MHS : 35
ERISHA menerkup kain dengan beberapa ketulan ais. Wajah suaminya disentuh sebelum merebahkan ais di tepi bibir suaminya.
"Sebab saya, awak kena macam ni." Sayu suara isterinya berbaur kesal. Sudah dengan raut mukanya masih tersisa sedih yang merenggut jiwa. Dia menambah lagi perasaan Erisha.
"Sebesar hama pun tak ada salah kau, Risha. Hafiz cuma terlalu marah dengan keputusan aku." Bicaranya itu demi menenangkan Erisha. Basah seluruh pakaian di tubuh Erisha gara-gara meredahi hujan menggamit perhatiannya.
"Apa yang dah jadi kat tempat kerja kau?" Dagu Erisha diraih.
Tangan Tengku Hael cuba naik untuk menanggalkan tudung yang basah di kepala Erisha, namun Erisha mengelak.
"Saya cuma terikutkan perasaan. Tak ada apa pasal tu, saya dah rasa okey sekarang." Erisha langsung berdiri. Tidak betah berlamaan di situ.
Dia lantas menahan tangan isterinya.
"Saya rasa Alissa lebih layak ada dekat tempat saya sekarang. Kalau Hafiz dah jumpa Alissa, lebih baik awak..." Erisha tetap menyentuh hal itu. Tampak Erisha mengumpul keberanian memandang sepasang mata hitam jernih miliknya.
Pegangannya menggigil. Ternyata seperti diduga.
"Cakaplah apa kau nak cakap, aku dengar." Tengku Hael memintas seiring hati pasrah. Tengku Hael tahu perkataan apa yang akan keluar dari mulut Erisha.
Bahkan di depan Tengku Hael, Erisha menanggalkan cincin yang disarungkan ke jarinya. Kotak baldu yang dibawa sekali, dia buka. Dia menatap lama cincin itu sebelum meletakkan semula di tempat asal.
Hati Tengku Hael berdenyut sakit. Anak matanya dibiarkan meliar tanpa arah. Menghapuskan jejak takungan air mata.
"Lebih baik awak pergi pujuk Alissa. Awak masih belum terlambat." Kotak baldu diletakkan di dalam tangan Tengku Hael semula. Seperti petang tadi.
Erisha merobek hatinya tanpa belas. Cincin itu Tengku Hael rentap lalu dibawa rapat ke wajah Erisha.
"Hanya disebabkan kau rasa serba salah, kau kembalikan cincin ni? Tadi petang kau cakap cincin ni bermakna? Ertinya sekarang kau pulangkan kerana hakikat cincin ni tak ada nilai tu dah bagi kau?" soal Tengku Hael sambil menunjukkan cincin itu. Intonasi suaranya jelas tidak mampu menyembunyikan perasaannya. Nadinya terasa berdenyut-denyut laju meyakinkan Erisha, hati lelakinya sakit.
Erisha diam. Dia sanggup ketandusan kata. Lelaki itu tersinggung, sudah satu kesakitan perit menapak di hatinya.
"Tak perlu sampai nak suruh aku pergi pada orang lain. Kehendak hati aku lebih penting berbanding keselamatan yang sekarang kau sendiri nampak, aku masih utuh berdiri depan kau. Masih kuat. Setakat luka dan lebam ni, takkan ragut nyawa," cetus Tengku Hael sambil mengesat kasar air mata. Sedih benar dengan diri sendiri yang lemah kerana cinta. Takkan tak membuktikan lagi pada Erisha yang hatinya ini terlalu cinta?
Tengku Hael mencapai tangan kanan Erisha lalu disarungkan semula cincin emas ke jari manis milik isterinya.
"Tolonglah terus pakai cincin ni," pinta Tengku Hael dengan suaranya yang makin serak.
Lemah Erisha saat lelaki itu menunduk. Bukan niatnya menyakiti Tengku Hael ketika ini.
"Hafiz tengok awak terluka dah lama, dia yang ada dengan awak. Mana dia mampu tenang bila awak terima saya sebagai isteri. Dia terlalu kecewa sebagai kawan yang selalu sokong awak, jika tak terkilan dia takkan sampai sanggup bermain dengan nyawa awak." Erisha bersungguh menegaskan. Hati isteri yang mana tidak gusar bila suaminya menghadapi situasi hampir maut tadi?
"Dia memang melampau. Tapi dia tak boleh paksa hati aku, aku bukan mahu sesiapa selain kau. Andai mati sekalipun, hidup aku biar berakhir sebagai suami kau." Belakang tubuh Erisha direnung sayu. Hinggakan, hampir sahaja dia ingin membalas dengan suara yang lantang tika itu.
"Memang cuma sekadar lebam, tetapi itu nasib sahaja. Jika berlaku kecederaan teruk baru nak sedar ianya berkenaan nyawa? Dia dah main dengan nyawa awak demi mempertahankan orang selayaknya." Dia menoleh ke arah Tengku Hael. Mata itu dia tentang berani.
"Orang selayaknya? Kau orang tu Risha, kau." Kendur suaranya sayup.
"Kalau mama tahu, mama pun akan rasa yang sama. Hidup kita sebagai suami isteri baru sahaja beberapa hari, tak bawa apa-apa kebaikan pun pada awak. Bersama dengan Alissa pilihan terbaik." Bait kata Erisha menikam perasaannya.
Tengku Hael terdiam seketika mendengarkan itu. Bebola matanya bergerak-gerak memerhati wajah Erisha.
"Aku ikhlas layan kau, aku dah mula terima kau, kenapa kau jadi macamni, Erisha? Pilih Alissa? Pergi cari Alissa? Kau rasa aku gamak ke buat macam tu dekat kau? Kau perempuan yang aku cintalah, Risha! Persetankan apa yang Hafiz mempertahankan, takkan wujud orang selayaknya melainkan kau!" Saat ini, hatinya benar sakit. Takkanlah setiap kali yang tak kena, jalan penyelesaian Erisha cuma menyuruhnya pergi.
"Kalau kau tak hadir pun, aku yang akan akhirkan majlis tu. Aku tak sanggup nak hidup dalam bayang kau. Aku tak sanggup jalani hari-hari aku, setiap yang ada dalam hari-hari aku, ada kau. Mana ada daya untuk aku, lalui hari aku dengan orang lain sedangkan setiap kenangan apa yang aku buat, apa yang aku rasa wujud kerana kau. Apa yang kita buat sama-sama dalam sehari kita, ada kau. Semua tu mustahil untuk aku teruskan dengan orang lain." Lemah suaranya meluahkan isi hatinya. Kata-kata itu dilahirkan lagi dengan titisan air mata yang menitis-nitis dari pipinya.
Hati Erisha seperti dikoyak-koyak melihat air mata lelaki itu berderaian seiring luahannya.
"Saya tak tahu nak cakap apa. Sebab saya... sebab saya yang mulai semua ni, saya dah tinggalkan parut yang menyakitkan dalam hati awak, awak lalui perit dalam setiap hari awak. Saya nak sangat awak hukumlah saya, tapi awak cuma cakap awak lebih sakit kalau sakiti saya. Saya teruk sangat, perkahwinan kita juga membahayakan nyawa awak." Berguguran air mata Erisha menuturkan patah kata itu. Jarinya menggigil untuk mengesat darah yang masih tersisa di bibir Tengku Hael.
Erisha bukan ingin menyakitinya.
"Aku takkan hukum kau. Aku terima hidup dengan kau sekarang, dengan kisah yang baru dan cinta yang sama. Tolong jangan pertahankan lain. Kalau aku mati sekalipun, hanya tetap kau yang layak jadi cinta terakhir aku." Dia mencurah kasih sayangnya terhadap Erisha dengan menyeka titisan air mata di pipi Erisha.
Rasa kecewa bertahun-tahun akan kalah dengan rasa sayang terhadap Erisha. Selama dia mengenali gadis itu, perasaan serba salah Erisha cuma Erisha mampu selesai dengan memisahkan hubungan mereka. Dia akur dia terluka dengan setiap cara Erisha demi menjernihkan.
"Bertahan walau serumit apapun masalah. Hafiz takkan sampai nak buat aku mati. Dan Alissa tak pernah layak jadi insan yang aku cinta."
"Jangan sesekali terlintas untuk pergi lagi, Risha. Memperbaiki, mempertahankan, memperjuangkan, Risha. Bukan menyerah dan mengakhiri. Takkan wujud halangan yang akan menggugat kedudukan kau sebagai isteri aku."
"Saya minta maaf awak, kita baru je berbaik, tapi saya keruhkan lagi keadaan. Cuma Hael, saya dah pesan dari dulu lagi, saya tak suka tengok keadaan awak macam ni. Hafiz tu dia fikir apa sebenarnya? Dengan terluka macam ni, mana saya tak emosi?" Aku usap sayu pipinya yang turut lebam. Entah apa lagi mengenai tubuh Tengku Hael.
"Kau pentingkan perasaan kau saja? Kau..." Perkataannya tertahan. Anak mata membulat tatkala Erisha hampir mengangkat bajunya. Laju tangannya menahan.
"Kau nak buat apa?" tempik Tengku Hael, berdetak tak sekata jantungnya. Bila menyedari suaranya meninggi, tangannya bertindak memegang tangan Erisha.
"Tak, Risha. Maksud aku, kenapa?" Tengku Hael mengawal nada suaranya.
"Dia pukul awak kat mana lagi?" Masih kedengaran sisa teresak-esaknya.
Mudah sahaja bibir Tengku Hael mengulum senyum.
Erisha cukup mampu membahagiakan. Jika tidak, mendengarkan pertanyaan Erisha sesaat ini, dia takkan rasa tenang. Bagai kesedihannya tadi terbang pergi.
Tangannya yang memegang tangan Erisha dikemaskan lagi. Dia menuntun Erisha menuju ke sofa semula.
"Hurm, kat sini." Tengku Hael drastik mendekatkan wajahnya tepat pada Erisha yang berada di depannya.
Sekelip mata, Tengku Hael melepasi matanya lalu memeluknya. Jarak antaranya dan Tengku Hael terlalu rapat sehingga hembusan nafasnya yang terhenti seketika pasti dapat disedari oleh Tengku Hael.
"Sakit belakang aku ni." Makin terpempan Erisha ketika tangannya sudah merangkul pinggang Tengku Hael. Cepat Tengku Hael buat kerja.
"Aku sakit kat sini ni," tunjuk Tengku Hael. Kali ini tangannya dialih perlahan ke bahagian tulang belakang lelaki itu.
"Sakit sangat ke?" Menahan gementar bukan mudah. Terasa anggukan di bahunya, menjawab persoalannya.
Erisha cuba mengusung ibu jarinya lalu memijat tulang belakang Tengku Hael dengan perlahan. Walaupun baju membataskan, tetapi dia berusaha mengurut berhati-hati.
Tengku Hael meleraikan dakapan itu. Dia menunjukkan tangannya.
"Sakit sini tangan ni jugak." Sekarang Tengku Hael menyentuh pergelangan tangannya. Penuh harapan dari sorotan matanya.
Erisha membelek pergelangan tangan Tengku Hael. "Biru dah," gumam Erisha sendiri sambil jarinya turun mengurut.
"Ada sakit bahagian lain lagi?" Tengku Hael menggeleng perlahan. Tak tega hendak menambah kebimbangan Erisha lagi.
"Hati je." Dalam enggan merisaukan, dia menyelit.
"Lepas ni lawan la balik. Tidak pun! Saya ikut awak, saya berhenti kerja. Saya protect awak ha."
"Kau nak protect aku?"
"Bukan bermakna saya perempuan, saya tak boleh protect, dulu saya boleh je lindungi awak."
Tangannya melingkar ke pinggang Erisha kembali. Tubuh itu ditarik rapat ke dalam dakapan. Kedudukannya saat ini terasa indah.
"Mulut kau menanglah Risha. Kalau nak berlawan, kau nak main tarik rambut lagi?"
Erisha memincing mata sebelum dia mengambil peluang pada ruang kosong sedikit di antara tubuh mereka lalu menampar dada Tengku Hael.
"Sekurang-kurangnya tak ada la macam awak sekarang. Berdarah, lebam," sindir Erisha geram.
"Ini Risha, kalau kau tarik tu kau rasa tak jadi kanser otak orang tu?" Tengku Hael cuma bercakap benar. Dia sendiri menyaksikan sudah ditujah perasaan mengerikan.
Erisha mendengus manja. Masa itu dia cuma mempertahankan diri.
"Awak marah betul masa tu."
"Yelah Risha, jangan buat macam tu, bahaya. Kesian pula tu kat dia. Dia tu perempuan, kalau lelaki macam aku boleh la tahan."
Dengan kedua-dua insan itu merah mata angkara hati yang terasa tetapi mampu lagi menyenangkan hati.
"Saya ni awak tak kesian ke? Dia hampir tolak saya jatuh tangga masa tu."
"Bila fikir balik, masa tu pun aku terlambat untuk kau." Tengku Hael bersuara hiba kembali.
"Kau boleh ke terima aku sekarang Risha? Terlalu banyak kekurangan aku dalam aku mencintai kau dulu, malah tadi juga aku lambat. Malam tu dulu, memang pengajaran untuk aku selepas aku sentiasa lambat untuk kau.
Aku seolah ambil kesempatan, semakin kau percaya, semakin kau faham, aku macam dah ambil kesempatan. Aku tahu kau pernah termakan kata-kata kawan kau dulu kerana banyaknya kekurangan aku sebagai kekasih kau," ungkit Tengku Hael timbul rasa kesal. Air mata Erisha yang habis diseka kini kembali mengalir.
Bibirnya bergetar menahan sebak yang mencengkam sukmanya. Setitik demi setitik airmatanya jatuh. Dia menggeleng. Tiada satu pun salah dari Tengku Hael.
"Tak, Hael. Apa yang dah jadi bukan salah awak. Semua salah saya. Awak tak perlu rasa bersalah," kata Erisha berat. Ingin sekali dia meluahkan hakikat sebenar.
"Aku rindu kau Risha, aku rindukan kau sangat-sangat. Memiliki kau semula adalah hal terindah bagi aku. Aku akui, sakit mengingatkan pemergian kau, sakit melalui hidup tanpa kau ketika hati masih mencintai, menyayangi, merindui orang yang dah tak anggap aku ni penting lagi, dan semudah itu pergi walaupun sebelum ini ucap kata-kata sayang, perlu, rindu. Tapi sakit, perit, hancur takkan mampu menang dengan rasa bahagianya aku bila ada kau kembali." Luka di dalam jiwanya cuba dirawat sendiri. Malangnya dia tersungkur. Kehadiran Erisha menghapuskan seluruh kisah sedih di dalam hatinya.
Hanya tuhan sahaja yang mengetahui betapa rasa bersalahnya dia rasa tika ini. Mereka berdua menjadi mangsa keadaan iri hati orang lain. Dia masih rasa perkara sebenar tidak perlu diungkapkan. Bahkan biarlah selamanya, Tengku Hael menganggap dia yang mengakhirkan kerana terpaut cinta terhadap Khairi. Masa juga tidak dapat diputarkan kembali, tiada apa yang dapat menenangkan hati.
__________________
WRITER COMMENT : Maafle baru je balik ha dri kampung, tkdan menaip🌚
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro