
MHS : 47
TENGKU Hael terduduk bersandar pada kaki sofa. Buntu! Bagaimana caranya lagi untuk dia menambat hati Erisha selain kejutan?
Nak bertanya kepada mama? Mama ada banyak hal yang lebih baik difikirkan. Rawda? Rawda suka barang mewah sahaja. Humairah? Dia segan! Keluhan dia lepaskan.
Tak sempat beberapa saat, tiba-tiba dia teringatkan sesuatu.
Kejap! Rasanya ada yang sangat membantu!
Pak Cik Google!
Senyuman lebar terukir terus. Sekarang, hendak mendapatkan sebarang maklumat semuanya berada hanya dihujung jari.
Tanpa berlengah, terus dicapai telefon pintarnya. Aplikasi Google terus sahaja ditekan.
'Tips untuk mencairkan hati isteri.'
Bertambah mekar senyuman di bibirnya.
"Kan dah kata, semuanya ada di hujung jari."
Jarinya ligat menekan papan kekunci. Segala cara-cara untuk mengurat isteri, Tengku Hael belek satu persatu sementara menunggu Erisha tiba.
"Nanti dia datang, bunga dan rantai tu cukup kut?" Dia berpaling kejap ke arah atas mejanya, ada sejambak bunga ros bersama kotak baldu buat Erisha.
"Aku harap kau suka, sayang," ujar Tengku Hael sendiri.
Pelbagai aplikasi berkaitan dengan memikat, dimuat turun olehnya. Matanya semakin fokus kepada telefon pintar.
Pintu kedengaran diketuk dari luar. Tengku Hael memusingkan badannya melihat ke arah pintu yang diketuk.
Erisha! Jap? Makanan dah diatur. Bilik dah diatur. Bunga ros ada, hadiah ada. Perfect! Walaupun suprise yang satu itu gagal.
Dia sudah dapat meneka, itu pasti Erisha. Tali lehernya pantas dibetulkan semula lalu dia mengayunkan langkah ke meja kerjanya semula kemudian melabuhkan punggung sementara menunggu Erisha masuk.
"Masuk..."
Saat sepasang mata Tengku Hael memandang ke arah muka pintu yang dikuak, sangkaannya serta merta meleset apabila bukanlah imej Erisha yang jejak masuk ke dalam biliknya.
"ERISHA!" panggil satu suara dari arah lobi.
Erisha mengemaskan posisi beg tangannya di bahu. Basah sedikit di bahunya gara-gara meredahi rintik hujan.
Erisha angkat tangan sebagai tanda menyahut. Mereka berdua melakar senyum sesama sendiri seraya mendapatkan di antara masing-masing.
"Saya tengok dah video tadi," petik Erisha sebaik sahaja berdepan dengan Humairah.
"Rasa macam makin seronok jugak jadi spy, tak pernah pun expect Tuan Hael boleh jadi sweet macamtu, masuk dapur demi si isteri. Kan saya dah cakap sebelum ni, ada hikmahnya." Humairah memegang kembali nasihatnya sebelum ini.
Sesetengah masa lalu, sukar untuk terpatri dari lubuk hati seseorang itu. Lebih lagi, jika seseorang itu sendiri memegang erat cinta yang dulu teguh bersama masa lalunya. Dia yakin Tengku Hael lah seseorang itu.
"Alhamdulillah Humairah. Saya pun bersyukur sangat. Tak sangka kebahagiaan yang kembali bertaut menjadi hikmah kami bersatu." Sejujurnya, dia tenang meluah dan bertukar cerita dengan Humairah. Seperti bersama Alissa ketika dulu.
"Saya tumpang gembira akan kebahagiaan awak dan Tuan Hael. Saya pun gembira lepasni bertambah luas juga rezeki saya. Jadi tukang record dan spy. Ada gaji, kan?" Gurauan senda itu disambut oleh Erisha dengan tawa kecil. Siap bagi isyarat masuk buku hutang 555.
"Eh sekejap, mujur saya tak lupa. Actually ini kontrak awak." Kertas yang mempunyai beberapa helaian dihulurkan kepada Erisha.
Kertas itu bertukar tangan. Sekelumit perasaan ragu saat menyambut. Tetapi diambil juga lantas dibaca muka depan kertas yang dimaksudkan kontrak itu.
"Kontrak HOMELES?" Erisha pandang tidak percaya. Takkanlah secepat ini? Rasa nak peluk je kalau Tengku Hael ada di depannya saat ini.
"Tadi Tengku Hael minta saya buat semula kontrak baru, kebetulan Encik Irfan ada copy kontrak tu, Encik Irfan tu manager di sini. Dia yang akan uruskan kontrak tu dengan awak."
"Kalau begitu, bila boleh saya jumpa untuk sign kontrak?" tanya Erisha sehabis mendengarkan penjelasan itu.
"Encik Irfan ada waktu sekarang, tadi saya cakap awak nak datang, bolehlah sekali urus kontrak tu. Kalau awak boleh nak terus tandatangan kontrak, boleh la proceed sekarang. Tuan Hael pun baru masuk pejabat, penat berperang dekat dapur tadi." Skrin telefonnya dihidupkan sekilas. Mesej dari Irfan beberapa minit lalu sebelum Erisha datang, memaklumkam dia berada di Resto.
"Erm... tak lama ke?" Erisha turut melihat skrin telefon. Tiada respon lagi bagi mesej tadi. Mungkin berehat kerana lelah berperang bak kata Humairah.
"Dalam 10 minit macam tu."
"Bolehlah, belum lunch hour lagi, kan?"
Angguk Humairah. Dia berdampingan dengan Erisha menuju ke Resto.
"Encik Irfan nak sangat awak bersetuju dulu. Tapi, awak tolak." Humairah ingat tika dia menghubungi Erisha. Tika itu Irfan meminta dia menghubungi bagi pihaknya memandangkan pembantu peribadi Irfan cuti pada hari tersebut.
"Saya sebenarnya berniaga kecil-kecilan je. Rasa macam tak sesuai untuk nak berkecimpung bidang catering yang besar. Dulu tak ada tenaga pekerja. Nak hire pun belum tentu ada yang nak sebab cuma masa tertentu, kan?
Tapi sekarang ni, saya boleh hire pekerja dari restoran Pak Ngah saya macam masa kenduri tu memandangkan cawangan restoran Pak Ngah saya ada di sini." Lebih tepat sebenarnya dia terima sekarang kerana keberadaan Tengku Hael di sini. Soal rezeki, berniaga nasi lemak di waktu pagi dan melakukan kerja separuh hari sudah memadai.
Boleh tahan mereka berbual, tahu-tahu sudah menjengah lantai Resto seperti yang Irfan pinta tadi. Tubuh Irfan yang membelakangi mereka di meja makan tepi tingkap, menggamit mata Humairah dari terus melingas.
"Di sana." Humairah menunjuk ke arah seorang lelaki di tepi tingkap restoran itu.
Erisha hanya membuntuti langkah Humairah bersama lirikan matanya meliar di setiap pelusuk Resto itu. Dia terpesona dengan reka bentuk dan hiasan di situ. Di luar tadi cuma biasa.
"Banyak juga perubahan, awak. Tapi awak masih saja sama." Erisha bicara sendirian seiring langkah. Haih... baru sekejap dah terasa rindu terhadap si suami.
Cepatlah jumpa Encik Irfan tandatangan kemudian boleh honeymoon dah! Sampai dia menjerit di dalam hati. Kalah aura orang baru bercinta jika mendengarkannya!
Humairah berhenti di depan Irfan. Irfan yang menyedari Humairah tiba bersama seorang gadis penggelola HOMELES, lantas membuatkannya berdiri untuk menyambut gadis itu.
"Encik Irfan, ini Puan Syalia Erisha yang menguruskan HOMELES." Humairah memperkenalkan Erisha sebaik Erisha menghentikan langkah di sisinya.
Detik itu, wajah Erisha yang dilihatnya bagai satu mimpi yang mendatanginya lagi meski dia tahu dia berdepan dengan Erisha ketika ini.
"Saya tinggalkan awak berdua ya." Tugasnya sudah selesai. Dia perlu beredar.
Erisha. Gadis yang menjadi perbualan kawannya. Yang menjadi seseorang mendapat tempat di hatinya. Namun sayangnya, gadis yang didambakannya itu milik sah Tengku Hael.
"Boleh saya duduk?"
Dia kembali ke titik nyata.
"Boleh," jawabnya mengalu-alu Erisha melabuhkan tempat di depannya.
Hatinya masih belum puas melawan hakikat. Dia hanya tahu lelaki itu baru berkahwin. Tetapi, dia tidak menyangkal gadis itu adalah Erisha. Bukankah Cik Alissa?
Penuh tanda tanya yang mengguris perasaan dan hati. Dia benar-benar tidak mahu terus dibuai perasaan kerana hatinya tika ini tidak mampu berfungsi dengan seadanya. Perasaan hampa memenuhi.
Dia terus ke inti tanpa menghiraukan rasa yang menyelinap di fikiran.
"Nanti akan ada urusan catering, jadi masuk sahaja job, saya akan hubungi. Tetapi Cik Erisha jangan risau, pihak kami akan bayar bulanan kerana mengikut jadual, di sini ada jamuan pada setiap minggu. Dan jika tak keberatan, saya nak tawarkan pada Cik Erisha untuk sediakan nasi lemak untuk sarapan pagi. Dalam 30-40 orang makan." Seakan berdepan dengan perasaan seorang diri, dia menekankan panggilan 'cik' itu.
"Hari-hari?"
"Cuma 3 hari dalam seminggu, jumaat sehingga ahad." Melahirkan bicara lagi cukup membuatkan dia rasa tersakiti. Gadis ini milik Tengku Hael. Berulang-ulang hakikat itu melintas fikiran.
"Ya Allah, alhamdulillah." Walaupun dia keberatan tetapi rezeki. Mana mungkin dia hendak terus menolak. Dia bersyukur sangat Tengku Hael membuka peluang untuknya.
"Jadi, di sini ada beberapa dokumen yang perlu Cik Erisha tandatangan." Irfan menyerahkan fail bersama helaian yang dibuka. Lama dia memandang wajah Erisha seraya mendapatkan pen yang disangkut di atas butang bajunya.
Bibir itu menguntum senyuman gembira. Sungguh dia terpesona. Erisha sama seperti yang Din perkenalkan semasa perbualan mereka dan kali pertama mereka berjumpa dulu.
"Terima kasih ya sebab masih terima HOMELES." Erisha berterima kasih pada Irfan walaupun dia tahu hakikatnya mudah mendapat kontrak ini semula kerana Tengku Hael.
"Sama-sama. Saya dan pihak Resto menghargai sangat-sangat bila Cik Erisha sudi bekerjasama dengan kami." Enggan sekali untuknya membahasakan puan kepada gadis ini. Terasa bagai berjuang perasaan seorang diri. Benar kata Humairah, dia akan terlambat. Dan... memang terlambat.
"Terima kasih Encik Irfan. Saya minta diri dulu," kata Erisha memberi pamit. Dia senyum sebelum meninggalkan tempat mereka berbincang itu.
Irfan menghantar Erisha dengan ekoran anak mata. Hatinya tersayat pedih dengan kebenaran ini. Bagaimana dunia boleh sekecil ini sehingga dia mencintai Erisha yang kini isteri kepada Tengku Hael? Majikan yang begitu dia sanjung itu? Perit!
Erisha mengatur langkah bersama riak wajah yang begitu gembira. Semuanya berjalan lancar seperti dia pinta dari Tengku Hael semalam. Dia mengenangkan hadiah berkotak-kotak dan kerjasama catering tadi, dia sungguh bahagia detik ini.
Tengku Hael langsung tak berubah. Lelaki itu tetap tulus mencintainya.
Humairah kebetulan keluar dari pejabat resort mengembalikan suaranya lagi.
"Humairah, dah nak keluar rehat?"
"Ya, nak keluar dengan Irfan. Congrats for the contract, Erisha. Eh Puan Erisha."
"Kejap, Encik Irfan tu partner awak ke?" Erisha mula serkap jarang. Bibirnya tercalit senyuman teruja.
"Taklah, dia tu sepupu saya."
Erisha mengendurkan reaksinya yang tersenyum tadi. Sangkaan seketika tadi meleset. Bibirnya dimuncungkan lalu dibawa menjadi sengihan sebagai isyarat sebutan 'sorry'.
Humairah menepuk manja bahu Erisha.
"Dahlah, awak tu dengan 'partner' awak berbulan madulah di dalam pejabat tu, more privacy dalam setengah jam lagi semua pekerja pejabat keluar lunch." Humairah berseloroh secara perlahan nadanya.
Erisha terus bertindak menekup mulut Humairah.
"Hey!" Segan Erisha dibuatnya. Sudahlah benar, hendak berbulan madu. Malu, malu!
Humairah melepasinya bersama senyuman berhasil mengusik Erisha. Erisha cepat sahaja memboloskan diri ke dalam pejabat bila beberapa pekerja curi-curi memandangnya setelah mendengar usikan Humairah tadi.
Kakinya diatur ke bilik Tengku Hael tanpa berpaling pada pekerja yang masih ada di dalam pejabat itu. Nanti dipandang bagai nak tembus, lagilah malu.
Tangannya memulas tombol pintu pejabat si suami. Senyuman diukirkan untuk pandangan si suami yang bakal menjamah raut wajahnya.
Siapa sangka, ketika di kemuncak bahagia. Dia perlu menyaksikan seseorang yang cukup dia benci ada bersama si suami. Dari tadi diungkap bahagia di dalam hati. Terasa sia-sia.
Mata Erisha jatuh pada seorang perempuan di depan Tengku Hael yang menoleh padanya.
"Lia?" Perempuan itu langsung berdiri untuk menghampirinya.
Tengku Hael turut berdiri saat pegangannya di tombol pintu dilepaskan.
Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa hatinya berdarah dan parah ketika ini menyaksikan kewujudan perempuan itu di depan mata. Bahkan berdepan dengan Tengku Hael.
"Saya nak balik," pamit Erisha, dia menyampaikan permintaan izin melalui pandangan ke arah anak mata lelaki itu.
____________________
WRITER COMMENT : dah mula dah dah mula dah huhuhuhu 💅
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro