MHS : 27
PINTU bilik rawatan ditolak oleh Qaseh seraya memapah Erisha keluar. Wajah kakak angkatnya itu benar-benar pucat. Saat dia menjawab panggilan Erisha yang menghubunginya, suara Erisha menjelaskan kondisi dirinya lemah. Bahkan Erisha rebah tika dalam talian.
Mujur ketika itu dia bersama Encik Razlan. Tetapi, jika Erisha mengetahui Encik Razlan turut bersama mereka, Erisha pasti tidak menentu.
Melihat Encik Razlan yang mendekat bersama riak wajah tegang, sudah ketara Encik Razlan akan memarahi Erisha.
"Kenapa sampai macam ni? Macam mana Lia boleh demam? Apa jadi dekat rumah suami Lia tu? Mereka dera Lia? Baru sahaja beberapa hari Lia berkahwin." Pegangan Qaseh di lengan Erisha diambil alih oleh tangannya. Wajah Erisha ditenung dalam.
Dalam keadaan begini, perlukah Encik Razlan memarahi Erisha?
"Suami Lia tak buat macam yang Pak Ngah fikir. Lia yang salah." Erisha membalas pandangan itu. Bukan salah Tengku Hael, mengapa pula Pak Ngah hendak meletakkan kesalahan tanpa usul periksa?
Qaseh tahu sikap Encik Razlan daripada Erisha. Erisha tak putus menyebut nama Encik Razlan, seorang lelaki yang tinggal buatnya menggantikan tanggungjawab ayahnya. Mustahil dia lupa setiap kisah yang Erisha kongsikan padanya.
"Abang Raz, kita bincang dalam kereta atau kita biarkan hal ni berlalu. Kak Erisha masih bercelaru dalam keadaan sakit macam ni, kita tak boleh bagi tekanan dekat dia." Qaseh cuba menenangkan Encik Razlan. Erisha tidak berdaya. Dia tidak yakin Erisha akan mampu mendengar amarah Encik Razlan. Erisha akan lebih tertekan.
Erisha langsung tak meluahkan seperti yang Encik Razlan fikir, maka Tengku Hael tidak bersalah.
Tubuh Erisha didudukkan dengan perlahan. Tangan Erisha berpeluh dan panas menggelisahkannya.
"Di klinik memang tak menjamin rawatan mendalam, tapi kalau ke hospital kak boleh dapat rawatan lanjut dan jika dimasukkan ke dalam wad keadaan kak lebih mudah dipantau. Demam pun bahaya, Qaseh risau keadaan kak melarat, dengan datang bulan lagi," pujuk Qaseh. Resah mengenangkan Erisha rebah dan hanya seorang diri di rumah. Jika Erisha tetap ingin pulang dan berehat seorang diri di rumah, itu lebih membahayakan. Dia tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku pada kakaknya lagi.
"Kak boleh rehat di rumah dengan ubat yang doktor bagi, kak boleh jaga diri kak sendiri, tak perlu warded. Kak minta maaf sebab susahkan Qaseh." Suara Erisha hanya dingin.
Dia tidak menyalahkan Qaseh apabila Encik Razlan turut di sini, tetapi cuma kemungkinan bahawa lelaki itu merisaukannya dan salah anggap memang akan berlaku. Seperti saat ini.
Sudahlah dia rasa bersalah menggunung terhadap Tengku Hael, Encik Razlan tiba menuduh hal yang tak pernah Tengku Hael lakukan. Lelaki itu melayaninya cukup baik. Lebih baik dari anggapannya juga pada awal.
"Lia minta maaf juga pada Pak Ngah sebab Lia buat Pak Ngah risau. Tapi, Hael pun demam sebab tolong Lia dari terus meracau di kubur tempoh hari. Masa tu pun hujan. Hael baru balik sekejap ke rumah mama dia.
Lia tak mahulah bebankan dia memandangkan kami sama-sama demam, itu yang Lia minta tolong Qaseh. Tak tahu pula sampai boleh pengsan masa minta Qaseh teman Lia pergi klinik," sambung Erisha beralih pada Encik Razlan. Tiada yang disembunyikan dari pengetahuan lelaki di depannya saat ini, kecuali sebab Tengku Hael tiada di sini.
"Pak Ngah tak percaya. Tiada kebenaran dari apa yang Lia cakapkan ni. Tak cukup ke dengan Khairi seksa Lia? Sekarang lelaki yang kononnya puja Lia sewaktu dulu seksa Lia. Anak saudara Pak Ngah dah cukup menderita. Jangan biarkan diri Lia ditindas atas kesalahan yang tak pernah Lia lakukan."
Erisha menggeleng dalam sayu. Dia sendiri tak berdaya hendak menyuarakan lagi. Mengapa harus beranggap sebegitu? Jauh sekali dari sikap dan layanan sebenar Tengku Hael terhadapnya.
"Macam mana dirinya memuja Lia dulu, Pak Ngah. Sebegitu juga dia yang sekarang. Dia cuma masih terluka kerana pemergian Lia dulu dalam hubungan kami. Lainnya, cara dia layan Lia, lebih dari selayaknya Lia terima. Lia yang teruk, Pak Ngah. Menghadapi layanan prihatinnya walaupun dia masih terluka dengan Lia, cukup buat Lia sendiri rasa Lia bersalah sangat, Pak Ngah."
"Jika benar dia perlakukan Lia dengan baik, hakikat yang terjadi Lia perlu jelaskan. Sekurang-kurangnya dia tak rasa perasaan yang seharusnya dia tak rasa. Pak Ngah tak dapat terima kesalahan yang Lia letak pada diri Lia. Sampai bila, Lia? Sampai bila nak biar orang yang patut tahu kebenaran, terus rasa yang Lia bersalah?" Dia mula rasa sebak melihat ada air jernih mula menuruni lekuk pipi itu.
"Lia yang pilih sebegitu, Pak Ngah. Lia tak mampu nak beritahu Lia tak sempurna yang selayaknya seorang suami menerimanya nanti kepada Hael. Lia cuma mampu terus sembunyikan seperti ni. Jika Lia teruskan hubungan kami tanpa Lia sanggup beritahu, Hael cuma akan menjadi seseorang yang menanggung khilaf orang lain, Pak Ngah.
Pak Ngah fikirlah walaupun Hael sendiri tahu, memang Hael tu penuh dengan cintanya terhadap Lia, tetapi dia tetap seorang manusia. Yang akan rasa kecewa, Lia memang yakin dia akan rasa pasrah menerima keadaan yang berlaku. Tetapi juga macam mana dengan keluarganya, boleh terima ke Lia ni? Andai arwah Zahra lahir, mampu ke Hael terima yang anak tu bukan anaknya. Mampu ke dia ada bersama dengan Lia sepertimana saat Lia hendak melahirkan Zahra dulu.
Dia cukup Lia kenali, dia sanggup walaupun dia rasa sakit. Lia tak sanggup Pak Ngah. Kasihnya, cintanya dia terhadap Lia bukan untuk dibayar macamtu dari Lia. Bagaimanapun kesakitan Hael rasa sekarang, Hael berhak rasa selepas pelbagai usaha dia buat demi Lia menjadi sia-sia, selepas dia tulus menyayangi Lia. Lia selayaknya terima. Selagi Lia masih hidup, yang Lia mahu cuma kebahagiaan, kebahagiaan bersama insan yang Lia benar-benar cinta."
DIA menolak hasrat Qaseh menemaninya. Bukan niatnya untuk pulang. Tiada maknanya jika pulang, tetap hanya dia sendiri.
Dia mengupah kenderaan teksi untuk tiba ke destinasi resort yang diusahakan oleh Tengku Hael. Ternyata resort ini kekal indah seperti dulu.
Dia akui dia tak tega menjejakkan kaki di sini saat ini, penuh memori saat mereka meluangkan waktu. Memori itu penuh bahagia. Namun akhirnya memori yang membahagiakan itu dikhianati olehnya sendiri.
Saat ini, dia cuma mahu meraih hati yang pernah disakiti. Dia yakin Tengku Hael tidak pulang ke rumah Tengku Afina. Dia yakin Tengku Hael pasti di sini.
Diharapkan benar, dia cuba menghubungi Humairah bagi memastikan. Humairah menyatakan keberadaan Tengku Hael di sini sedari semalam lagi.
"Selamat datang cik," sambut seorang lelaki sebagai tanda hormat kepadanya.
Erisha sekadar menunduk lalu meneruskan langkahnya. Badannya terasa lemah. Tetapi dia tak mampu terus membiarkan Tengku Hael meninggalkannya dalam hati sebegitu lara semalam.
Tiada bezanya ruang resort ini, masih dipenuhi pelanggan begitu juga saat dia melepasi restoran di dalam resort itu.
Dalam langkahnya, dia melihat ke tingkap yang menampakkan suasana luar. Laut luas terbentang begitu indah menyapa sepasang matanya. Andaikan Tengku Hael bersamanya ketika ini, pasti mereka meluahkan selamanya masa bersama menikmati keindahan ini.
Tidak jauh dari situ, terlihat Humairah yang menantinya.
"Maaf saya menyusahkan awak," ungkap Erisha sebaik sahaja dia berdepan dengan Humairah.
"Tak susahkan pun. Tuan ada dalam bilik, awak masuklah." Dia lantas membawa Erisha menapak ke dalam ruang pejabat itu.
Jika dulu, lelaki itu sendiri yang berada di tempat Humairah ketika ini, bahkan lelaki itu memberikan kad akses ke dalam ruangan pejabat ini.
"Itu kan biliknya?" Senyuman dari Humairah menjawab kepastiannya.
"Terima kasih ya Humairah." Erisha memegang tangan itu. Dia cukup banyak dibantu oleh ayah Humairah, kali ini Humairah menabur budi. Siapa sangka rupanya ayah Humairah, pemandu teksi yang tak putus membantunya.
Humairah insan yang baik. Erisha perlahan-lahan cuba mengumpul kekuatannya sebelum menyambung langkah. Pintu bilik yang masih sama, membuatkan Erisha menuju sendiri ke arah itu.
Terlihat sekujur tubuh berbaring di sofa. Perlahan-lahan dia memulaskan tombol pintu agar tertutup tanpa menghasilkan sebarang bunyi.
Dia menapak ke arah si suami. Erisha duduk di samping suaminya yang terbaring itu. Tangan suaminya diraih perlahan.
Masih terasa panasnya. Makin erat Erisha mengenggam. Kalaulah dia ada kuasa menyalurkan kekuatan, dia mahu menjadi kekuatan dan ketenangan kepada lelaki itu, seperti dulu.
Dia sendiri saat ini sakit. Berat hati dia melepaskan pegangannya. Beg tangan yang diletakkan ubat Tengku Hael, dikeluarkan.
Andai Tengku Hael tahu dia di sini. Cuma akan membuatkan hati itu makin sakit angkaranya. Kenapalah dia masih terniat ingin mendekati Tengku Hael di ketika lelaki itu tersakiti gara-garanya semalam?
"Kenapa datang sini?" Suara yang jelas tak berdaya kedengaran jelas ditolak keluar.
Saat Erisha berpaling, wajah itu terlihat berkerut sakit. Pucat sangat muka Tengku Hael di saat ini.
"Awak..." Erisha langsung menahan lelaki itu dari bangun dari pembaringan.
"Awak baringlah. Saya tak ganggu." Nadanya tidak teratur. Dia tahu kehadirannya ini tak sepatutnya.
"Kenapa yang tangan kau panas?" Tengku Hael perlahan-lahan bangun juga dari pembaringan. Tangan Erisha yang menahannya tadi dialih ke dalam pegangan tangannya.
Tiada jawapan dari Erisha. Saat dia cuba menyentuh dahi itu, dia terjeda, cepat dilarikan wajahnya.
Mendengarkan batuk berkali-kali dari lelaki itu, hatinya diruntun hiba. Bahkan apabila lelaki itu saat ini enggan keadaan yang dirasainya, Erisha rasa sama.
"Tak sakit ke perasaan awak nak risaukan saya juga walaupun awak juga masih sakit?" lirih suara Erisha, perasaan sedih melihat keadaan Tengku Hael saat ini cukup merentap pilu di hatinya. Lelaki itu terlalu salah! Janganlah macam ni, awak. Lebih duka saya nak hadapi awak.
"Aku dah cakap jangan dekat dengan aku, kan? Kau tahu kan diri kau lebih teruk bila demam?" Amarah itu kedengaran lemah.
Di mana wujudnya kekuatan hati lelaki itu? Jika dia, sudah diabaikan demi memuaskan hati. Tetapi, Tengku Hael? Seharusnya lelaki itu merasakan sayu namun dia yang saat ini merasakan perasaan itu, tak tega menerima dirinya dirisaukan oleh lelaki itu.
"Kalau saya teruk, saya tak ada dekat sini. Ni awak yang teruk, awak yang berbaring tadi."
Jika diingatkan semalam, perit. Dia saja tak tahu malu berdepan dengan Tengku Hael di ketika ini.
"Kalau saya tak sakiti perasaan awak semalam, awak takkan kena lalui sakit ni seorang diri. Saya minta maaf, awak," luah Erisha kepada suaminya. Sejak semalam hanya rasa tidak rela dia mendapat gusar lelaki itu. Dia harus dilayan seteruknya.
"Aku tak salahkan kau." Gelengan itu membuatkan Erisha makin diterpa rasa sakit di hati.
Lelaki ini tak pernah berubah. Cintanya ini membuatkan aku lemah. Kasihan dia kerana bertahan. Setelah terluka, aku di sini seperti tak tahu malu. Aku lebih membuatkan hatinya terpaksa lebih merisaukan aku.
Melihat Erisha yang memandangnya tak putus membuatkan dia menarik perlahan tangan Erisha agar duduk di sebelahnya.
Sepasang mata itu dipandang. Memang dia lemah melihat mata itu berkaca-kaca seperti saat ini.
"Aku dah tenang dah pun sekarang. Mana mungkin aku boleh marah kau lama-lama." Tengku Hael mengalihkan pandangannya ke depan. Tangannya yang masih dalam genggaman Tengku Hael menerpa rawan di hati.
"Mana mungkin juga aku nak biar kau sakit depan mata aku. Aku sendiri pernah berjanji mencintai kau sepenuh hati, bukan sahaja cinta semata-mata, tetapi juga keadaan. Tak fikir keadaan pun, kalau kau sakit macam semalam dan sekarang pun dah buat hati aku sakit, dah buat hati aku gusar," sambung Tengku Hael lagi sambil matanya melingas pada Erisha. Pucat wajah Erisha tiada jauh beza dengannya.
"Teringat masa kita sama-sama sakit, tapi tetap jaga antara satu sama lain." Tengku Hael mengukir senyum sayu. Tangan Erisha dipegangnya erat. Selama mereka bercinta, tak pernah sekalipun dia memiliki saat ini. Mustahil dia tak rasa gembira di ketika ini. Dia sendiri enggan mereka bersentuhan selagi tiada di titik hubungan yang halal.
"Saya..."
"Atas tu ada ubat. Aku beli ubat yang asalnya selalu aku beli dekat kau. Dah beli aku pun tak boleh nak makan," celah Tengku Hael, dia tak kuat hendak mendengar perkataan yang akan keluar dari mulut Erisha lagi. Cukuplah semalam.
Tangan Erisha dilepaskan. Perlahan-lahan Tengku Hael berdiri. Dia menuju ke meja kerjanya. Dia paling selepas mengambil ubat yang dimaksudkan. Erisha dipandang semula.
"Kau dah tak pergi check up macam biasa?" Tengku Hael duduk di depan Erisha. Isi hatinya tadi dilenyapkan dari fikiran. Dia tak seharusnya mengikutkan emosi tadi walhal dia pernah menghadapi situasi ini dulu sewaktu mereka bercinta.
"Kali terakhir 9 tahun lepas," jawab Erisha seraya turut mengambil ubat untuk Tengku Hael.
"Khairi tak sambung bawa check up?" Tengku Hael menunduk lalu laci tepi katil dibuka. Sebotol minyak angin diambil.
"Saya yang tak nak."
"Ambil ni, sapu kalau rasa sakit kat perut," ulas Tengku Hael menyerahkan sebotol minyak angin tadi. Dia menyedari Erisha dari tadi berkali-kali menekan perut.
"Kau dah 32 tahun, Risha. Khairi tu tak tahu erti paksa? Dah tahu isteri dia jenis degil, patut tegas."
"Lepas saya lahirkan Zahra, saya cuma sakit sikit je. Tak macam sebelum ni," cerita Erisha senada.
Muka itu bertukar riak.
"Boleh aku tahu, Zahra meninggal disebabkan apa?" Tengku Hael menyoal dengan berhati-hati.
"Saya baru tahu dia sakit," jawab Erisha perlahan dan sayu.
Tengku Hael hanya diam dan mendengar. Tengku Hael mengamati pandangannya ke arah Erisha.
"Selama dia membesar, rupanya ada sakit jantung berlubang. Dan... saya baru tahu lepas dia meninggal dunia." Suaranya mula tidak begitu jelas, tetapi Tengku Hael mendengar dengan baik.
"Saya memang salah, saya bukan ibu yang terbaik. Saya fikir dia sentiasa sihat, sebab saya selalu dengan dia, dia baik sahaja selama saya jaga dia. Tapi, siapa sangka aturan tuhan? Dulu waktu saya melahirkan Zahra saya tak mampu nak ke hospital pada awalnya, duit pun saya tak ada. Sama macam Zahra cakap, kami tak ada duit untuk dia terima rawatan dan saya tahu awak yang bayarkan kos bersalin saya." Pandangannya beralih pada Tengku Hael di sisi.
"Kau cakap macam hidup seorang diri. Khairi tu suami kau masa tu. Jika tidak aku bayar, dia pasti bayar." Tengku Hael menahan rasa ragu yang bertandang.
"Kalaulah dia boleh bayar pasti dia ada bersama dengan saya masa tu," ujar Erisha membalas anggapan Tengku Hael.
Tengku Hael berkerut mendengarkan bait kata Erisha di ketika itu.
__________________
Writer Comment : Semua semua pembaca, camne? Nak lagi tak?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro