Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

MHS : 25

BUNYI batuk yang kedengaran berkali-kali, membangkitkan Erisha dari lenanya. Erisha membuka perlahan-lahan kelopak matanya sebelum menyedari Tengku Hael terlihat hendak memulakan perjalanan.

"Awak, awak dah okey ke?" Matanya serta merta cerah. Dia sendiri tak sedar dia ikut tertidur.

"Aku okey," jawab Tengku Hael. Namun sesaat kemudian, dia melepaskan bersin.

Tangannya yang hendak memicit hidung apabila terasa ingin bersin lagi, dihalang oleh jari Erisha. Dia melirik tajam ke arah Erisha.

"Janganlah tahan, dah nak bersin, kan? Biarlah buang sakit tu," ujar Erisha bagi membalas pandangan itu.

Tengku Hael membawa hujung matanya kembali ke pemanduan. Dia enggan ambil pusing. Kening lebatnya yang terukir kemas itu berkerut usai batuk terlepas dari mulut.

"Demam awak makin teruk. Saya betul-betul minta maaf sebab saya awak tak sihat," luah Erisha dirudung rasa bersalah yang mencengkam jiwa. Hujung bibir mungil itu digigit halus.

"Kalau aku nak salahkan kau, dari awal aku dah salahkan. Tak ada sikit pun salah kau. Cuma imun badan aku cepat sangat lemah." Niat bicara itu sepenuhnya demi menenangkan hati yang walang itu.

"Tak payah nak menangis, kau bukan budak lagi," tegur Tengku Hael sebenarnya lebih kepada memujuk. Erisha di sebelah dilirik banyak kali.

"Budak atau dewasa, saya tetap salah." Kali ini Erisha meletakkan pandangan pada Tengku Hael.

Kau kekuatan aku, kau ada di sisi aku sekarang dah cukup bermakna. Bisiknya di dalam hati.

Perkataannya hanya terbiar tanpa dibalas oleh Tengku Hael. Mesti Tengku Hael tak berdaya. Bibir dan wajah Tengku Hael pucat lesi. Tubuh sahaja pasti dipaksa larat.

"Ibu tak balik harini, awak boleh parking dalam." Erisha bersuara sebelum Tengku Hael memasuki simpang hampir ke rumahnya.

Pintu pagar yang terbiar buka itu masih sama kedudukannya, memudahkan kereta mewah itu meluncur masuk. Sebaik sahaja tiba, Tengku Hael merapatkan kepalanya semula di tempat yang sama tadi.

"Sakit sangat kita pergi hospital nak tak, awak?" Tangan lelaki itu disentuhnya lembut. Begitu juga nadanya disusun. Tapi penuh dengan rasa bimbang.

"Tak larat lah Erisha. Tak perlu pergi mana-mana." Tangannya dielakkan ke stereng.

"Kita masuk dulu, awak kena mandi bagi kurang sikit rasa panas," kata Erisha lagi, tak putus ingin demam Tengku Hael dirawat.

"Please, just for a while. Aku betul-betul tak larat. Kalau kau nak masuk, pergi masuk dulu." Suaranya ditekankan pada mula kata, tetapi disusuli intonasi mulai kendur.

Kepalanya terlalu rasa berat.

"Saya ajak awak masuk juga. Dalam kereta ni panas, luar pun panas. Haba lawan haba, lagi merasa," lirih suaranya risau. Dia menghalang kemahuan Tengku Hael.

Hidung Tengku Hael berair. Secepatnya Erisha mencapai tisu di atas ruangan berhadapan cermin depan.

"Saya lap sikit," maklum Erisha sebelum jarinya naik ke hidung licin itu.

Mata Tengku Hael terbuka mengejut. Tetapi dia hanya tergerak sedikit. Dia tidak menjangka Erisha melakukan itu. Dia hendak sahaja menolak, namun hanya daya di fikiran, tidak di perbuatan.

"Kejap lagi, jangan balik lagi boleh? Awak tinggal dengan saya sampai demam awak baik. Saya jaga awak," pinta Erisha sambil merenung sementara ke dalam mata Tengku Hael.

Tengku Hael tidak menolak, dia meneruskan sahaja tindakannya. Dia tidak pernah berada dalam jarak sedekat ini.

"Aku nak balik pun tak larat..." Tengku Hael melarikan wajahnya. Pintu terbuka luas sejurus batuk dibuang.

"Masuk lah Risha, nanti berjangkit." Nafasnya turun naik lalu tangan Erisha dilepaskan. Dia terpegang saat Erisha masih mengesat hidungnya sebelum dia menjauhkan muka.

Bergema suara itu ditenggelami selesema.

"Kita masuk sama-sama. Saya tak nak awak duduk dekat sini. Kita naik, lepastu awak mandi," ulang Erisha tetap menegaskan itu.

Tiada sahutan dari Tengku Hael.

"Awak..." Baru sahaja dia ingin memujuk lagi, Tengku Hael mengeluarkan sebelah kakinya ke luar.

Erisha cepat melepaskan seatbelt dari tubuh. Dia keluar mendapatkan Tengku Hael.

Belum sempat dia mendekat, Tengku Hael membawa langkahnya keluar.

"Aku boleh keluar dan masuk sendiri."

Terasa. Itu sepatah kata yang mampu mengungkapkan perasaanya. Tubuh lelaki itu yang berlalu meninggalkannya.

Hingga ke tingkat atas, Tengku Hael memaksa diri langkah bersendiri. Sakit hatinya melihat Tengku Hael enggan dia menuntun.

Tuala diambil lalu menyerahkan perlahan kepada Tengku Hael. Suaminya itu terima tanpa membantah seperti tadi. Dia benar-benar rasa bersalah. Semua yang perit dalam kehidupan itu berlaku angkaranya.

Kakinya diatur tanpa mempedulikan emosi yang akan lelaki itu tunjuk. Belakang tubuh Tengku Hael terus menjadi lingkaran tangannya.

Tengku Hael tersentak seketika.

"Saya minta maaf awak, semua ni jadi disebabkan saya. Banyak awak tanggung derita sebab saya. Teruk saya untuk awak, saya minta maaf sangat-sangat, Hael. Minta maaf, Hael," luah Erisha sesungguhnya. Kepalanya disandarkan sayu di belakang tubuh si suami. Mengharapkan semua ini kembali seperti selayaknya mereka bahagia.

Andai itu yang mereka lalui saat ini, dia takkan menghadapi kekecewaan Tengku Hael. Dia sendiri hancur menerima setiap cara Tengku Hael sedari tadi. Hanya dirinya yang menjadi halangan lelaki itu agar tidak akan merasakan sakit yang sama.

"Jika kau tahu erti maaf dan kalau aku tak dengar maaf kau sekarang pasti kita bahagia sejak 9 tahun lepas. Perkataan maaf ni Risha... hanya untuk hati yang berduka angkara silap seseorang. Untuk aku yang dah terluka banyak disebabkan kau. Andai maaf yang kau maksudkan buat sekarang, itu bukan yang aku mahu. Tiada maaf yang akan aku terima melainkan kau mampu kembalikan masa lalu." Perit setiap bait hiba itu diungkap. Satu per satu dia sebut agar Erisha menelan dengan jelas.

"Cinta memang aku tak mampu untuk halang ianya terus memekar dan terlakar buat diri kau. Kerana cinta yang ada ni cuma milik kau. Memang cinta, memang sayang dan sekuat mana cinta ni utuh, sakit di hati masih sama rasa, tetap tidak mudah pulih," sambung Tengku Hael lagi. Langkahnya diatur masuk ke dalam bilik air.

Sayu disulam sebak yang dikunyah ketika ini. Suara hati yang hancur mampu menyelinap ke segenap hati. Dia rasa sedalamnya sakit di hati insan yang tulus itu.

"Sampainya hati saya melukakan hati awak, sayang. Walhal hati itu yang menjaga sebaiknya hati saya sebelum ni. Hati yang menjadi lambang emosi, saya jadikan medan menyakiti. Pilihan saya tak tetap tak salah, pentingkan hati awak yang lebih hancur berkecamuk. Tika dulu saat awak merayu dan hati awak sehancur ini dah tak mampu saya hadap lagi, jika kebenaran saya ungkapkan, sesungguhnya saya lebih menyakiti hati awak yang mencinta. Menerima gadis yang hilang maruahnya, hakikat kebenaran saya hanya mangsa tetap akankah membuatkan awak menerima seandainya bunga yang awak pilih indah mulanya, layu saat ingin disunting meskipun bunga itu kenyataannya cuma mangsa?"

ELINA memandu keretanya membelah jalan raya ke arah dituju. Fikirannya tak menentu sebagaimana perjalanannya, hatinya dirudung sayu tatkala mengenangkan kembali kejadian malam tadi, satu ugutan yang sukar untuknya memperlakukan Erisha seperti sewajarnya.

Air matanya mengalir dibiarkan tanpa sekaan. Dia berhentikan kereta sejurus memasuki kawasan rehat.

Sekian lama dia memendam rasa hati, menelan setiap kehancuran yang berlaku dalam hidup dan keluarganya. Namun, hampa. Sehingga ke hari ini liku tetap sama.

Berat pandangan dibuang ke luar. Sukar bahagia hendak menjengah tanpa dugaan.

Hatinya diterpa sebak seketika. Dia merindui bekas suaminya, Riffyaz. Ternyata dirinya yang dianggap tabah ini, kalah dengan ugutan.

"Tiada seorang pun akan hidup kalau sedetik aku masih rasa yang kau bahagia, Lin." Seperti pita rakaman yang dimainkan berulang-ulang.

Bunyi nada dering telefonnya memanggil-manggil tanpa henti minta untuk diangkat. Elina mencapai telefonnya di dashboard. Terpapar sebaris nombor yang tidak dikenali memanggil.

"Kau kan telefon aku? Kenapa perlu guna nombor lain untuk tutup kerja bodoh kau tu?" tempik Elina yang mulai berang.

"Kau cakap baik sikit perempuan, aku ada mata-mata di sekeliling kau, jangan sampai aku beri arahan pada orang-orang aku tolak kereta kau tu jatuh ke dalam gaung."

Kawasan rehat itu tidak dipenuhi orang yang berhenti, hanya segelintir pemandu. Gaung tepat di hadapan keretanya. Sungguhnya dia gentar. Tetapi, jika ini takdirnya, dia selayaknya lalui.

"Apa yang kau nak? Tak cukup lagi ke? Aku dah beritahu kau orang banyak kali yang aku tak tahu mana Riffyaz berada, tapi kenapa kau orang tetap ekori aku?"

"Kau ingat aku percaya? Kau silap orang Elina untuk dipermainkan dalam permainan kau."

"Enough, apa yang kau nak sebenarnya?"

"Aku nak kau!" Tingkap kereta Elina terus pecah. Mujur dia sempat tunduk. Cuma terpapar sedikit luka di dahi.

Pintu kereta di bahagiannya dibuka kasar, rambut Elina dicengkam kuat. Tubuh Elina diheret keluar dengan kejam. Tiada mata yang menyedari. Tika ini hanya nyawa yang menanti saat untuk pergi.

Badannya terjatuh lemah ketika seseorang dari beberapa langkah tidak jauh menyaksikan tadi, segera menyelamatkannya.

Mereka sekali lagi berhasil melarikan diri. Hujung mata Elina menggugurkan setitis air mata. Pandangannya mulai berbalam-balam.

Berderau darah lelaki itu saat menyedari insan itu perempuan yang dia kenal. Dia hanya membiarkan beberapa lagi orang bersamanya yang turut membantu, mengejar mereka.

Kakinya terus melangkah laju ke arah Elina. Memang benar sangkaannya. Tanpa berlengah, dia mengangkat tubuh Elina lalu disusuli seorang dari mereka tadi bergegas ke keretanya.

"Kita kena bawa dia ke hospital terdekat." Salah seorang itu lantas bersuara. Dia mengangguk langsung mendaratkan berhati-hati tubuh Elina di seat kereta.

Elina dipandang sebelum dia memboloskan badan ke dalam bahagian pemandu. Keretanya yang melepasi kawasan rehat itu, menampakkan seorang lelaki yang tidak sesekali dia lupa. Ternyata lelaki itu masih mengikuti Elina.

SUASANA kampung Sabak Bernam ini tidak langsung berubah, tetap seperti dahulu. Tempat inilah tempat yang tidak ingin langsung Elina memijak sekali lagi kerana setiap kali mengingatkan tempat ini kotak fikirannya pasti menerawang saat ketika dahulu bersama Riffyaz. Sungguh memori bersama lelaki itu sangat sukar untuk berkubur membuatkan hatinya semakin tersiksa menanggung kehancuran mereka selama ini.

"Kau tak patut biarkan mereka berterusan ikut kau." Lelaki yang menegurnya itu menghulurkan tangannya pada Elina untuk membantu Elina bangun.

"Kau masih marahkan aku?" Elina membalas dengan soalan. Tiada sebab untuknya menjawab, hanya sama. Lelaki itu cuma merasakan dia diikuti.

"Kalau aku masih marah, tak ada aku tolong kau," balas lelaki bernama Shad itu.

"Kau tahu di mana Izz?" Sejurus pertanyaan Elina itu menyapa pendengaran Shad, langkah lelaki itu terhenti.

"Kau duduklah dulu," suruh Shad seraya mengatur langkahnya ke almari.

Cerek di dalam almari dikeluarkan.

Elina mengeluh. Shad, pengawal peribadi kepercayaan ayahnya namun dipecat setelah terbongkar Shad membantunya melepaskan diri. Setelah menjadi isteri Riffyaz, Shad menjumpai lokasinya. Dia bersyukur Shad menjumpainya. Mujur Shad hanya dibuang dan bukan menjadi tawanan. Kalau tidak pasti dia kehilangan sahabat.

Tersentak Elina. Melayang jauh lamunannya apabila Shad mendaratkan secawan teh di hadapannya.

"Erisha macam mana?" tanya Shad.

"Aku tak berhak lagi ambil tahu." Itu seharusnya dia jawab, Erisha cuma akan dalam bahaya.

Shad terkedu. Benarlah Elina pernah mahu pergi tanpa anak-anaknya.

"Kau tak berhak? Kau dah gila ke, Elina? Erisha tu anak kaulah!"

"Aku memang dah gila sebab lahirkan anak dia." Perit dia menolak kata.

"Kenapa kau cakap macam ni?"

"Sebab aku tahu kalau aku benci anak aku, aku takkan sayang dia dan aku tak payah susah peduli tentang dia lagi." Cukup Shad tahu, dia takkan ingin menemui Riffyaz lagi.

"Habis kau ingat ni jalan terbaik?"

"Ini jalan terbaik supaya hidup aku tak perlu bertuhankan cinta lagi!" Tangan Elina segera diraihnya.

"Habis kenapa kau cari Riffyaz lagi? Apa sebenarnya motif kau?" pekik Shad.

"Aku cari dia sebab mereka mahu aku beritahu mana dia berada sekarang! Kalau aku tak ikut arahan mereka, Erisha akan dalam bahaya!" Elina menghamburkan yang terbuku di dada. Itu tekanan yang dirasainya. Cukup membebankan sehingga membuatkan dia tidak mahu meneruskan kehidupan lagi.

Shad terpempan. Jadi benarlah Elina bukan saja-saja meminta penceraian di mahkamah. Disebabkan mereka yang masih mematuhi arahan ayah Elina.

"Beritahu aku cerita yang sebenar! Maknanya betullah apa yang kau cerita kat aku tu dulu?" Alis lelaki itu bertemu.

"Lepaskan aku, aku nak balik!"

"Kau perlukan bantuan Riffyaz. Aku akan bawak kau jumpa dia Elina!"

"Tak, aku tak nak! Lepaskan aku Shad. Aku tak nak."

"Kenapa kau tak nak? Ke kau tak takut kalau apa-apa jadi pada dia?" Soalan itu menyentapkan tangkai hati Elina. Ya, dalam masa yang sama nyawa Erisha menjadi taruhan. Mana mungkin dia mampu berjuang seorang diri? Namun, sekiranya dia mendapatkan pertolongan daripada bekas suaminya, nyawa bekas suaminya juga turut terancam. Terus laju air matanya mengalir.

"Aku tahu kau masih perlukan dia. Kalau alasan kau sekali lagi kau nak beritahu hanya sebab kau nak hidup sendiri, aku takkan dengar. Aku tahu semuanya." Langkahnya diteruskan makin tegas suaranya. Biarlah ia dikira memaksa, harini barulah dia tahu apa yang diberitahu oleh Elina padanya rupa-rupanya benar.

Baru sahaja selangkah ingin keluar dari perkarangan rumah itu Elina terus menyuarakan kebenaran.

"Mereka masih dengan arahan dia, dia tak izinkan aku hidup dengan Riffyaz, Shad. Kalau tak..." Shad menoleh, wajahnya bertukar pucat apabila mendengarkan itu.

"Kalau tak... Riffyaz akan mati. Sekarang ni, aku jadi buruan mereka atas tugasan yang belum mereka selesaikan. Tolonglah percaya aku Shad. Lepaskan aku Shad, aku tak nak jumpa dia."

Shad tergamam. Adakah benar, apa yang Elina katakan sebentar tadi?

"Kau... tipu aku, kan?" Bergetar suara Shad. Tangan Elina dilepaskan perlahan, terus lemah terasa.

"Tak. Aku tak tipu kau Shad. Dia yang buat aku hidup macam ni, dia gunakan orang kuat ayah, aku takkan jadi macam ni kalau tak kerana dia! Aku langsung tak pernah terlintas dek fikiran nak tinggalkan dia sewenang-wenangnya tanpa alasan kukuh!

Aku sayang dia, aku cintakan dia tapi nyawa dia dalam bahaya kalau aku cuba dekati dia," luah Elina terputus-putus. Suaranya ditenggelami kekecewaan yang sangat tidak terkata. Air matanya mengalir secara automatik kerana dia benar-benar menganggap dirinya perempuan paling bodoh kerana meninggalkan suaminya.

"Assalammualaikum..." Suara pemberi salam memagut penglihatan Elina membuatkan Elina lantas berpaling sebaik sahaja telinganya menangkap suara pemberi salam itu.

Menggigil tubuhnya apabila matanya bertentang dengan wajah itu.

Setitik. Dua titik. Air matanya mengalir membasahi pipinya sekali lagi, lututnya lemah menyembah lantai rumah separuh batu separuh kayu itu.

____________
Writer Comment : Sabarlah ye, lagipun bukan mudah orang nak terima kalau kita ni dah buat silap :) Lagi2 taktahu sebab. Erisha pun taknak gitahu.

Elina ngn erisha sama je. Dua2 problem. Sama perangai. Susah nak cerita yg sebenar.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro