MHS : 56
(baca semula bab 55 ya sebelum bab 56 ni. Semalam yang saya update tu yang dah baca, mohon lupakan🙂baca yang ini ya sebagai sambungan bab 55)
"ALLAHUAKBAR. Ini..." Mata Hafiz berubah merah.
"Khairi..." Bergetar bibirnya ingin memastikan jua lagi kebenaran itu.
"Apa yang kau fikir tu betul. Malam tu terjadi hal yang tak pernah sesiapa mampu duga."
Dada Hafiz terasa sesak. Serta merta tangannya terpaut di almari bilik itu. Selama ini dia mencerca Erisha, membenci Erisha. Ternyata kebencian itu berpihak kepada orang yang salah. Erisha langsung tak bersalah.
"Kenapa kau tak beritahu Hael apa yang dah jadi?"
"Dia tak selayaknya tahu hal yang menjijikkan seperti tu, Hafiz. Dia lelaki yang penuh dengan kasihnya terhadap aku."
"Kau mangsa, Erisha!"
"Aku rela dia tak tahu."
"Dia memang tak pernah tuduh yang buruk-buruk terhadap kau, tapi aku ni Erisha. Dah bertahun pengaruh fikiran dia untuk lupakan kau. Cerca maruah kau sesaat tadi dengan dia kerana dia risaukan kau sangat." Hafiz menentang bait kata Erisha.
"Kau tak salah. Kau cuma kawan yang mahukan yang terbaik buat Hael. Perihal maruah, aku dah akur. Maruah aku dah lama musnah, Hafiz. Aku enggan buka aib lama. Ianya tetap aib bekas suami aku kalau aku ceritakan yang sebenar." Nada pasrah? Tidak. Dia tenang. Tetapi, siapa mampu menelesuri lubuk hatinya.
"Ianya bukan salah kau, terang-terangan ni Erisha." Air mata Hafiz mengalir. Mereka pernah ada di dalam hubungan sebagai sahabat. Namun, bila dah tahu apa yang jadi baru nak membangkitkan soal shabat? Allahuakbar, maafkan aku Erisha. Aku yang hina, bukan kau.
"Aku takkan akui apa-apa. Aku malu, itu peristiwa perit yang terjadi dalam hidup aku. Tiada wanita yang ingin peristiwa itu diceritakan kepada sesiapapun."
Hafiz tidak berada di tempatnya Mengenangkan kisah lalu, menceritakan seluruhnya akan kejadian itu akan menghancurkan selumatnya sekeping hatiku. Diri aku, aku sengsara dengan setiap ingatan ketika kejadian itu. Ketika aku menerima Khairi. Selepas menerima Khairi.
"Kau fikir tak perasaan Hael? Dia kecewa selama bertahun-tahun?"
"Kau ingat aku tak fikir? Kau ingat aku tak kenal hati dan jiwa dia? Aku pun nak dia tahu la semua ni! Aku nak beritahu semua yang aku lalui bukan salah daripada aku, bukan angkara aku. Tetapi, aku tak kuat. Nak luahkan setiap kisah tu satu per satu dah cukup memeritkan." Erisha menampar dadanya. Sakit. Lukanya terasa tercarik.
"Lagi perit bila nak beritahu semua kebenaran ni dekat dia," sambung Erisha dalam sebak.
"Ya Allah." Hafiz mengepal tangannya, apa yang dia dah buat selama ini? Dia meraup wajah penuh kesal.
"Andai aku laporkan apa yang Khairi dah buat terhadap aku kepada polis dan semua tahu kebenarannya, aku cuma akan terima simpati orang. Tapi andai aku mengandung?"
Setiap inci laporan itu merentap hati Hafiz. Andai kita tahu, Hael. Cukup aku tahu sebelum ni, aku akan bantu kau perjuangkan Erisha. Dia mangsa, Hael.
Tiada wanita yang sanggup meneruskan hidup jika melalui perbuatan ini. Erisha kuat, Hael. Wanita yang aku keji selama ini, sangat kuat.
"Sebab tu kau cakap kau cintakan Khairi? Untuk tutup semua hakikat ni?"
Seorangnya mengorbankan perasaan, seorang lagi terkorban perasaanya.
"Yang akan membuatkan aku kesal jika Hael menjadi orang yang bertanggungjawab akan arwah Zahra. Kau tahu cinta Hael sepertimana. Aku takkan mampu lalui detik tu andai dia sanggup terima aku ketika itu... Nilai cinta aku bukan untuk biarkan dia sakit macam tu."
Aku yang bukan kekasih, bukan suami kau, aku kesal separuh nyawa, Erisha. Hael yang percayakan kau? Yang tegaskan cinta kau hanya untuk dia? Ya Allah, cinta mereka luhur. Kerana itukah mereka dipertemukan kembali?
Dia tak sangka, wanita di depannya saat ini melalui ujian perbuatan keji orang lain.
"Aku takkan desak kau beritahu dia." Takkan mungkin dia menggesa. Cukuplah salahnya selama ini, dia melemparkan kata tanpa mengetahui kebenaran. Dia menuduh dan mencemuh seorang yang sebaliknya mangsa.
"Hubungan ni sebuah anugerah yang selayaknya kau dan Hael terima, setelah kau dan dia sama-sama terpaksa melalui takdir yang tak pernah diingini." Tiada sebab lagi dia menjadi penghalang. Cukuplah selama ini, dia terlalu bersalah terhadap Erisha.
"Kau mengandung. Anak yang aku sangka ibunya membawa sengsara lagi, ternyata ibu kepada anak tu yang dibawa sengsara. Apa yang jadi bersesuaian dengan apa yang akan membahagiakan kau dan Hael, bahagia yang dah lama kauorang dambakan."
Erisha terbungkam.
"Aku mengandung?" Hafiz mengangguk. Dia sebak angkara hasad fikiran yang selama ini salah.
"Aku tak pasti berapa bulan. Nurse tadi ada beritahu aku."
Ya Allah, lepas satu, satu lagi. Mampukah Tengku Hael terima selepas aku bicara sewenang-wenangnya untuk gugur? Tengku Hael sendiri tak mahukan hubungan itu terjadi pada hari itu.
LAMA Erisha terdiam di birai katil, lelaki di sebelahnya itu masih tak putus merawat luka-luka kecil di tangannya. Encik Razlan sempat tertidur di sofa gara-gara memantau keadaannya sementara menanti Tengku Hael mencari ubat.
Hafiz sudah tahu. Namun, lelaki ini? Suaminya ini? Sungguh, aku tiada kekuatan untuk menyuarakan kebenaran. Bahkan, keadaannya yang dikhabarkan hamil ketika ini.
Andai Tengku Hael tahu? Mampukah keadaannya yang sakit ini menjadi kabus sebentar bagi kemarahan Tengku Hael terhadapnya selama dua bulan ini?
Selama dua bulan, dingin Tengku Hael cuma bila dia mengungkap maaf kerana perbuatan pil dan perkataan gugur. Lainnya, lelaki itu berlawan dengan jiwa. Dia dilayan dengan baik, namun dia tahu Tengku Hael hanya terpaksa. Juga saat ini.
"Aku lega kau dah sedar," kata Tengku Hael seraya mengenakan kapas di tapak tangan Erisha.
Erisha meraih kapas itu. Malah ubat yang ada di pegangan Tengku Hael.
"Teman saya, baring sebelah ni kejap."
"Aku ubatkan sekejap, tangan kau masih banyak luka." Tengku Hael menolak.
"If I lose you, only Allah knows the pain. Awak cakapkan untuk saya kan? Awak berniat risaukan saya atau memang sebab awak perlu cakap macamtu atas sebab bukti cinta?"
Bukti cinta. Beginilah bagi Tengku Hael, mengetepikan perasaan. Seolah tiada apa berlaku, padahal bertelingkah dengan perasaan sendiri. Ego? Ego biasanya berlaku secara layan dingin setiap masa, tapi Tengku Hael? Layan secara baik adalah selayaknya setiap masa walaupun terpaksa palsukan perasaan sebenar iaitu tersakiti. Tengku Hael cuma tumpas dan menjadi dingin ketika mengungkit punca dia tersakiti.
"Aku risaukan kau."
"Baring sini kejap." Erisha menepuk sekali lagi ruang di sebelahnya.
Dia berdiri, langkahnya diatur sedikit ke depan katil. Perlahan-lahan dia melabuhkan badannya bersebelahan Erisha.
Sebaik sahaja Tengku Hael mengiring ke arahnya, Erisha tak menghiraukan tubuhnya yang agak sakit. Tanpa patah kata lagi, posisinya bertemu dada Tengku Hael.
Sepi. Hanya Erisha bergerak-gerak agar kedudukan sesuai.
Erisha mendesis sakit apabila tangannya tertekan di katil. Dia cuma mahu memeluk lelaki itu. Tapi, Tengku Hael keras kejung saja. Sakit saat tangan melingkar agar kedua-dua tangannya bertemu di belakang badan Tengku Hael.
Namun, gerakan Erisha terhenti bila Tengku Hael yang memeluknya. Hangat tubuh itu terasa meski Tengku Hael berbaju.
"Awak mesti demam lagi, kan?" Erisha mengusap rambut belakang Tengku Hael.
"Demam fikirkan kau."
"Awak risaukan saya sangat-sangat?"
"Risau setengah mati." Tengku Hael mengemaskan selimut Erisha agar menutupi pangkal leher. Tubuh itu terlalu sejuk.
"Mana lagi setengah?"
"Setengah lagi kalau aku hilang kau." Saat itu suara itu berubah.
Erisha meleraikan pelukan itu seketika. Wajah itu dipandang.
"Aku yang punca kau terlibat sama dalam kemalangan tu. Kalau aku tak buat kau rasa tak tenang, mesti kau selamat ada dengan Pak Ngah. Dengar sendiri kemalangan tu, sakit jiwa aku." Kebimbangannya semalam, hanya tuhan yang tahu.
"Aku dengar suara kau sebelum talian terputus. Kau cakap... kau sakit." Berderai air mata lelaki itu.
"Bunyi berlanggar bukan sekali aku dengar, berkali-kali sebelum aku dengar kau menangis sakit. Aku seakan tinggal jasad je Risha masatu. Andai aku tiba tadi dan kau..." Bergetar bibirnya tak terkata. Jiwanya seakan dirobek.
Tubir mata Erisha berkaca-kaca. Dia mengangkat dagu lelaki itu daripada berterusan menunduk.
"Saya tak apa-apa kan sekarang ni." Dia membawa tangan Tengku Hael ke wajahnya. Sebelah tangannya lagi mengesat linangan itu.
Dari dulu mereka berkongsi suka duka bersama, cuma ini saatnya dia dapat memujuk tangis ini.
Dada lelaki itu diusap.
"Aku patutnya ikut kau. Aku ni teruk, aku dah cuba kawal perasaan aku, tapi bila aku terlalu marah, aku terlanjur kata tanpa aku sedar."
"Kenapa nak kawal perasaan awak? Luah apa yang awak tak suka. Sebab awak kawal la dua bulan awak layan saya atas sebab awak cakap awak cinta, padahal awak tersakiti. Awak layan tak macam biasa, awak betul-betul tahan perasaan."
"Kau ingat aku tak sakit? Aku cintakan kau, tapi kau dustakan aku dengan perbuatan tak seharusnya. Malah kau nak gugurkan kalau wujud anak kita. Kali ini, aku memang tak boleh terima, tak macam bertahun-tahun kau pergi. Aku boleh lawan perasaan duka aku, bahkan hati aku terima selepas aku akad kau. Tapi, perkataan dan tindakan kau buat aku sakit sangat, sampai aku fikir, kau tak ada rasa salah? Mampunya kau bersama dengan aku sedangkan kau dah buat aku sengsara. Gugur? Pasti lebih bahagia kau memiliki Zahra dulu berbanding anak yang kau akan memiliki bersama aku."
Lelaki itu terus membawa pandangan ke arah lain. Sungguh, hatinya sedih mengenangkan semua perasaan itu. Remuk hati. Sangat remuk.
Perasaan itu masih belum habis. Pastinya takkan mudah untuk Tengku Hael terima andai dia ungkap bahawa dia hamil. Inikah yang dimaksudkan Hafiz, anak yang ibunya dibawa sengsara?
Tidak. Yang benar, anak yang ibunya membawa sengsara.
___________________
Writer Comment : Sorry about bab yang dipadam. Enjoy yang ni🤕
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro