MHS : 67
RAWDA hanya membuntuti Tengku Hael yang memimpin suaminya. Mereka bergaduh seketika di ruangan parking, terus Tengku Hael tiba lalu menyelesaikan dan memisahkan jarak mereka. Ergh! Dia cuma enggan Azi bersuara lembut dengannya, dia tertawan tahu tak?
Tengku Hael bukan main, garang sungguh setelah menegaskan mereka satu arahan agar menemaninya ke pusat membeli belah untuk mencari barangan keperluan bayi. Pukul 4 pagi, siap buat group lagi! Macamlah Azi tu boleh balas, paling tidak dengan voice jelah boleh pun.
"Kenapa Along tak pergi dengan Erisha je?"
"Kak Long, Da."
"Fine, kenapa tak pergi dengan 'Kak Long'? Dia as mom, mesti lebih teruja dapat pergi beli dengan you sekali," soal Rawda, agak tertanya apabila abangnya itu mengajak mereka. Dalam pada itu, dia sengaja menekan suara saat panggilan 'Kak Long'.
"Sebab ni cuma barang-barang untuk bilik baby je, Da. Along nak cari barang keperluan bilik, kalau baju mestilah Along ajak Kak Long." Bukan niatnya mengetepikan hak Erisha mencari keperluan ini juga bersamanya. Tapi, ini kejutan! Dia rindukan senyuman Erisha bahagia dengan usahanya.
"Nanti kalau kita ada rezeki, Azi akan bawak Da pergi beli semua barang keperluan baby kita."
Ungkapan Azi membuatkan kedua-dua insan itu berpaling sejenak.
Hanya Tengku Hael sahaja kembali ke titik realiti. Bibirnya dikemam sebelum belakang tangannya mengenai mulut, tawa halus terbit di bibirnya. Aduhai, biar betul Azi ni?
"Da pimpin suami Da," suruh Tengku Hael seraya melepaskan tangan Azi di pergelangan Rawda.
"Salah ke Azi cakap?" Azi menggoyangkan tangan Rawda, Rawda diam tak terkata. Entahlah apa reaksi wajah Rawda. Cringe ke?
"You ni dah kenapa actually? Banyak sangat makan tempoyak tu!" Unexpected! Biar betul lah Azi ni. Baby kita? Meremang!
Azi dituntun dengan kasar, laju rentak kakinya diatur. Entah apa-apa je Azi ni! Menyirap darah dibuatnya!
"Rawda marah betul dengan Azi pasal Azi tolak Rawda masa Rawda bersungguh nak dengan Azi, kan? Azi faham perangai Rawda macam mana, Rawda pun dah jadi isteri Azi, tak apa la pun Azi yang pujuk Rawda, dapatkan balik saat diri Rawda rayu untuk miliki cinta Azi." Ucapan itu dituturkan lembut, sampai ke gegendang telinga begitu menyentuh.
Betul ke pilihan aku nak balas dendam? Padahal memang aku rasa lain bila aku sedar sisi sikap dia setelah sekian lama, dia tak pernah layan aku dengan rasa terpaksa. Tenggelam sudahkah amarahnya perihal aku memberitahu mama tentang rancangannya? Terkubur sudahkah kebencian dia dengan sikap dan perkataan buruk yang keluar dari mulut aku?
Terlakar senyuman di bibir Tengku Hael. Tak sangka, kebahagiaan adik-adiknya itu adalah bersama dalam hubungan sebagai suami isteri.
The only one💝
Abang buat apa sekarang?
Abang tengah teman Azi dengan Rawda lagi ni. Abang tunggu love dekat rumah, jangan beli makanan tau, abang nak masak. Hati-hati tau kerja, jangan buat kerja berat-berat. Duduk je dekat kaunter tu diam-diam, buat kerja kaunter je.
Risha jaga diri baik-baik, jangan risau. Abang pun hati-hati tau.
Love kena lebih hati-hati love, abang sayang love, abang rindu love hisy! Abang nak cakap dengan anak kita japgi, nak cite something about hari abang harini. Special.
Sekaligus jam di pergelangan tangan menjadi pusat perhatian. Pukul 6.30 petang. Kalau lambat, memang Erisha balik kerja pun bilik itu masih kosong.
"Da, tolong Along cari tema white. Meja ganti lampin, sofa satu macam dalam gambar yang Along bagi dekat group, rak untuk letak barang keperluan baby. Semua rujukan ada dalam group, kita jumpa dekat sini balik lepas pukul 8.30. Boleh?" Tengku Hael menyebut satu per satu barang yang dipinta beli. Hafal betul!
Lagipun mana tidaknya, dari pagi tadi mesej berulang-ulang kali. Siap voice pula tu!
"Boleh, Long." Radzi menjawab bagi pihak Rawda.
"Da?"
"Ya, boleh." Meleret suara Rawda dengan perkataan 'boleh'. Ergh! Punyalah bersemangat si bakal 'seorang bapa' itu! Kitanya ditekan-tekan. Cukuplah adiknya menekan perasaan, si abang pun turut sama!
Tengku Hael sudah bergegas jauh ke depan usai mendengarkan jawapan Rawda. Tengoklah tu! Kalau nak tahu apa lebih bersemangat, tangan Tengku Hael. Masih tersisa warna cat.
Jawapan Tengku Hael, dia hampir seharian tadi cat bilik bakal anak saudaranya. Tahulah dia Tengku Hael disulam bahagia. Bahagia yang takkan mampu sempurna andai tanpa Erisha. Erisha satu-satunya sumber kebahagiaan lelaki itu.
"Rawda pergilah cari barang-barang tu dulu, Azi tunggu." Baru sahaja Rawda hendak membuka arah, Radzi bersuara.
"Dah kenapa?" Tangan Radzi dilepaskan.
"Banyak tu barang Rawda kena cari, bawa Azi lagi menyusahkan Rawda kena heret Azi ke sana ke sini."
"Ada istilah heret ke bila pimpin suami sendiri?"
"Tak ada tapi..."
"Fine, nak sangat kan? You duduk la sorang-sorang dekat sini." Walaupun begitu, dia tetap menarik Radzi menuju ke arah deretan kerusi.
Radzi ingin bersuara saat langkahnya dituntun lagi, namun lakaran bibirnya lebih lantang bersuara. Sekadar membawanya ke tempat duduk. Tetapi, meninggalkan kesan di hati.
"Hati-hati sayang," pesan Radzi saat derapan langkah Rawda menyapa telinganya.
Langkahnya mati apabila telinganya menangkap butir ucapan berbaur pesan yang diselitkan panggilan... 'sayang'?
Dia mengingkar ego, dia berpaling.
Azi merenungnya. Meski mata itu hanya pada satu arah tanpa mengetahui tepatnya, rasanya tatapan itu seperti tatapan kasih arwah... Ibu.
"BILA akak dah melahirkan, tak bolehlah akak kerja dah, kan?" Nia menguis tangan Erisha. Satu-satunya kawan kerja yang suka benar mengusiknya.
"Nak halau kak ke?" balas Erisha semula. Ingat dia je boleh bercanda? Kita pun boleh.
"Kita lagi tak nak akak berhenti. Kak Azah pun tak nak akak berhenti tau." Memanglah taknak aku berhenti, nanti kau yang kena jadi tugu dekat kaunter ni.
"Akak faham Risha, jangan nak dengar sangat si Nia ni," jawab Kak Azah seraya mencubit Nia di sisi. Ada je Nia ni nak buat cerita.
"Akak, tu customer, Nia keluar sekejap susun barang." Terus sahaja topik ditukar. Nia menonong keluar dari kawasan kaunter.
"Risha, akak cover Nia." Tangan Erisha disentuh. Bukannya dia tak tahu, tempoh hari Erisha tertekan gara-gara cara kerja Nia.
"Walaupun nampak remeh, akak faham perasaan Risha. Risha jangan risau, Risha bukan seorang. Akak ada," kata Kak Azah seraya menapak ke ruangan kaunter. Kadnya diimbas sebelum memasuki kaunter.
"Akak ni, Risha okey je."
Zahirnya, benarlah perasaannya terganggu. Siapa sahaja mampu bekerja seorang diri melayani beratusan pelanggan? Penuh pelanggan beratur, satu kaunter sahaja dibuka. Kalau tiada Kak Azah, memang dia seorang diri sahajalah.
Pekerja sepenuh masa sudah pulang mengikut shift masing-masing, hanya pekerja separuh masa sahaja yang tinggal sewaktu petang hingga ke malam. Kadang sahaja dia memiliki peluang bekerja bersama pekerja shift pagi, itupun bila Nia cuti. Andai tidak, hanya dia seorang sahaja di kaunter. Jika ada pun, Kak Azah membantunya.
Seharian waktu dia bekerja, menguruskan pembelian oleh pelanggan di kaunter dengan Kak Azah.
Seketika dia berpaut di meja stor. Sakitnya pinggang, belum lagi memetik keadaan kakinya kian membengkak. Kalau Tengku Hael tengok, mahunya dia dimarahi.
"Kesian anak ibu ni, ibu bertegas sangat nak kerja. Tengoklah alik-alik ibu dah penat, anak ibu mesti penat jugak kan? Ibu berdiri je dari tadi." Perlahan Erisha mengusap perutnya. Makin membesar anak ibu. Tak sabar ibu nak tengok anak ibu yang selalu sangat aktif ni.
"Biasalah kak, bekerja, kan? Penat mana pun, dah pilih bekerja. Bukan akak je ibu mengandung yang bekerja. Lagipun apa sangatlah berdiri dari petang je. Tak gugur pun anak tu." Lantang suara Nia mencelah bicaranya. Tanpa rasa bersalah Nia mengutarakan kata.
Terkejut bukan kepalang mendengarkan suara itu. Walaupun begitu, wajah Erisha serta merta berubah.
"Nia cakap apa ni? Nia ni tak ada hati perut sangat ke cakap macam tu? Istilah gugur? Ye pun nak cakap beragak sikit," balas Erisha, sungguh dia hampir tercengang. Nia ni dah kenapa?
"Maksud Nia akak bukan nak beranak lagi. Akak pun boleh fikir logik, waktu kandungan akak dah jauh ni, tak boleh pun gugur," jawab Nia tak bertapis. Cakap ikut sedap mulut je!
"Nia ni dah kenapa? Akak ada sakitkan hati Nia ke? Akak tengah bercakap dengan anak akak je tadi tau." Erisha cuba bernada baik. Jujurlah hatinya memang mendidih, jangan membangkit diri sebenar Syalia Erisha.
"Nia tak ada masalah apa pun. Akak cakap penat, kan? Padahal bukannya penat sangat, biasalah tu kerja cashier. Ini mengada cakap dengan anak yang tak mendengar tu 'penatlah sangat'." Tanpa sebab Nia menyindir lagi. Ya Allah, dia ni dah kenapa?
"Biasalah kerja cashier? Kerja biasa tu yang akak hadap sorang, Nia pun cashier, senang je Nia keluar kaunter ikut suka hati. Akak tak peduli sangat kalau dah tak boleh duduk setempat sebab memang kaki rayau, tapi jangan nak cakap tanpa bertapis macam ni dengan akak." Dia masih bersabar. Berbisa? Biarlah. Nia boleh menyakitkan hatinya, dia? Nak dengar je? Memang taklah!
"Kaki rayau? Biadap betul. Kena faham sebab mengandunglah ni? Emo lebih? Yang akak terbawa-bawa emosi mengandung kat tempat kerja dah kenapa? Sakit kut hati kena cop macam tu!"
"Ini bukan pasal emo! Customer dah memang ramai masalahnya dan Nia tak jengah langsung kaunter. Setidaknya masuklah kaunter, Nia nampak kan ramai? Boleh pulak Nia susun barang buat tak tahu je kat akak? Bukan depan akak je tau, depan cust pun, Nia buat tak endah. Tak ada common sense."
"Kaunter Nia, kaunter yang tak beberapa aktif, memang pekerja boleh keluar untuk buat kerja lain. Makan gaji buta je la macam akak bila Nia duduk je dekat kaunter bila tak ada orang."
"Cakap tu baik sikit Nia, masa tak ada orang, akak refill barang juga belakang kaunter, akak print price tags, Nia buat apa? Masa akak free, Nia yang datang ajak berbual. Bila ada cust, laju lari. Bila Nia ajak berbual, bukan makan gaji buta, pulak?"
"Nia tetap duduk kaunter yang bukan kena bukak selalu, mana Nia pergi itu kerja Nia biasalah kalau berbual takkanlah nak kerja stress macam akak, penat sikit nak mengeluh. Akak tu duduk kaunter yang sepatutnya buka selalu, akak la bertanggungjawab dekat kaunter. Apa pulak nak sound Nia?" Nia membalas. Tak ingin mengalah. Semaklah nak bising-bising ni, keluar kaunter je kut.
"Bukan kena bukak selalu tapi kita ni kerja in one team, kena ada kerjasama. Akak tak peduli kalau sewaktu tak ada customer Nia nak lari. Dah ada customer tu, stay sekejap. Ini tidak, lari macam kalau duduk kaunter, kena makan dek singa. Bila nak keluar, kalut macam anjing nak ambil barang yang tuan dia baling."
"Ei perempuan ni, kau ni mulut macam musibat, kan? Memang tak sedar diri dengan sarat macam ni, tak takut langsung sound aku! Penatlah nak bersabar!" Sekuat hati Nia menolak tubuh Erisha yang dari tadi terpaksa berpaut di meja itu sehingga terjelupuk jatuh ke atas kayu pallet.
Erisha tergamam saat tubuhnya mencecah kuat permukaan kayu pallet di bilik stor itu. Ya Allah.
"Ya Allah, sakit." Erisha mulai mengerang kesakitan.
"Nia!" Jantung Nia sudah berdegup kencang tatkala Kak Azah tiba-tiba muncul.
"Ya Allah, apa kau buat ni Nia?" Bergetar suara Kak Azah, dia mendapatkan Erisha.
Erisha mengenggam tangannya saat dia memeluk belakang tubuh Erisha, cuba dibangunkan.
"Zahel, Qali! Masuk stor, cepat! Lia jatuh!" Keadaan gamat.
Sedaya mungkin Kak Azah ingin membantu Erisha berdiri. Dia terasa sesuatu mengalir saat memegang paha Erisha. Ya Allah, janganlah terjadi sesuatu!
"Kau ni buat kerja gila apa ni, Nia?" Terasa hendak gugur jantungnya tika ini.
"Kak Azah, Lia tak boleh bangun Kak Azah. Sakit, jangan angkat Lia. Tolong call suami Lia, Kak Azah. Tolong..." Tangan Erisha menggigil. Dia menghulurkan telefonnya.
___________________
Writer Comment : Buat cover baru again~
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro