Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

MHS : 29

"KAU kerja hati-hati. Tak payah paksa diri, kalau pening kepala, duduk," pesan Tengku Hael usai Erisha menyalam tangannya.

"Balik pulak pukul berapa?" soal Tengku Hael Tangannya mencecah hand brake.

"Dalam pukul 10.30, tapi nanti saya balik jalan kaki je. Lagipun dekat dengan rumah." Enggan menyusahkan lelaki itu. Biasanya dia balik jalan kaki memandangkan jarak rumah memang tidak jauh.

Serta merta Tengku Hael menoleh pada Erisha. Tak sangka itu yang keluar dari mulut Erisha lagi.

"Dah kuat sangat ke kaki kau tu? Pakai tulang besi?"

"Bukan macam tu, tapi cuma saya dah biasa," jawab Erisha sudah lali selama tinggal berdekatan dengan suatu tempat yang ingin dituju.

"Aku yang hantar, jadi aku sendiri akan jemput," tekan Tengku Hael sekali melepaskan keluhan kasar. Biar Erisha sedar kalau dia kata hitam maka hitamlah, takkan berubah kepada putih. Tak perlulah nak ikutkan degil sangat.

(gambaran pasaraya, uhuk uhuk)

Matanya menempat di papan besar pasaraya itu sebelum memandang Erisha semula. Pandangannya yang terbatas gara-gara dilindungi dengan cermin mata hitam, dia buka seketika.

"Ada pekerja lelaki?" Mukanya cuba dikawal riak. Dia merapatkan tubuh ke kusyen keretanya semula. Matanya memandang ke depan tanpa melihat muka Erisha lagi

"Ada." Kelat air liurnya saat menjawab soalan itu. Soalan suaminya terdengar dingin.

Tengku Hael mengangguk.

Serentak itu tingkap dinaikkan olehnya.

Erisha tersentak. Sempat dia menangkap perbuatan Tengku Hael menanggalkan seat belt. Erisha mati kutu di situ.

Badannya terus berdiri tegak apabila Tengku Hael keluar. Refleks pergerakan anak mata mengikut pergerakan Tengku Hael yang memusing ke depan kereta dan mendekatinya.

"Kau demam, ada baiknya beli koyok," ujar Tengku Hael, tanpa Erisha dapat fahami maksudnya. Dia menarik lembut tangan Erisha mengikutinya.

"Kenapa ni awak?" Persoalan itu terkeluar seiring langkahnya yang dibawa oleh Tengku Hael menuju ke arah tempat kerjanya itu.

"Aku cakap nak beli koyok, kan?" Dia mencerlung hujung mata pada Erisha di sisi.

Erisha terkelu ketika Tengku Hael mencapai raga. Namun beberapa seketika, arah penglihatan Tengku Hael menjawab makna sebalik tingkah lelaki itu.

"Banyak pekerja lelaki kat sini," kata Tengku Hael sambil mengambil beberapa barang tanpa tujuan. Kelibat beberapa orang lelaki berpakaian tshirt seperti isterinya di bahagian barang basah, dipandang tajam.

Dia menahan rasa ingin tergelak. Lebih meyakinkan Erisha bahawa lelaki itu cuba menyaksikan di depan mata 'lelaki' yang turut bekerja dengannya.

"Lobak masin ni nak buat apanya, awak?" Terhibur Erisha tika tangan lelaki itu meletakkan pelbagai barang tanpa melihatnya.

Beberapa lelaki di situ yang menyedari kehadiran Erisha, disambut dengan pandangan. Erisha tak berani mengangguk seperti biasa tatkala Tengku Hael selangkah ke depannya, menghalang pandangan beberapa lelaki itu.

"Dah ada yang kenal?" Keningnya diangkat.

"Tak, cuma mereka dah biasa tegur. Tapi tegur..."

Tangan Erisha dilepaskan dari pegangan, dia berlalu ke bahagian depan pasaraya itu.

Kotak Neobun pada rak barang perubatan, Erisha capai sebelum mengejar langkah Tengku Hael. Raga yang Tengku Hael bawa tadi ditinggalkan di tepi rak, Erisha pantas membawa raga itu ke ruangan cashier.

"Nia, tolong punch untuk akak." Punch card miliknya dihulurkan kepada gadis itu untuk dilakukan seperti biasa sebagai rekod masa bertugas.

Dengan permintaan Erisha, Nia yang dipanggil oleh Erisha sebentar tadi segera mengimbas barang-barang itu.

"Sekejap ya Kak Azah," pinta Erisha meminta kebenaran kepada wanita linkungan umur lebih berusia daripadanya.

Wanita itu angguk, tanda membenarkan.

"Awak!" jerit Erisha segera melintas jalan menuju ke arah Tengku Hael. Mujur Tengku Hael belum memasuki kereta.

Beberapa kereta melalui jalan sebaik dia melintas, memaksakan Tengku Hael berpaling. Tengku Hael cuba ingin menapak ke arah Erisha semula namun kakinya terpasak.

Kereta berhenti saat Erisha mengangkat tangan. Erisha tak berlengah, dia berlari bagi segera melintas.

"Kau tahu kan bahaya bila bergegas?" Tengku Hael berdecit usai Erisha berdepan dengannya.

(neobun yang dimaksudkan)

"Koyok untuk saya." Perkataan Tengku Hael tidak dihiraukan, dia cuma lekas menghulurkan kotak Neobun, koyok itu kepada Tengku Hael.

"Dah beli tu pakailah." Tengku Hael enggan mendengarkan lagi. Kakinya diaturkan ke bahagian pemandu.

Erisha merentap perlahan tangan Tengku Hael. Bengis. Tetapi, dia tetap menghadapi dengan merapatkan jarak mereka.

"Tolong tampalkan kat dahi saya," pinta Erisha kemudian tapak tangan lelaki itu diluaskan.

Sebelah tangannya turun meletakkan barang-barang tadi di atas jalan tar itu. Kotak itu dibuka, isi koyok itu diletakkan di dalam genggaman lima jari itu.

Pandangan Erisha berharap.

Dia menanggalkan dua kepingan kecil. Erisha senyum. Tengku Hael sudi.

"Cepat awak, saya dah lambat." Erisha menyuakan mukanya begitu rapat.

Bahagian depan tudung Erisha diangkat sedikit, kepingan kecil itu dilekatkan lalu diikuti sebelah lagi.

"Kerja kejap lagi buat ikut kemampuan." Bait nasihat itu diungkapkan seraya merapikan tudung itu.

Erisha mengangguk dalam rasa berdebar. Gemerisik nada Tengku Hael. Hanya dia yang tahu dan dengar. Ingin sekali dia senyum, hatinya benar-benar bahagia di ketika ini.

"Boleh saya tampal untuk awak juga?" Erisha menyoal selepas kepingan itu sudah ditampalkannya pada sebelah kanan dahi Tengku Hael.

Sepanjang mereka bercinta dulu, Erisha tak pernah menatap wajah dingin Tengku Hael dalam masa yang lama seperti ini. Wajah itu selalu bahagia di dalam matanya.

Detak nafas mereka dapat rasa bersama walaupun cuma dalam sesaat.

"Ni barang awak pilih tadi." Erisha meraih plastik tadi.

"Yang kau beli juga buat apa?"

Erisha mengangkat kedua bahunya memberi isyarat 'tidak tahu'. Kocek seluarnya diseluk.

"Awak yang pilih, nanti awak masak je. Boleh je jadi sup, malam nanti sebelum balik saya beli daun bawang dengan daun sup." Erisha terlepas tawa. Kejadian tidak dijangka tadi, agak menghiburkan hati.

Tengku Hael hanya bermuka ketat tanpa sebarang reaksi. Perlahan-lahan Erisha meredakan ketawanya lalu menyerahkan sebentuk kunci kepada Tengku Hael.

"Rehatlah dulu kat rumah ibu."

Masih sama. Tengku Hael diam.

"Saya masuk kerja dulu," beritahu Erisha sekadar berbasa-basi.

Baru sahaja dia pamit selangkah, suara lelaki itu kedengaran di telinga semula.

"Nanti beritahu yang kau dah bersuami," suruh Tengku Hael lantaran menyambung langkah.

Berbunga hatinya saat Erisha ayat yang baru saja keluar dari bibir itu. Ternyata fikiran lelaki itu masih teringatkan lelaki yang bekerja sekali dengannya di pasaraya ini.

"Dan jangan suka hati nak balik jalan kaki," pesan Tengku Hael sebelum menggerakkan keretanya memusing keluar dari kawasan tempat letak kenderaan di tepi jalan itu. Erisha cepat membawa kakinya menjauh saat kedengaran bunyi enjin bergelut.

Wajah datar Tengku Hael tidak langsung menggerunkan Erisha, malah membuatkan senyuman tercuit di bibirnya.

"Masih ada rasa cemburu," gumam Erisha sambil matanya mengekor kereta Tengku Hael yang berlalu laju melepasi kawasan itu.

Tidak lama kemudian, dia mengembalikan kenderaannya ke kawasan situ semula. Dia sendiri matikan arah tuju. Bukan akan menjadi pilihannya jika hendak pulang ke rumah Elina, rumah keluarganya sendiri juga dia tak pulang. Dengan terjadinya perbalahan di rumah keluarganya. Dia rasa dia perlu menenangkan hati sendiri dahulu sebelum menenangkan hati yang lain.

Tingkap keretanya diturunkan sedikit sejurus dia membaringkan tubuh semula. Tepat keretanya diletakkan di bawah pohon besar yang tidak jauh dari pasaraya tepi jalan itu.

Sekeping gambar semasa akad nikah yang disimpan di ruang tepi pintu, diraih. Gambar itu direnung redup. Jika mereka tidak melalui saat dulu, pastinya bukan gambar ini sahaja yang dia miliki, pastinya banyak gambar melakarkan kebahagiaan mereka.

"Andai ini takdir yang Allah tetapkan buat kita. Aku terima. Jika hati ini mulai mampu memaafkan nanti, aku akan menjadikan kau pengantin seindah yang kau mahukan dulu," ungkap Tengku Hael sambil mengenggam erat gambar itu.

Erisha begitu jelita di dalam gambar itu meski tanpa secalit senyuman. Hanya kerana gambar itu cuma dapat diambil dari arah sisi kerana dia meninggalkan Erisha usai akad.

Telefonnya yang terletak di dashboard seketika tadi, dicapai. Dia meraup wajah saat menyedari dia tiada nombor telefon Erisha.

"Nombor telefon isteri sendiri pun kau tak ada, Hael." Hatinya berbisik sinis.

Saat dia menutup skrin telefon, bunyi panggilan masuk mengembalikan perhatiannya.

Hafiz. Sebaris nama di skrin telefon itu membuatkan dia memejamkan seketika kelopak matanya. Dia mengeluh sebelum panggilan itu diangkat.

"Dah bahagia kau sekarang?" Nada itu penuh sinis di hujung talian.

Tengku Hael membuang pandangan ke luar dan cuma diam. Hafiz hampa apabila tiada respon yang diterimanya.

"Dah macam aku pula yang cari pengantin aku yang lari. Berani kan isteri kau, buat sampai aku tak dapat nak jejak Alissa lagi," dalih Hafiz lagi agar Tengku Hael tercabar dengan katanya. Dia mahu sangat berdepan dengan lelaki ini!

Tengku Hael akui dia bodoh, ya satu-satunya sahabatnya itu terlalu bodoh! Mudah goyah demi cinta yang tak pernah langsung dihargai!

"Dia berkorban untuk hati orang yang dia cinta? Padahal orang yang dia cinta ni kalau tidak hal ini terjadi, dia sendiri akan mengakhirkan majlis itu tanpa sepatah akad!"

"Apa yang kau dapat, Hafiz? Andai aku dengan Alissa berkahwin? Kau rasa aku akan bahagia?"

"Memang betul telahan aku. Kau ni teruk, Hael. Alissa tu cuba rawat hati kau, dia minta aku jumpa dia sebab dia hendak meluah dia rasa tergugat dengan kehadiran Erisha. Dia harap sangat tak jadi hal yang dia tak inginkan."

Mata Tengku Hael melingas ke arah tempat kerja Erisha. Alissa meluahkan kepada kau? Erisha tak pernah sebegitu. Jika benar cinta, dia perlu berani meluahkan segala-gala yang terbuku kepada aku, bukan orang lain. Kata-kata itu hanya terluah di dalam hati. Tiada bezanya disuarakan, Hafiz tegas berpihak kepada Alissa.

"Aku boleh terima Erisha punca Alissa tinggalkan majlis, tapi kau... Tak ada sebesar hama langsung ke, dalam hati kau untuk kejar Alissa? Setidaknya cari dia, bukan dengan terima kehendak mama kau sebagai alasan padahal kau mahukan Erisha semula," rintih Hafiz panjang, suaranya penuh hampa. Dia mengharapkan lelaki itu sedar.

Benci Hafiz dengan kebisuan Tengku Hael. Cinta memang mampu membuatkan seseorang itu buta! Tengku Hael! Lelaki itu sudah mati di dalam cinta!

"Sampai bila kau nak biar Erisha yang hukum kau, Hael!" bentak Hafiz diambang amarah. Dia sudah hilang sabar.

"Dia tak pernah hukum aku. Aku sendiri yang hukum diri aku selama bertahun-tahun." Jawapan itu membuatkan Hafiz mati akal. Rahangnya terasa mencengkam kuat. Mengapa dia perlu berada di sisi lelaki itu memberi semangat andai akhirnya lelaki itu ternyata sentiasa mengharapkan Erisha.

"Jadi, dengan kau terima perkahwinan ni, kau tak fikir yang kau akan lebih menghukum diri kau lagi?" Hafiz cuba merasakan waras. Sekuat hati dia menahan diri.

"Aku tak pernah rasa terhukum. Sekarang mahupun dulu, dia tetap kebahagiaan aku. Sebesar manapun silap dia, dia dah jadi isteri aku."

"Atas kemahuan kau menjadikannya isteri kau sekarang! Aku betul-betul dah putus harap nak sedarkan kau, Hael. Terpulanglah dengan pilihan hidup kau," cetus Hafiz mengakhirkan usahanya. Dia patah semangat, mengenangkan Alissa yang terluka dan mendengar perkataan Tengku Hael sedari tadi, memang akan menghancurkan sekeping hati Alissa yang tulus.

___________________________
WRITER COMMENT : Maaf tau, semalamnya kita gi hosp ada appointment huhu. Hope you enjoy this chapter.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro