MHS : 69
ERISHA laju ingin menyentuh.
“Tak perlu.” Tengku Hael menunduk.
“Abang, Risha minta maaf. Risha tak sangka jadi macam ni, abang. Maafkan Risha abang, tolong maafkan Risha.” Erisha cuba meraih wajah Tengku Hael agar mendongak menatapnya, namun Tengku Hael keras di posisi.
“Risha sangka apa? Sangka yang abang ni penurut? Turut je Risha? Sampai dah balik dah ada depan Risha sekarang ni. Puas buat abang macam ni? Dah tenang hati tu tengok abang mudah dipermainkan?”
“Kenapa diam? Jawablah. Jawab abang tanya,” desak Tengku Hael tegas. Terguris hatinya dengan cara Erisha.
“Risha cuma nak abang balik. Abang tak risaukan Risha ke? Rawda dan Azi tak ada, mama pun tak ada.”
“Risha fikir abang ni teruk sangat ke? Abang ada je depan rumah ni. Risha ingat abang sanggup biar Risha seorang diri? Dalam keadaan macam ni? Abang cuma nak ajar Syalia Erisha yang langsung tak pentingkan keselamatan diri dan anak! Tapi abang silap, abang yang diajar. Diajar jadi suami yang mudah dipermainkan dan diajar jadi suami yang mudah diperbodohkan.”
Tengku Hael terus mencempung Erisha. Dia enggan lagi bertengkar.
Erisha menghamburkan tangisan di dalam dakapan Tengku Hael. Dia cuma mahu Tengku Hael pulang. Dia ketandusan kata untuk memujuk.
Sedih apabila Tengku Hael hanya menyarungkan selimut mendaratkan tubuhnya kemudian menuju ke ruang solat.
Erisha tetap bangun, selimut diketepikan. Dia turun dari katil seraya menapak ke ruang solat.
“Tidurlah dengan Risha, abang. Risha nak tidur dalam pelukan abang,” pinta Erisha, dia berdiri di antara ruang bilik dan ruang solat itu. Dia hendak mendekat tetapi Tengku Hael berusaha menutup laluannya dengan pergerakan sedang menghamparkan alas.
“Risha buat macam tak ada apa jadi, kan? Ingat abang tak ada hati?”
“Risha minta maaf abang, Risha nak abang balik. Dari petang Risha tunggu abang balik, sekarang sampai dah pagi.” Dalam sebak Erisha bersuara, jarinya menunjuk ke arah muka jam di dinding.
“Siapa suruh nak keluar dalam keadaan sarat macam ni? Abang bukan tak pesan, Syalia Erisha. Abang pesan, abang call Risha hampir setiap jam nak pastikan keadaan Risha. Abang tak expect, setidaknya pandanglah apa yang abang usaha kalau tak nak peduli pasal keadaan diri sekalipun.”
Pilu nada itu meresap ke tubuhnya. Erisha makin dihurung rasa bersalah. Dia betul-betul rasa nak meraung!
“Risha pentingkan diri sendiri. Maafkan Risha abang.”
“Abang tahu Risha buat ikut suka Risha sebab abang bagi muka. Setiap kali abang larang, Risha tak akur, abang ikut je kemahuan Risha. Sampai Risha tak sedar apa yang Risha buat memudaratkan diri. Risha nak apa jadi lagi baru Risha nak sedar?”
“Janganlah cakap macam tu abang. Risha tak nak apa-apa jadi. Risha yang punca, Risha tetap nak buat apa yang abang dah larang. Risha...”
“Risha degil, apa abang boleh buat lagi untuk hakis sikap tu? Abang ni ke yang terlalu ikutkan kemahuan Risha? Kalau Risha rasa kemahuan Risha terbatas sebab status abang sebagai suami dan terbatas sebab Risha mengandung, izinkan abang buat benda luar batas jugak macam Risha. Jadi akan adil. Contohnya macam abang terima je sesiapa yang boleh dengar cakap abang.”
“Abang!” Kakinya terasa lemah.
“Dah tu? Kesiankan jugak la dengan abang, abang bagi effort, Risha ada hargai? Abang risaukan Risha, ada Risha peduli? Risha bosan? Abang ada dengan Risha, teman Risha walaupun bukan di sisi, tapi Risha cakap je nak abang balik, abang boleh balik. Tak cakap pun abang boleh balik. Tapi semua tu Risha tak mahu dari abang sebenarnya. Risha cuma nak apa yang Risha nak je, macam kerja. Kerjalah, abang pulak nak jugak apa yang abang nak, nak orang yang appreciate abang.”
Rasa nak beranak je sekarang! Biar Tengku Hael tahu. Kalau nak ajar janganlah macam ni. Sakitnya!
“Risha tak nak. Janganlah buat Risha macam ni, sanggup abang nak orang lain? Risha boleh jadi terbaik untuk abang.” Erisha sedaya upaya turun ke sisi Tengku Hael di atas alas itu.
“Terbaik? Buatlah macam terbaik. Tadi siang Risha buat apa? Keluar. Ni sekarang perut Risha yang kena dekat abang ni, ada apa dalam tu? Anak kita kan? Tak kesian dekat dia? Cukuplah pujuk abang, abang tahu Risha bukan peduli sebenarnya apa abang pesan, apa abang rasa. Risha cuma risau abang cari orang lain.”
“Mestilah Risha risau. Abang hak Risha.” Erisha menggoyangkan sedikit tubuh Tengku Hael. Sedih la hm macam ni.
“See. Fikir perasaan sendiri je. Pesan abang, sakit abang dan luahan abang sikit pun Risha tak petik. Takkan nak kena merayu baru Risha faham apa abang rasa? Macam tu hak Risha. Baik, hak! Hak yang tak ada makna, hak yang tak dipedulikan.”
“Dahlah, abang nak tidur. Tangan Risha sejuk, abang tak suka.” Tangan Erisha dialihkan.
Air mata kali ini mengalir pedih. Erisha membawa pandangannya ke arah lain. Dengan sayu, tangannya dirapatkan ke perut.
Erisha terus bangun meninggalkan bilik itu.
Diam secara tiba-tiba itu yang menjengah rasa serba tak kena. Tengku Hael laju kalih.
Erisha melangkah ke luar. Nada tangisnya sayu.
TENGKU Hael bergegas mendapatkan Erisha yang menuju keluar. Tetapi, langkah Erisha berhenti di depan almari, kotak first aid cuba dikeluarkan.
Apa ni love? Buat abang tenang pula. Dadanya yang berdegup kencang angkara bergegas bangun, kembali terasa nyaman.
Kakinya ingin berganjak membantu namun Erisha sudah berhasil memperoleh kotak itu.
“Aduh...” Erisha berdecit perlahan. Dia cepat menekup mulut. Sebelah tangannya memegang bawah perut.
Tengku Hael hampir mendapatkan jua. Alahai love, tak nak perhatian abang dah ke? Kesian si manja sorang ni, takutlah tu lepas dah kena marah. Bagus jugak, dah kena marah baru nak faham, kalau tak? Ergh, abang rasa nak peluk love.
Erisha berpaling ke arahnya. Tengku Hael pantas menuju ke posisinya berbaring tadi.
“Turun hati-hati.” Suaranya dingin namun masih menitipkan pesan.
“Abang pusing belakang boleh? Risha nak cuci luka dekat dahi abang,” pinta Erisha seraya bersimpuh di depan Tengku Hael.
Baru sahaja dia ingin berdiri, Tengku Hael mengalihkan tubuh.
“Abang jatuh dekat mana?” Erisha menunduk sedikit, cuba merapatkan jarak mereka. Dia ingin merawat luka di dahi Tengku Hael.
Tengku Hael sengaja mengeluh. Dia mengangkat tubuhnya ke posisi duduk.
“Depan rumah,” balas Tengku Hael, keras intonasinya. Dia bersila rapat dengan Erisha.
“Risha minta maaf abang. Kesian abang, luka ni da...dalam.” Erisha tak mampu mengeluarkan suaranya lagi. Nyaring suaranya disulami tangisan. Tertunduk-tunduk dia mengesat air mata.
“Tak dalam.” Tengku Hael menidakkan, seolah tenang, tanpa nada.
Padahal jiwanya langsung terasa tidak tenang. Enggan dikurung rasa hati, dagu Erisha dipagut lembut.
“Risaukan abang, pandai... Risaukan diri sendiri?”
“Risha tak buat dah apa yang abang tak suka. Risha betul-betul rasa bersalah.” Erisha menunduk semula, sayu.
“Zahirkan dengan perbuatan. Bukannya dengan perkataan semata-mata, Risha dah abaikan pesan abang banyak kali demi kerja. Sekarang masih sama.” Tengku Hael mencapai pembalut luka bersaiz kecil itu, lalu ditampalkan sendiri.
“Risha akan zahirkan...” Jeda Erisha.
Hatinya rapuh tatkala Tengku Hael kembali baring membelakanginya. Sedihnya. Air matanya menitis lagi.
“Pergilah tidur, esok ada check up.”
“Abang jadi teman Risha?” Erisha masih cuba bersuara.
“Mestilah teman. Abang tak teruklah Risha.” Suaranya naik seoktaf.
Panggilan yang berubah pun belum hilang sakitnya, dalam masa yang sama lagi dia harus memamah bicara yang bernada tinggi sebegini.
Erisha berpaut di kaki meja, cuba berdiri dengan bantuan itu buat masa ini. Dengan pasrah, dia membawa diri ke katil. Tengku Hael pasti tertekan dengan dirinya yang asyik menambah masalah. Kalaulah dia tak mengikut hati, pasti mereka masih berbual manja.
Lama dia duduk bersandarkan kepala katil. Titisan air mata sahaja yang menemani. Pasti Tengku Hael sudah tidur. Dia saja terbawa-bawa perasaan.
Katil dipandang sendu. Dia nak tidur di dalam pelukan Tengku Hael.
Dia melunjurkan sedikit tangannya, satu bantal dan selimut diheret turun. Tanpa menghiraukan bunyi langkahnya, Erisha memasuki semula ruang itu tadi.
“Hm. Hm... Sikit lagi.” Erisha cuba menguruskan badannya dengan tarikan nafas. Dia terpaksa melalui belakang almari bagi mendapatkan ruangan bahagian memudahkan dia diulit pelukan.
Dalam ruang sempit pada bahagian Tengku Hael membelakangi, Erisha melabuhkan pembaringan.
“Risha tak nak tidur sorang. Risha nak tidur dalam pelukan abang.” Erisha meraih tangan Tengku Hael.
Pinggangnya dirangkul oleh tangan kekar itu tanpa sempat dia melakukan sendiri.
Erisha turut merangkul tangannya, namun di leher Tengku Hael.
“Semoga cepat sembuh sini dan sini...” ucap Erisha benar-benar memaksudkan. Jarinya menunjuk ke dahi seketika lalu tepat pada permukaan dada Tengku Hael.
“Jangan marah-marah Risha lagi.” Sebak nada Erisha saat permintaan ini. Pasti dia bertahan perasaan.
Ingat meleleh air mata dan berdiam sudah cukup dia menahan perasaan? Dia akan meratapi sebegini, berharap masih ada kesempatan dia memiliki ketenangan Tengku Hael. Walaupun seketika hilangnya tenang itu, terjadi hancur parah di hati. Seperti... saat ini.
“Abang pun tak boleh tidur tanpa peluk love. Maafkan abang, love. Abang sikit pun tak rasa nak marah love, hadap air mata love sakit ibarat seumur hidup bagi abang. Abang dingin untuk sedarkan isteri abang, peluang sempurna tak lagi kita miliki. Belum tentu kita mampu tanpa tangis untuk hadap saat tu nanti.”
PAGI ini terasa sepi tanpa usikan Tengku Hael. Jarum jam menunjukkan pukul 7.44 pagi. Bayang Tengku Hael langsung tak kelihatan. Biasanya Tengku Hael akan menemani dan membantunya menyediakan sarapan.
Ketika subuh tadi, kebetulan mereka bangun serentak. Cepat sahaja Tengku Hael menjauhkan diri lalu bangun.
“Ayah tak nak maafkan ibu ke?” Sayu.
“Bayang ayah pun ibu tak nampak. Memang kita makan kita je ke sayang?” Hujung matanya menanti susuk tubuh Tengku Hael mencecah lantai dapur. Tetapi tak kesampaian.
Seketika dia ingin berdiri, langkah Tengku Hael menapak ke muka pintu. Mata suaminya itu tertuju ke arah perutnya. Mungkin Tengku Hael terdengar perbualannya dengan anak mereka.
“Ayah ada je. Ayah terlelap balik tadi, ayah dah lambat nak sampai tempat kerja. Awak makan dengan ibu je untuk ayah,” bicara Tengku Hael seraya merapati posisi Erisha.
Tangannya menyentuh perut Erisha yang kian menonjol ke depan. Sekejap lagi, ayah ikut ibu tengok awak lagi sayang. Doktor yang merawat kehamilan Erisha hanya akur dengan permintaannya bagi merahsiakan keadaan bayi mereka. Dia enggan hal itu Erisha ketahui sekarang.
“Semalam abang tak apa je lambat? Teman Risha sekejap, jamah dulu nasi sayur ni,” pinta Erisha walaupun dia tahu Tengku Hael hanya memberi alasan angkara masih menyimpan rasa marah terhadapnya.
“Abang bawa pergi tempat kerja je. Makan dekat sana,” balas Tengku Hael, dia menolak permintaan Erisha itu.
Tengku Hael turun mengucup bakal cahaya matanya itu sebelum betisnya menjauhi paha.
“Abang dah tak selesa nak makan dengan Risha?” Erisha menekan kerusi kemudian segera bangun.
“Abang lupa, jangan minum air manis tu. Kejap lagi nak check up.” Tengku Hael hanya membicarakan itu usai matanya menangkap segelas air teh ais di atas meja laman belakang rumah. Soalan Erisha dibiarkan tanpa jawapan.
“Hantarlah Risha sekarang dekat hospital, Risha nak jumpa Qaseh sementara tunggu turn.” Erisha yang berlalu masuk sebelum Tengku Hael.
Tangkas Tengku Hael meraih tangan Erisha.
“Suaplah abang makan,” suruh Tengku Hael, nadanya benar-benar disulam ego.
Tangannya naik memeluk bahu Erisha, menuntun ke kerusi semula.
“Kenapa tiba-tiba nak makan dekat rumah?”
“Risha pun semalam tidur sebelah abang, kenapa?”
“Bukannya Risha cakap Risha nak tidur dekat katil kita, macam abang cakap abang nak makan dekat pejabat,” perli Erisha namun masih berbahasa, cuma terasa sedikit di hati.
Dia baru cuba menurunkan ego setinggi gunung angkara rajuk, sebegitu mudah Erisha menghancurkan.
“Risha cuma pentingkan apa Risha rasa saja ke? Sekarang Risha pula nak merajuk dengan abang? Apa abang rasa? Hilang macam tu, tenggelam macam tu je? Macam tu je ke Syalia Erisha?” Tengku Hael terus melepaskan tangan Erisha, tanpa pamit dia berlalu meninggalkan Erisha sendirian di situ seperti mulanya.
Erisha menyusun langkah ke dalam, mengejar Tengku Hael.
“Pasal Risha keluar nak hantar makanan pun abang nak marah sangat? Risha tahu Risha mengandung, Risha tahu apa dah jadi sampai abang jadi macam ni. Tapi Risha tahu nak jaga diri, masa tu terjadi tanpa Risha sedar Risha tak sangka dia nak tolak Risha,” sela Erisha mempertahankan perasaannya. Ye pun, janganlah marah sangat. Sudahlah dia cuma perli manja-manja je tadi.
“Apa jaminan Risha kalau Risha hantar makanan tak jadi apa-apa? Sedangkan hal Risha tak jangka boleh jadi, apatah lagi hal yang sedia membahayakan? Dan... Cukuplah Risha. Abang tahu sangat Risha tak sedar ni salah Risha. Masalah pun kecil, kan? Abang je perbesarkan. Then... enough, tak payah minta maaf. Abang tak perlukan maaf Risha. Cukup Risha jaga diri Risha.” Tengku Hael sudah tak betah. Bertengkar demi memperjuangkan perasaan gusar, hasilnya Erisha hanya memikirkan jiwa sendiri saja.
“Abang saja boleh jaga Risha.”
“Abang dah jaga Risha pun Risha tak akur, 'abang saja boleh jaga Risha'? Bukan. Sebetul-betulnya abang tak layak nak jaga Risha sebab hakikatnya Risha tak terima cara abang jaga Risha. Jadi... Sebesar hama pun abang tak layak jaga Risha.”
______________________
Writer Comment : Gaduh manja cikit🤏 je. Next bab nanti MHS dah mula nak berubah perlahan demi perlahan, cuba kejar yang asal. Tengoklah macam mana ya nanti.
Maaflah kalau rs byk masalah. Lagipun mmg perangai erisha ni degil, kena diajar sikit, kalau tak macam ni la.
Lagipun lagi, ada je yang pasangan kita tak faham apa kita rasa, macam bila apa yang kita luah menyakitkan hati dia je dia faham. Apa yang kita luah sebelum tu tentang apa kita rasa pas dia buat kita sakit hati, dia tak pandang dan tak faham pun, dia cuma petik apa yang menyakitkan hati dia je. Lumrah percintaan yang kecik2 jugak, susah nak handle jugak kalau berterusan, boleh makan hati.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro