Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

MHS : 64

"DAH buat majlis pun tak pergi honeymoon, tak apa ke sayang?" Tangannya melingkari di pinggang Erisha yang sibuk menyediakan sarapan pagi, ada lagi makanan semalam.

"Memang tak apa la, mesti kita pergi nanti naik kereta. Sakit pinggang lama-lama naik kereta," jawab Erisha, itu alasan yang menyakinkannya untuk membantah. Semestinya taklah dia nak pergi.

"Sakit pinggang abang urut." Tengku Hael masih mencuba nasib. Dia mengekor langkah Erisha, sungguh berwaspada. Erisha menjeling je. Geram la tu!

"Abang bawak kereta, nak bawak sambil urut?"

"Abang berhenti. Sanggup setiap minit untuk sayang." Muka Tengku Hael terjegul saat dia ingin berpaling menuju ke meja makan.

"Hisy, apa ni abang? Kalau jatuh macam mana?" Erisha menyambung langkah ke depan melepasi Tengku Hael. Bibir saja bergerak-gerak, tak puas hati betul!

"Simpang malaikat 44, Love. Jangan cakap macam tu, abang ni ada je untuk sambut," tegur Tengku Hael seraya memerhati gerak geri Erisha.

Betullah itu. Tengku Hael memegangnya dari tadi, mustahil jatuh.

"Sejak guna 'abang', Risha seolah dapat kekasih Risha yang dulu. Macam kita guna 'awak, saya' tu," detik Erisha sambil meletakkan pinggan ke atas meja. Dia bersandar seketika di pinggir meja.

"Tahu tak love dapat kekasih halal love ni dah lama dah?"

"Abang betul-betul maafkan Risha?"

Tengku Hael menjijak setapak lagi jubin tangga ke meja makan, perlahan-lahan tubuh itu ditarik ke dalam dakapan.

"Walaupun abang perlukan lagi masa. Tapi percayalah, takkanlah abang tak boleh maafkan love. Love jangan risau, kemaafan tu akan jadi milik love."

"Boleh ke Risha tenang je bila abang belum maafkan? Kesian suami Risha ni, menahan perasaan dekat hati disebabkan rasa sayang." Sisi wajah itu disentuh penuh rasa bersalah. Wajahnya sayu.

"Hati yang mencintai ni lagi tak sanggup kalau hilang Syalia Erisha. Biarlah perasaan lain. Lagipun abang pun ada sakitkan hati love, abang lagilah tak dapat kemaafan dari love lagi," ucap Tengku Hael senada. Namun, lebih cuba menyakinkan Erisha, tak ingin Erisha terlalu memikirkan perasaannya. Perasaannya baik-baik sahaja.

"Siapa kata abang tak dapat kemaafan tu? Istilah kemaafan dari Risha sebenarnya tak wujud pun sebab abang tak ada salah dengan Risha. Risha ni yang banyak salah terhadap abang," tutur Erisha, diulit rasa kesal.

"Salah tu... salah sebelum love jadi isteri abang. Jadi, akhiri pasal tu. Nanti abang mesti maafkan love sepenuhnya. Jiwa ni, hanya sentiasa dambakan love dan baby baba." Hujung jarinya menekan dada. Bukti cinta tersemat di sini. Itulah bahasa cinta.

Tengku Hael turun mengucup perut Erisha.

"Risha tak suka la abang buat okey macam ni, Risha..." Jari Tengku Hael melekat di bibir Erisha.

Tengku Hael hanya tersentak sendiri saat terpandangkan jarinya pada lekuk senyuman Erisha.

Lama Tengku Hael berdiam diri.

"Abang?"

Tengku Hael tersedar.

"Ya Allah, Allahuakhbar, Subhanallah."

"Kenapa ni abang?"

"Abang terpikat sekejap dengan sayang. Terpana tengok lekuk senyum sayang ni." Erisha miliki lesung pipit, belum senyum dah cantik. Sengaja dia mencucuk pipi Erisha.

"Isy! Dia ni kan!" Dada Tengku Hael dijadikan persinggahan telapak tangannya yang kecil.

"Tak nak ke pergi honeymoon?" Belum habis lagi?

"Kalau tak kesiankan Risha, takpe!" Erisha menuju ke dapur semula.

"Abang cuma nak perkahwinan kita ni fully package," jelas Tengku Hael. Intonasi suaminya menghambat rasa serba salah.

Erisha pula terkesan mendengarkannya. Alahai suami.

"Erm... Risha ada satu permintaan untuk honeymoon."

Wajah Tengku Hael berubah ceria semula.

"Kita pergi water park, nak?" saran Erisha, nadanya benar-benar teringin.

Erisha melabuhkan duduk seiring dengan Tengku Hael yang membontotinya sedari tadi.

Laju Tengku Hael menggeleng.

"Lagilah bahaya."

"Risha rasa macam nak swimming, Risha tahu rumah pun ada, tapi tak sama. Water park ada..."

Nasi diisi oleh Tengku Hael ke dalam pinggan. Sekejap dia melirik ke arah Erisha semula.

"Pergi lepas love dah bersalin dan berpantang. Abang janji," celah Tengku Hael menegaskan. Itu keputusannya. Bahaya tau, sayang.

"Apa kata kita berjalan je dekat area situ? Risha rasa macam teringin nak pergi water park, please..." Suara Erisha meleret. Sebenarnya bukan tiba-tiba, tetapi tempoh hari sewaktu perjalanan pulang dari majlis mereka, matanya melingas banner menggambarkan water park. Terus dia tersimpan hajat sebegitu.

Tengku Hael hanya diam, tangannya sahaja bergerak menyuap Erisha.

"Abang, tak boleh ke? Jalan je, betul..." Sekali lagi Erisha memujuk.

"Dekat resort abang ada pool jugak dalam room, cuma yang kita masuk haritu tak ada pool. Selalu bilik tu penuh sebab family booking, kalau sayang nak, hari ni pun boleh. Tak payah pergi water park."

"Abang dahlah cuti lepastu pergi resort. Tahu tak hari cuti la orang tak nak pergi tempat kerja. Ni abang nak pergi pulak." Sengaja Erisha bertarik tali. Kalau dah kata bilik, mesti cuma mereka berdua. Lagilah suka! Tak sesak. Tak jadilah water park!

"Sekarang ni nak mandi pool ke tak nak? Jalan dekat water park? Tahu tak keadaan water park tu macam mana? Memang taklah semua orang nak berjalan, hampir keseluruhan tak sabar nak pergi bahagian lain dalam water park tu," terang Tengku Hael membahas permintaan Erisha, jujurlah. Dia memang berniat membantah sekeras-kerasnya.

"Abang marah Risha." Air mata Erisha jatuh di depan matanya.

"Aip, abang tak marahlah sayang." Tengku Hael menggelabah. Dia turun melutut, wajah Erisha segera diangkat.

Erisha bangun dari duduknya. Seperti ingin membawa diri. Sudahlah tadi love lepastu sayang pulak! Mana satu nak? Ergh!

"Love, nak pergi mana? Abang cuma risaukan love je, bahaya..."

"Bahaya sampai marah, dahlah, Risha nak duduk rumah je!" Erisha membawa langkah ke anak tangga.

"Sayang, apa pulak macam tu? Sayang, dengarlah dulu, abang... Abang risau... Abang bukan marah... Betul sayang, betul."

Erisha tersenyum saat Tengku Hael mengalihkan tubuhnya. Terpinga-pinga Tengku Hael.

Erisha tertawa kecil. Sempat wajah Tengku Hael dibelai.

"Tahu pun gelabah, hurm? Cakap macam marah tahu tak? Padan muka kena tipu! Werk! Bye!" Cepat Erisha melarikan diri sebelum Tengku Hael menyedari dia terkena. Mahu sahaja dia memeluk Tengku Hael yang terkedu tadi, tapi dia ingin mengenakan Tengku Hael dulu.

Baru saja beberapa tapak melarikan diri, Tengku Hael pantas menangkapnya.

Wajah putih itu hinggap tepat antara jarak mereka. Mata bertemu mata. Deruan nafas Erisha jelas terasa dimuka Tengku Hael.

Hati terusik bahagia. Mereka akhirnya tertawa manja sesama sendiri.

Firstlead couple :: Erisha & Hael

"RAWDA nak keluar pergi mana?" Suara Azi kedengaran di cuping telinganya.

"Nak pergi kenduri kawan. Ada apa?"

Dia ada buat salahkah? Sejak majlis tempoh hari, Rawda dingin sepenuhnya. Bukankah Rawda yang terlalu menginginkannya? Tapi, mungkin Rawda memendam rajuk. Dia menolak pada mulanya, Rawda pasti diselubungi anggapan sayu.

"Boleh Azi ikut?" Dari pagi dia menanti Rawda bangun. Tetapi, dia faham. Sudah terbiasa setiap kali cuti dia hanya kerap mendengar suara mama memarahi Rawda.

"You mesti dah makan. Tak payahlah. I pergi pun sebab I lapar." Rawda merapikan tudungnya. Tudung? Sekejap lagi keluar, percayalah tudung ini dilemparkan sahaja di bonet. Rimas!

"Azi belum makan. Tunggu Rawda bangun, Azi plan nak ajak keluar makan sebab ada dengar Rawda cakap dengan mama yang Rawda tak nak pergi pun kenduri tu, jadi Azi rancang nak keluar makan dengan Rawda." Dua hari dia cuti, Rawda hanya meluangkan masa dengan tidur.

"I pergi sebab I tahu tak baik pulak tak pergi, dah orang jemput. Kebetulan I lapar, makanan dekat rumah tak kena dengan tekak I. Tekak you mesti kena, baik you makan je la dekat rumah. Nanti habis majlis tu I nak pergi shopping barang dapur, chef I dah makan gaji buta dua hari."

"Azi tak rasa ada makanan, barang pun tak ada. Tak kena jugak dengan tekak Azi sebab tak ada apa-apa bahan nak dimasak." Bijak Radzi membalas.

"Kalau ada macamlah you boleh masak. Suruh Pak Rashid order je untuk you makanan, ada banyak apps penghantaran makanan. Pandai-pandailah." Sinis Rawda tanpa mempedulikan lagi perasaan Radzi. Semberono dia menutur kata.

"Rawda malu nak bawa suami buta ni pergi majlis kawan Rawda tu?"

"I kalau malu, dari I perkenalkan you sebagai abang I pun I dah patut malu," jawab Rawda cuba berpura-pura menjaga perasaan Radzi.

"Bukan ke memang Rawda malu? Malah Rawda malukan lagi Azi." Ada saja patah kata keluar dari mulut.

"Fine! Ikut je la. Pergi siap," halau Rawda menolak belakang Radzi. Memang menyusahkan! Dah penatlah berwayang.

Radzi mengukir senyum mendengarkan Rawda akur.

"Tolong pilihkan baju yang sama warna dengan Rawda," pinta Radzi kepada Rawda. Radzi menahan posisi di situ. Tak berganjak saat ditolak tadi.

"Tak naklah sama warna baju," bantah Rawda, jelek wajahnya memandang Radzi. Agak-agaklah. Memalukan lagi ada la.

Tetapi, satu idea menjengah fikiran. Yes!

"I dah tahu baju you yang mana sesuai dengan warna baju I. Dah, pergi duduk sana, sayang," arah Rawda di hujung perkataannya. Rawda langsung keluar dari ruangan bersolek.

Hampir tersadung Radzi selepas mendengar panggilan 'sayang' yang baru saja lepas dari mulut Rawda. Hatinya mula dihempas rasa haru. Senyuman segan terasa memekar di bibir.

Rawda menutup pintu keretanya usai keluar. Baru sahaja dua hari lepas majlis pihaknya dihadiri oleh rakan-rakan pengusaha butik tetapi bukanlah rakan ketika belajar jurusan fesyen. Angkara itu, dia mengatakan enggan kepada mama. Namun, dalam enggan... hari ini dia yang hadir ke majlis salah seorang rakan jurusannya sewaktu di universiti dulu.

"Amaryn!" Terdengar suara lelaki dari arah belakang. Kuat intonasi, nak menegur ke nak memekik?

"You ni kan, buat I rasa nak marah tau?Nasib I dengar you panggil secara tak mengejut, kalau mengejut tadi?"

"Jangan risaulah. I takkan bagi you mati mengejut, hilanglah kesempatan I nak try you."

Rawda menoleh ke sisi, air muka Radzi jelas dengan riak mengundang persoalan. Cemburu? Baru dua hari lalu mereka diijabkabulkan, takkanlah Radzi sudah jatuh cinta?

Dia mendengar seorang lelaki menegur Rawda dengan mesra. Bohonglah hatinya tak berlegak.

Radzi menyusun langkah merapati rentak suara tadi. Tangannya hanya mampu berpaut pada kereta, jikalau rumah, dia ingat setiap arah. Ini dia berada di luar, tanpa Pak Rashid.

Rawda menyedari itu, kakinya melangkau sebelum derapan Radzi.

"Panas, Ngah. Nasib you tak pegang." Kedua-dua tangan Radzi diraih.

"Banyak pahala you, kahwin sambil buat amal kebaikan." Lelaki itu kembali bersuara. Masih enggan berganjak.

Rawda mengangkat wajah saat kakinya mula diatur seiring Radzi.

"I mean, Rawda Amaryn kut? Pilih suami cacat? Abang pulak tu? Tapi it's okay, I faham. Dah biasa jaga orang cacat kan." Tepat. Sangkaannya tak meleset. Mulut bekas rakan sekelasnya memang biadap. Tak jauh sepertinya.

"Memang biasa, senang sangat. Ala... you buat macam tak biasa pulak, padahal orang cacat mulut macam you pun I boleh jaga." Tenang yang berbaur pedas.

Siapa boleh lawan? Rawda Amaryn kut? Dia ketua mulut puaka di dalam kelas. Setakat sindiran level bawahan seperti lelaki itu, kacang!

Radzi membisu. Dia terkedu. Rawda mempertahankannya?

"Amaryn? Selamat pengantin baru! Maaflah I tak datang masa you kahwin." Rawda dihurungi bekas rakan sekelasnya di universiti 5 tahun lalu.

Mata mereka tertancap pada baju yang tersarung di tubuh Radzi, masing-masing menyeka mulut pada telapak tangan.

"Walaupun berbunga, tapi sesuai. Angah... I mean suami you still nampak handsome." Radzi dipuji? Padahal niatnya lain. Mahu Radzi enggan mengikutinya lagi gara-gara malu ditegur.

Rawda memilih baju bunga yang dihadiahkan? Sebenarnya Rawda enggan dia berpenampilan dengan baju itu, tetapi hari ini, Rawda memilihnya?

Rawda tidak banyak berbual, diam sahaja di meja mereka. Andaikan dia mampu melihat Rawda ketika ini? Tadi dia mendengar pujian rakan-rakan Rawda, Rawda masih secantik dulu dan yang paling tersentuh di hati, Rawda anggun berhijab.

"Rawda," panggil Radzi perlahan.

"Yes, why?" Rawda tersedar. Dia bosan sehingga termenung sendiri.

"Macam mana penampilan Rawda sekarang?" soal Radzi, posisi pandangan tak tepat. Namun, Rawda meraih dagu lelaki itu.

"Again?" Usai itu, dia menyoal kembali. Pelik. Soalan sama seperti tempoh hari.

"Azi akan tanya sampai Azi miliki peluang lihat Rawda sendiri dengan mata Azi yang sempurna seperti orang lain." Jawapan itu cukup menggetarkan hatinya.

Enggan terlalu goyah, Rawda kembali memandang rakan-rakannya.

"I pakai blouse warna merah, kain I hitam dan tudung I hitam. Itu je." Rawda menjawab perlahan. Kalau dengar, dengarlah. Andai tak, tiada ulangan.

"Azi pulak? Pakai warna yang sama tak?"

Aneh. Benarkah ini Angah? Lelaki itu berubah 360 darjah sangat!

"Dahlah, pakai baju warna apa pun tak apa. Sama jugak, still you adalah Radzi."

"Rawda mesti cantik. Bagi Rawda, Azi..." Belum sempat Radzi menghabiskan ayat, Rawda laju memotong perkataan Radzi. Dia sudah menduga. Jika terlafaz sekalipun soalan itu, takkan dia jawab. Puji Radzi? Hina sesuailah.

"You duduklah sini, I nak pergi bergambar dengan pengantin," celah Rawda, saat itu dia menyeka rentak kata Radzi.

Rawda cuma masih tersisa rajuknya. Benarlah, kan? Tak semena-mena dia melamar. Malah lamaran itu hanya demi menghindarikan Rawda daripada bahaya sahaja, mustahil Rawda akan melayannya baik. Rawda cuma memerlukan masa. Panjang lebar Radzi cuba menenangkan hati akan fikiran itu.

"You Ngah, kan? Abang angkat Rawda?" Terdengar satu suara menegur.

"Dah jadi 'abang' suami dah, Hayla. Melepas you," sela salah seorang yang lain, berbaur sindiran. Suara mereka terlalu dekat. Barangkali mereka mengambil tempat di sisinya.

"Rawda ni, semua barang sempurna selalunya dia dapat. Macam mana boleh menyimpang dapat orang tak sempurna pulak?" Suara lain menyampuk. Terdengar dari arah satu meja, namun tak boleh diteka jaraknya.

"Tak sempurna pun dia ada rupa." Mereka tertawa antara mereka saat suara lain lagi mencelah.

Tadi semuanya berbual tanpa Rawda.

"Sempurna rupa je, nanti tua kerepot jugak."

"Time tualah susah jaga patutnya. Ini dia, time muda, dah ada bebanan."

Ya Allah, bagaimanakah Rawda mampu hidup di sekeliling rakan seperti mereka?

"Itulah, kifarah la sebenarnya. Dia tu tak cakap pun dah biadap, bila cakap? Lagilah. Dulu maki hamun abang dia ni, sekarang jadi suami?"

"Lah tadi you ucap pengantin baru bagai, minta maaf tak datang majlis. Memang bermuka dua you ni."

"Dahlah you yang ajak semua bersengkokol jangan datang kenduri Amaryn," sambung pemilik suara mulanya menegur tadi.

Tahulah dia, ini rakan Rawda tadi. Dia tak sangka, yang dianggap seketika ada segelintir rakan yang baik dengan Rawda, namun hampa.

"Macam ni diertikan sebagai kawan?" Mereka tersentak saat Radzi bersuara.

"You ingat kitaorang anggap dia sebagai kawan?"

"Chill la brother tampan, kitaorang tak pernah pun anggap kitaorang ni berkawan jugak." Salah seorang cuba menenangkan keadaan. Padahal mereka hanya senyum sinis di depan Radzi.

"Macam mana pun dia hamun aku seperti yang semua tahu, semua tu dah berlalu. Aku sendiri tak menghukum, apa hak semua orang yang cakap buruk belakang dia ni?"

"Laki bini sama je, mulut puaka." Naik seoktaf nada perempuan yang berani menegur dan menyentuhnya tadi.

"Dah kenapa biadap sangat? Aku dan isteri aku yang mula dulu ke kau dan yang lain mula dulu?" jerkah Radzi, tak tertahan sabarnya.

Beberapa tetamu dari kelompok mereka berbisik, namun jelas didengari.

"Tak padan dengan buta nak tengking orang." Itu suara rakan Rawda yang difikirkan baik itu tadi.

Radzi terus mengepal tangannya. Merah telinganya menahan kemarahan.

"Setidaknya bukan buta hati, bukan syiling!" Radzi menolak tongkatnya.

"Jangan ingat aku buta, aku tak boleh pertahankan isteri aku. Mungkin kau dan yang lain tak takut dengan ujian Allah, menghina bukan hal remeh, Allah Maha Mendengar bahkan menghina orang seperti aku.

Sekarang aku tahu kenapa Rawda melakukan perbuatan yang tersasar, kerana jiwanya menjadi mangsa!

Berhentilah jadi manusia yang kejam kata! Depan mungkin tampak dia baik-baik saja. Disebabkan tu, kau dan yang lain tak segan menyakitkan hati. Nak bercakap biar beragak. Lidah bukan untuk menjaja cerita, menghina, tapi untuk diawasi setiap tutur kata!"

Bait kata Radzi bagai menjerut tangkai hatinya. Langkahnya kaku.

Secondlead couple : Rawda/Radzi

22 : Mar : 2024
______________________
WRITER COMMENT :

Secondlead couple :
Siapa pernah jadi mangsa kepada orang yang tak pernah sedar pun dia buat kita jadi mangsa?

Firstlead couple :
Cinta kita yang suci rebah ke bumi,
Hanyalah tinggal serpihan,
Kisah suka dan duka ku simpan,
Itulah lumrah dunia,
Tidak semua yang indah kekal lama,
Memanglah kita bahagia,
Namun takdir berubah segalanya :(

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro