa, tak I datang atau buat mesyuarat ni, you all sendiri datang jumpa I. Humairah pun bukannya secretary without knowledge walaupun I dengar dia terlalu kemukakan pendapat, bukan bermakna dia tak ada hak nak bersuara, dia dah banyak bantu I. I tak nafikan dia banyak pengetahuan. Mustahil dia tak setanding I untuk perbaiki.”
Mereka kagum. Tengku Hael seorang majikan yang penuh dengan ilmu. Dia takkan semudah itu mengabaikan pekerjanya. Berkenaan Humairah, mereka hanya tidak yakin. Walaupun hakikatnya mereka tak seharusnya sebegitu.
Assalamualaikum Humairah. Bos awak ada dekat pejabat lagi tak? - 9.45 a.m.
Saya dah call bos awak, awak pun tak jawab. Mesyuarat ke? Maaf awak. Tapi kalau awak nampak chat ni, tolong beritahu bos awak tengok telefon sekejap. - 10.15 a.m.
Tolong cakap dekat dia, saya gerak dulu ke hospital. Lama dah saya tunggu dia. Appointment pukul 10 patutnya, saya lambat ni pun sampai je nurse marah. - 10.26 a.m
Appointment saya lagi 20 minit. - 11.35 a.m
“Aku dah urus pasal tu, cuma tuan minta aku arrange masa dengan Encik Zaki secepat yang mungkin. Kau kena jumpa dengan Encik Zaki.”
“Memang semua kerja dia nak serah dekat aku.” Irfan menyindir tanpa menghiraukan perkataannya kedengaran pada pendengaran Humairah.
“Ni kerja kau. Kau ni dah kenapa emosi sangat dengan tuan. Apa dia buat semua salah.” Seiring langkah Irfan menuju ke mejanya, dia menjeling tak puas lelaki itu. Dah kenapalah?
“Paling salah bila...”
“Allahuakbar, mesti tuan lupa check up Erisha ni,” celah Humairah, suaranya agak terkejut. Mujur dia terdetik hendak mengambil buku catatannya di meja. Andai tidak, pasti tersayat hati Erisha.
“Apa, Humairah?”
“Erisha dah call tuan banyak kali, dia cakap tuan nak bawa dia pergi check up. Ni mesti tuan lupa, meeting pun dari tadi tak habis, kejap aku panggilkan.” Humairah berura-ura menapak ke arah bilik mesyuarat.
“Ya Allah, aku lupa. Tuan minta aku temankan Erisha, Humai.” Humairah langsung berpaling.
“Kau biar betul?” Dia tak percaya.
“Apa pulak tak betul, sebab tu aku tak join mesyuarat. Humairah, kau balas mesej Erisha tu, cakap tunggu.” Ini peluang keemasannya. Mustahil untuk dia lepaskan.
“Jangan bagitahu tuan, mesti dia marah aku sebab terlupa. Humai, aku pergi dulu,” pesan Irfan sebelum bergegas ke pejabatnya semula.
“Tuan pun nampak tenang je. Telefon ada je dekat sebelah dia. Mungkin dia lupa nak beritahu Erisha yang Irfan temankan agaknya,” teka Humairah hanya demi keyakinan. Dia sempat menilik dari jauh riak wajah Tengku Hael dan keberadaan telefon Tengku Hael. Benar rasanya.
KEPALANYA terus didongakkan tatkala terasa air mata mula bergenang. Sesak dadanya menahan tangis.
Risha tahu abang marah sangat dengan Risha. Tapi tak perlu suruh orang lain temankan Risha. Risha nak suami Risha, bukan lelaki lain. - 12.15 p.m.
“Saya pun sibuk tadi, tapi saya boleh keluar dengan arahan dia,” celah Irfan apabila matanya melingas seketika pada skrin telefon Erisha. Nampaknya Erisha sedang menaip mesej di ruangan perbualan antaranya dengan Tengku Hael. Sengaja dia bersuara, menambah api dalam bara.
Perjalanan itu hanya ditemani bunyi esakan Erisha. Bukan niatnya untuk bahagia atas tangisan wanita itu, tetapi itu satu kunci peluang buatnya.
Irfan memberikan signal sebelum menghentikan keretanya di bahagian bahu jalan.
“Boleh Cik Erisha pandang saya sekejap?”
Wajah Erisha berlinang air mata menerpa kesedihan di hati Irfan. Buat seketika, dia seakan tersedar dari niatnya yang ingin menghancurkan hati Erisha terhadap Tengku Hael.
“Saya minta maaf sebab saya terbawa-bawa perasaan di depan Encik Irfan sekarang. Boleh tak Encik Irfan terus hantar saya ke rumah saya sekejap?”
Serasanya ingin menyeka air mata wanita pujaannya itu. Tengku Hael yang masih berteleku di bilik mesyuarat tadi, diakah yang bersalah meracun fikiran Erisha? Hal ini takkan mudah berpihak kepadanya, andai Tengku Hael di sisi Erisha sekarang.
“Lepastu tolong hantar saya ke Melaka Sentral,” sambung Erisha sambil mengesat air matanya. Dia nekad hendak ke kampung bekas mak mertuanya.
“Cik Erisha nak pergi mana?” Dia tak sempat ingin menatap lama wajah itu, Erisha menundukkan pandangannya.
“Saya nak balik kampung saya.”
Sendiri? Tak mungkin dia biarkan. Erisha dalam keadaan sarat mengandung seperti ini. Dia bukan seperti Tengku Hael, mementingkan kerja. Dia sanggup hilang kerjanya, tinggalkan kerjanya demi orang yang dia cinta.
“Saya boleh hantarkan, di mana? Saya boleh ambil cuti, Tuan pun mesti luluskan sebab tadi pun dia yang minta saya teman Cik Erisha.” Dengan mudah, niatnya kembali. Erisha sendiri mudah percaya terhadap cerita palsunya. Jadi, takkanlah dia hendak menceritakan hal sebenar hanya kerana dijentik perasaan simpati.
Makin sakit hatinya mendengarkan itu. Setidaknya Tengku Hael menjawab mesejnya saat ini. Susah sangat ke? Dia sanggup maafkan kalau Tengku Hael hanya berbuat sedemikian untuk menyakiti semula perasaannya.
“Saya kesian dengan Cik Erisha, saya sebagai pekerja pun boleh bergegas datang dekat Cik Erisha, dia bos. Boleh je dia keluar dari mesyuarat. Dia ada kuasa sebagai bos,” cetus Irfan menyusun ayat dengan teliti. Dia pasti Erisha akan lebih makan hati dengan Tengku Hael.
Tangisan menderu keluar lagi. Sedih menikam di dada. Mengenangkan kenyataan dari mulut Irfan itu, hatinya perit.
“Saya naik bas je. Lagipun tak elok kita berdua dalam satu kereta.”
Ya. Tak elok Tengku Hael, tak elok! Kenapa abang suruh dia? Abang dah tak tergugat ke dengan dia? Tak takut kalau dia cuba raih peluang meluang masa dengan Risha. Dia masuk bersama, abang. Dia dengar tentang anak kita, dia dengar hal yang seharusnya abang yang dengar.
“Sebelum tu, tadi saya ada dengar Cik Erisha belum makan, kan?”
“Saya ada makan, sebelum check up boleh makan, tapi prefer makanan berkhasiat, so sebelum pergi checkup saya dah makan sikit. Masih kenyang lagi.”
“Kalau macam tu, ada makanan yang Cik Erisha mengidam? Cik Erisha jangan salah faham, anggap saya tanya untuk bakal anak Cik Erisha.”
“Tak ada.”
“Kalau Cik Erisha jawab kita boleh cepat ada tujuan arah sebelum Cik Erisha naik bas. Mesti Cik Erisha lapar nanti masa naik bas. Roti wholemeal?” Irfan mulai memberi signal untuk keluar dari bahu jalan.
“Ringan sangat.”
“Maksud Cik Erisha?” Sempat dia melirik.
“Saya nak slurpee dan popcorn chicken Seven Eleven tu boleh?”
“Comel jugak Cik Erisha ni. Tu dikira berat?”
Erisha mengangguk.
“Tapi boleh tak kalau tukar kepada Tealive? I think if Tealive, can less sugar.”
“Saya mengidam...”
“Memang boleh, tapi slurpee tu air berkarbonat, kandungan gula terlalu tinggi nanti kena gdm susah awak.”
“Encik Irfan tahu?” Tengku Hael pun tak tahu. Tahu nak marah je la! Semua tak elok, dia fikir anak je. Tak elok untuk bayi, effect bayi. Tak fikir jugak ke GDM yang effect dekat ibu? Macam Encik Irfan fikir sekarang ni.
“Saya ada kawan doktor, Aliuddin.”
“Ouh ya la kan? Macam mana Encik Irfan kenal dia?”
“Saya ada buat check up dengan dia, dia banyak bercerita tentang setiap pesakit yang lalu di depan saya semasa proses checkup saya. Ni rumah Cik Erisha yang mana?”
“Masuk dekat simpang kanan depan ni.” Erisha mulai menunjuk arah.
“ALLAHUAKBAR.” Tengku Hael terus bangun dari kerusinya saat dimaklumkan waktu ini sudah hampir menjengah pukul 1.
Telefon lantas dicapai. Ruangan skrin dipenuhi mesej daripada Erisha. Ya Allah, macam mana dia boleh terlepas waktu sebegini?
Tengku Hael bergegas keluar dari bilik mesyuarat itu tanpa sepatah kata balas buat para pekerjanya sebaik makluman tadi.
Humairah menyedari kelibat Tengku Hael kelihatan terburu-buru, pantas dia bangun.
Kebetulan, saat itu dia terbacakan mesej akhir Erisha. Lelaki lain?
“Makanan lunch tuan saya dah beli,” maklum Humairah sebelum Tengku Hael melepasinya.
“Erisha ada mesej you?”
“Pasal appointment ke tuan? Encik Irfan beritahu saya, tuan dah minta dia teman Puan Erisha.”
“Aku minta dia untuk teman isteri aku? Kau ingat aku dah gila ke?” tempik Tengku Hael dengan lantang. Bahasa panggilan yang biasa digunakan langsung berubah.
“Encik Irfan beritahu saya macam tu tuan, saya ingat betul sebab Encik Irfan dikecualikan dari meeting, tuan pun tak tengok telefon walaupun ada sebelah, saya ingat tuan memang kecualikan Encik Irfan untuk minta dia teman Puan Erisha. Lebih menyakinkan, tuan tak tengok telefon tuan.”
“Siapa suruh kau suka hati buat spekulasi sendiri? Aku dah beritahu kau, apa-apa pun mengenai Erisha, beritahu aku!”
“Encik Irfan minta jangan beritahu tuan sebab dia dah lambat pergi teman Puan Erisha sepertimana yang tuan minta. Jadi saya ingat macam tu. Saya minta maaf tuan, saya tak patutnya dengar cakap orang lain sebab saya pun teryakin sebab memang biasa tuan minta Encik Irfan gantikan.”
“Habis, kau nak salahkan aku? Kau bodoh ke? Dia tu isteri aku, aku tak ada common sense sangat ke nak suruh jantan lain teman isteri aku! Aku nak kau call sepupu musibat kau tu sampai dapat, tanya dia mana isteri aku! Mesej aku asap!” Tengku Hael terus memboloskan diri ke dalam perut keretanya. Irfan memang nak mati dengannya! Tak salah lagi, Irfan memang cuba meraih Erisha!
Permanduannya tanpa memikirkan pengguna jalan raya yang lain. Dia cuba mengawal fikirannya agar tidak melampaui batas, cuba mencari alternatif berbincang dengan Irfan, menyelesaikan apa yang tak puas di hati Irfan, namun ini balasannya?
Stereng kereta ditumbuk kuat sehingga merah tangannya.
Jelas urat timbul di dahinya. Rumah mereka sepi, begitu juga rumah mak mertuanya.
Dia cepat melintas lampu isyarat ke halaman hospital.
Risha, ada mana?
Percaya abang, abang tak minta pun sesiapa temankan Risha. Tak mungkinlah abang nak sakitkan hati sendiri.
Langkah Tengku Hael terhenti sebaik doktor Erisha menjawab panggilan. Erisha sudah pulang hampir satu jam lalu.
Terasa lemah lututnya. Dia betul-betul hilang arah tujuan untuk bertanya. Dia bawa isteri aku ke mana, Ya Allah?
Kunci keretanya dikeluarkan bersama langkahnya yang segera menghampiri kereta. Dia benar-benar tiada arah tujuan. Berbelasan kali dia memanggil nombor Erisha.
Risha, please angkat call abang.
Dia benar-benar tidak tenang.
Assalamualaikum tuan, Encik Irfan ada dekat Melaka Sentral, Puan Erisha nak balik kampung jumpa maknya.
Mak? Makcik Saadah?
Tengku Hael terus mengeluarkan keretanya daripada ruangan letak kenderaan bagi pelawat hospital itu. Pedal minyak mula ditekan. Enjin kereta menderu kuat, daya pacuan mencepatkan keretanya menyelusuri jalan raya.
Saat dia menempatkan Honda Civic miliknya dibawah jejantas Melaka Sentral, matanya menyingah pada seraut wajah seseorang di dalam bas yang baru sahaja melalui jalan berhadapan kenderaannya.
“Erisha.” Sebaris nama Erisha meniti di bibirnya.
Dalam dia berusaha mengejar, dia melepasi seorang lelaki yang berdiri lama di depan ruang utama Melaka Sentral.
“Isteri dah lari baru nak menggelabah? Apa jenis suami la kau ni,” sindir Irfan, hatinya puas. Enjin kereta itu menderum laju, bingit! Tetapi menerpa senang.
Kejarlah macam orang gila sebab hakikatnya fikiran isteri kau dah teracun dengan mulut aku.
___________________
WRITER COMMENT : Berjaya jugak buat chapter ni😭
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro