Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

MHS : 34

TENGKU Hael meluru ke arah Hafiz. Sekelip mata Tengku Hael merentap baju yang dipakai oleh Hafiz. Kolar baju itu dicekak rapat.

"Kau nak aku mati sangat ke, Hafiz? Itu buat kau puas?" Gigil tangan Tengku Hael mencengkam leher baju itu.

"Dari tadi lagi aku ikut kau la Hael! Kau memang manusia paling tak guna yang aku pernah kenal selama aku hidup!" jerit Hafiz di depan muka bengang Tengku Hael. Dia melakukan semua itu demi melepaskan amarahnya. Menyaksikan Tengku Hael bersama Erisha tadi, cukup pedih di matanya.

"Apa yang kau tak puas sangat? Ini hidup aku atau hidup kau?" Tiada lagi patah kata dengan intonasi baik buat lelaki di hadapannya ketika ini. Dia tak menyangka Hafiz akan bertindak sebegini sekali.

"Aku rasa aku menyesal selama berkawan dengan kau! Kau belakang lain depan lain la! Rasa diri bodoh la, kecewa bertahun-tahun, bila dah bertaut semula kau jadi macam ni la. Kau terima dia macam dia tak pernah buat salah. Dia tu perempuan yang hancurkan hidup kau! Kau lupa ke Tengku Hael Darwish!" Hafiz mengepal tangannya sehingga timbul urat-urat di tangan.

"Aku tak pernah lupa Hafiz. Tapi aku tahu kau juga sedar yang selama ini aku hancur tanpa dia. Aku sentiasa berharap dia kembali. Aku akui aku terima kehendak mama aku dengan hati masih mahukan dia, bila dia depan mata bukan satu kesempatan yang patut aku sia-siakan."

Nafasnya turun naik setelah mendengarkan setiap bait kata Tengku Hael. Terasa pecah dadanya. Hilang tahap kesabarannya lagi. Beberapa kali wajah Tengku Hael ditumbuk sehingga hujung bibirnya mengalirkan darah pekat.

Tindakannya itu tidak dibiarkan oleh Tengku Hael, lelaki itu membalas sehingga tubuh mereka bergelut di atas jalan tar yang sunyi itu.

"Jika tidak terjadi apa yang Erisha lakukan semasa hari tu, tetap takkan dapat ubah niat aku mahu membatalkan majlis tu!"

Tengku Hael seakan menambah api amaran yang menyambar di ruang hati. Saat dia ingin bangun, kekuatan Tengku Hael terlebih dahulu menolak sekuatnya tubuhnya ke pintu kereta.

"Berdirinya depan aku ni seolah kau kuat sangat Hael. Padahal kau cuma seorang lelaki bodoh yang dah hancurkan hati perempuan lain demi perempuan yang jelas dah khianat kau dulu!" Bibir hancur berdarah itu masih mampu mempamerkan senyum sinis.

"Kau sendiri patut sedar, Hafiz! Kau melibatkan orang lain di ketika aku tak pernah rasa inginkan sesiapa pun menjadi pengganti. Aku tak pernah selesai dengan masa lalu aku. Kau atur hidup aku, kau pujuk aku atas dasar sahabat? Sedangkan kau tahu aku hidup lama dengan cinta terhadap dia. Hanya andainya takdir Alissa menjadi milik aku ketika itu, tak payah kau paksa dan desak lagi, aku sendiri akan akur dengan tanggungjawab aku dan cinta yang harus aku beri. Tetapi Erisha yang miliki saat tu sekarang sebagai isteri aku."

"Kau dengar ni, Hael! Perempuan yang kau kahwin tu perempuan licik! Sekali dia buat macam tu dulu kat kau, kau ingat dia takkan boleh buat lagi? Dia tu manusia yang keji, dia takkan pernah puas! Sanggup tikam belakang kawan baik sendiri, tak mustahil lepas ni kau nampak dia curang depan mata kau! Masa itu baru kau tahu butanya cinta kau ada sekarang!" Naik seoktaf tanpa mempedulikan nafas Tengku Hael yang naik turun mendengarkannya.

"Erisha tak seperti kau anggap. Kesilapannya yang lalu takkan berulang lagi. Di saat ini, dia isteri aku. Aku sanggup terima kesilapan dia dulu, aku sanggup lupakan. Kalau tidak dia yang menyedari salah dia, aku sendiri akan kembalikan detik dulu tanpa menantikan maaf dari dia. Aku boleh hidup dengan dia dengan cuma cinta aku saja yang ada. Aku cintakan dia kerana Allah, perginya cinta ni hanya Allah saja berhak mengambilnya. Aku tak tega langsung buang perasaan ni."

"Tapi andai tanggapan kau benar, aku terima hati aku dihancurkan. Biarlah waktu tu cuma tiba saat nyawa aku tak lagi dikandung badan."

Luluh hati Hafiz mendengarkan ketulusan perasaan yang Tengku Hael miliki terhadap Erisha. Sekali lagi dia perlu melalui saat ini.

"Kau silap Hael, kenapa dia juga yang menjadi pemilik cinta kau? Dia bukan selayaknya." Dia tidak sanggup untuk bertentang dengan anak mata redup Tengku Hael.

"Aku yang rasa sakitnya dikhianati. Aku yang rasa sengsara. Tak seharusnya kau lagak seperti kau perlu memperlakukan semua ni untuk sedarkan aku. Bila aku kecewa, kau menjadi sahabat. Tapi aku tak duga bila aku mulai bahagia, kau menjadi musuh."

HUMAIRAH terlihat keluar dari arah lobi, mata Tengku Hael memberi isyarat jelas pada Humairah. Humairah bergegas mendekatinya.

"Humairah, tolong berikan saya segala fail yang perlu saya semak. Saya cuma mahu lakukan ini tanpa berjumpa sesiapa, jika ada meeting yang perlu saya hadir, minta Encik Irfan hadirkan," arah Tengku Hael seraya mengesat kasar darah di hujung mulutnya. Lebih sakit rasa di hati.

"Baik, tuan." Itu sebaiknya dia respon. Mood Tengku Hael bukan sahaja tidak baik, tetapi juga keadaan wajah lelaki itu.

Sekejap sahaja matanya jatuh pada muka Tengku Hael yang luka di bibir dan bengkak di pipi sebelum Tengku Hael menutup pintu bilik kerjanya.

Dia dengar suara bosnya. Kedengaran dia perlu uruskan urusan luar bagi pihak bosnya. Lelaki itu meneruskan langkah menuju ke meja Humairah, mahukan kepastian.

"Ada urusan luar?" Lelaki itu mengeluarkan suara selepas pasti Tengku Hael membolos ke dalam pejabat. Selirik pandangan dibuang ke arah bilik bos.

Mata lelaki itu sempat menangkap figura itu. Terpamer riak risau melihat wajah Tengku Hael terlihat sedikit lebam.

"Dah kenapa dengan tengku tu?" Kakinya langsung diatur ke bahagian pantri. Bahagian terletak kotak peti pertolongan cemas didapatkan.

"Kalau aku tahu, aku dah bagitahu." Humairah mengejar langkah lelaki itu. Dia sendiri buntu fikiran. Hendak mendapatkan perubatan yang sama tetapi Irfan terlebih dulu bertindak.

"Tak apa, aku pergi check." Langkah Irfan menuju ke pintu bilik Tengku Hael.

Pintu bilik itu diketuk. Sesaat kemudian, dia sudah menerima respon dari dalam. Segera dia memulas tombol pintu pejabat itu.

Mata Tengku Hael mengesan kotak pertolongan kecemasan di tangan Irfan.

"Letak situ."

Dia sendiri akur. Tengku Hael bukanlah seorang majikan yang akan dingin tanpa punca. Ini bukan masa yang sesuai jika dia ingin tahu.

Dia adalah pekerja yang paling rapat dengan Tengku Hael memandangkan tugas yang dijawat olehnya merupakan urusan yang akan sentiasa diuruskan bersama majikannya itu.

Humairah dipandang usai langkahnya menjengah luar pejabat Tengku Hael.

"Ada meeting yang aku kena ganti?" tanyanya selaku pengurus resort itu. Dari ekspresi Irfan, Humairah boleh baca. Sepupunya itu tidak peroleh punca keadaan Tengku Hael tadi.

"Tak ada." Dia sedikit lega mendengar jawapan itu.

Tetapi jika ada, dia tak ada masalah untuk mengambil alih bagi pihak Tengku Hael. Satu rezeki baginya memiliki majikan yang baik dan cukup bertimbang rasa. Selama dia bekerja sebelum ini, cuma di sini satu-satunya tempat kerja yang punya persekitaran kerja yang baik.

"Aku sebenarnya ada urusan dengan doktor petang ni sebab dia minta pendapat aku tentang pesakit dia." Dia kembali pada titik tujuannya.

Jika Humairah tidak mengesyorkan dia, dia tak dapat merasa bekerja di dalam persekitaran dan pekerja lain yang 'good sense'. Sebagai rakan sekerja, Humairah memang terbaik. Malah sebagai sepupu, Humairah satu-satunya sepupu yang baik dalam mendengar.

"Jumpa Doktor Aliuddin untuk kau bagi pendapat atau dengar dia cerita pasal kawan perempuan dia?"

"Dah lama sangat kau jatuh cinta dekat dia dalam diam. Cubalah lapangkan masa cari saja dia daripada bertahun-tahun dengar pasal dia." Humairah memberi usul. Dia sendiri tak faham. Tak culas lelaki itu mengetahui khabar tentang gadis dalam pengkongsian cerita dengan doktor itu.

"Inn Shaa Allah, nanti akan bertemu juga walau aku tak lapang masa. Aku pun rindu nak dengar pasal dia, lama dia ada dalam fikiran tapi ditahan untuk berkhidmat di resort indah ni."

"Jarang dengar orang bercinta hanya dalam fikiran tanpa berjumpa atau berkenalan. Jatuh cinta dan sayang dalam diam ni sakit. Nasib tak selalu bertentang mata. Cinta pula bertepuk sebelah tangan. Sakit tu tak boleh bawak bincang."

"Itu yang aku belum bersedia. Jiwa lelaki aku rapuh. Tapi tak putus harap pada dia. Tak apalah buat sementara ni, jodoh dalam diam dia ni sedang mendoakan dia. Dengan izin Allah nanti, dia dan aku akan bersatu tanpa perlu bertemu dan berkenalan pada awal permulaan."

"Maksud kau... kau akan terus meminang?" Raut muka Humairah benar-benar tidak percaya. Namun lelaki itu cuma sambut dengan senyuman.

Tidak lama dia membiarkan Humairah menanti, dia perlahan-lahan mengangguk.

DENTUMAN kilat sabung menyabung dan guruh berdentum dengan kuat. Hujan yang pada mulanya renyai-renyai kini semakin lebat seolah-olah turut menangisi nasib Erisha.

Sekali lagi guruh kuat berdentum tetapi kali ini lebih kuat membuatkan Erisha memeluk tubuhnya sekuat-kuatnya lalu melangkah.

Tubuhnya yang basah lencun dek berteduhkan hujan lagi menambahkan rasa kesejukan menyentuh tubuhnya. Menggigil Erisha menahan kesejukan sebelum dia berlari ke bawah bumbung pintu kecil rumah Elina.

Erisha cuba menahan perasaan. Sedaya upaya dia menahan air matanya daripada mengalir. Suaranya pecah dengan tangisan, kunci rumah Elina ada pada Tengku Hael.

Dia melorot perlahan-lahan di dada tembok. Lutut naik merapati badan. Tangisannya bertukar esakan. Terhinjut-hinjut bahu menahannya.

"Erisha!" tempik Tengku Hael, serta-merta dia terjaga dari tidurnya. Matanya membuntang luas bersama titisan air mata yang bergenang.

Malah saat dia bangun, terasa menyusup sehingga terasa mencengkam ingatan mimpinya di dalam titik realitinya tika itu.

Dia menggesa ruang mata memandang sekeliling. Air mata malah rasa sebak makin terasa ketika melihat keberadaannya masih sama.

"Ya Allah, mimpi tu dah terjadi."

Mimpi yang dia lalui adalah detik malam Erisha cedera. Detik mula dia hilang Erisha. Mengapa dia mimpi peristiwa itu di saat hatinya mula ditujah bahagia?

"Astaghfirullahalazim." Dia mengusap wajah dengan tangannya yang sedikit bergetar. Hatinya sebu.

"Dia sudah ada bersamaku Ya Allah. Takkan lagi ku siakan peluang ini. Takkan ku ingin kehilangan dia lagi." Tangisannya teresak-esak mengenangkan mimpi itu. Sakitnya melalui mimpi itu sekali lagi. Terasa nyata dan berat menyentak jiwanya.

"Bercinta terlalu lama tanpa ikatan tu tak baik, tiba suatu masa Allah akan uji. Ada sebaiknya kasih dan sayang dengan ikatan perkahwinan." Dia meraup wajahnya. Sayu. Nasihat tidak diendahkan 10 tahun lalu itu telah memakan diri.

Dia yang menangguhkan perkahwinan mereka. Dia membiarkan ikatan tunang mereka tergantung selama 4 tahun. Urusan kerjanya? Kerana terlalu sibuk, dia kehilangan Erisha. Anggapannya itu sudah bertahun lama tersemat.

Seketika dia mencapai telefonnya, skrin telefon tidak boleh dihidupkan. Dia melirik jam di dinding. Masih awal.

Dia cuba menenangkan diri sebelum dia menuju ke kerusi kerjanya. Wayar cas telefon diraih. Pergilah rasa yang tidak seharusnya bertadang di jiwa. Itu cuma mimpi sewaktu dulu. Dia takkan lalui detik itu lagi.

Barangkali kata-kata Hafiz membuatkan fikirannya tak menentu. Dalam mempertahankan Erisha, hatinya juga mustahil tidak tergugat. Tersakiti kerana dulu masih hebat rasanya, dititikkan pula racun bait Hafiz, memang menambahkan kusut di seluruh segenap jiwa.

Dia menanti dengan merapatkan badannya ke kerusi itu. Berat terasa di kepalanya saat memusingkan wajahnya ke arah almari. Seketika dia mengusir sejauhnya perasaan tak menentu. Mereka mulai bahagia semula.

"Macam mana aku nak jumpa kau dengan muka macam ni?" Display cabinet itu menampakkan warna lebam di mukanya yang makin pekat.

Erisha cuma akan memarahinya sebelum bimbang. Jika bimbang dulu, pasti kemudiannya marah.

Terpapar skrin telefonnya panggilan tak dijawab. Ruangan mesej yang dimasuki voice mail terlebih dahulu dituju.

Bibirnya tersungging senyuman manis apabila bunyi beep berakhir dengan suara Erisha di talian voice mail itu dinantikannya.

"Tolong ambil saya, awak." Terburu-buru suara Erisha bersama tangisan menggamit kerisauan pada Tengku Hael yang mendengarnya. Tengku Hael sudah berdiri.

Tangkas Tengku Hael cuba mendail nombor Erisha semula. Panggilan tidak dijawab dan menyebabkan riak muka Tengku Hael naik bimbang.

Tengku Hael tergesa-gesa mencapai pakaiannya lantas disarungkan ke tubuh. Barang keperluannya didapatkan sebelum kakinya mengatur ke arah pintu ke luar.

Dia menyarung kasutnya dengan pantas. Tanpa membuang masa, dia menarik kad dan melangkah keluar.

Dia benar-benar tidak tenang. Terjadi lagi? Hal itu tak pernah diingininya.

Bunyi mesej bertalu-talu kedengaran seiring tapaknya. Tengku Hael terus meluru ke arah motor. Dia enggan melihat mesej itu sekarang. Cukuplah dulu dia bodoh, dia terlambat! Tetapi, sekali lagi terjadi. Ya Allah!

Tiada pilihan selain menaiki motor. Hujan lebat tika itu takkan mampu membatasi hati yang gelisah.

Dia memecut memasuki jalan utama. Semua kenderaan empat roda yang menghalang laluannya dipintas. Tepat melepasi lampu isyarat, dia mengambil simpang kiri sebelum berhenti di hadapan deretan bangunan kedai yang hampir kesemuanya sudah bertutup.

Menitis air matanya tatkala menekan ruang atas mesej itu. Sudah setengah jam berlalu dari waktu Erisha menghantar mesej. Pasaraya tempat Erisha kerja pun sudah bertutup. Tengku Hael resah.

Dulu dia tidak menurut rasa hati, namun sebaik sahaja ada yang terlintas di fikirannya saat itu, langsung dituruti. Semakin laju dia memecut sambil melirik telefon di tangannya. Air hujan yang mengenai telefonnya tidak dihiraukan.

Satu tubuh terlihat membalam dalam deraian hujan lebat itu. Semakin dia dekat, meyakinkan itu figura seseorang. Dia berhenti secepatnya di depan rumah Elina.

"Risha, Risha." Tengku Hael terus memanggil Erisha sebelum dia bergegas turun dari motornya.

Erisha menangis teresak-esak apabila melihat Tengku Hael ada di hadapannya. Dia terus berdiri menerpa lalu memeluk Tengku Hael.

"Risha." Nama itu meniti di bibirnya lagi dalam rasa sebak yang tenang. Tuhan sahaja yang tahu perasaannya saat itu.

"Kenapa ni Risha?" Belakang badan Erisha diusap. Tersedu-sedan Erisha sehingga terasa detak jantung Erisha libu.

"Saya tak nak kerja situ dah." Tengku Hael memejamkan matanya saat perkataan-perkataan itu menjengah gegendang telinganya.

Erisha sama seperti dulu, meninggalkan tempat yang membuatkan hatinya sakit. Terjadi lagi, Erisha pergi tanpa sepatah kata. Hanya membuat keputusan sendiri tanpa menunggu. Tahu sahaja keberadaannya sudah ada di tempat lain. Membawa diri.

"Kau tahu tak kau dah buat aku bagai nak gila? Aku fikir aku akan terlambat lagi." Nadanya cuma amarah tak kasar. Cukup didengari sayu.

Bahu Erisha tersengguk-sengguk dengan sisa tangisan. Tak sanggup dia hendak meneruskan amarah. Pasti ada hal berlaku, yang tak kena di hati.

______________________
Writer Comment : Huhuhu, bab 34 done ditulis. Boleh baca dengan tenang ye🤣😜

Btw kite nanti ada nak bg hadiah, so mulai dri setiap bab yg diupdate mulai bab 35 sehingga tamat. Korg ss noti bersama macam tarikh kt bawah dgn jam pukul brp pun tkpa, asal ada MENCINTAIMU HANYA SEKETIKA - NEW STORY UPDATE tu and then tarikh.

Jadi nanti hadiahnya ialah korg boleh claim bacaan untuk special chapter MHS, di hujung bab nanti.


Contoh macam ni, dekat bahagian notification yang masuk. Dpt je cmni terus screenshot then simpan. Nnti akan kite publish satu bab yg korg boleh claim dh special chapter tu. Tapi di bab last nanti la claim tu dgn adanya semua ss tu. Boleh join, kalau nak join😜💫

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro