Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

MHS : 65

"SIAPA suruh you buat masalah dekat majlis orang ni, Ngah?" Tangan Radzi dilepaskan dengan kasar.

Tangan Rawda dipagut, dengan harapan dia mampu meraih. Nasib menyebelahinya, dia berhasil. Serentak itu tubuh Rawda ditarik laju ke dadanya.

"Rawda tahu tak apa mereka cakap tentang Rawda?" tegas Radzi mempersoalkan itu.

"Lepaskanlah!" Naik seoktaf seperti biasa nada Rawda.

"Jiwa Azi ni sakit dengar isteri Azi menjadi bahan bualan orang seolah isteri Azi ni keji. Hina sangat ke Rawda berkahwin dengan Azi sehingga Rawda dicaci macam Azi dengar tadi?"

"You rasa I tak layak dapat macam tu ke?! Orang macam I layak dapat balasan yang sama sepertimana I buat."

"Kalau Rawda maksudkan balasan yang sama tu atas cacian Rawda, itu Azi dah maafkan," ungkap Radzi tulus. Dia teguh menahan Rawda di dalam dakapannya.

Dia enggan tersentuh. Rawda merungkaikan pelukan Radzi dipinggangnya.

"I ni mulut jahat, bukan you je jadi mangsa I. Malah setiap orang tadi, mangsa mulut I."

"Azi tahu bukan Rawda yang mulakan. Rawda cuma memberontak atas apa dah jadi, dengan kejadian arwah ibu..." Dia ingin mempertahankan Rawda, namun apakan dayanya? Tak mungkin dia diberi peluang. Jeda perkataannya.

"Dahlah! Kita balik boleh tak? I tadi nak makan makanan yang disajikan tau. Western pula tu. You boleh pulak ganggu peluang I, you tahu tak ayah dia tauke seafood? Ergh! Fresh tau tak?"

"Azi belanja seafood nak? Esok kita dah kerja, susah kita nak spend time." Radzi mencuba nasib. Dia tahu sahaja pilihan Rawda, Rawda akan menuruti andai itu diinginkannya. Hendak memancinglah pendek kata.

"I nak fresh! Tahu tak fresh? Setakat dekat kedai, boleh je I beli dekat supermarket balik upah masak," sindir Rawda seraya memimpin Radzi ke kereta. Dalam amarah, masih tersisa rasa peduli terhadap Radzi. Marah je pun, biadap sangat jika dia membiarkan Radzi tanpa arah.

"Azi ada contact jugak, supplier seafood diyakini fresh."

Nak beli jiwa aku la tu. Tanpa malu, Rawda melakar senyum. Bukannya Radzi tahu dia tersengih-sengih.

"Tak payah! Kalau contact you tu kroni ayah kawan I ni macam mana? Please la, nanti diaorang kutuk I sebab I kempunan tak dapat merasa seafood terus cari seafood." Pandai bertarik tali. Kononnya ingin jual mahal. Mahu dipujuk sebenarnya, malu la diajak terus terima. Kempunan sangat namanya.

"Comel isteri Azi ni mengomel." Alangkah indahnya jika menyaksikan riak wajah Rawda ketika ini dengan suara tak ingat dunianya itu.

"Tolong Azi carikan nama Abi Tam dalam contact," pinta Radzi lalu menyerahkan telefon pintarnya.

Sudahlah dipuji! Radzi memang cuba main jiwa ni! Janganlah tujuannya lari dari landasan. Ingat Rawda, kau tak ikhlas pun dengan hubungan ni.

"For what? Abi Tam?"

"Carilah dulu." Tak lama, Rawda menyeluk telefon itu kembali ke tangan Radzi.

Rawda sengaja buat rentak kasut seakan bergerak langkah memberi ruang berbual. Padahal dia makin rapat dalam senyap.

"Abi, boleh saya pergi tempat awak? Seafood jalan tak?"

"I cakap tak payah, kan?" Degilnya. Eh! Tapi sebenarnya nak je!

"Tak perlu terpengaruh dengan cakap orang, Rawda. Kalau ikut sangat cakap orang, ni Azi sendiri nak bagi isteri Azi makan, nak kutuk jugak bila suami nak jalankan tanggungjawab melengkapi makan minum isteri?"

Rawda terdiam. Main kuasa veto suami pula. Kalah tanpa bertempur namanya!

Dia kembali mendengar perbualan ringkas Radzi semula bersama 'Abi Tam.'

"Saya nak datang sana. Kalau tak menyusahkan Abi, saya nak..." Perbualan itu makin panjang sehingga ke dalam kereta.

Bukan main bergayut suara di corong telefon. Balas membalas dahsyat. Senyum. Lelaki berbual sesama lelaki akan tersenyum sipu-sipu ke?

Sopan dengan 'saya, awak' pula tu. Hati mula dihurung tak senang.

Abi? Biasanya panggilan untuk seorang ayah. Kalau menghormati sebagai ayah dipanggil abi mestilah Radzi akan membahasakan dirinya dengan nama.

Abi tu nama lelaki ke? Abizan, Abibun, Abidun, Wabi. Peliknya kalau ya pun.

Zabir? Biasanya Zubir.

Ke Habibah?

Habibah Isteri Per'Tam'a. Radzi meringkaskan jadi 'Abi Tam'.

Tak mustahil!

Tunggulah you Abi Tam, kalau you perempuan mati I kerjakan!

Pedal minyak ditekan laju. Apa nak jadi, jadilah! Kalau perempuan, langgar terus rumah dia tu.

Lokasi arah ke rumah Abi Tam ditekan.

Oh Kampung Baru? Ni madu 'baru' sat sampai!

TAK lekang senyuman di bibir Erisha, kali ini tertukar sekejap dengan sengihan. Seronok dapat nasi lemak. Tengku Hael sanggup cari! Effort tu effort!

Petang ini sungguh dingin, angin pantai di resort Tengku Hael menderu sehingga hempasan ombak kedengaran jelas.

"Patutlah Risha selalu nampak guest abang healing kat sini, tenang. Ada banyak space." Erisha menyelitkan lebihan selendangnya di sebalik selendang yang menutupi pipi. Sukar melihat pandangan, dah macam rambut.

"Bagi abang, abang takut. Kalau ribut, dah memang pejabat abang kena hentam dulu." Mata Tengku Hael tak lepas dari memerhati tingkah isterinya. Sebenarnya dia tak fokus akan perbualan isterinya, dia lebih tertarik melihat Erisha sungguh berselera.

"Abang dah handle resort ni lama dah kan, takkan la takut lagi?"

Seketika lalu, bibirnya mencoret senyum. Nasi Erisha dah habis. Tangannya menyeluk plastik nasi lemak tadi, ada lagi.

"Abang handle love lama pun, abang masih takut lagi, terutamanya kalau hilang love lagi." Mata lelaki itu sengaja bermain di pandangannya. Tengku Hael tersenyum lalu membuka pembalut nasi lemak itu untuk Erisha.

"Abang takkan hilang Risha lagi, Risha janji," tutur Erisha , penuh mulutnya.

Sempat Tengku Hael menguis pipi Erisha. Kembung mengunyah. Boleh sama dengan kembung ada baby tu. Kalau awak boleh tengok isteri ayah ni, comel. Tu yang ayah paling boleh beritahu sekarang.

"Kalau love tak cakap pun, abang sendiri akan pastikan abang takkan hilang love lagi," tegas Tengku Hael. Dia mendaratkan kucupan di dahi Erisha.

Erisha tersentuh. Senyuman meleret!

"Nak lagi." Erisha terus meminta lagi.

"Nak apa?"

"Kiss, kiss!" Erisha membuat aksi di dalam filem 'Minion'.

Tengku Hael menolak mulut Erisha dengan tangannya. Rahang Erisha jatuh, kena tolak?

"Makan nasi tu bagi habis dulu, mulut tu bau nasi lemak pekat lagi!"

Erisha berkerut geram.

"Mulut awak bau nasi lemak jugak, saya terima je membenam kat dahi ni!" Erisha kancing gigi. Malu dengan permintaan yang ditolak bertukar menjadi geram apabila diperkatakan sebegitu.

"Kalau sayang orang mana peduli bau apa pun, lagipun nasi lemak je kut!" Erisha mula berleter. Telinga Tengku Hael tekun mendengar bersama kuntuman senyum.

Lama dia tak menyaksikan manja Erisha.

"Nak sangat?" Dengan amaran, Tengku Hael mengangkat sedikit badannya kemudian bibirnya menyinggah pantas. Namun hanyalah gimik arahnya, bibir itu hanya melintasi dan menguap nasi lemak.

"A... bang." Kata-katanya mati.

Wajah Erisha serta merta keruh.

"Sampai hati abang!"

"Sampai hati lama dah, dah la tu berkerut ibu sorang ni." Hidung Erisha dicuit. Tak mahu berlamaan mengusik, kesian.

Baru sahaja Erisha hendak menampar dadanya, dia tangkas menahan lalu merapatkan bibirnya ke dahi licin itu.

"1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10! Sampai hati lagi?" Setiap kucupan itu dikira, laju betul!

Erisha terpempan.

Tengku Hael tergelak kecil melihat reaksi Erisha selepas dia mengucup bertalu-talu di dahi Erisha.

"Last!" Bibir Erisha hampir menjadi persinggahan. Laju Tengku Hael melarikan wajah.

"Pekat bau nasi lemak!" Tengku Hael sengaja mengesat bibirnya.

"How dare you! Isy isy!" Terlopong Erisha melihat tingkah Tengku Hael demi menghilangkan bau. Walhal belum kena lagi!

"Risha." Suara itu bukan dari milik Tengku Hael.

Satu suara menyapa menitikan sebaris namanya. Suara yang datang dari arahnya membuatkan Erisha angkat kepala.

Erisha terpempan.

"Abang Khairi," sebut Erisha dalam nada tidak menyangkal.

Erisha terkedu saat susuk tubuh Abang Khairi ada di hadapannya.

Tengku Hael kalih. Ketika itu, masa di situ seakan terhenti. Suasana seolah berubah sunyi. Hanya anak mata yang bertemu menaburkan kata.

"Abang dah lama cari Risha." Suaranya kedengaran bersulamkan sayu. Erisha dilanda tanda tanya.

"Untuk apa kau cari isteri aku?" Tengku Hael terus berang. Apakah ujiannya ketika ini?

"Aku cuma..."

"Dia sekarang isteri aku, apa-apa pun kau nak cakap, semasa dia masih isteri kau, tapi sekarang dia isteri aku dan sepatah kata pun aku tak izin dia dengar daripada kau." Tengku Hael langsung memberontak.

Erisha tidak bersuara. Dia menurut kata Tengku Hael. Dia tidak mempunyai apa-apa hubungan lagi dengan Abang Khairi dan segala urusan antara mereka sudah selesai tiga tahun lepas.

"Abang cuba jelaskan pada Risha sewaktu kita jumpa semula, bukan niat abang memanjangkan, abang nak Risha tahu..."

Tengku Hael mengepal tangan, dia sudah cukup bersabar. Jika dia dengar lagi, tamat riwayat lelaki itu.

Erisha mengikut langkah Tengku Hael. Namun, hanya beberapa langkah kemudiannya terhenti.

"Mak nak jumpa, Risha. Mak hidap penyakit kanser, bila-bila masa mak akan pergi. Tolong jumpa mak, Risha. Ini permintaan mak."

Bagai sembilu yang menghiris hatinya saat mendengarkan khabar itu. Erisha menggeleng. Dia menidakkan khabar itu. Sekali lagi dia akan menempuh detik kehilangan seorang ibu?

Kenapa harus terjadi sekarang? Tika ini terasa Erisha melepaskan tangannya. Tanpa diduga Erisha berpaling ke arah lelaki itu. Walaupun angkara khabar itu, namun... Sakit, Risha, sakit.

_______________________
WRITER COMMENT : Dalam beberapa bab, menuju ke jalan yang dimahukan. Semoga ceria selalu. Puasa, jangan tak puasa~

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro