Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

MHS : 68

“KERJA aku ni Hael, dah bertukar bidang. Elok bertukang dekat badan, ni bertukang dekat bilik,” luah Hafiz pasrah. Dia dipaksa balik awal atau diberi pilihan selain itu, mengambil cuti separuh hari. Jika tidak, anak yang bakal dilahirkan oleh Erisha, jangan nak sentuh. Cis!

“Dah, kalau kau rasa terbeban balik je. Aku ni menyusahkan kau je. Maaflah paksa kau.” Tengku Hael mencapai barang-barang sekitar Hafiz lalu dijauhkan. Sengaja! Dia je boleh pasrah? Kita pun boleh.

“Alahai, akulah diani. Erisha balik nanti dia tengok kau yang tersumbat dekat dalam katil ni.” Baran dibuatnya.

“Boleh teman anak aku. Tak apa, boleh je.” Senyuman Tengku Hael tak putus.

“Yelahlah abah. Reban katil ni panggil aku bertukang lagi ye?” Ada je keluar dari mulut Tengku Hael! Buat kalah je! Bakal ayah kan, tak sabar tu bukan main.

“Bukan 'abah'. 'Ayah'.” Tengku Hael laju membetulkan Hafiz.

Bahagia benar Tengku Hael tika ini. Muka dan tangan jangan katalah, tercalit banyak cat. Kata Rawda, dari tadi pagi tangan tu tersisa bekas cat. Punyalah bahagia sang ayah itu untuk menimang cahaya mata.

“Aku rasa macam nak 'usher' dia kejap lagi balik.”

Usher? Sejak bila guna istilah event ni, Hael?”

“Dia tu, dalam bilik kami ada lagi nota event dia, aku pulak baca sesekali. Suka betul dia simpan... Inn Shaa Allah Hafiz, lepas dia bersalin dan berpantang. Aku nak dia sambung balik pembelajaran dia, anak kami aku boleh jaga,” bahas Tengku Hael meluahkan keinginannya dalam rasa tenang menjiwai perasaan Erisha. Dia menyedari Erisha benar-benar ingin mencapai matlamat pelajarannya. Namun tak kesampaian. Biarlah dia yang membuka peluang itu demi Erisha.

“Kau pun tahu, dia lebih jauh matlamat dulu berbanding kita,” sambung Tengku Hael, nadanya suram.

“Dia ada kau kan, selagi dia ada orang yang sedar apa yang dia nak dalam hidup dia dan apa dia nak capai dalam hidup dia, dia akan bahagia, rezeki akan ada.”

“Aku akan selalu wujudkan bahagia untuk dia, dalam rezeki aku ada rezeki dia, Fiz. Tulah dia selalu cakap dengan aku masa aku tak ada duit dulu, dia bagi sikit aku duit untuk makan bila aku tak ada duit waktu balik kerja part time. Dalam rezeki dia ada rezeki aku. Sekarang bila alhamdulillah aku dah senang, aku nak dia rasa apa aku rasa. Dia layak miliki hasil titik peluh aku. Memang semua aku ada, aku lakukan demi miliki dia.”

“Kau orang saling melengkapi, Hael. Bukan kau je memberi, dia turut sama.” Dia senang akan kebahagiaan Tengku Hael. Ya Allah, kekalkan bahagia dia seperti saat ini.

“Aku minta maaf sebab aku terlalu mahukan dia lagi. Aku tahu aku dah buat kau muak dengan sengsara aku sebelum ni, tapi aku masih dengan jiwa aku yang mahukan Erisha. Aku...”

“Hael, aku ikut pilihan kau. Aku tenang tengok kau bahagia sekarang, bahagia kawan aku dulu dah kembali,” ujar Hafiz, cukuplah itu dapat menenangkan Tengku Hael. Enggan dia buka kisah sebenar, dia terima setelah dia mengetahui hakikat sebenar.

Hargh! Aku rasa macam dah cukup restu!” Dari suara yang merundum, berubah semangat tak terkata. Ini namanya lelaki itu pasti sedang berusaha menyembunyikan air mata.

“Buruk Hael, jangan menangis sini. Erisha tak ada dekat sini, geli aku nak memujuk.”

Saat itu tawa Hafiz membatalkan niat Tengku Hael hendak membalas, dari jauh kedengaran bunyi telefon berdering.

“Tengok, panjang umur. Dia ada nak memujuk aku.” Tengku Hael mendabik dada. Masa yang tepat Erisha menghubunginya. Bolehlah berlagak.

Hafiz hanya senyum. Ikut kaulah Hael, asalkan kau bahagia. Dia kembali memasang semula katil bayi.

“Allahuakbar, Ya Allah... Isteri dan anak aku Fiz!” Suaranya memecahkan kesunyian rumah itu.

Berderau darah Hafiz mendengarkannya.

MATANYA diarahkan ke langsir yang memisahkan antara kedudukannya berada dan kedudukan isterinya. Dia setia mendengar keputusan rawatan Erisha.

Doktor itu menatap mata Hafiz dengan serius.

“Keadaan bayi di dalam kandungan sangat terjejas. Terdapat komplikasi yang berpotensi mengakibatkan cacat pada bayi apabila dilahirkan nanti.”

Mata Tengku Hael berkaca-kaca. Sebak.

“Saya rasa ada cara lain lagi doktor...”

Doktor itu menggeleng.

“Agak berisiko, Doktor Hafiz.”

“Tapi saya akan cuba memberikan segala perawatan terbaik yang kami ada, kecacatan itu hanya jangkaan kami, tuan. Ada kemungkinan bayi lahir tanpa sebarang masalah.” Doktor itu cuba menenangkan Tengku Hael. Lelaki itu benar-benar hilang kata.

Dia menerima sentuhan harapan itu. Tetapi, dia tak bodoh untuk tenggelam dibawa rasa berharap. Adakah aku terlalu kufur akan nikmat ini, Ya Allah?

“Jatuh semasa kehamilan memberi impak yang serius, dan mempengaruhi perkembangan bayi. Keadaan Puan Erisha memang tak terkesan dari luaran, tetapi keadaan bayi... terjejas.”

“Erisha... Hafiz. Aku ni sebagai ayah pun rasa sayu. Apatah lagi dia? Ya Allah, maafkan aku andai aku terlalu mengagungkan kehadirannya. Ya Allah, ampunilah aku!” Tengku Hael jatuh melutut di ruangan menunggu pada tempat kecemasan itu. Sungguh dia lemah.

Dengan hati yang berat, Tengku Hael menolak pintu wad Erisha berada. Dia melepasi dua katil menuju ke katil Erisha.

Sebalik rasa jiwa yang sengsara, Tengku Hael mempamerkan senyuman yang lembut. Tangan isterinya disentuh lama.

“Abang tak salahkan love.”  Dia berjuang tidak menyalahkan Erisha? Tak. Andai orang lain, mungkin. Dia tidak.

Ya Allah, dia menyuarakan itu kerana dia tahu walaupun apa pun asbab terjadi. Erisha akan menyalahkan diri. Dia enggan. Biarlah hakikat ini hanya dia dan Hafiz yang tahu.

Langit malam yang suram bertukar siang. Hanya Tengku Hael yang kekal menatap Erisha. Dia tak mampu menghentikan walau setitis air mata. Sayu, pilu.

Dia menjaga Erisha sebaiknya, makanan Erisha, minuman Erisha dan gerak geri Erisha. Terkilan. Kasihan anak mereka, walaupun sedaya upaya mana mereka cuba, andai takdir berubah sebegini... Ya Allah. Dia harus terima, namun kehidupan anak mereka? Penerimaan Erisha? Dia sebagai ayah sudah memikir sebegini, Erisha sebagai ibu yang akan melahirkan? Ya Allah, perit!

“Anak ayah, awak sempurna pada ayah. Sempurna dari hari ayah tahu kehadiran awak. Ayah akan jaga awak, sayang. Ayah akan ada di setiap suka dan duka awak, ayah akan jaga... Ibu juga, sayang.” Bicaranya seiring berlinang-linang air mata. Sebak, hiba dan derita.

Perut Erisha diusap sedih.

“Awak pergi sekolah pun ayah akan ikut, sayang. Ayah takkan buat awak rasa terpinggir, biarlah orang lain buat awak rasa macam tu, tapi ayah takkan. Ini sakit terbesar yang ayah fikir sayang, sakit sangat bagi ayah. Macam mana la kalau ibu tahu? Ayah tak sanggup sayang.” Wajah pucat itu menjadi pusat pandangan. Pucat.

Tengku Hael melarikan pandangannya. Sebak tangisannya. Pecah empangan air matanya tak tertahan. Semakin hiba apabila teringatkan keputusan rawatan Erisha dan anaknya dari doktor.

“Abang...” Suara itu.

“Macam mana anak kita, abang?” Erisha menyusun kata dengan tenang, dia yakin  pasti tiada terjadi sebarang khabar buruk. Dia hanya mahukan kepastian.

Meskipun kepalanya terasa berat. Namun, pandangannya jelas, perutnya masih membukit. Tak mungkin terjadi apa-apa. Bibirnya menguntum senyuman. Alhamdulillah, Ya Allah.

Love dah sedar. Sekejap love, tunggu. Abang panggilkan doktor.” Tengku Hael bergegas hendak menuju ke luar tetapi genggaman tangan Erisha yang lemah itu menghalang dia dari pergi. Isterinya itu menarik lembut tangannya.

Baby kita?”

“Ada dalam perut abang ni, doktor alih.” Tengku Hael terus berseloroh. Jika dia terus abaikan dia mampu meluahkan kebenaran. Tak mampu dia berselindung.

Hei janganlah buat kelakar, abang.” Lemah suara itu menyapa telinganya. Wajah pucat Erisha kelihatan manis dihiasi senyuman.

“Doktor cakap anak kita di dalam kandungan love dalam keadaan baik-baik je. Anak kita kan kuat, ibu dia ni pun kuat." Hidung Erisha dicuit manja. Dia tidak ingin menambah kekhawatiran dan kesedihan isterinya yang sedang rapuh. Tak mungkin Erisha mampu menghadapi hakikat ini.

Ibu yakin anak ibu kuat. Tengoklah ayah ni, dia tahu awak kuat jugak.

Bawah perutnya dipegang. Terasa sedikit gerakan. Hilang resah ibu, sayang. Sekarang ni resah ayah. Kesian ayah awak.

“Abang marahkan Risha, kan?” Dia menyedari tubir mata itu berlinang air mata. Dia dapat meneka Tengku Hael tak mungkin emosi Tengku Hael baik-baik sahaja.

“Risha minta maaf risaukan abang, Risha tak sedar sampai boleh jadi dia tolak Risha.” Erisha turut mengalirkan air mata. Dia masih sedar saat Tengku Hael mendapatkannya. Jasadnya terasa meremang mendengarkan bait rayu Tengku Hael agar dia bertahan.

“Boleh abang minta satu permintaan?” Bergetar suaranya.

“Boleh, abang.” Jarinya meski agak menggigil, dia mengesat air mata sang suami. Kesian Tengku Hael, suaranya benar-benar disulam rasa sedih.

“Berhenti kerja, duduk dekat rumah. Abang boleh jaga love, abang boleh pantau love sebelum pergi kerja, balik kerja dan hari cuti abang. Walaupun abang kerja, abang tahu love terhindar dari...”

“Risha ikut cakap abang.” Erisha mengucup tangan Tengku Hael yang merapat.

“BABY harini banyak gerak tak?”

“Banyak, abang.”

Baby banyak bergerak ke ibu yang banyak bergerak?” Tengku Hael bersandar sekejap pada dinding surau pejabatnya.

“Ibu masak nasi lemak je,” balas Erisha seraya melabuhkan punggung ke dalam kereta. Kalau Tengku Hael tahu! Yang pasti jangan Tengku Hael tahu!

“Ibu jangan nak hantar nasi lemak.” Tengku Hael sengaja memberi amaran. Dia tahu Erisha pasti sedang berehat di bilik bayi mereka.

“Jelas sangat ke?” Suara Erisha agak terkawal. Tetapi... Nadanya?

“Ya Allah, Syalia Erisha. Seriously?” Tengku Hael langsung berdiri.

“Risha hantar sikit je, Risha bosan duduk rumah abang. Risha dah biasa buat ni, lagipun kan tak ada...”

“Balik, Syalia Erisha Binti Muhammad Riffyaz!”

“Abang...”

“Kalau tak, jangan harap abang balik rumah. Risha tidur sorang, jaga diri sorang-sorang. Dah biasa sangat kan buat semua? Mesti boleh biasa tak ada abang.”

“Abang. Abang!”

Erisha mematikan semula enjin. Gila ke tak nak suami balik? Argh! Tengku Hael membahasakan dirinya nama, lagi. Hilang love kebiasaannya.

“Kenapa tak nak langsung dengar cakap abang? Ya Allah, andai dia tahu mesti dia akan menjaga diri sebaiknya. Tapi, takkan mungkin aku menjelaskan hal sebenar.”

Langit petang dijengahi malam, tiada sebarang bunyi kereta. Jarum jam menunjukkan 1 pagi. Dari tadi petang waktu kebiasaannya Tengku Hael pulang namun langsung tak muncul bayang

“Merajuk ke? Atau apa-apa jadi? Nak call mama? Mama mungkin dalam rawatan ubat larut malam sebegini. Rawda dan Azi? Mereka tengah bulan madu.” Cadangan dijawab sendiri. Serba tak kena.

Kantuknya hilang gara-gara Tengku Hael tak pulang.

“Boleh ke kalau aku cakap aku sakit?” Lagipun biasa perutnya agak mengeras sewaktu malam begini. Boleh agaknya guna cara ini!

Abang, perut Risha rasa sakit bang. 1.24 a.m
Mengeras dari tadi, biasa tak macam ni sangat. 1.24 a.m
Ada je 7 bulan orang dah bersalin, abang.
Risha takut. 1.25 a.m

“Memang tak jalan. Sampai hati abang tidur. Risha tak boleh tidur langsung.” Erisha bertandang ke kiri ke kanan, berulang-ulang kali. Buntu. Mati akal memikirkan cara memancing perhatian Tengku Hael.

Abang, rasa makin sakit abang.  1.40 a.m
Jawab call Risha abang, tolong abang. 1.40 a.m

“Tak apa kut, jangan nak keluar betul-betul lagi tau sayang. Ibu nak pancing ayah awakje. Dia tak risau ke tinggalkan ibu? Ibu sorang je.”

Hampir sahaja Erisha terlelap, namun kedengaran jelas telinganya menangkap bunyi enjin kereta seperti bertamu di pagar.

“Ayah balik dh ke? Lajunya!” Senyuman terbit bagai nak gila. Seronok!

Mujur dia sudah memucatkan bibir dengan foundation. Cepat Erisha memulas titisan tisu basah, dia menitiskan dia serata leher dan dahi. Sepantas kilat dia membaling tisu basah di bawah meja berhadap sofanya.

Lampu meja di sebelah kanan dibuka agar menampakkan keadaannya tak bermaya. Punyalah nak tambat perhatian hati yang merajuk!

Sengaja Erisha mengeluh sakit dengan nada yang lemah namun sedikit kuat. Ingin menarik perhatian Tengku Hael dan mengetahui keberadaannya.

Love,” panggil Tengku Hael usai mencecah anak tangga ke ruang tamu.

“Abang, sakit.” Erisha menguatkan lagi suaranya.

“Kita pergi hospital.” Tengku Hael kelihatan cemas.

“Urut dulu, abang. Risha tak nak beranak sekarang ni,” jawab Erisha, namun dia menolak ajakan itu. Memang taklah. Nanti mesti doktor dan jururawat marah, boleh pulak isu beranak bawak main. Main dekat rumah bolehlah!

“Sakit sangat ke rasa? Jomlah pergi hospital.”

“Kalau Risha kena beranak sekarang pun, Risha tak nak, Risha sanggup tahan.” Wayang! Kalau nak beranak, tak adanya tahan.

“Apa yang degil sangat ni love, kita pergi check dulu. 7bulan pun berisiko. Air ketuban keluar tak?” tanya Tengku Hael meski disulubungi amarah. Dia menyertai kursus untuk proses ada bersama ketika Erisha melahirkan anak mereka. Jadi dia dah tahu istilah-istilah kelahiran, sedikit.

Walaupun dia marah, tangan tetap mencapai minyak sapu milik Erisha.

“Sampai berpeluh-peluh ni, pucat. Makan tak? Sakit perut sebab gastrik la kan.”

“Sebab Risha rasa macam anak nak turun tadi.” Lancar Erisha memberi jawapan menidakkan serkap jarang Tengku Hael. Ada betul sikit, tapi taklah semua. Betul gastrik tu sedikit.

“Bangun sekejap.”

“Sakit.”

“Sakit nak beranak ke atau sakit lenguh dan mengeras macam selalu?” Tengku Hael serius. Kalau cakap macam selalu selepas hantar chat bagai perut nak meletus, tak ke cari pasal namanya?

“Sakit... Ergh, rasa nak beranak.” Erisha sengaja seakan tak selesa dengan kedudukannya. Seolah cacing dalam kepanasan. Satu untuk berpura-pura dan takut setelah menipu.

“Pergi hospital sekarang.”

Dia tahu ke rancangan aku? Riaknya tak lagi cemas. Aduh!

“Risha nak beranak sini je please.”

Weh! Nak tergelak. Macam dah kena suntikan epidural ye pun!

Tanpa sedar Erisha terketawa di dalam cempungan Tengku Hael.

“Seronok ke menipu? Nak rasa betul-betul sekarang beranak? Berani ke nak beranak sekarang?” Tertelan air liur Erisha saat ini.

Erisha didaratkan di atas sofa semula.

“Tak, abang.” Erisha berdiri.

“Risha jujur Risha rindu abang. Risha minta maaf buat abang risau. Risha bosan...”

“Bosan? Baik. Buatlah apa Risha nak buat. Abang izinkan.” Walaupun nadanya seperti mahu membawa diri. Dia tetap di situ.

Di situ demi menyarungkan stoking di kaki Erisha.

“Kesian ayah kan, ibu buat ayah macam mainan, ibu permainkan perasaan ayah,” lirih suara Tengku Hael sambil menyarungkan stoking itu ke kaki kanan Erisha.

“Dia tak kesian ayah kalut balik, dia tak perasan ke dahi ayah ni luka? Ayah jatuh masa bergegas keluar nak datang sini. Rupanya dia tipu ayah.”

Ya Allah, macam mana dia boleh tak perasan?

_____________________
Writer Comment: Second lead couple memang saya dh kuatkan watak. Harap dapat terima jugak ye mereka.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro