Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

MHS : 24

Lagu kisah yang ku inginkan by siti nurhaliza, korang boleh bukak masa part kedua, masa tg hael ngn erisha❤️👇😉

"SORRY sebab I tumpang you, I kena cepat tapi kereta I timbul problem," celah Rawda dengan intonasi cungap. Dia terpaksa bergegas kerana dilaporkan mesyuarat mendadak.

Azi enggan menghalang, dia hanya menoleh ke arah lain sebaik berganjak ke dalam memberi ruang kepada Rawda.

"Pak Rashid, tolong bawa cepat sikit," pinta Rawda dalam nada kurang menyenangkan. Azi menghela nafas berat. Sudah berkali-kali dia menegur Rawda agar menjaga kata-kata dengan Pak Rashid, tetapi gadis itu masih dengan sikapnya yang angkuh dalam melontar bait kata.

Sekilas dia melirik ke arah Azi yang tidak langsung melihatnya.

"You dah kenapa senyap? Takkanlah tersinggung dengan I?" Rawda ketawa. Jika itu sebabnya, memang lucu.

Dia cepat menyempurnakan penampilannya dengan mengeluarkan anting-antingnya daripada beg tangannya. Anting-anting ini pemberian Azi. Entah mengapa dia benar-benar menghargai pemberian ini, sehingga dia tidak terlepas daripada memakai anting-anting ini sebelum ke mana-mana.

Sempat dia mengingatkan hal itu sebelum konsentrasi beralih pada Azi semula. Garis muncul di antara alisnya. Dia memaling tubuhnya menghadap Azi dari arah sisi.

"You ni saja buat I gelak hambar ke dan cakap sorang-sorang? I tanya you, Ngah, jawablah," desak Rawda diterpa curiga. Tidak semena-mena sahaja diam.

Mungkin Ngah terlalu terasa, desis Rawda ditandang rasa serba salah di dalam hatinya. Tersentak Rawda dengan bisikan hatinya. Benarkah apa yang dirasakannya?

"Pak Rashid, berhentikan kereta sekarang!" arah Azi secara tiba-tiba. Nada suara Azi juga kedengaran mendatar.

Bertalu-talu pertanyaan menjengah fikiran Rawda. Terlihat Pak Rashid ragu-ragu untuk berhenti.

"Saya arahkan berhentikan kereta sekarang Pak Rashid, tolong ikut apa yang saya arahkan." Azi serius.

Rawda perasan perubahan pada riak muka Azi. Tegang bahkan pucat. Seperti tidak berpuas hati. Takkanlah sebab dia tumpang?

"I dah lambat, Ngah." Bicaranya tidak langsung Azi peduli.

"Berhenti!" pekik Azi barangkali sudah tidak tertahan kesabarannya kerana Pak Rashid tidak mengikut arahannya.

Rawda yang mendengarnya terhinjut bahunya. Bahkan Pak Rashid juga terus menghentikan kereta sepantasnya sebaik memberi signal.

Rawda tersentak dan diam sahaja sejurus kereta diberhentikan. Saat itu juga, Azi terus keluar tanpa sebarang kata meski setelah memekik sebentar tadi.

"Azi, Azi nak pergi mana?" Takut-takut suara Pak Rashid yang kedengaran dari dalam. Rawda memberanikan diri biarpun tidak semena-mena dia ikut gentar sedangkan dia tidak pernah tergugat akan ketinggian suara seorang lelaki.

"Apa masalah you ni Ngah?" Soalannya disela suara Azi yang agak kuat.

"Aina ada di hujung jalan tu tak Pak Rashid?" Azi mengajukan pertanyaan itu dengan ekpresi yang sukar Rawda jelaskan. Rawda memerhati dengan wajah yang berubah keruh.

Rawda dihurung pertanyaan oleh hatinya. Sebaris nama ringkas itu adalah milik perempuan. Entah mengapa, dia rasa ingin tahu.

"Anak 'mak' yang Azi panggil tu?" Pantas Azi mengangguk.

"Ada."

"Saya akan ke sana sendiri." Azi menepis tangan Pak Rashid. Bukan niatnya untuk biadap dengan Pak Rashid, tetapi Pak Rashid tegas menghalangnya.

"You desak berhenti sebab perempuan, I mean 'Aina'? I dah... lambat. Dengan siapa gerangan Aina..." Suaranya sedikit gagap kerana dihimpit rasa ingin tahu gerangan itu. Dalam masa yang sama, kata-katanya terhenti dek disela suara Azi semula.

"Pak Rashid hantarkan Rawda. Tak perlu risau mengenai saya." Hilang panggilan Azi membahasakan dirinya 'Azi' dengan Pak Rashid.

Rawda yang menyedari panggilan itu bertukar dan dirinya masih tidak dihiraukan membuatkannya merentap tangan Azi sebelum Azi beransur pergi ke tujuannya.

"Siapa Aina?" Tanpa sedar soalan itu yang meniti di bibirnya.

"Tak penting untuk kau tahu." Tangan Rawda dialih dengan baik daripada bertaut di pergelangan tangannya. Sungguh, dia terkesan menelan patah kata yang keluar daripada mulut Azi hanya demi mempertahankan identiti 'Aina' itu.

Azi menyusun langkahnya dengan bantuan tongkat. Pak Rashid kelihatan risau dan merasa serba salah. Fikiran Rawda kian diburu pelbagai persoalan. Jam menjadi pandangannya. Dia benar-benar sudah terlewat. Jika pagi ini tidak mempunyai apa-apa hal mendadak, dia akan membuntuti Azi. Ingin sekali dia tahu gerangan Aina.

Dia menaiki kereta itu bersama lirikan mata meminta Pak Rashid turut naik dan menyambung perjalanan. Dia hanya mengakhirkan pandangannya pada Azi sehingga kereta yang dipandu oleh Pak Rashid melepasi Azi yang masih terkial-kial menuju ke satu gerai di hujung jalan. Dia tidak pasti tetapi dia yakin gerai itu. Sipih yang dia nampak seorang perempuan di gerai itu, mungkin itulah Aina.

Hanya Pak Rashid yang tahu. Dia menerusi cermin memerhati Pak Rashid. Lelaki tua itu seakan menyembunyikan sesuatu.

"Pak Rashid, I nak tahu semua. Tolong ceritakan apa sebenarnya yang terjadi dan siapa sebenarnya Aina, now." Rawda tiada pilihan lain. Dia tetap mahu tahu.

"AWAK, kan saya cakap tunggu." Erisha menerpa mendapatkan Tengku Hael. Satu bakul dan bekas diletakkan di atas meja sementara dia mendekati Tengku Hael.

"Risha, tak payah pegang. Nanti kau pun terjangkit," halang Tengku Hael lalu menyentuh kepalanya yang kian terasa berat.

Merah muka lelaki itu. Tengku Hael bukan lelaki berkulit terlalu cerah, tetapi setiap kali dia dijangkiti demam, mukanya kemerahan dan bibir terlalu pucat.

"Awak boleh tunggu? Saya pergi farmasi terdekat, saya beli ubat yang awak selalu makan tu," ujar Erisha saat dia terfikir tiba-tiba mengenai satu ubat yang mudah melegakan. Tengku Hael sentiasa makan ubat itu setiap kali demam.

"Tak payah Risha. Kau kena hujan juga semalam, nanti kau keluar kau pening." Tengku Hael enggan. Sudah bertahun mereka bersama dulu. Suka, duka dan sakit mereka pernah lalui sama-sama. Tak mungkin dia akan lupa.

Tangannya yang Tengku Hael tahan, digenggam oleh lelaki itu. Terasa panas dan tangan lelaki itu sekejap menggigil. Jatuh kesian Erisha melihatnya.

Tengku Hael dipandang walaupun lelaki itu menunduk tahan sakit.

"Saya tak macam dulu, saya dah biasa kena hujan. Saya tak pening dah macam selalu. Sekarang, awak baring. Saya janji, saya pergi sekejap je." Erisha berdiri semula setelah meleraikan genggaman Tengku Hael di tangannya.

Segera kakinya diatur mencapai tudung selendang. Lebih mudah dan cepat. Laci dibuka, dia mengambil beg dompet. Duit yang ada pun cuma untuk jualan hari biasa.

Mujur dia teringat Elina ada membeli bahan. Dia mengucap syukur di dalam hati. Tetapi jika tidakpun, dia memang akan guna demi lelaki itu.

"Awak, jangan tutup kipas. Nanti awak lagi pening kepala," pesan Erisha ketika kakinya mencecah luar pintu bilik. Dia menanti tetapi mengingatkan Tengku Hael tidak bermaya, pasti takkan peroleh respon.

Agak jauh jika dia berjalan. Tetapi kalau tunggu teksi... Erisha pandang tingkap atas yang menampakkan biliknya.

Kasutnya disarungkan perlahan, kakinya yang melecet itu rasanya cuma akan menambahkan sakit kalau berjalan. Dia usir jauh pemikiran tak berdaya. Suaminya lebih tak berdaya, sekarang.

Dia teruskan niatnya, namun tak sampai beberapa langkah, tangannya diraih.

"Aku bawa." Suara itu membuatkan Erisha tersentak. Tidak lagi saat dia terkalih ke arah lelaki itu selepas tangannya diraih.

"Awak, saya boleh pergi sendiri. Tengok diri awak macam mana sekarang," bantah Erisha, langkahnya ditinggalkan oleh Tengku Hael. Lelaki itu sudah menuju ke halaman.

Nafasnya terasa panas, bahkan cahaya matahari pagi terik lagi mengisi rasa berat.

"Awak, janganlah ikut. Awak bukan baru demam, demam awak ni dah jauh. Cepat je rasa tak larat." Erisha menahan tubuhnya yang digagahkan melangkah.

"Kau nak pergi naik apa? Satu kereta pun tak ada." Suara lelaki itu membalas dengan tegas. Erisha dikerling pandangan tajam.

"Ni kawasan rumah saya, awak. Dah bertahun saya pergi mana-mana jalan kaki, masa kita dulu pun saya sama je." Erisha menjawab setelah terdiam dijeda ketegasan nada lelaki itu.

"Dulu masih aku yang bawa kau ke mana-mana. Kau ingat aku sanggup nak biar kau jalan kaki?" Wajahnya yang berpeluh pucat itu melihat dalam seraut wajah si isteri.

"Aku sendiri keluar dah rasa panas, kau? Diamlah Risha, tak payah nak cakap banyak. Aku cakap aku ikut, aku ikut." Tengku Hael habis daya bernada lagi.

"Faham tak?" soal Tengku Hael. Matanya menatap penuh dingin.

Erisha mengangguk. "Tapi, keadaan awak tak keberatan sekarang," usul Erisha lagi.

Dia bawa matanya melingas ke depan. Erisha tidak habisnya membantah.

"Kau masih ingat cara bawa kereta?" Wajah Erisha dipandang penuh harap. Kakinya terasa lemah hendak melangkah lagi.

"Ingat," jawab Erisha perlahan. Dia cuba untuk memegang lengan Tengku Hael.

"Kereta aku ada kat hujung sana," beritahu Tengku Hael hanya menunjuk dengan perkataan arah.

"Saya papah awak masuk balik, okey?" Erisha lantas menyentuh lengan lelaki itu. Masih lagi tidak gentar memujuk yang sama.

"Aku ikut. Dah, pergilah cepat ambil." Dia hilang kekuatan mengeluarkan suara terlalu banyak. Erisha dipandang menyakinkan Erisha tak perlu merisaukannya. Sudah tegas, tak berhasil.

Erisha bergegas melangkah ke arah seperti yang mata Tengku Hael tuju tadi. Tak lama langkahnya berakhir di sisi pintu kereta milik Tengku Hael.

Tanpa membuang masa, button kunci kereta itu dipetik. Sebaik lampu menyala, pintu langsung dibuka. Dia menghenyakkan punggung seraya segera menghidupkan enjin kereta itu.

Tengku Hael terlihat dari jauh menanti di depan pintu pagar. Lebih enggan terus pergi meninggalkan lelaki itu di situ.

"Awak," panggil Erisha seraya menapak keluar.

Sebelum dia mendekat, lelaki itu melepasinya lalu memboloskan ke dalam perut kereta pada bahagian pemandu.

"Cepat masuk," suruh Tengku Hael. Berkerut sedikit dahinya saat ingin menarik pintu kereta.

Dia meletakkan kepalanya di kepala kerusi keretanya itu sekejap sementara Erisha disuruh masuk.

"Awak, awak berpeluh sangat ni." Erisha kalih terus pada Tengku Hael saat dia masuk ke dalam kereta itu.

"Ni dekat mana farmasi tu?" Sekali lagi muka itu dipandang. Tapi, cuma layu sahaja matanya.

Tangannya berpaut pada stereng, dia cuba menahan diri.

"Depan tu. Awak bawa je, lepas traffic light tu, jalan terus. Lepastu saya tunjuk." Erisha memberi arahan ringkas. Wajah suaminya masih dalam tatapan, dia bimbang.

"Macam tu nak jalan kaki lagi? Jauh." Erisha di lirik penuh rasa tak kena.

"Pakai seat belt tu, Risha. Selagi aku masih boleh bawa, aku okey," tegas Tengku Hael menegur sebaik menyedari Erisha ketika dia memerhati bahagian jalan kiri.

Erisha mematikan pandangannya. Dia tersentap lalu tangannya beralih menarik tali pinggang. Sebelah tangannya yang diletakkan di atas paha Tengku Hael, terasa sebelah tangan Tengku Hael yang mengena. Makin panas.

"Depan tu sikit, lepas tu awak belok kanan," arah Erisha, dia memberi panduan jalan. Dia kembali melihat Tengku Hael dan sesekali jalan raya.

Tiba sahaja di depan kedai yang diarah jalannya dari tadi, Erisha bergerak menanggalkan tali pinggang keselamatan itu. Kali ketiga, dia ditahan lagi oleh tangan kasar itu.

Beg duitnya diletakkan di atas tangan Erisha.

"Guna duit aku," suruh Tengku Hael.

Erisha pandang lama Tengku Hael yang kembali meletakkan rapat kepalanya di kerusi kereta itu. Lelaki itu masih seperti dulu. Bukan kerana memberi wang. Tetapi, ini dirinya.

Tetapi dulu Tengku Hael lebih bermanja dengannya. Tindakannya itu romantik katanya. Walaupun begitu, lelaki itu ikhlas bukan semata-mata hendak buat keadaan jadi romantik. Dia tidak tahu celah mana dimaksudkan, tetapi cukup untuk mereka bahagia ketika itu.

Saat ini masih membibitkan senyuman. Teringat kisah lalu.

"Pergilah cepat." Tengku Hael menyedari Erisha masih memusatkan mata di wajahnya.

Erisha menujahkan semula dirinya ke dalam titik realiti. Dia sendiri dalam keadaan sedar meski dia ditenggelami kisah dulu.

Dia meletakkan semula beg duit itu di atas lima jari Tengku Hael yang terbuka. Kakinya kemudian diatur keluar.

Farmasi yang tertera sepanduk ubat perubatan itu dia langkah masuk.

Beberapa minit sahaja urusannya selesai, dia menapak keluar. Kereta Tengku Hael dituju.

Dia terhenti depan tingkap. Matanya menangkap jelas Tengku Hael pejam mata. Ada baiknya dia mencari air mineral. Tengku Hael boleh terus makan ubat itu.

Kedai runcit tepat di sebelah farmasi tersebut memudahkannya.

Pintu langsung dibukanya perlahan. Dia lihat Tengku Hael sebelum dia duduk. Kerusi yang diturunkan, dia dapatkan penekannya. Dia terpaksa melingkar tubuh itu.

"Awak, bangunkan kerusi ni." Erisha menguis perlahan dada di suami memandangkan bahagian itu sahaja berdekatan hujung sikunya.

Tengku Hael mencelikkan mata layu. Dia sedar keadaan Erisha sekarang, tapi dia cuma biarkan. Dia betul-betul hilang tenaga.

Erisha mengeluarkan badannya ke luar kereta sebaik mengundur dari perbuatan tadi. Dia masuk lalu duduk sebaiknya.

Tengku Hael mengalihkan mukanya ke arah Erisha lalu sekelip matanya terpejam semula.

"Bagi aku tidur dulu, lepastu kita balik." Dia menolak patah kata itu sambil matanya tertutup.

"Tapi awak kena makan roti ni dulu lepastu ubat." Sebelum dia menidakkan, Erisha sudah membuka plastik roti.

Matanya gesa dicelikkan. Roti itu bertukar tangan. Tengku Hael menyuap ke dalam mulut tak sampai setengah. Erisha tak memaksa, ubat yang dipicit keluar dari plastiknya diletakkan di atas permukaan tangan Tengku Hael yang menghulur. Sejurus itu diikuti air.

"Kalau kau panas buka la kuat aircond tu." Tengku Hael bersuara lagi lalu menurunkan kerusinya.

Melihat gelengan Erisha, Tengku Hael kembali pejamkan mata. Walaupun dia tahu Erisha sebaliknya pasti ingin, dia sendiri tak larat hendak menegah.

Jarinya menekan pengunci pintu kereta sebelum dia betul-betul lena.

"Awak masih sama, Hael." Erisha bersuara cukup perlahan.

Tempat duduknya diturunkan sedikit lalu badannya dirapatkan ke badan kerusi. Sekarang tepat tubuhnya mengadap Tengku Hael.

Wajah pucat itu menghantar satu pesanan ke relung hatinya.

"Kisah kita dulu terlalu indah meski berakhir tanpa dihalalkan. Dulu cinta awak amat mendalam, kata awak, awak selalu merasakan seperti ada satu gelombang yang telah menyentuh dasar hati awak yang paling dalam setiap kali kita bertemu mata.

Kali ini saya buat pertama kali merasakan yang sama. Betul cakap awak, tiba saat nanti hati ini akan jadi macam awak selalu rasa, bila hati, sebenarnya telah hadir rasa cinta yang tulus." Erisha bicara sendiri.

"Saya takkan sia-siakan pernikahan ni, pernikahan yang saya impikan daripada awak. Lamaran bahagia yang pernah awak inginkan hanya akan menjadi milik awak. Saat ini, saya lamar awak untuk bahagia. Saya tak mahu cinta awak kekal seketika buat saya, saya mahu cinta awak kekal selama-lamanya. Saya takkan putus berusaha hadirkan semua perasaan awak yang sempurnakan kebahagiaan saya dan kita ketika dulu." Buat pertama kalinya, tangan lelaki itu di dalam pegangannya.

Cuaca kelihatan mendung. Awan kelabu mula berarak laju, melitupi langit yang awalnya cerah. Secalit senyuman yang selama ini hanya sayu, berakhir dengan indah dibibirnya.

________________
Writer Comment : Hihi okey tak tu? Thankyou baca yeee ye❤️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro