Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

MHS : 44

HARI berganti hari, hasilnya hampir genap 2 bulan usia perkahwinannya bersama Tengku Hael. Selama itu, bibit cinta mulai memekar kembali dan hari mereka disulam bahagia. Mereka akhirnya melayari bahtera yang sekian lama dinantikan.

"Ada customer order awal?" tanya Tengku Hael sebagai pemula bicara mereka pagi itu.

Mata Erisha melingas pada Tengku Hael. Pelik.

"Tak ada," jawab Erisha sambil berkerut dahi. Tangannnya berhenti memotong timun.

Erisha merapat dengan tubuh sang suami. Susu kotak kegemaran Tengku Hael diraih perlahan lalu diletakkan kejap di atas kabinet dapur.

"Awak nak bawa saya keluar ke?" Erisha sengaja mencuba nasib. Mata suaminya direnung dengan senyuman yang ceria.

Bibir Tengku Hael mengoyakkan senyum sinis. Suka benar dia melihat reaksi Erisha setiap kali cuba menggodanya. Terlalu kekok sangat, Risha.

"Tak ada apa, saja. Kalau dah siap, dah nak gerak. Kau panggil aku." Jarinya menyelit hujung rambut Erisha ke dalam hair cap yang dipakai oleh Erisha.

"Saya upah rider untuk hantar makanan tu." Dia cuma memberitahu. Mana tahu Tengku Hael berniat ingin menumpangkannya.

"Gaji dia dari duit cod yang dapat atau kau yang gajikan dia?"

"Saya gajikan dia. Sehari RM50." Dia tunjuk tapak tangannya lalu jarinya bertemu seperti muncung.

"Berbaloi ke dengan pulang balik kau? I mean balik duit modal tak?" Tengku Hael menaikkan punggungnya ke atas kabinet.

"Alhamdulillah lebih dari cukup. Lagipun banyak jugak tempat yang dia kena hantar makanan tu. Selalunya dia selesai hantar semua dalam pukul... 11 atau 12 tengahari," balas Erisha bercerita.

"Semua feedback customer pasal order yang dia hantar semua okey?"

Erisha kembali memotong timun tadi. Muka itu dipandang sesekali.

"Okey awak, tersangat okey. Saya pun selesa bekerja dengan dia, tapi itulah. Minggu depan dia dah nak kena masuk belajar, saya kena cari rider baru." Nadanya bertukar hampa.

"Kau tak nak ke hantar sendiri?" soal Tengku Hael sambil menganga mulut. "Nak sikit."

"Naklah hantar, tapi saya mana la ada kereta." Lalu dia menyuap potongan timun itu ke dalam mulut Tengku Hael.

"Siapa cakap?"

"Awak nak bagi saya kereta awak ke?" Keningnya diangkat.

"Jom ikut aku," ajak Tengku Hael seraya turun dari kabinet itu. Berhati-hati dia melepaskan tangan Erisha dari memegang pisau.

Erisha berkerut dahi. Takkanlah?

"Awak, saya gurau je la." Tengku Hael tetap menarik tangan Erisha agar mengikutinya.

Seperti yang disangka, sebuah kereta Honda Civic milik Tengku Hael merangkul anak mata hitamnya.

"Awak ni biar betul, ini kan kereta awak." Erisha ingin marah. Memang tidaklah dia nak terima.

"No, bukan yang ini. Tapi yang belakang tu," nyata Tengku Hael memberi isyarat mata ke arah belakang keretanya.

Erisha teragak-agak membuka langkah, tetapi dimajukan juga. Dia terpempan apabila kakinya mencecah di sisi kereta Tengku Hael sahaja.

Tak berkelip mata Erisha memandang Tengku Hael.

"Awak!" jerit Erisha, tanpa segan silu dia menerpa tubuh Tengku Hael.

Erisha menggeleng berulang-ulang kali. Dia betul-betul menidakkan apa yang bersidang di depan matanya itu sebentar tadi.

"Kenapa peluk aku? Peluklah Nara kau tu." Tengku Hael berpura-pura serius. Dia turut senang bila melihat reaksi Erisha tika ini. Nara adalah nama panggilan yang ingin Erisha beri pada kereta itu jika menjadi miliknya.

"Nara ke tu?" Bergetar suara Erisha di telinganya.

"Yelah, Nara la." Tengku Hael sengaja mengangguk berkali-kali seperti Erisha menggeleng tadi.

"Tapi bukan ke saya belum habis bayar?" Kepala yang disembamkan ke dada lelaki itu, dia angkat sebentar.

"Duit kau, aku yang simpan, kan? Selebihnya aku dah bayar." Tengku Hael menyakinkan Erisha.

"Tapi bukan ke..." Tengku Hael letak jari di bibir Erisha. Isy, banyak sangatlah cakap.

"Yang penting sekarang dah ada depan mata. Cuma aku minta maaf sebab berhabuk. Selalunya aku bawak pergi cuci tapi..." Bibir Erisha singgah ke pipinya tanpa habis dia bersuara.

"Terima kasih awak, thankyou sangat-sangat!" Kocek vest terlihat tebal itu diseluk. Dia menyedari ada segugus kunci bila memeluk Tengku Hael tadi.

Rahang diketap geram. Pipinya disentuh sendiri. Sudahlah mengucup pipinya secara mengejut. Kemudian boleh lagi Erisha meninggalkannya yang masih terpinga-pinga begitu sahaja usai merampas kunci.

"Boleh ke saya nak bawak?" Erisha sungguh girang hati. Sudah berkali-kali dia mengamati wajah ceria itu dalam minggu ini. Dia turut rasa bahagia.

Melihat Erisha gembira, hilang terus rasa marah.

"Boleh," respon Tengku Hael memberi izin. Padahal itu milik Erisha. Dia jawab sahajalah, lagipun Erisha tengah gembira, memang tak boleh fikir apa.

Belum dia memasukkan kaki, bunyi hon motor kedengaran dari arah pintu pagar. Erisha mengeluh berat.

"Saya kena packing dulu!" Erisha pamer muka geram.

Tengku Hael mengecilkan matanya ke arah penunggang motorsikal di luar pagar, dia cuba memastikan.

"Dik, kejap ye?" Erisha melaung suara. Mujurlah dia sudah sarung tudung sebagai persediaan awal tadi.

Tak berhasil langkahnya hendak menapak masuk tatkala Tengku Hael menariknya semula. Berpusing-pusing tubuhnya terus ke dada lelaki itu.

"Rider lelaki?" Mata bundar Tengku Hael seakan mencengkam linkungan mata.

"Rider kan memang lelaki." Erisha buat berani menentang mata Tengku Hael. Dia tahu bukannya Tengku Hael cemburu sangat, lekaki itu cuma cemburu manja.

"Aku pun nak jadi rider kaulah kalau macam tu." Tengku Hael melepaskan tangannya dan menuju ke arah pintu pagar.

Erisha agak terkebil-kebil.

BARU sahaja Tengku Afina ingin bergerak ke biliknya, terlihat Rawda sedang menuruni anak tangga. Dia ingatkan Rawda tiada di rumah hari ini. Semalam bayang Rawda langsung tak kelihatan.

"Mama tak nampak pun Rawda semalam, bila Rawda balik?" tegur Tengku Afina bila Rawda meraih tangannya.

"Rawda keluar dengan kawan Rawda. Rawda balik lewat, setengah jam tadi baru balik," jawab Rawda dengan intonasi serak. Suaranya tika itu jauh berbeza dari biasa. Jarum jam hampir menunjukkan pukul 8 sempat dipastikan.

Mata anak perempuannya itu juga bengkak. Tak lain tak bukan, pasti Rawda menangis.

"Apa yang jadi pada kamu ni Rawda? Dengan bengkak mata, suara pun berubah." Tengku Afina menyoal dengan tegas terhadap Rawda. Rawda mula sikapnya bersosial lagi? Ya Allah, janganlah dia sebegitu lagi.

"Rawda ada masalah."

"Sebelum balik dah solat subuh?" Walaupun dia tahu hakikatnya tidak. Tetapi sekurang-kurangnya tidak kali ini, Rawda sudah berubah kebelakangan ini. Mengapa tiba-tiba menjadi seperti dulu semula?

"Rawda datang bulan."

"Berapa kali datang bulan, Rawda? Setiap kali mama tanya, Rawda jawab macam tu."

"Bila Rawda tenang Rawda solatlah balik, mama." Rawda mulai tidak senang mendengar kritikan mamanya.

"Subhanallah, Rawda. Sedar tak apa Rawda cakapkan ni? Solat tu tak kira lah apa jua keadaan atau perasaan, wajib buat melainkan Rawda betul-betul uzur."

Rawda merengus kasar. Serabut dia mendengarkan nasihat yang sama. Bingit telinga!

"Rawda betul-betul dah lambat, tak ada masa nak dengar tazkirah mama."

"Rawda ada pergi tempat tu lagi ke?" Tengku Afina tetap memegang tangan itu.

"Kelab malam? Sebut je la penuh, ma. Biasalah la orang muda macam Rawda pergi sana untuk tenangkan diri." Makin lancang Rawda membalas.

"Kamu nak tenangkan diri dengan pergi tempat macam tu? Kamu dah pergi tempat tak baik tau Rawda." Suara Tengku Afina melantun tinggi. Terasa hampa jauh di sudut hatinya.

"Mama, Rawda dah lambat."

"Rawda Amaryn!" Tengku Afina hilang sabar.

"Rawda dah besar, tak perlukan bimbingan atau nasihat mama. Rawda ingat tuhan. Rawda bukan jahil sangat."

"Kalau Rawda masih nak memilih keluar tenangkan diri di tempat itu lagi, dan tak boleh sangat dah untuk patuh pada perintah Allah, Rawda anggap mama ni bukan mama Rawda lagi." Dia lantas meninggalkan Rawda.

Kekecewaan di mata mama benar-benar jelas tidak kuat untuk berbicara dan melihat wajahnya lagi.

Rawda rasa berat. Mustahil dia membiarkan Tengku Afina pergi dalam rasa kecewa terhadapnya.

"Rawda ada di titik ni sebab Rawda jatuh cinta terhadap seseorang. Ada orang tolak cinta Rawda. Rawda cintakan dia. Dia siapa mama sampai dia fikir dia hebat sangat tolak cinta Rawda?" Rawda meluahkan perasaan yang terpendam dan terperit itu.

Tengku Afina terbungkam. Dia tak kalih. Dia tahu Rawda cuba cipta muslihat agar dia percaya bahawa Rawda buat bersebab. Itu hanya alasan Rawda untuk mendapatkan kemaafannya.

"Rawda tak ada niat nak rosakkan diri Rawda, Rawda kecewa dengan dia. Rawda jatuh hati dengan dia. Rawda mahukan dia." Ungkapan itu benar-benar membuatkan Tengku Afina memusingkan kerusi rodanya menghadap Rawda semula. Rawda mengalirkan air mata. Merah wajah anaknya.

"Siapa dia yang Rawda cintakan ni, sayang?" Tengku Afina berusaha mendalami perasaan anak angkatnya itu.

Azi. Sukar sekali dia hendak meluahkan nama itu.

Kebisuan Rawda enggan dia paksa untuk bersuara. Tangannya naik ke rambut anaknya itu. Rawda tak pernah sebegini, sukar melihat anaknya itu mengalirkan air mata. Mustahil Rawda menipu.

"Sebesar mana rasa cinta tu, Rawda. Kena ingat yang pegang hati kita ni, Allah SWT saja. Kalau Rawda pun sanggup tinggalkan perintah Allah SWT, cinta yang Rawda kejar juga akan tinggalkan Rawda. Setidaknya kuatkanlah iman Rawda sebelum Rawda nak cintakan hambaNya. Ingat yang kuasa Allah tu sangat hebat, dia hadirkan kecewa ni untuk tengok Rawda teguh, bukan sebegini semata-mata demi cinta.

Kuatkan iman, jangan tinggalkan solat walau apa jua keadaan melainkan Rawda uzur sebagai wanita. Cuba niatkan hati teguh kali ini dengan sujud pada Allah. Jangan kerana cinta saja, teguhkan selamanya hati ni, agar cinta yang mengecewakan Rawda itu menjadi cinta yang sempurna dan dapat Rawda miliki sepanjang hayat Rawda."

KALA Erisha menghampiri pagar bersama jinjingan plastik berisi nasi lemak dihujung jari dan bakul, Tengku Hael terlihat menuju ke arahnya.

"Terima..." Terkelu lidah Erisha tanpa habis kata. Tengku Hael cuma melepasinya.

Ingatkan hendak menolong.

Terpaksa digagahkan jua. Namun baru satu langkah, bakul di dalam pegangan dua tangan, beralih.

Erisha berdebar tak terkata. Masa yang berlalu terasa begitu lambat buat seketika. Lihatlah, Tengku Hael takkan sanggup membiarkannya susah.

Tetapi sekali lagi, Tengku Hael terus meninggalkannya usai memberi bakul tadi kepada rider itu. Erisha jeling tajam langkah Tengku Hael yang berlalu.

Tak semena-mena rider itu tersentak dengan bakul berat itu diletakkan di pegangannya secara kasar.

"Siapa tu kak?"

"Tu suami kak." Erisha menjawab seraya seperti biasa dia membantu meletakkan satu per satu plastik makanan itu ke dalam box belakang motor rider itu.

Rider itu terkejut. Tetapi, terkejut bukan kepalang kemudiannya, tak hairanlah ada adegan drama di depan mata.

"Oh ya? Betullah akak kahwin dua bulan lepas." Dia baru teringat.

Erisha cuma mengangguk. Tetapi di dalam hati, memang nak pergi cepat pada Tengku Hael.

"Okey dik, siap. Terima kasih. Nanti macam biasa, transfer."

Rider itu mengangkat ibu jarinya.

Sebelum dia naik motor, dia bersuara. Takut terlupa.

"Kak, suami kak tadi suruh saya sampaikan dekat kak, 'lepas ni dia yang jadi rider kak'."

Erisha tersentak tak berduga. Argh! Suaminya merajuk dan... cemburu?

__________________________
WRITER COMMENT : Tengku Hael majok la pulark🌝

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro