MHS : 22
BERAT hati Tengku Hael membiarkan Erisha di rumah itu meskipun dia tahu pasti Elina ada. Apa yang dia tahu, hubungan Erisha dengan ibu mertuanya masih belum baik. Jelas Erisha akan bersendiri.
"Risha," panggil Tengku Hael sebelum Erisha menutup pintu pagar. Dia bergegas keluar daripada kereta bila Erisha pagung wajah.
"Aku teman kau." Tengku Hael menyatakan hasratnya. Sedalamnya pandangan Tengku Hael pada raut wajah itu. Mengharap agar Erisha tidak keberatan.
"Tak apalah, awak. Saya dah terlalu lama ganggu masa awak harini, saya betul-betul minta maaf mengenai kejadian tadi," tolak Erisha dengan intonasi sehabis lembut. Saat itu juga dia berusaha meleraikan tangannya daripada pegangan Tengku Hael. Dia tahu Tengku Hael berkelakuan seperti ini gara-gara hadir rasa empati.
Sejujurnya hati Erisha luluh, seolah dirinya menginginkan belas kasihan orang lain. Sedaya upaya dia menahan air mata yang bertakung penuh.
Tengku Hael terpaksa melepaskan tangan Erisha. Erisha benar-benar memaksudkannya. Tadi, lama mereka berada di klinik. Erisha diberikan ruang berehat.
"Boleh saya salam awak?" Erisha meminta dalam hiba.
Tengku Hael langsung menghulurkan tangannya tanpa teragak-agak.
Erisha menyambut lembut seraya mengucup tangan Tengku Hael dengan penuh rasa yang perit dipendam. Jika dulu, Tengku Hael mendengar luahan dukanya. Tetapi sekarang? Dia malu. Dia amat sedar maksud di sebalik statusnya sebagai isteri. Tengku Hael memujuknya dengan menidakkan kebencian. Sudah satu harapan muncul di hati. Tetapi, masalah tetap masalah, dia yang cetuskan angkara dia benar-benar kecewa dengan nasib setiap keputusan yang dibuat olehnya.
Nasib yang teruk. Keputusan menikam hati sendiri. Dua-dua itu takdirnya.
Tengku Hael cuma kaku melihat Erisha masuk tanpa berpaling meskipun sebentar setelah menyalam tangannya.
Aku tak balik malam ni. - Ibu.
Erisha baca dengan perlahan. Sekali lagi hatinya dipagut pilu. Hari ini hanya duka membekam di selembari hati.
Lemah langkahnya disusun. Dia memaksa demi menyembunyikan segenap rasa.
Dia mahukan Zahra. Zahra sahaja pengubat duka laranya. Misalnya Zahra masih hidup, Zahra pasti akan menenangkannya. Jiwa dan raganya hancur mengenangkan ketiadaan Zahra. Satu per satu kehilangan yang dia rasa. Seolah kebahagiaan takkan berpihak padanya.
Lama Tengku Hael di luar. Hampir setengah jam. Tidak terlintas dalam fikirannya untuk pulang. Sepenuhnya memikirkan keadaan Erisha di dalam rumah. Cahaya yang menyala pada sebuah bilik menggamit pandangan Tengku Hael. Lantas matanya melingas ke bilik itu. Erisha sudah berubah bilik?
Bunyi kaca yang berderai menyapa kerisauan Tengku Hael. Kuat bunyi kaca itu sehingga kedudukannya di luar, boleh mendengarkannya. Mata Tengku Hael meliar tak menentu.
Tengku Hael tidak mempedulikan sekiranya ada keberadaan Elina. Dia pasti bunyi itu datang dari bilik yang baru sahaja menyala lampu itu tadi dan dia yakin itu bilik Erisha.
Bergegas dia menapak ke tepi rumah, cepat dia memijak saluran dan mencapai satu pemegang yang barangkali sememangnya ada di situ lalu berpaut pada saluran memanjang yang diketatkan dengan besi. Dengan pemegang terakhir, dia berjaya mencapai tiang beranda lantaran dia memanjat sekuat daya.
Tanpa mengetuk pintu gelongsor itu, Tengku Hael terus bertindak membuka sendiri. Belum sempat tercungap-cungap Tengku Hael reda, Tengku Hael disapa pandangan susuk tubuh isterinya seperti ingin tumbang.
Sepantasnya dia melangkah mendapatkan Erisha.
(tgk part bukak pintu je)
Bahu Erisha dipegang sekuatnya menarik Erisha berdiri. Hampir sahaja Erisha terkena kaca. Cepat dia membawa Erisha jauh ke pinggir katil.
Tubuh Erisha didaratkan segera di atas katil sebelum kakinya diatur ke serpihan kaca yang berderai di lantai. Namun, tubuhnya dipaut semula tetapi dimulakan oleh Erisha.
Ketara Erisha menangis. Mata itu merah menatapnya tika ini.
"Hidup saya cukup teruk. Saya buat keputusan yang menghampakan diri saya sendiri, dari dulu sampai sekarang. Keputusan saya bukan elak daripada masalah, tapi makin merumitkan." Erisha bisik di telinganya dalam tangisan.
“Aku dah cakap, kan? Jangan persoalkan macam ni. Sampai membahayakan diri sendiri.” Erisha dicempung ke dalam dakapan.
Dia menuju ke arah katil.
"Rehatlah, Risha." Dia meleraikan pegangan Erisha di lehernya. Tiada rasa untuk bicarakan tentang perasaan mereka tika ini.
Secara jujurnya, dia sedih melihat keadaan Erisha sebegini di depan mata. Selama ini, hanya dari jauh. Itupun jiwanya sakit.
Pilihannya menikahi Erisha dengan alasan Erisha menghancurkan hari bahagianya hanya atas rasa ingin Erisha bertanggungjawab. Dia sendiri berkehendak. Dia langsung tidak dapat menafikan dia enggan mempunyai hubungan dengan Alissa malah untuk mencintai Alissa, satu-satunya perkara yang mustahil baginya setiap kali Alissa mahukan kalimat cinta daripadanya.
Memang dia sangat kesal. Status sebagai suami Erisha, itu impiannya. Hatinya bahagia, tetapi lebih dalam rasa kecewa yang selama ini dia lalui.
Langkah demi langkah dia atur. Seolah kenangan dulu bertaut kembali. Dari mula hubungannya dengan Erisha sehingga penghujung yang memedihkan.
Cinta terhadap Erisha tak pernah padam. Yang padam hanya bahagia. Yang tinggal cuma kekosongan dan sepi. Pertemuan semula lantas ditemukan takdir dalam ikatan ini, seakan menjerut hatinya yang tidak henti lara angkara kisah lepas. Tapi, hatinya tak kosong dalam merindui Erisha dan menginginkan Erisha kembali. Dia sentiasa mengharapkan itu.
Dia memalingkan pandangan ke arah Erisha. Dia merindui saat mereka berkasih, dia rindu saat mereka bahagia.
"Wahai hati, tak mampukah engkau mengizinkan hati ini melepaskan kesakitan lalu? Dia yang kau cinta sudah kembali, dia yang kau puja sudah kau miliki. Bukankah itu yang sangat kau harapkan?”
"Kau sendiri yang menghancurkan kebahagiaan kau. Erisha adalah cinta masa lalu kau, bukan lagi insan yang kau cinta." Hafiz cuba menyedarkan Tengku Hael. Dia terlalu kesal. Jika dia ikutkan hati, dia memilih untuk mendesak. Alissa tidak berhak untuk diperalatkan sebegini.
Dia yakin seandainya pernikahan tadi berlangsung, Alissa akan mudah berjaya menambat hati Tengku Hael. Tetapi gara-gara Erisha, semuanya hancur. Seperti yang gadis itu lakukan dulu, menghancurkan hati Tengku Hael seolah Tengku Hael tiada perasaan.
Dia hanya membisu tika Hafiz mencemuh.
Hatinya saja lantang bersuara.
Erisha akan sentiasa jadi pilihan aku, dia kekasih aku, Hafiz. Dia kebahagiaan yang aku terlalu sayang. Aku memang nampak bodoh sangat, aku akui bertahun lamanya aku menyalahkan hati. Ternyata sebenarnya, diri aku Hafiz, diri aku, setiap pelusuk tubuh aku, hati aku yang rapuh ni yang mencintai dia terlalu dalam. Dalam sangat, Hafiz.
Konsentrasinya hanya terhadap seraut wajah yang sembab itu. Dalam keadaan lama dia menatap, tidak semena-mena memperlihatkan bibir isterinya itu pucat. Pandangannya terasa menembusi sehingga baru dia menyedari.
Pasti dia bahagia ketika ini jika hal dulu itu tidak pernah berlaku. Perasaannya yang mencemaskan Erisha mesti lebih mendalam. Dia tidak akan senang duduk. Tetapi, semua itu saat ini dia rasa bersama perasaan yang bersulam sakitnya derita lalu.
Pintu bilik itu dipulas, kakinya diatur keluar dari bilik tersebut. Dia menyusun langkah saat ini demi melindungi insan itu lagi. Inilah dirinya, yang masih bertahan dan sanggup membiarkan diri tersiksa.
Dia menghidupkan enjin kereta, keretanya dibawa ke penghujung taman kawasan perumahan itu. Demi siapa? Demi Erisha. Dia menyaksikan sejak dulu lagi, Erisha sentiasa dimarahi oleh Elina seolah Erisha tiada hati. Malah di depannya, Elina tega melontarkan perkataan yang menyakitkan agar puas selepas merasakan Erisha telah menghancurkan hatinya sebagai ibu.
Dia tak pernah menganggap Erisha salah. Tapi, siapa sangka akhirnya hatinya berpihak pada si ibu yang terluka akan sikap anaknya. Seakan mencerahkan matanya, selama ini dia berpihak pada seseorang yang akhirnya membuat dia turut merasa hancur.
"Makcik tak mahu Hael kasihankan kehidupan Erisha. Dia sendiri memilih jalan hidup dia. Hael juga berhak memilih kebahagiaan buat diri Hael. Jangan berharap lagi pada orang yang tak tulus. Makcik minta maaf bagi pihak anak makcik sekali lagi.
Makcik bukan ada apa-apa pertalian dengan Hael untuk Hael lawat makcik, makcik tak mahu tengok Hael lagi. Makin menebal ralat makcik setiap kali Hael melawat makcik." Kata-kata terakhir Elina berdesing menangkap deria dengar Tengku Hael semula.
Sejak itu, Elina tiada di rumah setiap hari yang dia datang melawat.
Dia usaha datang pada hari yang lain, namun Elina tidak membuka pintu. Elina benar-benar memaksudkan kata-katanya. Tengku Hael jujur, dia terkilan tetapi dia menghormati keputusan Elina.
Dia tak tahu sebagaimana hubungan Erisha dan Elina sekarang. Erisha bukan seorang yang lemah, dia sanggup berdepan dengan setiap perkataan Elina. Sekali sahaja Erisha akur dengan perkataan 'halau', 10 tahun lalu.
Seandainya Elina tahu hubungan ini, entah apa yang akan Erisha lalui.
Pakaian kotor Erisha sudah digantikan dengan pakaian baru. Meski hatinya kesal kerana cinta dan keadaan yang sudah tidak seperti dulu, dia tetap merasakan tidak menyangkal dirinya dapat berada di sisi Erisha seperti ketika ini.
"Selama ini aku hanya dapat tengok kau dari jauh. Aku tahu kau sedih, tapi aku tak dapat menidakkan yang aku sentiasa merasakan sebalik tangisan, kau tetap dalam bahagia, bahagia bersama insan lain cuma aku tak tahu apa sebabnya kau jadi macam ni.
Sampai lahirnya Zahra, takkan tak membuktikan kau dah terlalu cukup bahagia? Kau tak perlukan pun cinta kita. Sepertimana kau buang dulu seolah aku tak pernah ada di dalam hati kau. Kau fikir tak? Sakitnya... erti derita mencinta, sakitnya erti derita merindu." Sayu suaranya menyuarakan rasa di hati. Setiap kali dia melihat Erisha bersedih, dia jadi benci. Erisha belum merasa seperti yang dirasakannya, walaupun berduka, Erisha tetap merasai bahagia.
Tetapi sejauh manapun kebenciannya itu, perasaan yang lebih meluluhkannya tetap dia rasa setelah itu, Erisha masih mengalirkan air mata kerana berduka. Kerana pilihannya tidak membahagiakan? Mengapa tidak bahagia setelah bersungguh mengakhirkan hubungan mereka? Ingin sekali dia memujuk, meraih Erisha semula.
Cinta memang menyakitkan hatinya. Kerana cinta, dia teguh di sini. Kerana cinta merenggut hatinya, dia terima Erisha. Tetapi percayalah, cinta yang dia rasa selama ini sangat sakit untuk dilepaskan. Puas dia hendak menidakkan semua, tiada alasan yang mampu dia ungkap, yang dia rasa hanya berperang dengan perasaan sendiri.
MALAM hampir berakhir, sepertiga pagi dia tersedar. Kepalanya kembali berdenyut kuat. Berkerut-kerut dahinya menahan sakit di kepala. Dia cuba membuka matanya.
Telinganya disapa satu suara yang sedang mengalunkan ayat-ayat Al-Quran. Perlahan-lahan dia mengalihkan selimut ke tepi.
Dia bingkas menapak ke ruang solat di dalam biliknya. Tepat bersebelahan dengan bilik mandi.
Dia mencari suara itu. Hatinya terdetik ayah. Cuma ayah yang sering mengalunkan ayat suci itu di waktu sebegini.
"Ayah..."
Langkahnya terhenti, terlihat susuk tubuh yang sedang membelakanginya itu adalah susuk tubuh Tengku Hael. Dari pemakaian baju sudah dapat diteka. Terduduk Erisha di tepi kabinet sebelum memasuki ruang solat.
"Ya Allah, memang dia yang datang. Kenapa aku ni?" Keluhannya terlahir berat.
Tuhan sahaja yang tahu bagaimana perasaannya tatkala itu. Menanti ayahnya tanpa lelah. Sudah bertahun lamanya. Jejak juga tidak pasti. Dia mencari tanpa henti. Rumah ini cuma penuh dengan kekayaan, hidupnya juga dilengkapi kekayaan yang mampu membuatkannya memiliki segalanya tapi bukanlah kebahagiaan. Rumah ini sepi dan kosong tanpa adanya kebahagiaan.
Walaupun suara suaminya itu perlahan tetapi mampu meresap ke dalam hati siapa yang mendengarnya. Lantunan suaranya jelas dan merdu.
Melihat pakaian yang masih di tubuh suaminya itu menjentik rasa kasihan di dalam hati. Pakaian di tubuhnya sendiri telah ditukar, lelaki itu juga dibasahi air hujan.
Air mata dikesat seraya berdiri kemudian melangkah menuju ke almarinya. Sebaik sahaja mendapatkan sehelai baju dan seluar miliknya, dia menyusun langkah ke ruang itu semula.
Suaminya masih membaca Al-Quran. Konsentrasi Tengku Hael tidak langsung terganggu meskipun dia menolak pintu.
Erisha menggantung sepasang baju beserta seluar di almari lantas keluar dari bilik solat itu. Saat dia ingin mencecah lantai depan bilik solat, langkahnya terhenti mendengar bacaan doa yang pernah didengarinya.
"Ya Allah rahmatikanlah kami dengan Al-Quran-Mu. Jadikan ianya pimpinan, cahaya, petunjuk serta rahmat kepada kami Ya Allah. Ya Allah, ajarkanlah kami apa yang kami terlupa, ajarkanlah kami apa yang kami tidak ketahui, rezekikanlah kami membacanya, siang dan malam, sepanjangan siang dan malam." Tengku Hael membaca doa selepas membaca Al-Quran.
Tengku Hael meraupkan wajahnya sebaik sahaja selesai mengaminkan doa. Perlahan-lahan dia bangun dan melipat sejadah yang diambil di atas ampaian sejadah tadi.
Tatkala dia ingin menapak keluar, dia terlihat satu baju tergantung di almari. Tengku Hael terus kalih. Susuk tubuh yang berdiri di sebalik pintu dihampirinya.
"Baguslah kau dah bangun, lama sangat kau tidur." Tekaknya terasa tidak selesa. Sedikit berdehem selepas dia bersuara.
"Lama juga awak teman saya kat sini. Tak menyusahkan awak?"
Keadaan petang tadi samar-samar di ruang ingatan.
"Kau dah jadi isteri aku." Lelaki itu berlalu melepasinya.
Mata Erisha dipejam kejap selepas bunyi pintu tandas ditutup. Dia tidak salah dengar. Perasaan apa yang harus dirasakannya selain senang?
Ruang solat tadi dipandang sebelum dia membawa langkah ke luar. Usai wuduk diambil, tapak yang diambil terhenti tatkala suara Tengku Hael menegur.
"Aku tak nak kau ulang perkara yang kau lakukan dekat kubur semalam. Walau apa-apa pun alasan, hakikatnya arwah Zahra dah tak ada dan sebesar manapun rindu kau pada dia,tak seharusnya kau buat tindakan sehingga macam tu."
Erisha terpaksa berpaling dengan hati yang membengkak. Matanya sekejap saja berair. Ayat Tengku Hael perit untuk ditelan.
"Salah ke seorang ibu merindukan anaknya?" Suara Erisha mulai hiba. Tersinggung dengan teguran itu.
"Itu rindu atau kau tak ikhlaskan pemergian Zahra?"
Erisha mengigit bibir bawahnya.
"Ya, saya tak pernah ikhlaskan anak saya meninggal. Saya sayangkan Zahra, ibu mana yang sanggup terima anak dia mati. Saya lalui dengan dia pelbagai derita, sikit pun saya tak dapat bahagiakan dia selama dia hidup.
Dia pergi dalam keadaan dia masih derita, dia sakit! Sampai hujung nafas dia, sebesar zarah pun dia tak merasa kebahagiaan sepertimana anak-anak yang lain rasa. Saya takkan pernah dapat terima Zahra pergi, hati saya sakit, hati saya hancur, Allah tarik nyawa Zahra ketika Zahra inginkan kebahagiaan. Ketika Zahra masih belum merasa apa yang dia mahukan." Erisha meluahkan dalam keperitan. Lelaki ini sentiasa menang dalam memahami hatinya.
Tetapi saat ini? Lelaki ini bukanlah lelaki yang dulu dia kenal. Rasa senang tadi cuma berlalu pergi.
___________________
Writer Comment: Next bab seriously akan korg suka hoho. Saya agak je la.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro