MHS : 40
ENCIK RAZLAN
Pak Ngah nak jumpa Lia.
Pak Ngah on the way ke rumah mak mertua Lia. Lia ada di sana, kan?
Erisha mengesat air matanya saat terbacakan mesej itu. Seakan kebetulan, setiap kali sejarah derita hinggap di fikiran, lelaki ini satu-satunya yang setia hadir.
Dia lantas bangun menuju ke bilik air.
"Nak pergi mana?" Tangannya ditahan pantas.
"Awak dah bangun?" Lelaki itu mengangguk lalu memejamkan mata semula.
"Teman aku kejap," pintanya sambil mengemaskan pegangannya di tangan Erisha demi menghalang Erisha dari terus melangkah.
Tanpa banyak bicara, Erisha turun ke sisinya. Bantal tadi, dia raih semula. Ketika Erisha hendak mengangkat sedikit kepalanya, dahi Tengku Hael berkerut.
"Awak saya sorry, kasar sangat ke saya angkat?" Tengku Hael menggeleng. Bukan salah angkat ke apa, tetapi kepalanya memang terasa sakit sedari pagi tadi.
"Kepala aku pening dari pagi tadi," beritahu Tengku Hael perlahan. Dia menolak bantal itu ke tepi lalu melabuhkan kepalanya di atas paha Erisha.
"Awak demam lagi ke?" Tangan Erisha langsung hinggap di dahinya. Tak panas.
"Taklah, mungkin pening sebab... tak tidur sebelah kau tadi." Dia senyum nakal.
"Awak tipu la. Sakit kepala betul-betul baru tahu!" Erisha memberontak geram.
Tak sampai sesaat mengamati, hatinya sudah terasa tenang. Tengok kau, sakit pun boleh hilang.
"Okey aku serius, memang kepala aku sakit." Sungguh indah pandangannya saat ini. Tidak ingin detik ini pudar.
Dia mencari kebenaran dalam patah kata itu. Muka yang ditatap itu ternyata sedikit pucat. Bagaimana dia boleh tak sedar muka itu pucat? Erisha keluh berat di dalam hati.
"Awak tak makan ke malam tadi sebelum tidur?" soal Erisha lalu tangannya turun memicit dahi Tengku Hael. Nadanya kedengaran gusar.
"Aku makan dah dekat resort masa aku masuk kerja petang semalam."
Dia mahu menampar dada bidang suaminya tetapi lelaki itu lebih tangkas menangkap pergelangan tangannya.
"Nasib sempat. Kau ni Risha, bukan sakit kepala je, boleh sakit jantung tahu tak?" Membulat matanya meski sudah menduga tindakan Erisha. Tangan itu berbisa. Cukuplah menyaksikan dulu tangan itu menghinggap kuat pada orang lain.
"Dah tu awak last makan waktu petang semalam tau. Sekarang dah pagi, mana tak pening jadinya? Awak ingat bila awak dah makan ibarat rasa kenyang akan berakhir macam tarikh luput makanan tu ke?" Tanpa perlu menunggu leteran itu panjang, Tengku Hael sudah tersengih melihat mulut isterinya itu terkumat-kamit. Apatah lagi mendengarkan bait patah itu.
"Kenapa awak senyum!" Meleret suara itu mula mendongkol geram dengan reaksinya.
"Kau ni comel la," puji Tengku Hael tidak tertahan melihat sikap si isteri sama seperti dulu waktu mereka bercinta. Riak wajah, suara menggusarkannya itu yang selalu menjadi kerinduan di hati.
Dalam cemberut muka, masih lincah jarinya mengurut dahi ini. Dia hentikan seketika sebelah tangan Erisha, dia kucup lama tangan itu.
"Malam tadi aku makan dah. Pening kepala biasa la, dengan fikir pasal masalah keluarga aku lagi," jelas Tengku Hael sebetul-betulnya. Dia sengaja mahu bermesra dengan Erisha tadi.
"Cuba fikir masalah saya pulak, saya yang suka awak ni?" Senyuman Tengku Hael terukir lebar tatkala suara lunak Erisha menyapa halwa telinganya. Rentak suara itu dia faham. Pasti Erisha mahu menguji tahap rasa sayangnya.
"Apa masalah kau bila dah suka aku?" Suara lelakinya ikut berubah mood romantik, senada dengan Erisha.
Dia bangun dan mengubah kedudukan menghadap posisi Erisha. Dia menanti balas dari Erisha.
"Awak tak balas suka saya, tu yang jadi masalah," jawab Erisha dengan berani membalas panahan matanya.
"Aku tak balas rasa suka kau?" Kening lelakinya diangkat serentak dia mengunci Erisha di tepi katil.
Belakang tubuhnya sudah melekap di badan sisi katil. Dia menelan air liurnya perit. Dia cuma mahu bertarik tali dengan lelaki itu seperti dulu! Termasuk perangkap sendiri pula!
"Jawablah." Pandangan menduga diberikan oleh suaminya itu.
Sebelum debaran di dadanya terasa bergetar hebat, kedengaran pintu bilik diketuk. Cepat Erisha bergerak ke tepi untuk melarikan diri.
Sekali lagi Tengku Hael pantas melingkari pinggang Erisha supaya isterinya itu tak boleh lari. Dia mahu tergelak dengan usaha Erisha, tapi ditahan saja. Wajahnya saja diketatkan lalu dia mendekat.
"Tak perlu pergi buka pintu, boleh sahut dari sini," bisik Tengku Hael menghembus suaranya ke telinga Erisha. Deruan nafas Tengku Hael benar-benar menguji jiwanya.
"Ya Cik Su, ada apa?"
Kedengaran seperti menyahut suara di interkom. Sempat Erisha komen suaminya walaupun dia sudah bagai cacing dalam kepanasan akibat renungan lelaki itu.
"Puan nak bercakap dengan Puan Lia. Puan Lia dah bangun ke tengku?"
"Kau dah berkenalan dengan Cik Su?" soal Tengku Hael bila mendengar Cik Su membahasakan nama Erisha 'Lia'. Melihat Erisha mengangguk, dia ukir senyum.
Hanya nama 'Syalia' itu sahaja yang boleh digunakan oleh orang lain bagi membahasakannya. Kata Erisha, dia mahu nama 'Erisha dan Risha' cuma dipanggil oleh insan teristimewa saja.
"Kau jawablah tu Cik Su tanya," suruh Tengku Hael bersama ekoran anak matanya memberi isyarat juga.
Erisha angguk. Seperti Cik Su itu di depannya sahaja dia beri respon. Mana tidaknya, dia ada dalam pelukan suaminya tika ini.
"Cik Su tak nampak. Kau kena cakap."
"Ada." Cuma didengari olehnya seorang. Tengku Hael tertawa kecil dengan nada perlahan Erisha. Lebih baik dia jawab.
"Maaf Cik Su, Hael terlelap balik. Lia belum bangun, sekejap Hael kejutkan dia." Tengku Hael menyahut bagi pihak Erisha yang disuruhnya tadi.
"Baik, tengku."
"So, macam mana jawapan tadi? Aku... Aku tak balas rasa suka?" sambung Tengku Hael, dengan sengaja dia meleret suara.
"Balas!" Erisha terus menekan intonasi bila Tengku Hael terlihat ingin membisik lagi di telinganya.
Dia berhasil menyakat Erisha. Perlahan-lahan dia menjarakkan kedudukan mereka. Tetapi, muka itu masih di dalam ruang mata.
"Dulu, suka sangat tengok drama. Suka scene sweet itu ini, bila dah ada dalam situasi tu, tahu pun nak gelabah." Tengku Hael menyebut satu per satu membidas reaksi Erisha. Sebenarnya dia cuma mengusik saja. Selalu Erisha je yang suka sakat dia sewaktu mereka hangat bercinta, sekarang biar dia yang sakat dengan title suami.
"Tapi saya tak tengok dah." Erisha menunduk. Sekali lagi tak sangka betul ada saja jawapan keluar dari mulut isterinya itu. Tapi ada baiknya.
"Bagus la tu, tak baik tengok cerita macam tu. Tengok suami depan mata ni yang baik," ujar Tengku Hael sambil berdehem.
Erisha pandang sekilas dan menjeling. Kali ini dia berjaya, dia berdiri sepantasnya. Dari tadi lagi dia sudah bersedia. Detik ini lelaki itu hampir mendapatkan tangannya, tetapi gagal.
Erisha gelak sakan bergegas melarikan diri. Mujur dia sempat membuka pintu sebelum Tengku Hael meraih tubuhnya.
Seketika mereka saling kejar-mengejar mengelilingi sofa ruang tamu atas itu. Memang gawat suasana saat itu dengan suara Tengku Hael yang tercabar dan diselangi dengan suara kuat Erisha yang ketawa.
"Oh, kau jeling aku ya tadi?" Kini, Tengku Hael mencepatkan langkahnya keliling meja mengejar Erisha.
"Asyik nak goda orang je, takkan tak puas saya pandang setiap kali tu? Tengok tu, nak kejar pun tak boleh! Nak usik orang laju, nak kejar tak laju pula, sebab umur dah 30 an la tu!" Erisha mengutuk lantang. Puas hatinya.
"Apa kau cakap Risha?" Berdesing telinga Tengku Hael mendengarnya.
"Betul la, kan?" kata Erisha sedikit kuat. Sengaja ingin mencabar Tengku Hael.
"Tunggu kau, kalau aku dapat kau, tahulah apa aku nak buat!" jerit Tengku Hael dan terus mengejar Erisha dengan sekuat tenaga.
Betul-betul keriangan. Walaupun kaki Erisha makin laju, Tengku Hael masih tetap mahu mengejarnya.
"Ha... Ha. Semput dah. Tak boleh nak lari lagi. Penat serius penat!" Erisha mengangkat tangannya, menahan Tengku Hael dari terus mengejarnya.
"Kau rasa bila dah ada peluang, aku tak ambil kesempatan?" Tanpa perlu mengejar, dia menapak perlahan sahaja mendapatkan Erisha.
"Argh!" jerit Erisha kuat apabila Tengku Hael menariknya dari belakang dan terus mendakapnya kemas.
Untuk seketika, mereka kaku di posisi itu dan senyap untuk beberapa saat.
"Kau dengar tak? Rasa tak?" tanya Tengku Hael.
"Dengar apa dan rasa apa?" Erisha kini terperangkap. Hatinya memujuk supaya tidak mengalihkan pandangan dari wajah Tengku Hael yang putih itu di hadapannya sekarang.
Secara automatik jemari Tengku Hael naik ke wajah Erisha, perlahan-lahan dia mengalihkan rambut Erisha yang menutupi wajah. Perlahan-perlahan dia mengusap pipi Erisha. Lagi membuatkan dia terpegun apabila Tengku Hael mencapai tangannya lalu tangannya diletak di dada suaminya itu.
"Kau dapat rasa degupan jantung aku? Laju, kan?" Hati Erisha berdetik seiring jantung Tengku Hael tatkala soalan itu diajukan.
"Macam tu la aku bila dengan kau juga. Bukan kau seorang je rasa macam tu. Walaupun aku yang mula, tapi aku pun sama macam kau."
"Tipulah, ni sebab awak lari dengan saya!" Erisha menentang. Tengku Hael sengaja ingin memanipulasi fikirannya.
Tengku Hael mengancing gigi. Dia angguk geram.
"Okey kalau macam tu, kita duduk dulu."
"Apa mereka buat kat atas tu, Su?" soal Tengku Afina yang sedari tadi mendengarkan suara dari adegan anak dan menantunya itu.
"Tak tahulah saya, puan. Tapi orang muda bercinta, kan?" Cik Su tumpang ketawa bila Tengku Afina tergelak mendengar jawapannya.
"Syukur alhamdulillah, Su. Senang hati saya, sekurang-kurangnya Hael tu dah rasa bahagia," luah Tengku Afina dengan tatapan redup ke wajah pembantu rumahnya itu.
Cik Su turut hanya tersenyum lega. Dia juga rasa gembira bagi pihak Tengku Afina bahkan majikannya itu sendiri. Tengku Afina sudah lama menanti waktu melihat Tengku Hael bahagia semula.
"Alhamdulillah puan, dia dah bahagia dengan orang yang tepat."
"Kejap, awak tak kerja ke harini? Pukul 7.40 saya last tengok jam tadi." Erisha mula tidak selesa cepat-cepat dia mengorek idea untuk mencari jalan menukar topik perbualan. Bukan kerana tidak suka, tetapi dia takut berderai jantungnya. Mana tidaknya, wajahnya terlalu dekat malahan mata suaminya itu seakan merasuk dirinya.
"Pukul 10 macam tu aku masuk," jawab Tengku Hael, dia masih merenung wajah itu.
"Tak apa ke macam tu? Kerja awak tak banyak?" bahas Erisha.
"Kau penting berbanding urusan tu. Cukuplah dulu aku terlalu utamakan kerja," sambung Tengku Hael penuh erti perasaan terpendam.
"Dulu awak tak utamakan kerja pun, walaupun awak sibuk, awak tetap ada masa dengan saya." Anak mata Tengku Hael ditatap dalam dengan penuh kasih dan cinta.
Kalau kau faham dan bukan ini puncanya. Apa sebab sebenar kau pergi? Jeritan hatinya meronta dengan sayu.
"Tengahari nanti ada wedding dekat resort aku. Wedding pekerja aku punya abang. Kau nak ikut?" Gilirannya menukar topik walau hati berkeras inginkan kejujuran.
"Tapi Pak Ngah saya nak datang, dia cakap nak jumpa saya."
"Jumpa?"
"Mungkin ada hal kut. Boleh ke saya nak keluar sekejap lagi?"
"Boleh, tapi aku ikut. Let me remind you, no excuse." Begitu rapat Tengku Hael memperingatinya saat Erisha ingin membantah.
Erisha yang mengangguk membuatkan Tengku Hael membawa wajahnya menjauh.
"Rasanya okey dah, kan?" Tengku Hael bersuara kembali akan topik tadi.
Tangan Erisha dibawa ke dada bidangnya. Lama dia menanti tindak balas Erisha. Ingin dia bersuara namun mengamati selama ini wajah itu mengembalikan memori bibit-bibit cinta yang memutik tika dulu.
"Dari hari pertama mata aku bertembung dengan mata kau, saat tu hati aku memekar cinta. Waktu pertama kali kau cuba mengurat aku, kau ingat tak?"
Erisha tersenyum sambil mengangguk perlahan sebaik sahaja ingatan itu kembali menjelma.
Tapi, macam tak percaya mengapa dia boleh selemah ini bila Tengku Hael mendekat. Padahal dulu dia yang mengurat lelaki ini.
"Eh kejap, saya tak lupa. Awak tu reject saya tau. Lepas setahun tiba-tiba baru suka." Erisha senyum mengejek.
"Aku bukan reject, aku cuma malu." Tengku Hael mempertahankan dirinya. Tapi, memang benar.
"Wah, malu? Sekarang pulak berani je?" Sinis Erisha membidas.
Tengku Hael senyum jahat. Erisha mengejek, membidas? Baik, baik.
"Sekarang ni berani sebab... kau bini aku."
Tindakan Tengku Hael saat ini... Dia terpempan.
_______________
Writer Comment : BUKAN MAIN PARAH AKU NAK BUAT SCENE SWEET🤒Tak best maap le ye. Komen komen camne dengan bab ni, orite tak orite🌚
Dalam ms yg sama, sma2 la kita mendoakan saudara-saudara seislam kita di sana. Semoga Allah melindungi darah-darah yang tidak berdosa. Aamiin🤲
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro