Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

MHS : 42

"THANK you sebab you masih tolong I," ucap Rawda, tersentuh dengan keberadaan Radzi di sisi.

Sedihnya apabila saat ini baru dia mulai sedar betapa prihatin lelaki itu terhadap dirinya.

"Nak diet ada caranya bukannya dengan seharian tak ada pengambilan makanan," tegur lelaki itu lagi.

Terasa ingin memeluk tubuh itu. Mengapa selama ini semuanya sirna?

"If diet lepasni kena follow cara yang betul dan fikir yang kau ada masalah gastrik. Nanti belum sempat diet, dah died."

Fikiran dan renungannya beku seketika. Lelaki itu menyindirnya?

"Mulut you memang tak behave." Rawda tahu, ini alasannya dia tak sedar. Serta merta hilang rasa terharu tadi.

Lama mereka berdiam diri.

"Aku tahu setiap kali kita bertengkar teruk, sukar nak ada istilah berterusan. Sebaliknya kita kembali bertegur. Bertegur pun dengan cara kaulah. Aku tak salahkan kau dan aku dah biasa,"
ujar Radzi memecahkan kesunyian antara mereka.

Kerana dendam, dia menghancurkan hubungan rapat mereka sebagai adik beradik. Bukan Radzi yang buta. Dirinya ini yang buta. Buta menilai diri Radzi yang sebenarnya. Mungkin cinta menjadi balasan agar dia sedar pedih bila menyakiti.

"I masih nak minta maaf soal I sampaikan pada mama. Masa tu I jujur, I rasa cemburu."

Terletus gelak sinis Radzi apabila mendengar penjelasan Rawda. "Kau cemburu?"

Mengapa respon Radzi kali ini terasa amat menyakiti perasaannya? Benarlah, ini balasannya. Selama ini sanggup menyakiti hati Radzi demi kepuasan dendam.

"I cemburu sebab you buat keputusan nak kahwin dengan perempuan yang tak tahu asal usul. I saja perempuan yang you kenal. I tak pernah tahu you kenal mana-mana perempuan selain I. Tapi, telahan I benar. You tak kenal dia, you cuma nak pertahankan arwah ayah." Sedaya upaya dia menolak patah kata agar meniti di bibir.

Radzi menundukkan wajahnya. Sanggup Rawda menggunakan cara ini untuk memuaskan hati?

"Kau cemuh dan hina la aku, aku terima. Tapi jangan gunakan lafaz cinta. Aku tahu kau tak pernah sukakan aku." Sakit hatinya menuturkan itu. Dia kecewa dengan kesungguhan Rawda semata-mata demi kemusnahan hidupnya.

Andai dia dapat melihat, kebencian pasti terpancar dari wajah itu.

"I sendiri tak gamak dengan rasa ni, I dah berusaha sedarkan diri yang perasaan I ni cuma atas rasa bersalah. Tapi I tak salah, I memang sukakan you. Bukan sebab ni saja, dari sebelum ni I rasa perasaan I dah lain."

"Hebat dialog kau kali ni Rawda. Tapi aku takkan percaya. Kau bencikan aku, kau hukum aku, mana datangnya cinta dan suka?" Radzi mempersoalkan. Dia berusaha berdiri dengan sokongan meja di tepi katil itu.

"I tahu you takkan percaya. Tapi semua perasaan tu I dah tak rasa melainkan perasaan sukakan you, Ngah." Rawda turut bangun dari pembaringan.

"Maaf menganggu," tegur satu suara menghentikan langkah Radzi. Rawda sama terjeda untuk turun dari katil sakit itu.

"Doktor minta miss untuk buat aktiviti berjalan sedikit bagi melancarkan pergerakan dalam sistem penghadaman miss. Miss diet sebab selalu jadi sembelit, kan?"

Terbuntang luas biji mata Rawda. Radzi yang berpaling padanya sudah membuatkannya segan tak berpenghujung. Jika Radzi sempurna penglihatan, dia sanggup pura-pura pengsan.

Sedari jururawat itu menjengah sehingga mereka berjalan keluar dari ruang wad itu, Rawda membisu. Dalam hatinya, tak sangka sebenarnya Rawda mempunyai masalah itu. Patut gadis itu tegas menghalangnya dari ikut serta mendengar penjelasan doktor.

"Sebab sembelit rupanya." Radzi mula bersuara. Mukanya diketatkan.

Tangan Rawda hinggap kuat di lengan Radzi yang dipegangnya. Kedengaran bagi Rawda sebaliknya, lelaki itu mengejek.

"Aku cakap benda betul je."

"Memalukan la! I rasa nak saman je nurse tu!" pekik Rawda kuat. Radzi sekarang seorang yang dia suka. Mana nak letak muka walaupun hakikatnya dia tahu lelaki itu tak boleh nampak. Malu tu penting!

"Kita duduk serumah, kentut tu bukan satu masalah," ujar Radzi seraya melangkah perlahan seiring tapak Rawda.

"Hey Ngah! I tak pernah kentut depan you selama kita tinggal sekali. I tahu nak jaga aib I. Argh, perempuan tu tadi memang buat muka I ni macam muka tembok!"

"Muka kau memang muka tembok." Selamba lelaki itu mengiyakan dengan mengulangkannya.

"Muka tembok I ni cantik. Muka you tu je..." Rawda jeda. Dia seakan tersedar, sebelah tangannya cepat menekup mulut.

"Muka aku buruk."

"No!" tempik Rawda menidakkan. Ini semua kerana dia sudah terbiasa membalas kasar!

"No? Bukan tu ke yang memang selalu keluar dari mulut kau. Aku sambungkan saja." Suara itu dialunkan tanpa secalit riak. Sama ada di dahi, kening atau mulut. Dia seperti kental menerima.

Mata Rawda berkaca. Banyak keperitan yang dia hadirkan di dalam hidup lelaki ini. Rawda menitiskan air mata mengenangkan setiap bait penghinaan yang keluar dari mulutnya selama ini.

"You jalan dengan I ni you okey? I mean tak marah dah pasal tadi?" Ini pertama kalinya dia menyoal perasaan Radzi. Air mata tadi dikesat sayu.

"Macam aku cakap tadi, kita selalu berbaik balik. Kau adik dan aku abang, dah macam adik beradik kandung. Aku rasa mungkin sebab tu kau rasa sukakan aku, lebih tepat kau dah anggap aku sebagai abang."

Untuk kesekian kalinya lagi, hati dia terguris.

SUASANA sepi tanpa suara di dalam kereta milik Encik Razlan, hanya radio yang bising dengan lagu. Mata Encik Razlan sesekali seakan mahu menerkamnya. Kecut perut Erisha dibuatnya. Enggan berterusan, Erisha segera pilih menunduk.

"Siapa suruh kau duduk belakang dengan aku?" Tengku Hael membisik perlahan di telinganya.

Dalam sembunyi, Erisha mempamerkan ekpresi sedih, membalas kesilapannya yang dipetik itu.

Seperti mengerti cuak yang dirasainya, tangannya terasa digenggam kemas oleh Tengku Hael.

"Tak apa, aku ada," pujuk Tengku Hael sambil merapatkan lagi kedudukan mereka.

"Terima kasih awak." Hatinya terasa nyaman dengan sentuhan Tengku Hael yang semakin erat menggenggam tangannya.

Dari perut kereta sehingga bersemayam di sebuah restoran, Encik Razlan senyap. Memang hilang akal Erisha hendak menyusun ayat untuk bicara.

"Kalau Pak Ngah nak bercakap dengan Erisha saja, Hael boleh bagi ruang." Tengku Hael yang bersuara. Dia sendiri terganggu apabila melihat Erisha bingung untuk memulakan.

"Baguslah sedar."

Erisha terbungkam.

"Pak Ngah," tegur Erisha kurang senang dengan titik lidah yang lahir dari mulut Encik Razlan.

"Tak apa, Risha. Aku pergi jalan-jalan dulu sekitar sini. Nanti kau dah habis..." Bicaranya ditahan.

Telefon Erisha dikeluarkan sesaat. Angka digit telefon ditekan satu per satu pada skrin keypad contact.

"Kau call aku tau," sambung Tengku Hael. Sejenak, sisi wajah Erisha dibelai lembut.

Encik Razlan cuma menanti dengan sabar untuk adegan itu tamat. Dia berdehem sesekali.

"Cepat pergi, boleh segera selesai." Sekali lagi ketara Encik Razlan mengusir.

Redup anak mata Erisha menemui penglihatannya. Bukan hendak menyisihkan rasa tak peduli. Dia hanya belum yakin.

"Nombor telefon pun tak tahu?" Encik Razlan mempersoalkan itu sebaik sahaja Tengku Hael meninggalkan mereka.

"Hari tu hebat sangat suruh Lia bertanggungjawab sebab pengantin dia lari. Sekarang, berkepit, tangan meliar, dah tak ego. Yang masih sama, berani saja," kritik Encik Razlan lagi.

"Pak Ngah tak suka ke tengok Lia bahagia?" Soalan Erisha menyentap tangkai hatinya.

Darahnya terasa berderau. Hati Erisha pasti mendongkol hampa gara-gara patah katanya.

"Pak Ngah tak maksudkan macamtu, Lia," nafi Encik Razlan.

"Dah lama Lia nantikan peluang nak bahagia. Lia ingat Pak Ngah akan gembira sama macam Lia rasa. Tapi, Pak Ngah dah tunjuk yang Pak Ngah tak suka."

"Lia, Pak Ngah bukan tak gembira. Cuba Lia faham..."

Erisha pintas dengan menggeleng, dia tak betah terus di situ. Punggungnya diangkat dari permukaan kerusi itu.

"Tolong duduk balik Lia. Sekejap, Pak Ngah ambil minuman kita dulu," pinta Encik Razlan lantas menahan lengan Erisha. Dia terpaksa meninggalkan meja itu apabila kedengaran nombor pesanan mereka dipanggil.

Tatkala Erisha duduk semula, baru dia bergegas ke kaunter restoran itu.

Erisha mengeluh. Matanya melilau mencari keberadaan suaminya dia sekitar situ.

Pak Ngah kembali ke posisi, dia cuma sedar tanpa memandang. Dia membiarkan fikirannya sejenak menerawang memikirkan penerimaan Tengku Hael.

"Pak Ngah cuma nak yang terbaik buat Lia."

"Ini yang terbaik buat Lia. Lia tak sangka Pak Ngah boleh dingin macam ni, sindir Hael. Hael dah bagi Lia peluang, Pak Ngah." Dia terpaksa menentang Encik Razlan.

"Lia dah tentu yakin yang Hael bagi peluang? Lia tak takut ke kalau Hael sama saja macam Khairi dan ibu Lia? Beri Lia harapan kemudian Lia yang tersakiti," bahas Encik Razlan. Dia tak percaya. Takkan semudah ini, lelaki itu menerima Erisha semula.

"Hael bukan seperti yang Pak Ngah anggap. Hael je yang ada dengan Lia dulu. Bahkan saat Lia tak berdaya untuk ke hospital untuk melahirkan Zahra, Hael yang tolong Lia. Pak Ngah rasa kalau bukan kerana cinta, Hael akan sanggup ke ada dengan Lia masa tu? Hael masih boleh terima Lia sekarang? Padahal Lia dah khianati dia," rintih Erisha hiba. Nadanya tetap menghormati insan di depannya ini. Dia juga tak pernah lupa jasa Encik Razlan terhadapnya saat dia kembali hidup bersama ibu.

"Berat Pak Ngah nak terima, Lia. Pak Ngah tak percaya Hael boleh berbaik dengan Lia secepat ini. Lain lah Lia dah cerita perkara yang sebenar. Ini Lia cuma percaya sebab cinta Hael dulu saja." Sungguh dia runsing. Dia enggan Erisha terluka lagi.

"Cinta Hael tak pernah pudar. Cinta tu tak penting ke, Pak Ngah? Kalau cinta tak ada, ya Lia akan derita. Tapi, Lia sendiri hadapi beberapa hari ni dengan Hael. Hael masih sama, Hael risaukan Lia. Hael cemburu dengan rakan sekerja Lia malah Hael dah bagi Lia cincin yang dah lama dia simpan untuk sepatutnya dia bagi pada Lia dulu." Cincin yang tersarung dijari, Erisha tunjuk dalam rasa sayu.

"Pak Ngah tak percaya mungkin pada haritu, Lia akui Lia tipu. Memang Hael tinggalkan Lia. Itupun sebab dia sedih dengan perubahan Lia sedangkan dia masih sama seperti dulu. Hari itu memang Hael sukar nak berbaik dengan Lia tapi cuma sekejap sangat. Lia sendiri tak sangka Hael boleh terima Lia, boleh sayang Lia sampai saat ini. Lia betul-betul jujur dengan semua yang Lia cakap sekarang. Hael layan Lia selayaknya Lia berhak sebagai seorang isteri, lebih tepat sebagai seorang yang dicintai." Erisha tenung Encik Razlan dengan mata berair.

Insan seluhur ini, janganlah ada yang menyakiti lagi. Encik Razlan menahan rasa rawan di hati.

"Lia tak tipu Pak Ngah, kan?" Penuh lembut dia menyoal. Walaupun berat dan ragu, dia inginkan kepastian keluar lagi dari mulut itu. Agar dia percaya.

Usai Erisha mengangguk, dia melepaskan keluhan berat. Erisha bersungguh-sunggub cuba menyakinkannya dan mendapatkan kepercayaannya. Tak sanggup dia hendak menghampakan lagi.

"Kalau ada Hael dan Pak Ngah nak cakap dengan Lia, Hael patut ada sama. Dia juga dah jadi anak saudara Pak Ngah. Tak baik menyisihkan dia hanya sebab apa yang Pak Ngah nampak dan dengar." Erisha meluahkan rasa kesal lagi.

"Call la Hael, minta dia ke sini semula."

_______________
WRITER COMMENT : SAYA CUBA NAK MASUKKAN WATAK RAWDA DAN RADZI. SEMOGA ANDA DAN ANDA INGINKAN MEREKA JUGA DALAM KISAH INI, CEH CEH CEH😂

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro