Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

MHS : 48

SELAMA ini, dia langsung tak pernah tahu ranjau kehidupan seorang lelaki bernama Radzi. Lelaki yang saat ini mendapat tempat di hatinya.

"Awak mesej macam ni... 'Banyak lagi kerja saya, Pak Rashid'," ulang Radzi sekali lagi. Seperti biasa, dia enggan setiausaha yang baru dilantik, berhenti kerja lagi. Dia tahu, mereka berhenti gara-gara sukar bekerja dengan majikan kurang upaya seperti dia.

Siapa sangka setiausaha baru itu adalah Rawda. Kelakar. Ya, memang. Dia sanggup meninggalkan urusan kerja di butik kepada orang bawahannya semata-mata demi mendekati Radzi.

"Ada apa-apa lagi Encik Azi? Sorry, Encik Radzi." Dengan tenang Rawda menukar nama panggilan ringkas itu. Dalam masa yang sama, ada satu hal yang mencapai benak fikirannya. Sedari tadi, Radzi tidak mengecam suaranya.

"Tak apa kalau nak panggil Encik Azi, saya tak marah," ujar Radzi, dia terdengar nama panggilannya disebut oleh pekerja baru itu.

"Dan ya... Kalau awak nak makan dulu, boleh. Makan pagi." Radzi menyambung. Dia sungguh berharap pekerja baru ini, bertahan.

Pergerakan Radzi berterusan di ruang yang sama menjadi perhatian Rawda. Takkanlah Radzi tahu? Tak. Mestilah kalau tahu, Radzi tak tersipu malu. Eh sekejap... Radzi jatuh cinta dengan pekerja baru ke?

"Kerja awak pun tak banyak sangat. Cuma tolong saya uruskan penerimaan karya seni dari pelukis dan bertemu dengan client." Radzi menoleh ke belakang.

Terkedu Rawda lantaran segera menurunkan tangannya yang hampir dihayunkan ke belakang Radzi. Meskipun cuma ingin pura-pura menampar, tetapi bagai direntap jantungnya bila Radzi berpaling mengejut.

"Ini bukan galeri ke?" Dalam senafas terkemam, Rawda bersuara.

"Ini cuma studio." Rawda tersentak akan kenyataan itu. Sekeliling ruang kembali menjadi dipandang. Tekun. Cuba memastikan.

"Design dan cara perniagaan saja diadaptasikan dari galeri." Lelaki itu berbicara lagi. Dia bagai menjunam ke titik realiti semula. Argh! Dia terlalu fokus melihat Radzi dan memikirkan Radzi. Sampai tak sedar.

Tidak! Sebenarnya dari dulu, dia tak peduli. Sekarang, baru semua ini kelihatan wujud.

"Hiasan studio ni jauh berbeza jika hendak dibandingkan dengan sebuah ruang galeri. Hanya jarak susun atur karya seni di sini sahaja yang persis galeri," jelas Radzi kepada Rawda, yang dianggap pekerja baru.

"Saya baru perasan..." Rawda mulai terpegun.

Lainnya, mempunyai kreativiti yang terlalu menarik, ada gambaran dari awal lukisan itu dimulakan bahkan ada lukisan yang menggambarkan isi tersirat seni tersebut. Paling berbeza adalah bingkai yang digunakan mempunyai lakaran tersendiri. Tidak seperti jenis atau lakaran bingkai yang biasa digunakan untuk mempamerkan karya seni atau gambar.

"Kata beberapa kolektor dan pengkarya seni yang datang ke sini, semua karya seni seolah dihargai dengan adanya penjelasan dan bingkai tu," bahas Radzi penuh perasaan. Dia kagum, tidak sia-sia dia minta pengkarya seni yang menyalurkan karya mereka, melakukan gambaran itu.

Rawda menukar konsentrasinya kepada Radzi. Radzi tampak seperti begitu mendalami bidang ini.

"Bingkai tu sebenarnya saya yang buat." Suaranya gementar.

Rawda berkerut tidak percaya.

"Tingkat atas sebenarnya ada ruang untuk bingkai gambar dan bingkai lukisan yang saya jadikan sebagai pameran." Pasti gadis itu tidak akan percaya. Siapa mampu percaya orang buta mampu mencipta seni?

"Are you serious, Encik Azi?" Dia bukan memandang rendah terhadap Radzi. Selama ini, dia langsung tak tahu. Bahkan mama juga pasti tak tahu.

"Nanti awak boleh saja 'meneroka' studio ni." Lelaki itu mengukir senyuman. Dia enggan menjelas lebih, seolah menyerah diri untuk dianggap lucu.

Pipinya terasa berpijar. Tanpa sempurna, lelaki itu tetap kelihatan menawan?

"Sebelum saya terlupa, incase awak macam perlukan duit dulu, awak boleh direct dengan saya, saya boleh bagi. Saya tak tolak gaji, anggap saja rezeki sebab awak rela bekerja sebagai secretary saya." Radzi bersuara lagi. Suaranya berbaur gusar.

Banyak alasan pekerjanya terdahulu berhenti. Walaupun dia tahu hakikatnya. Tapi mana tahu ada yang betul ada masalah. Dia cubalah tawarkan dulu jika pekerja baru ini ingin pinta bantuan, boleh terus meminta tanpa perlu membuat keputusan berhenti.

Hampir 3 bulan dia mencari pengganti setiausaha, sebanyak sepuluh orang pekerja berhenti dalam masa sehari, seminggu dan paling lama cuma dua minggu. Dia tak nak pekerja baru ini turut berhenti.

"You... I mean Encik Azi, Encik Azi kategorikan as rezeki? Tak rugi ke buat macam tu?" Sumpah, rugilah. Kenapa Azi ni layan pekerja macam ni?

"Saya..." Radzi terhenti. Perkataannya dipintas.

"Encik Azi lakukan begini kerana takut saya tak boleh bekerja disebabkan Encik Azi..." Rawda mati kata.

"Disebabkan saya buta. Saya tak dapat buat semua sendiri tanpa secretary, tanpa pekerja. Ada awak as secretary pun dah cukup. Saya sanggup bayar berapa saja. Selama ini, Pak Rashid yang saya maksudkan tadi saja yang selalu membantu saya bacakan rekod dan ada kalanya bantu saya bercakap bagi pihak saya melalui panggilan telefon.

Tapi saya tak nak seperti tu, saya mahu seperti dulu, client dan pengkarya bertemu dengan secretary saya untuk urusan jual dan terima karya. Ramai pekerja saya yang berhenti sebab saya tak berupaya dalam melihat. Ketidaksempurnaan saya menjejaskan kepercayaan mereka."

"Encik Radzi sendiri tak bertemu dengan client? Dan... maksudnya... cuma saya seorang saja pekerja di sini?"

LANGKAH dibuka besar. Tengku Hael bergegas menyaingi langkah Erisha yang jauh di hadapan. Tak mungkin dia membiarkan Erisha selisih erti.

"Risha. Syalia Erisha." Makin jauh Erisha meninggalkannya. Dia tidak putus asa mengejar, juga nama itu tetap meniti di bibirnya.

"Risha." Tangan Erisha terus digapai.

Dengan perlahan, bahu Erisha dipalingkan tepat berhadapan tubuhnya.

"Kenapa yang nak kejar saya lagi? Tadi tengah berbual, kan? Sambung je la." Merah mata Erisha ketika itu. Jarinya menapak di bawah mata Erisha.

"Risha, dia cuma nak minta tolong aku." Tangan Erisha kali ini direntap, dia terpaksa apabila Erisha cuba meleraikan pegangannya.

"Minta tolong apa? Jadi suami dia? Dia tu perempuan gila. Dulu tak pernah pun awak layan dia, tapi tadi tu?" Jari lelaki itu diturunkan dari menyentuh wajahnya. Biar sahaja air matanya berlinang tak diseka.

"Dia minta tolong aku berkaitan suami dia." Status suami kepada perempuan itu disebut tetapi langsung tak mampu meredakan hatinya.

"Kenapa awak nak tolong dia? Dalam hari yang saya nak jumpa awak? Awak dah rancang? Awak sebenarnya nak balas dendam kan dengan saya?" Jika itu hakikatnya, percayalah memang dia akan hancur.

"Tak pernah terlintas macam tu Risha. Untuk apa aku nak balas dendam sedangkan aku lebih bahagia adanya kau." Setitik air mata Erisha menodai pipi.

"Apa pun tujuan awak, saya terima. Pergi je la sambung apa yang dia nak awak minta tolong." Erisha merenggangkan jarak mereka. Dia hilang rasa selesa. Bila marah, siapa saja mampu betah?

"Dia yang masuk bilik aku untuk sampaikan niat dia. Dia dah lama nak cuba bercakap dengan aku. Suami dia sepupu aku, Hilman yang aku pernah cerita aku bergaduh dengan dia." Tengku Hael masih cuba menjelaskan.

"Banyak kali dah dia datang sini la kiranya? Awak ada beritahu pada saya ke pasal tu? Harini saya sendiri yang saksi depan mata, Hael." Redup mata Erisha mengundang rasa makin bersalah di hatinya.

"Dia pekerja di resort ni." Sungguh dia tak ingin langsung mengungkapkan itu. Hal ini akan membuatkan Erisha lebih tersakiti.

Kenyataan itu memarakkan tawa sinis di bibir Erisha. Bertambah pedih mendengarkannya.

"Dia selalu ada saja cara nak dekat dengan awak bahkan... awak juga buka jalan mudah untuk dia." Serentak itu Erisha mengeluarkan segugus kunci. Kunci itu diserahkan semula kepada Tengku Hael.

Tangan Erisha sekali lagi diraih dengan kasar.

"No, Risha. Kau jangan nak buat hal jalan kaki!" Pandangan mata Tengku Hael berubah tajam.

"Saya dah cakap tadi saya nak balik. Awak buat je la apa awak nak buat dan jika betul untuk menyakitkan hati saya, teruskan! Memang dah sakit." Penuh perasaan Erisha melantangkan suara.

"Aku sayang kau, aku takkan sanggup sakitkan hati orang yang aku sayang!" jerit Tengku Hael lalu dia menonong ke arah Erisha.

Dia tidak menunggu respon, cukup dia tahu keadaan sebegini Erisha takkan peduli dengan luahan perasaan sebegitu meskipun Erisha tahu ianya benar.

Kini lengan Erisha sudah di dalam genggaman Tengku Hael lagi. Bukan niatnya berkasar terhadap Erisha. Erisha ditarik ke bawah bumbung resort semula.

"'Sayang' bermaksud saya kena tengok ke awak bercakap dengan dia? Apa pun alasan dan sebab, saya tak pernah boleh faham dan tolerate la." Erisha masih mempertahankan apa yang dirasakannya.

Air hujan yang terkena pada baju dan tudung Erisha ditepis laju sebelum terserap.

"Tolonglah kalau marah jangan buat aku risau. Kau nak pukul aku pun pukul la, marah atau tak bercakap, aku sanggup hadap. Tapi bukan macam ni," ujar Tengku Hael, gerak anak matanya menggambarkan dia cukup risau. Hendak mempertikaikan, tetapi tak tersampai di hati.

Erisha terdiam. Bukan terkilan akan nada lelaki itu, namun cara lelaki itu menangani hatinya dengan cara yang tak terduga. Tangan kekar itu mengesat air hujan yang sedikit tempias pada baju dan tudungnya.

"Receptionist!" panggil Tengku Hael lantang. Tetapi cukup kuat dan tegas pada kedengaran Erisha.

"Ambilkan payung!" laung Tengku Hael lagi, rata-rata tetamu dibiarkan melihat.

"Saya tak perlukan punlah." Nada Erisha kendur.

Terlihat seorang penyambut tetamu berlari anak ke arah mereka. Payung diserahkan kepada majikannya sesuai permintaan Tengku Hael tadi.

"Terima kasih," ucap Tengku Hael. Lelaki itu mengemaskan pegangannya lebih ketat.

Dia terpaksa membiarkan tangan Tengku Hael memeluk bahunya. Walaupun cuma sebelah tangan, cukup menewaskan pergerakan kedua-dua tangannya.

"Kau parking kat mana?"

"Saya boleh balik jalan kaki je la." Bukan mengutamakan ego, tapi entahlah. Kepala ini, terasa penuh bayangan Reena itu. Gadis yang pernah cuba menganggu ketenteraman hubungan mereka dulu.

Tengku Hael menekan sahaja butang pada kunci kereta. Bunyi agak kurang kedengaran gara-gara hujan yang kian lebat. Mujur lampu belakang bersilau. Sejurus menggamit langkahnya.

"Saya cakap saya tak nak, tak naklah! Kereta tu bukan saya bayar habis pun, awak yang bayarkan!" Naik turun dada Erisha menekankan itu. Dia cuba mendorong tubuh Tengku Hael. Malangnya tenaga lelaki itu lebih kuat daripada dirinya.

Tengku Hael malah mengeratkan pelukan di bahunya lalu membuka langkah semula. Buang tenaga jika meronta lagi. Dia sendiri enggan Tengku Hael terkena hujan. Hujung baju Tengku Hael ditarik agar merapat. Mujur payung itu muat untuk mereka berdua.

"Perlu ke nak hantarkan sampai depan kereta? Saya boleh pergi sendiri lah."

"Dulu pejabat uni cuma sebelah bangunan pun aku boleh hantarkan kau. Remeh bagi kau tapi bagi aku setiap masa dengan kau amat bermakna."

Daun pintu kereta dibuka terlebih dahulu, sebelum dia memberi ruang kepada Erisha. Matanya memandang sebentar ke arah langit yang dicurahi air hujan.

"Aku tahu kau marahkan aku, tapi baliklah naik kereta ni, ni kan kereta kau. Dengan hujan lebat ni, kau tahu kan, nanti kau boleh demam?" Payung di antara tengah pintu, dipastikan agar tidak terkena tempias titisan hujan.

Erisha menggeleng. Meski hatinya luntur dengan cara Tengku Hael ketika ini. Tetapi dia tetap ingin mementingkan rasa sakit di hati.

Dia menolak Tengku Hael menjauh, pintu kereta segera ditarik. Tidak terkira berulang kali tindakan Erisha sedari tadi pasti sempat ditahan oleh Tengku Hael.

"Aku izinkan kau balik." Tengku Hael terjeda seketika. Mata Erisha menggambarkan dia ingin meluahkan rasa, menjadi asbab dia jeda.

"Then? Kenapa nak tahan lagi? Tak nak nampak bersalah? Pergi je la dekat perempuan tak tahu malu tu." Hilman tu dah tak reti bekerja? Argh! Dia tak percaya! Tak mungkinlah Hilman ada masalah dan dia minta isteri dia sampaikan permintaan bantuan? Dah ada isteri takkanlah tak bekerja lagi? Dahlah isteri dia tu gatal!

"Aku dah buat bilik untuk honeymoon kita. Aku pun dah masak. Kalau kau tak nak pergi bilik tu, tunggu sekejap pun boleh, aku pergi ambilkan makanan aku masak tadi, aku bungkuskan."

Fikiran tadi berubah. Runsing jadinya. Dendam atau kehadiran Reena cuma kebetulan demi meminta bantuan? Hati terasa sedih memperlakukan Tengku Hael sebegini jika benar Reena cuma berniat ingin meminta pertolongan seperti penjelasan Tengku Hael.

"Saya dah kenyang," tegas Erisha. Lebih menyedihkan jika benar dia cuma melalui bahagia ini demi melunaskan dendam Tengku Hael angkara pemergiannya dulu. Biar cinta dan bahagia lepastu saksikan kedukaan seperti Tengku Hael lihat dulu?

Allahuakbar... Mana satu yang betul? Kalau suaminya itu hendak membalas dendam untuk apa membiarkan sahaja Alissa pergi?

Tapi ada benar menikah juga agar dia menempuh keadaan ini melihat Tengku Hael bersama Reena tu. Mana tahu Tengku Hael sebenarnya sukakan Reena?

Buntu!

"Makan sedikit pun jadi lah," pujuk Tengku Hael.

"Saya cakap saya dah kenyang, kan? Awak ambil je makanan tu dan pergi makan dengan Reena tu." Dia yang suruh, dia yang membuatkan air matanya sendiri mengalir. Jika benar sukakan Reena... Hancur hatinya.

"Itu makanan untuk kita. Tak ada kena mengena dengan Reena tu." Wajah Erisha dipegang sayu. Pipi itu dinodai air mata, perlahan-lahan jarinya menyeka.

"Aku minta maaf Risha sebab terima untuk berbincang tanpa tunggu kau." Sungguh, dia kesal.

"Risha please, stop crying. Aku tahu aku salah, janganlah menangis, hati aku sakit bila kau menangis," rayu Tengku Hael. Intonasinya lembut itu lebih mengalirkan air mata Erisha. Mampukah aku menganggap dendam andai ini memang sikapnya, ini memang caranya?

"Saya nak balik, tolonglah faham." Hampir-hampir Erisha menjerit.

Dia berlawan dengan perasaan sendiri. Bukan mengada, bukan inginkan perhatian. Siapa saja tak goyah bila menghadapi muka seorang perempuan yang hampir menghancurkan hubungan mereka dulu?

"Aku faham Risha, aku izinkan kau balik, tapi sekejap je aku pergi bungkuskan untuk kau. Aku janji tak lama," pujuk Tengku Hael lagi.

Pujukan. Lelaki ini tak putus asa memujuk. Beginikah dendam? Dia juga perlu sedar, dulu dia sendiri yang menghancurkan walaupun begitu berusaha Reena cuba merampas Tengku Hael.

Tengku Hael? Pernahkah lelaki itu goyah dengan perempuan lain? Bahkan Alissa pun tak mampu mendapatkan tempat di hati.

"Sekejap je." Tengku Hael berdiri. Dia langsung tak tenang menyaksikan tangisan Erisha bertukar esakan.

Tangisannya saat ini bukan kerana gadis bernama Reena itu lagi, tetapi kerana diri sendiri. Tengku Hael masih lagi teguh di sini, memujuk hatinya. Malah sanggup melupakan kedukaan masa lalu. Tapi dia? Baru melihat Reena ada di dalam bilik Tengku Hael atas urusan peribadi, sudah lemah sebegini, sanggup memilih ingin menghukum suaminya, tak percaya suaminya, fikir di luar kotak.

"Aku ambilkan kejap. Please jangan balik lagi... aku janji aku akan cepat. Kau kira saja sampai 100." Tengku Hael masih menggunakan cara itu agar dia tidak terasa ditinggalkan. Masihkah rasa itu dendam, Syalia Erisha?

Begitu sulit hati ini. Tetapi, diri sendiri yang biar fikiran tak semena-mena menguasai.

"Please tunggu." Suaranya separuh merayu tenggelam dek rintihan hujan. Tambahan pula, tangan Erisha juga tetap bergerak menutup pintu.

Tanpa berlengah, Tengku Hael menyusun langkah.

Erisha berpaling ke belakang, suaminya bergegas menuju ke dalam resort semula.

Enjin kereta dihidupkan. Hatinya kacau bilau. Entah mana yang harus dia rasa. Dia perlukan masa bersendiri. Lantas dia mengeluarkan keretanya dari petak parkir.

Tengku Hael merempuh pintu masuk ke ruangan dapur Resto. Tidak seperti tadi, ketika ini dia pantas mengatur kaki ke arah makanannya yang diletakkan sementara.

Seperti rancangannya, dia akan meminta salah seorang pekerja dapur menghantar makanan itu ke bilik. Hampa. Semua plan musnah. Mengapa dia memberi ruang kepada Reena mengutarakan masalahnya itu hari ini? Kenapalah dengan kau ni, Hael? Maafkan aku, Risha.

Pekerja yang terlalu banyak di ruang dapur membataskan pergerakannya. Hampir sahaja dia tergelincir memijak basahan air di dapur. Nasib baik menyebelahinya saat ada satu tangan halus memagut tangannya.

"Nasib tak jatuh." Suara pemilik tangan itu mendayu ke telinganya.

___________________
Writer Comment : Kita masukkan rawda dan si radzi, nanti mendalam lagi. Dan bab ni struggle sbb aku pun stress nak mendalami. Sbb act aku pun pernah menyusahkan hati sendiri dgn apa yg aku fikir😂😂kalau mcm rs mengarut, percayalah hati aku ni as perempuan, as diri aku sendirilah kalau taknak terkait sbb aku petik 'PEREMPUAN' kan. Aku ni tergolong atau mungkin aku je jenis perempuan complicated yg menyusahkan hati sendiri jgk🌝😂

Btw boleh follow content certain dialog dan pov Mencintaimu Hanya Seketika dan Isteri teristimewa di tiktok dyannrose.wp

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro