MHS : 30
ENJIN keretanya dihidupkan sebaik sahaja jarum jam menunjukkan pukul 10.30. Dia menunggu sebuah kereta melepasi sebelum keretanya membelah jalan besar itu. Jarak yang tidak jauh, menghentikan keretanya tepat bersebelahan gerai jualan air.
Pasaraya Erisha kerja tertutup rapat pada semua bahagian luar. Tengku Hael menyandar rapat tubuhnya ke kusyen kereta. Hanya pandangan menanti kelibat Erisha.
Bibir Erisha terlihat dari jauh tidak lekang dengan senyuman tatkala Erisha melangkah keluar di sebalik roller shutter pasaraya itu. Beberapa orang perempuan di situ berbual mesra dengan Erisha. Dia memperhati Erisha yang dilayan baik oleh rakan sekerja.
Setia dia menunggu sehingga mata Erisha menjelang ke arah keretanya.
"Sedar pun," cetus Tengku Hael apabila kehadirannya disedari oleh Erisha. Terlalu leka berbual, mujur Erisha memalingkan tubuh ke arah kedudukan keretanya, kalau tidak makin panjang perbualan.
"Lama dah awak sampai?" Erisha bertanya seraya mendaratkan pinggul di kusyen kereta itu.
"Boleh tahanlah." Tengku Hael hanya dengan wajah tenangnya. Tangannya berpaut pada stereng kereta bagi memulakan perjalanan.
"Saya dah..." Belum sempat Erisha hendak menghabiskan ayatnya, Tengku Hael kembali bersuara.
"Makanlah dulu, ini makanan untuk kau," suruh Tengku Hael seraya mencapai makanan yang dibelinya tadi di seat belakang.
"Tapi saya pun dah beli kat awak makanan." Erisha menelan semula suaranya agar perlahan.
Plastik Mc Donald didaratkan ke atas pahanya. Makanan yang dibelinya tadi cuma di gerai tepi jalan.
Erisha menurunkan semula plastik yang berisi makanan dibelinya tadi. Tengku Hael yang menyedari itu, tangkas merampas plastik itu.
Tengku Hael membuka lampu kabin. Sebelah tangannya itu mengangkat plastik itu. Isinya seperti makanan berkuah.
"Ada pulak masa kau nak pergi beli?" soal Tengku Hael melirik sekejap ke arah Erisha.
"Saya rehat dalam kul 9 tadi," balas Erisha, nadanya perlahan masih terasa di hatinya tentang makanan yang Tengku Hael rampas itu.
"Kejap lagi aku makan." Seakan mengetahui isi hatinya.
"Dah nak balik baru rehat?" soal Tengku Hael kembali pada topik tadi.
"Tadi ramai customer, tak sempat rehat awal," jawab Erisha lagi. Siasat mendalam tampaknya.
"Tapi dari start kerja tadi, banyak juga saya makan. Kawan saya kat kaunter dan supervisor saya bawa macam makanan untuk rasa-rasa. Alhamdulillah rasa-rasa pun, sampai malam tak habis lagi makanan tu," terang Erisha tetapi lebih kepada bercerita. Tak mahu Tengku Hael salah faham mahupun risau.
"Kau suka kerja situ?" Perlahan suaranya bertanyakan Erisha. Sebelah matanya memerhati jalan belakang melalui cermin pandang belakang.
"Saya cuma pekerja part time je," jawab Erisha berhati-hati dalam perkataannya. Dia tahu maksud di sebalik nada itu.
"Aku bukan marah, aku cuma tanya. Kau suka ke tidak kerja situ? Tak ada masalah ke sepanjang kau kerja?" ulang Tengku Hael. Dia tak berpuas hati. Erisha tak menjawab persoalannya.
"Suka, sini saya banyak kawan."
Wajah Erisha dipandang lama sebelum mulutnya dibuka untuk bersuara.
"Aku pun tak pernah nampak kau selesa macam tadi. Jadi, kalau kau pun dah suka tak perlulah berhenti."
"Betul ke?" tanya Erisha sambil memandang Tengku Hael dengan muka tidak percaya.
Rupa tampan Tengku Hael berubah ketat. Erisha merapikan posisinya semula.
"Asalkan jangan terpaut dengan lelaki lain. Jaga batas, ingat suami." Suaranya terdengar biasa tapi bernada tegas.
Tersungging senyuman dibibir. Teringat tadi petang.
"Awak tadi cemburu, kan?" ungkit Erisha lalu dia tidak sengaja terlepas ketawa kecil lagi.
"Kau gelak apa?" dalih Tengku Hael tetapi cukup membuktikan lelaki itu panas hati. Bukan lebih kepada panas hati sebenarnya, namun dia rasa malu cemburunya dapat dibaca oleh Erisha.
Erisha diam semula. Muka itu langsung tak bergaris senyuman.
"Dah awak dari tadi cakap pasal lelaki." Serentak dia mempertahankan diri, dia terbersin.
Tercengang Tengku Hael saat Erisha melepaskan bersin dengan begitu kuat usai memprotes rasa seriusnya tadi.
"Sampai nak meleleh hingus pun nak cari pasal dengan aku," sindir Tengku Hael. Namun begitu, tangannya bergerak mencapai tisu di atas dashboard.
Dia terpaksa kembali fokusnya memandu seketika saat dia perlu mengambil simpang. Lepas sahaja simpang tersebut, dia pandang memastikan keadaan Erisha. Hidung Erisha berair.
"Saya cuma usik awak je," rungut Erisha geram, dia mengesat hidungnya perlahan-lahan.
Tak sedar bila tubuhnya kalih, tahu-tahu sahaja kedudukan mereka mulai rapat. Erisha pandang kereta ini yang sudah diberhentikan tepi jalan sebelum perhatiannya benar-benar terpaku pada sepasang mata itu.
"Jangan bersin depan muka aku pulak," pesan Tengku Hael seraya kotak tisu dibawa ke dalam tangan.
Lelaki itu tenang meski mereka begitu rapat. Tadi, dia yang memulakan. Kali ini, Tengku Hael. Wajahnya kini mula membahang.
Belakang tapak tangan kirinya dilekapkan di dahi Erisha. Lembut pandangan melemahkan Erisha ketika itu. Peredaran darahnya berhenti selama sedetik. Seakan sesak nafas di dada dengan tatapan dan tindakan drastik si suami.
"Tadi kerja rasa pening atau sakit perut tak?" Masih panas. Belum kebah lagi.
"Tak ada." Mendengar jawapan itu, Tengku Hael menarik seketika wajahnya.
Dia paling ke bahagian belakang, satu plastik terpampang perkataan 'farmasi' diambil dari terletak di seat.
"Ubat lagi?" Suaranya dikawal saat melontarkan soalan itu keluar dari mulut. Hatinya kucar kacir. Mujur dia berhasil terlepas dari berperang dengan emosi bergelodak di jiwa. Suaminya tenang, tapi dia yang serba tak kena!
Sekali lagi, plastik diletakkan di paha Erisha tetapi bukan plastik makanan seperti tadi. Kotak Neobun tadi juga ada.
"Kalau tak kebah lagi, esok kita sama-sama warded," ujar Tengku Hael kedengaran serius. Dia memulakan perjalanan semula. Sengaja menakutkan Erisha.
"Tak payahlah awak, lagipun saya demam biasa. Awak pun..." Dia jeda. Gilirannya memastikan pada dahi Tengku Hael.
"Awak je belum baik." Seketika dia menyedari pakaian yang masih sama tersarung pada tubuh itu.
Tengku Hael mengalihkan semula pandangan ke arah luar tingkap kereta, memastikan kereta melalui jalan belakangnya tidak terganggu. Dia perlu memasuki halaman rumah tepat di tepi jalan itu.
"Awak tak tukar baju ke tadi?" Dahinya berkerut, ingin tahu.
"Aku tunggu kau," balas Tengku Hael sebelum perjalanan mereka berakhir tepat melalui pagar rumah yang dibuka secara automatik.
"Awak tunggu saya kat mana?" Erisha masih ingin tahu. Takkanlah tak balik.
"Dah sampai." Peha Erisha ditepuk perlahan, menyedarkan Erisha dari terus memandang sisi wajahnya mengharapkan jawapan.
"Awak tunggu saya kat mana tadi?" ulang Erisha lagi, tidak bagi Tengku Hael keluar lagi.
"Jom masuk dalam dulu, aku pun nak cepat mandi, tukar baju," ajak Tengku Hael bernada rendah. Sebelah kakinya sudah mencecah luar.
"Tapi awak tunggu saya dekat mana, jawablah." Erisha masih mendesak mahukan kepastian.
"Dekat area tempat kerja kau. Puas?" Terus dia bertentang mata dengan Erisha. Lelaki itu merengus kasar.
"Dalam kereta?" Tengku Hael pejam mata ketika soalan berterusan keluar dari mulut itu.
Tengku Hael langsung menapak keluar. Tiada cara lain. Tanpa menunggu lagi, pintu Erisha dipagut kasar lalu tangan Erisha ditarik keluar.
"Kenapa tak balik je rumah? Awak dahlah demam, Hael."
"Sekarang dah balik, kan?" Tengku Hael masih bersabar.
Saat melalui deretan kereta, sekeliling rumah itu menggamit perhatian. Mata dia benar-benar terpegun apabila melingas ke arah satu tempat yang memukau pandangannya.
Sebuah taman di situ. Tengku Afina masih meminati aktiviti pernanaman landskap. Taman itu dulunya cuma mempunyai sebuah kolam yang sederhana besar yang dihiasi dengan bunga-bunga segar di sekelilingnya, tetapi saat ini dilengkapi pergola yang menjadi pintu gerbang sebelum memasuki taman itu.
Bangku-bangku yang tersusun di sekeliling taman itu menggamit rasa terujanya lagi.
"Makin cantik taman mama, awak." Erisha lupa habis mengenai perkara yang dia tegas membahas tadi. Kemewahan dan keindahan rumah itu terlalu menenangkan.
"Eh, jap awak. Makanan tadi." Dia baru teringat.
"Tak apa, aku ambil." Tengku Hael meleraikan pegangan.
Keindahan tadi, bertukar rasa siang tadi. Erisha kembali ke titik cara layanan Tengku Hael. Lelaki itu sedari hari mereka pulang dari kubur, sehingga hari ini, layanan lelaki itu tetap baik terhadapnya.
Lelaki itu tak pernah mampu menurut rasa hati yang terluka. Jujur dia hargai, tetapi pijar rasanya menerima. Dia bahagia, padahal Tengku Hael melawan tegah dari hati.
Tengku Hael mula menghampirinya. Kedua-dua tangan itu penuh dengan makanan dan juga barang tadi. Tahulah dia bahawa lelaki itu membeli untuk yang lain juga. Tiada istilah Tengku Hael melupakan keluarganya.
Erisha menapak selangkah, turut mahu membantu. Fikirannya berkecamuk, dibiarkan berlalu pergi seketika. Ini kesempatannya membahagiakan lelaki itu. Buat Tengku Hael rasa, dirinya masih layak merasai kebahagiaan.
Selama mereka bercinta. Dia hanya mementingkan diri, memikirkan perasaan sendiri dan sering mengabaikan perasaan lelaki itu kerana dirinya mengutamakan ego setiap kali berjauh hati. Tetapi kali ini, cukuplah hanya lelaki itu memberikan sepenuh perasaan bahagia. Cinta yang dulu akan lebih mekar buat awak, ini janji saya.
"Awak, sekejap," pinta Erisha sedaya upaya mengumpul keberanian, meski cuma memanggil. Cukup membuatkan dia gementar.
Tengku Hael berpaling melihat Erisha, seketika dia menantikan bicara Erisha.
"Tadi petang awak cakap awak perlukan masa, boleh tak buat sementara tu saya jadi kawan awak?" soal Erisha merenung tepat mata Tengku Hael.
Erisha tak gentar. Muka Tengku Hael berani dia tatap menanti jawapan.
Mustahil dia tak dapat menduga. Erisha diselubungi rasa bersalah dalam diri. Diakah perlu beralah dan pesan pada hatinya sendiri? Hati cukuplah, izinkan dia bertamu? Andai semudah itu, pelukan bahagia pertama kali yang akan dia beri. Tapi dia akur, apa yang akan keluar dari mulutnya ketika ini hanya tetap akan berlandaskan hati. Tak perlulah dia berperang dengan rasa di hati, cinta akan sentiasa memintas.
"Aku tetap suami kau, Risha. Tak perlu nak jadi kawan. Aku perlukan masa bukan bermakna aku tak terima kau sebagai isteri aku," ucap Tengku Hael sambil matanya turut menatap wajah Erisha sepertimana mata itu merenungnya.
Erisha yang mendengar jawapan Tengku Hael berasa tersentuh. Dari ayat Tengku Hael, dia dapat mengetahui tentang keikhlasan Tengku Hael saat itu.
Belakang tapak tangannya meraih tangan Erisha ke dalam genggaman jarinya.
"Kau isteri aku, kekasih dunia dan akhirat aku selepas sahaja nama kau aku lafaz ketika akad." Pengakuan itu terlahir dari bibir Tengku Hael. Bahkan di depannya ketika itu.
Setapak demi setapak diatur, setiap detik itu hatinya timbul rasa bahagia.
_______________________
WRITER COMMENT : No comment huhu :)
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro