Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

MHS : 38

RAWDA melewati bilik Tengku Hael. Biasanya pintu bilik Tengku Hael akan terbuka sedikit atau setidaknya waktu malam begini Tengku Hael akan beristirahat di ruang tamu tingkat atas ini. Tetapi saat ini, bayang langsung tak kelihatan.

Niatnya ingin kembali ke bilik semula terbatal ketika terdengar suara Tengku Hael. Langkahnya diatur menuju ke tingkat bawah.

"Kau naik mandi dulu. Aku buatkan air untuk kau," ujar Tengku Hael lalu menghulurkan beg Erisha.

Dahi Erisha berkerut. Tangan Tengku Hael dipaut, melarang langkah.

"Saya la buat, awak. Apa pula awak yang buat." Erisha cepat membantah.

"Kau baru balik kerja," balas Tengku Hael lantas mengalihkan tubuh Erisha ke arah tangga.

"Apa kata kita buat sama-sama?" cadang Erisha, nadanya cepat mengutarakan cara itu. Dengan mudah, ekpresinya gembira.

Tengku Hael sempat senyum melihat telatah itu. Sebelum riak wajahnya berubah tegang serta merta. Dia menghela nafas, berat. Senyumannya turut mati.

Erisha lantas mengerlingkan mata ke arah bola mata Tengku Hael.

"Along, kenapa muka you lebam ni long?" celah satu suara disusuli gusar.

Erisha selangkah berganjak ke belakang memberi ruang.

"Along, jawablah."

Pandangan Rawda langsung beralih pada Erisha. Erisha mula susah hati dengan kebisuan suaminya.

"Kalau Along tak nak jawab, you jawablah Erisha. Along accident ke apa?" Suaranya meninggi.

Enggan mempedulikan Rawda, dia segera meraih tangan Erisha.

"I tahu I salah lah, Along. Tapi tak payah nak dingin sangat dengan I." Rawda menempik tanpa sedar.

Dia berpaling bengang. Renungan Tengku Hael tajam pada batang tubuh Rawda, menandakan dia benar diambang marah. Erisha menggenggam kuat lengan Tengku Hael lantaran dia menggeleng.

"Jaga percakapan, Da," tegur Tengku Hael kurang senang dengan ton suara Rawda.

Erisha mengeluh perlahan di posisi. Usahanya sia-sia bila Tengku Hael tetap mula bersuara.

"I tanya, dah Along diam. I risau masalahnya."

"Kalau Da risaukan Along, tak payah tunggu apa-apa jadi pada Along baru nak risau. Risau masa Da dah buat Along kecewa dengan Da," sindir Tengku Hael berbaur perasaan terkilan.

Bait perkataan abangnya itu menusuk ke dalam hati. Dia makin diserbu sesal. Tengku Hael bahkan kembali membahasakan diri sebagai Along.

"I boleh jelaskan Long," pujuk Rawda. Perkataan itu nekad keluar dari mulutnya. Sehingga saat ini, dia memang keterlaluan.

Tengku Hael menggeleng.

"Semua bermula dari sikap buruk Da. Ubahlah Da, ubah," tegas Tengku Hael. Dia terus mengorak langkah ke tingkat atas tanpa Erisha. Biarlah. Erisha juga cuba membela Rawda.

Rawda mengigit bibirnya. Seketika, rambutnya diraup dengan rasa sebal.

Dalam rasa malu, dia bersuara.

"You baru balik kerja ke?" Dari sejak malam itu, dia belum ada kesempatan bertegur sapa.

Angguk Erisha lalu dia mengambil nafas sebelum memberanikan diri mengutarakan suara.

"Awak jangan terasa hati tau, Rawda. Along masih terkilan dengan..." Belum sempat dia cuba menenangkan, gadis itu sudah memotong.

"Dengan masalah yang I timbulkan. I know, Lia." Rawda menyambung, intonasinya hujungnya rendah.

"Soal awak bergaduh dengan Azi saya kurang tahu. Walaupun saya tahu daripada dulu lagi awak dan Azi selalu bertelingkah, tapi awak berdua akan berbaik semula, awak dengan Along juga." Dia menyelitkan Azi walaupun dia tahu Rawda tak pernah mempedulikan Azi. Cuma bila melibatkan Tengku Hael, gadis ini sanggup berdepan dengan Tengku Hael untuk mengungkap maaf.

Tengku Hael seorang abang yang baik, bohonglah jika Rawda tidak akan kesal terhadap Tengku Hael kerana menyebabkan lelaki itu terlibat sama.

Rawda mengeluh. Dia tak tahu mengapa hatinya jadi lembut sejak akhir-akhir ini, mudah rasa kasihan. Mudah meluahkan. Seperti saat ini, dia terasa seperti hendak meluahkan pada Erisha.

"Boleh I nak some space dengan you?" Penuh berhati-hati Rawda meluahkan niatnya itu.

Jujur, Erisha janggal namun dia tetap mengangguk. Dulu dia memaksa hati agar tidak tewas meleraikan perselisihan faham Rawda terhadapnya, tetapi siapa saja mampu menentang keputusan yang keluar dari mulut Rawda. Mereka berdua bagai bertemu buku dengan ruas, memiliki sikap yang sama. Tatkala berlaku salah faham pada salah satunya, serta merta sukar mencari kata sepakat semula.

Erisha membuntuti langkah Rawda yang menapak ke luar. Mungkin Rawda perlukan ketenangan. Sekurang-kurangnya Rawda ingin berbicara dengannya seperti waktu mereka akrab dulu.

"I rasa diri I berubah kepada diri orang lain sejak kebelakangan ni," luah Rawda seraya mengambil posisi duduk di atas pondok papan itu.

"Maksud awak?" Erisha memberi perhatian.

"I rasa sebab apa yang I buat dekat Azi. Ini pertama kali I rasa serba salah." Bicara Rawda lagi.

Bersalah terhadap Azi juga?

"I tak tahu Erisha, tapi kali ni benar-benar lain. Ini kali pertama I rasa bersalah. Padahal pergaduhan I dan Azi sebelum ni ada yang berat.

I hilang pertimbangan bila I tahu dia jumpa seorang perempuan. Dan lebih buat I rasa tak keruan bila dia nak kahwini perempuan tu. I terkejut sebab luar daripada fikiran I sampai I upah orang untuk siasat sebenar-benarnya sebab Azi tiba-tiba nak kahwini perempuan tu.

I tak pernah tahu pun kewujudan perempuan tu dan tiba-tiba perempuan tu jadi pilihan Azi. I terus beri maklumat tu pada mama tanpa I tahu sahih ke tidak. Rupa-rupanya perempuan tu masa silam ayah, Azi nak berkorban untuk ayah dan mama.

I rasa bersalah sangat. I dah buat mama kecewa sangat dengan tindakan Azi. I dah berdepan dengan Azi, tapi Azi sikit pun tak ingin I muncul depan mata dia. I betul-betul rasa I tak sepatutnya lagi berdepan dengan dia." Sedih suaranya. Dia meluahkan segala-galanya.

Erisha seakan terpempan bila Rawda meluahkan tanpa ada sedikit ingatannya akan kesalahan Azi, yang sentiasa menjadi ungkapan Rawda.

"Itu perasaan bersalah, Rawda. Bila ada perasaan tu, tak salah untuk awak terus berdepan. Awak janganlah nangis Rawda, saya tak pernah tengok awak menangis macam ni. Azi cuma masih dalam rasa marah, tapi bukan maksud membenci. Awak kena beri dia masa." Erisha memujuk penuh rasa bertimbang rasa. Hanya Rawda yang menyokongnya dari mula, memberinya semangat.

Siapa tahu hakikatnya Rawda memang rasa serba salah. Jika Rawda dan Azi berbaik, itu yang sangat dinantikan. Terutamanya diharapkan oleh mama dan Tengku Hael.

"I tak rasa hanya perasaan bersalah yang I ada. Sebab apa yang I rasa sekarang ni... cinta Erisha."

Erisha menelan air liur terasa kesat. Tak mungkin Rawda miliki perasaan terhadap Azi.

"I bersendiri dan terus fikir, dari hari I terpagut risaukan dia sehingga I buat silap terhadap dia. I cintakan Azi, Erisha. Perasaan yang berat tu ada pada I untuk dia." Tiada kata-kata lagi yang mampu Erisha ungkap saat mendengarkan setiap bait luahan terakhir itu. Sesuatu yang tak pernah diduga.

PINTU bilik dirapatkan. Bukan kisahnya sahaja tak lengkap dan sukar dimulakan, tetapi kisah Rawda juga.

"Lama sangat kau dengan dia, dia cakap apa lagi? Dia tak bersalah?" Suara itu kedengaran dingin menyoal. Jelas lelaki itu masih terkilan dengan Rawda.

Tadi bibir lelaki itu tak lekang dari senyuman, tetapi setelah disapa raut wajah Rawda, ekpresi Tengku Hael berubah hambar. Tiada secalit senyuman lagi.

"Kali ini memang Rawda rasa bersalah. Janganlah awak fikir macam tu lagi."

"Rasa bersalah? Risha, Rawda tu tak pernah akui salah dia. Dia selalu cetus masalah. Ya, memang kali ini salah pada Azi, tapi Rawda tu kena juga sedar yang Azi lebih terasa dengan dia.

Azi tu abang, meski bukan adik beradik kandung, tapi ada rasa nak dihormati dan ada perasaan. Sampai bila Rawda tak putus nak hina dia? Hal dulu dah berlaku, menghukum bukan dengan terus bergaduh dengan Azi, cemuh Azi." Dari nada Tengku Hael, dia sungguh terkilan akan masalah adiknya.

"Saya tak tahu nak cakap macam mana lagi. Macam tadi, awak abaikan dia, awak diam bila dia tanya. Dia takkan nak marah kalau awak tak buat macam tu, dia malu bila awak buat tak tahu dengan dia dan tegur dia depan saya." Sekali lagi Erisha mempertahankan Rawda.

Keluhan Tengku Hael terasa perit.

"Habis kau nak aku jadi abang yang dengar saja apa yang tak patut keluar dari mulut dia? Nak sindir, nak biadap dengan abang-abang dia ikut suka hati dia? Cukuplah aku sabar nasihat dia setiap kali dia tak ada adab dengan Azi," sanggah Tengku Hael penuh emosi. Tidak perlu Erisha hendak menegakkan benang yang sudah basah demi menutup kesalahan Rawda.

"Dia bukan seperti yang awak fikirkan. Hanya disebabkan dia selalu salah, awak anggap dia masih sama."

Tengku Hael gelak sinis.

"Aku tahu kau paksa diri kau faham adik beradik aku dengan kau pertahankan adik-adik aku. Aku sedar dan sangat sedar Risha, sama ada satu yang bersalah mahupun kedua-duanya tetap takkan ubah keadaan mereka yang pasti melalui pergaduhan. Aku memang kesal bila kau kena lalui semua ni padahal kau harap bila kau datang keluarga aku, kau dapat rasa apa yang kau tak pernah dapat. Tapi kesian kau, Risha. Aku ni dengan gagal didik adik aku.

Dengan nak kau rasa semula bahagia hidup ada adik beradik setelah kau berpisah dengan abang kau, dengan nak kau dapat rasa kasih mama juga sepertimana kasih yang kau tak dapat rasa dari ibu. Tapi kurang pada 'adik beradik', apa yang dah jadi antara Azi dan Rawda, mereka jadi adik beradik yang pasti banyak masalah bagi kau. Depan mata kau hari itu, mereka bergaduh lagi dan juga Rawda tadi. Sebagai seorang abang, aku gagal. Paling menyakitkan juga sebagai seorang suami untuk lengkapi rasa bahagia kau, aku turut gagal."

"Awak tak pernah gagal, Hael. Sama ada sebagai abang atau suami. Awak sentiasa cuba yang terbaik, saya tahu awak, saya kenal awak. Tapi sekarang saya tak nak awak menyalahkan Rawda, Hael. Anggapan kita salah kali ini."

"Apa maksud kau?"

"Rawda menyimpan perasaan terhadap Azi. Rawda cintakan Azi, awak," ungkap Erisha bersama kebenaran itu. Dia tak tega mendengar Tengku Hael terus mencemuh.

Tengku Hael terkedu, tidak percaya apa yang didengarinya. Pandangan mata Tengku Hael memanah pada Erisha.

"Rawda sendiri yang akui." Erisha mengerti Tengku Hael mahukan kepastian.

Andaikan aku mampu mengungkapkan kebenaran dulu seperti saat ini.

"Aku perlu bercakap dengan Rawda."

Erisha pantas menahan.

"Kau pergi bersihkan diri kemudian rehat. Kau tak perlu risau, Rawda tahu kau akan buka cerita dekat aku. Jika tidak, dia takkan berani luahkan pada kau. Aku tahu itu cara dia untuk aku tahu apa yang dia rasa."

_______________
WRITER COMMENT : 'Andaikan aku mampu mengungkapkan kebenaran dulu seperti saat ini.' SERABUT AKU PUN BUAT WATAK SI ERISHA NI.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro