MHS : 62
CUACA pagi hari ini cukup nyaman. Dingin. Angin sepoi-sepoi bahasa masuk melalui celahan langsir dan menampar lembut pipi Erisha. Sungguh menenangkan.
“Goodmorning sayang,” ucap satu suara. Sekali lalu suara itu menyapa telinganya, tubuhnya dipeluk dari belakang.
“Saya baru nak feeling titanic,” protes Erisha seraya memusingkan tubuh. Sudahlah dipanggil sayang, isy malu!
Ketika ini dia menghadap tubuh tegap yang memeluknya sebentar tadi. Tangannya naik merangkul leher si suami.
“Hurm, rasa tak puas betul tidur. Banyak sangat kerja semalam,” luah Tengku Hael. Serak suaranya. Penat.
“Kesian suami saya ni.” Tangan Tengku Hael meraih tangan Erisha usai mendengarkan itu. Dia menggerakkan tangan Erisha, mahu dibelai.
“Awak tu lagi banyak buat kerja,” balas Tengku Hael semula. Malam tadi, Erisha bertungkus lumus mengaturkan meja beradab, mengisi cenderahati majlis, memantau bahan untuk lauk dan menggubah hantaran.
“Lama tak dengar awak bahasakan 'awak' tu. Rasa nak nangis je bila saya dapat peluang dengar lagi.” Saat mencari pakaian semalam, Tengku Hael memanggilnya 'awak'.
Sebenarnya, semalam hari yang cukup terkesan di hatinya. Tengku Hael memilih pakaian sanding! Untuknya. Tengku Hael beritahu, harini dia menempah pelamin dan jurugambar. Tengku Hael mahu menunjukkan kepada bakal anak mereka nanti gambar perkahwinan mereka.
Majlis ini khas untuk pengetahuan pekerja Tengku Hael, Tengku Hael masih terkesan dengan Irfan. Sejak hal sebulan lalu Irfan membuat onar di hati lelaki itu. Bahkan tanpa terjangka, Irfan menolak permintaan Tengku Hael untuk berbincang. Makin angin la Tengku Hael!
“Saya dah lama nak bahasakan diri saya dengan 'saya', dari hari akad nikah kita. Tapi hati saya masa tu sakit sangat, tak mampu lagi,” ujarnya menjelaskan. Mungkin, dia enggan Erisha terasa.
Bahagia hati menatap wajah Tengku Hael. Lelaki yang sentiasa berusaha pelbagai cara demi membahagiakannya.
“Saya faham perasaan awak, sayang. Saya tak pertikaikan sebab saya tahu awak masih belum bersedia. 'Saya, awak' ni memang ada kenangan, tapi kenangan tu jugak lah yang hancurkan awak.”
“Sekarang dah tak hancur. Awak sentiasa mampu mengekalkan setiap rasa saya terhadap awak,” balas Tengku Hael sambil mencuit batang hidung Erisha.
“Wait, saya rasa! Why not saya panggil awak 'abang', nak?” soal Erisha lantang. Laju dia sesaat idea itu terlintas. Mujur jarinya lekas dijauhkan. Baru je nak picit hidung tu agar kembang sedikit, kalau tidak muncung betul!
“Lagi abang suka.” Tengku Hael ikut teruja. Terdengar lembut nada Tengku Hael. Sukanya! Suka sangat-sangat!
“Terus try ea!” Mukanya mesti merah sangat tika ini. Dia tersipu-sipu.
“Nak juga rasa awak panggil saya abang, dari dulu terfikir. Abang pulak panggil awak macam dulu...” jeda Tengku Hael, sengaja ingin menduga Erisha. Entahlah Erisha ingat ke tidak.
“Love?”
“Ya, love.” Tengku Hael mencuit hidung mancung itu.
“Mestilah nak!” Kedua-dua tangan Tengku Hael digoyangkan. Riang sungguh Erisha.
“Tahu tak saya ada idea jugak! Wujud idea ni masa kita berangan dulu!”
Sukar hendak menggambarkan. Dia memiliki Erisha sepenuhnya. Telatah manja Erisha setiap kali dia ingin meluah sesuatu. Aku pun tak sangka miliki peluang dengar suara kau sebahagia ini, sayang.
“Nak tak kita praktis untuk anak kita? Biasanya anak akan ikut apa yang kita as parent bahasakan antara sesama sendiri.”
Tengok tu, anak ayah. Ibu awak ni terbaik tau, nak permudahkan awak.
“Nak panggil baba? Love kan pernah cakap, nak panggilan tu.” Tengku Hael layankan saja. Detik ini bermakna, takkan mungkin dia siakan.
“Tapi awak dah bahasakan diri awak 'ayah', kan?” Tengok tu! Sengaja tarik tali. Padahal dia nak.
“Baba pun tak apa, tu kan nama yang ibu bagi dekat baba, takkanlah baba tak nak, kan, anak baba?” Bicaranya beralih. Manja suaranya.
Dengar tu sayang? Baba awak ni sweet tau, rezeki awak dapat kongsi baba dengan ibu.
“Kita praktis sikit setiap kali kita berinteraksi dengan baby antara kita dan time dekat due-date nanti.”
“Okey, ibu.” Dia melutut untuk menyamai paras perut Erisha lalu dikucup perut Erisha yang sudah sedikit membukit.
Erisha mengukir senyum. Bahagia. Terlalu bahagia. Pagi-pagi dah senyuman meniti bibir, hati tersentuh bagai nak gila. Sudahlah petang nanti nak kahwin lagi!
“Love nak tak makeup macam Rawda untuk kenduri Rawda ni?” Tengku Hael berdiri perlahan-lahan seraya meraih tangan Erisha ke genggaman.
“Risha rasa macam nak makeup sendiri je.”
“Risha?”
“Cakap tak suka bahasakan nama?”
“Tak suka kalau abang bahasakan Risha, Risha. Abang kena penalti kalau abang yang bahasakan, ingat tu! Yang dah lepas kita halal je! After this, no!”
Dulu bukan main merajuk. Sakit hati bila dibahasakan nama. 'Nama saya bukan untuk awak guna', how dare you Risha kan saya'. Sebenarnya dia pun sama. Sakit sangat dibahasakan nama.
Nak dibahasakan panggilan lain.
Tapi, sepanjang perkahwinan sehingga dua hari lepas, Erisha tak sanggup menegur agaknya. Jika tidak, berleter seharian bila dibahasakan nama.

AKAD kabul diungkap usai lafaz ijab wali Rawda kepada Radzi. Majlis akad nikah berlangsung penuh sempurna. Dari awal ijab dan kabul sehingga momen menyarungkan cincin.
Buat seketika, Erisha menjadi perhatian Tengku Hael. Pasti Erisha mahukan juga detik ini.
Dia kalih ke arah Hafiz di sebelahnya.
“Jom ikut aku sekejap.” Tanpa jawapan, Tengku Hael menarik Hafiz keluar.
“Cantik awak, Rawda,” puji Erisha sambil mengemaskan veil Rawda.
“Terima kasih sebab ada dengan I, jom ambil gambar, mana Along?” Tanpa segan silu lagi, tangan Radzi yang tidak jauh darinya, dicapai.
“Jom bergambar satu family dulu, mama, jom.” Jujur. Penampilan Radzi begitu segak.
Cantik? Andaikan aku memiliki peluang melihat kau detik ni, Rawda.
“Boleh cerita terperinci penampilan Rawda?” bisik Radzi seraya membalas genggaman Rawda.
Rawda memusatkan pandangan di sisi. Benarkah apa yang dia dengar? Hatinya cukup bergetar dengan pegangan Radzi, inikan pula dibahasakan 'Rawda'.
“I cantik macam selalu.” Entah mengapa, matanya enggan beralih saat sepasang matanya menyinggah pada raut wajah Radzi.
Dari jauh Erisha melambai ke arah Tengku Hael. Terjegil matanya, geram agaknya. Terpaksa melarikan diri sebentar tadi.
“Ngah dengar dari tadi orang puji Rawda.”
Janganlah Radzi benar-benar masuk ke dalam perangkapnya.
“I suka you berbaju melayu. Hensem, macam sekarang.”
“Bukan macam tu yang Ngah maksudkan. Ngah bukan nakkan pujian. Ngah nak tahu sedalam kecantikan Rawda harini. Hari biasa pun Rawda cantik, kan? Harini Ngah dengar, pujian lain dari biasa.”
“Secantik yang kita tak pernah expect, Ngah. Itu je yang Long boleh cakap untuk Ngah gambarkan,” celah Tengku Hael. Dia tercuri-curi dengar. Maklumlah bersebelahan sahaja bergambar memandangkan Radzi adiknya.
“Betul Ngah,” sokong Erisha, dia tumpang gembira. Mewah yang tak terlalu menonjol, longgar tapi sungguh sempurna disarung pada tubuh Rawda. Lengkap berhijab, tiada istilah seperti biasa penampilan Rawda pada hari bahagia wanita itu.
Erisha memeluk Tengku Afina di sebelahnya. Ibu mertuanya itu tak lekang dari senyuman. Bohonglah Tengku Afina tak gembira, Tengku Afina sanggup menggunakan tongkat tanpa kerusi rodanya. Mahu menyempurnakan majlis ini. Untungnya dia memiliki peluang meniti kebahagiaan di dalam keluarga ini.
“Jom kita semua makan, imam, ustaz, jemput makan,” pelawa Tengku Afina.
“Hael, pimpin Lia ni, ada hati dia nak pimpin mama, mama pun takutlah jadi apa-apa ke dia. Perut tu dah nak kedepan,” panggil Tengku Afina. Aduhai menantu sorang ni, nak berbakti tetapi hendak membawa diri pun bakal tak termampu. Dia bukan tak tahu detik mengandung. Cepat letih! Bukan kuat sangat. Bahaya.
“Lia okey je mama, bukan besar lagi. Kalau besar sikit mungkin tak boleh.”
“Dah, dah. Mama tak nak. Jaga diri tu, Hael, jangan ikut sangat okey dia.” Tengku Afina laju memberi amaran.
“Risau sangat mama, comel mama kan abang.”
“Anak dia pun comel, turun ke cucu nanti dua kali ganda comel. Tu belum turun comel ibu dia, 100 kali ganda!” Tengku Hael meluaskan tangannya, sengaja melakonkan contoh '100 kali ganda' itu.
“Malulah Risha.”
“Macam diaorang pulak pengantin baru,” sindir Hafiz, dari tadi mendengar celoteh bakal ayah dan ibu itu. Sindirnya bukan lagi ke arah tidak menyukai, tetapi sekadar mengusik.
“Pengantin baru lagi, tapi sekejap lagi more fresh!” Tengku Hael terus membalas. Dia tahu itu Hafiz.
Erisha sekadar senyum nipis kepada Hafiz sebagai tanda hormat Hafiz sebagai sahabat Tengku Hael. Cukuplah itu. Dia cuma belum bersedia untuk menganggap Hafiz sebagai kawannya seperti sebelum ini. Bukan niatnya mengambil kesempatan selepas Hafiz mengetahui segalanya, tetapi dia sendiri perlukan masa. Hafiz menyakiti Tengku Hael, tutur kata Hafiz selama ini, cukup menikam dasar hati.
Hafiz sudah tidak lagi menghalangi apa-apa berkenaan Erisha, mungkin kerana Erisha mengandung. Tengku Hael berharap, hubungan persahabatan Hafiz dan Erisha mampu dipupuk semula. Mereka berlima termasuk Rawda dan Radzi, biarpun mempunyai pertalian saudara, namun mereka tetap sahabat.
“Nanti Lia uruskan yang mana Lia boleh, nanti petang kita nak lari kejap, kan? Kita buat yang mana boleh, selebihnya catering ada, keluarga belah arwah papa ada,” pesan Tengku Afina seraya membahagi tugas kepada Erisha dan menenangkan hati Erisha.
Dari tadi, nak tugas dan risau jika persiapan Tengku Hael menganggu aturcara majlis.
“Love, dengar sini.” Giliran Tengku Hael cuba menenangkan. Baru je nak mula majlis, Erisha dah gelabah. Comel lahai isteri.
“Dengar apa?”
“Love duduk je teman abang bagi doorgift, okay? Pasal kejap lagi, pukul 3 je abang bawa sayang pergi resort, kita bersiap, okay?”
“Hm okay okay.”
“Comellah ibu ni!” Sempat Tengku Hael mengucup pipi Erisha. Geram!
“Assalamualaikum!”
“Tak menyempat depan-depan sambut tetamu.” Siapa lagi jika bukan Man.
Tengku Hael melingas ke arah Erisha usai mereka berjarak. Tahulah dia, Erisha menjemput. Tersenyum sipu.
“Tetamu kakak ipar yang datang dulu?” Sengaja Tengku Hael mengusik. Lama juga tak bertemu, apa salahnya greeting sebegitu. Kawan kan.
“Tak boleh datang, tak apa, aku balik ni, aku balik.” Riuh suara Man sahaja di gerbang majlis.
“Balik Man, balik.”
Man mengikut rentak senda Tengku Hael. Laju sahaja Tengku Hael memainkan peranan menahan.
“Terpaksa ni, terpaksa.”
Ketawa Erisha dibuatnya. Man, kawan kampungnya sejak kecil lagi. Man, Faizan dan Din.
“Din mana Man? Tak datang sekali?”
“Dia bawa mak dia sekali, mungkin lewat sikit. Aku datang awal sebab bini aku masih dalam pantang, aku jaga sekejap. Kau tu, ada isi kan?”
“Takkan buncit pulak!”
“Alhamdulillah, tahniah Hael.” Peluk sahabat.
“Terkejut aku bila dengar dari Din yang kau kahwin dengan Erisha. Ada rezeki kau Hael, aku yakin tak ke mana jodoh kau orang. Pasti berbalik, alhamdulillah.” Sekali lagi kalimah itu diucap. Dia turut senang.
“Alhamdulillah Man. Kau tunggu kejap,” pinta Tengku Hael seraya mengeluarkan beg dompetnya.
“Untuk anak kau, maaflah Man. Tak sempat kitaorang tengok anak kau,” ujar Tengku Hael seraya menyalam tangan Man, duit itu diselitkan pada tapak tangan Man.
“Ya Allah, buat susah kau je. Alhamdulillah rezeki anak aku. Nanti kau mesej la aku bila Erisha dah melahirkan, aku bawa hamper, Inn Shaa Allah.”
“Alhamdulillah ayah baby dapat hamper.”
“Hamper baby, untuk baby. Untuk kau kopi je, supaya mencergaskan kau berjaga waktu malam!” Kuat ketawa Man diselangi Tengku Hael. Makan dalam betul ea Man.
Bukan main lagi lelaki bila berbual. Mujurlah tetamu tidak ramai lagi.
“Sudah tu. Jemput makan, Man.” Erisha laju memotong perbualan rancak itu. Jika dibiar lama lelaki berdua itu, jawabnya Man ikut sekali menyambut tetamu.
“Love, abang tanpa kopi pun boleh berjaga malam,” bisik Tengku Hael, tetapi lebih kepada berbual. Lantang! Enggan kalah.
Erisha laju menjegil mata ke arah Man yang berpaling.
“Abang, sudah. Tu ada tetamu,” arah Erisha tegas. Geram! Ada je modal hendak membalas!
Tengku Hael senyum tersipu. Terlalu berusaha hendak terlihat garang! Baby, ibu awak makin menambat hati baba, macam mana ni?
“Jemput makan, kak, makcik.” Secepat mungkin, riak wajah tadi berubah ceria.
Dari tetamu berpusu-pusu sehingga tetamu beransur pulang, Tengku Hael memerhati Erisha. Erisha belum sempat mengadu dahaga, dihulur air. Erisha belum sempat mengada penat, disorong kerusi.
“Jomlah love kita makan dulu.”
“Tak apa ke?”
“Tak adanya tak ada apa sangat. Love tu ketara sangat lapar. Ada laksa tu, jom makan sikit kalau love tak selesa nak makan nasi lagi,” ajak Tengku Hael seraya melutut di depan Erisha.
“Makan tepi ni je ea? Nanti boleh terus bangun je if tetamu datang.”
“Fikir lagi orang lain, fikir diri sendiri kejap. Baby, see ibu, dia tak sayang diri dia apatah lagi awak. Sampai sanggup berlapar.” Tengku Hael mengubah nada. Seperti berjauh hati.
“Tak ada la macam tu, jom makan okey?” Erisha lantas berdiri.
“Assalamualaikum,” ucap beberapa suara meraih perhatian mereka.
Erisha terkaku sebelum kakinya mula melangkah.
“Din, Allahu... Makcik... Lama Lia tak jumpa makcik,” sapa Erisha, sebak. Dia tak pernah yakin Din akan membawa bundanya, bukan mudah. Wanita itu sudah tidak berupaya untuk mengingati. Bahkan dia lupa Din sebagai anak.
Erisha merapati seorang wanita pertengahan usia yang dipimpin oleh Din.
“Assalamualaikum, Hael. Apa khabar?” Din bersuara.
“Anak mak mana?” Wanita berusia itu menolak tangan Erisha.
“Waalaikumussalam, alhamdulillah baik.” Tengku Hael membalas pelukan itu.
Namun, saat dia melepaskan tatkala turut mendengarkan suara wanita itu, matanya terlihat satu seraut wajah.
“Saya ada ni mak.”
Erisha berpaling ke arah suaminya. Dia terpempan.
“Ini kawan aku, Irfan. Maaflah aku bawa dia, mak aku ingat dia aku. Penjaga mak aku ada hal harini, aku tak boleh tinggal mak seorang.”
Tengku Hael ketandusan kata.
“Erisha tak bahagia. Aku tak ada masalah kalau kau mahukan dia. Aku boleh tolong kau Irfan.” Suara Din menyambut di talian.
_________________________
Writer Comment : Huhuhuhahaha. Apo author ni pun. Act macam pantas dia tukar panggilan kan?
Certain awal bab ni, macam side Erisha ceritakan situation terjadi yg tiba-tiba dah Tengku Hael bahasakan awak tu.
Nanti kang kalau buat situation tu, meleret pulak bab. Kite nak tunjuk watak hero heroin kedua jgk ha.
Ikut je ea rentak author, if ada tak faham, dan tak kena boleh ajukan. Saya sedia mere-write semula bab ini. Acececeh.
Next bab, mmg sangat-sangat diluar jangkaan sbg lelaki akan bt. Tp saya suka meluahkan expectation saya sbb expectation tu hanya apa kita nak, tp certain time dpt, certain time lari dari expectation.
Jadi saya nak luahkan expectation saya di bab seterusnya. Stay tuned! Stanby untuk berangan jgk tau, sambil mana tahu next giliran kita bersama pasangan, pasangan pun bt gitu, senyumm hari2 ler jawabnya.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro