MHS : 21
KUBUR arwah Zahra diziarahinya pagi itu. Sayu menjengah hatinya saat menyentuh batu nisan yang tertera sebaris nama Zahra Qalisha Binti Muhammad Khairi. Sedaya upaya dia mengawal perasaannya.
"Nama anak ibu apa, sayang?" Erisha menguji anaknya.
"Zahra Qalisha Binti Muhammad Khairi. Panggil Zahra." Lancar sebutan nama seperti yang diajarkan oleh Erisha. Erisha membuka dakapan, cepat sahaja anaknya memeluk.
"Kita ziarah Tok Wan esok tau, Zahra kena tidur awal," pesan Erisha seraya menyentuh manja pipi anaknya. Meski masih kecil, dia cuba didik anaknya sebaik yang mungkin. Walaupun dia tahu hanya kasih sayang yang mampu dia beri sebagai jaminan anaknya dibentuk dengan baik.
"Ini batu nisan Tok Wan? Kemudian hari Zahra pun mesti macam ini juga, kan? Tok Wan, tunggu Zahra tau. Nanti..."
Erisha lantas membawa Zahra meninggalkan kawasan perkuburan itu. Entah mengapa hatinya berasa takut dan tidak enak sebaik mendengar anaknya berkata sedemikian. Bahkan, seakan terlintas di dalam hatinya perkara yang tidak diingininya. Meskipun begitu, langkahnya bagai teragak-agak angkara rasa bersalah meninggalkan kubur bapa mertuanya begitu sahaja tanpa membaca yasin seperti niatnya sebelum mendengar kata-kata anaknya.
"Zahra, kenapa Zahra cakap macamtu?" Tanpa sedar, air mata Erisha menitis ke pipi tika itu. Dingin suaranya.
"Cakap apa, ibu?" Zahra tidak faham. Namun, setelah menyedari air mata membasahi wajah ibunya, dia bersuara.
"Ibu..." Dia mendekatkan tubuhnya dengan ibu.
"Ibu takut sayang. Ibu rasa tak sedap hati, seolah ibu akan hilang Zahra selepas Zahra cakap seperti di kubur tadi. Ya Allah, janganlah engkau biarkan takdir anak aku berakhir Ya Allah. Aku hanya punya dia. Zahra, tolonglah jangan tinggalkan ibu. Jangan cakap macam tadi lagi, ibu resah, ibu takut."
Takdir itu tetap berlaku. Erisha menunduk dalam tangisan yang berpanjangan. Lama dia di situ, meski beberapa orang telah beredar sebaik selesai menziarahi. Menerima qada dan qadar Allah, terasa berat baginya. Setiap kali dia menyentuh perutnya, mengingatkannya saat mengandungkan Zahra. Detik-detik Zahra membesar.
Masa-masa itu cukup terindah baginya. Tidak akan mampu untuk dia lupakan.
Namun, hancur hatinya sebagai seorang ibu tatkala dikhabarkan kematian Zahra. Jasad anaknya, Zahra Qalisha yang berada di dalam pangkuannya cuma jasad yang tidak lagi bernyawa ketika itu.
Dia berteleku tanpa beralih. Air mata dibiarkan mengalir lesu.
"Ibu tak dapat jadi ibu yang terbaik buat Zahra. Maafkan ibu, sayang." Air matanya sedaya upaya ditahan. Tangisan Erisha semakin mendayu.
Dia memegang bantu nisan anaknya.
"Zahra ingat pakcik yang ibu ceritakan? Sekarang dia dah jadi ayah tiri Zahra." Sedaya upaya dia mengawal perasaannya.
"Tapi, salah ibu. Ibu buat hal yang tak sepatutnya... Sampai dia boleh jadi ayah tiri Zahra." Sebak Erisha menuturkan itu. Memang salahnya, jika tidak, dia di sini tanpa apa-apa status. Dia takkan hancurkan kebahagiaan orang lain dan orang lain takkan terbeban disebabkan masalah yang dia cetus.
Seseorang berdiri di sisi. Erisha panggung kepala. Seraut wajah itu tidak terduga olehnya keberadaan di sini. Debaran hatinya berdegup kencang.
"Dah bacakan yaasin?"
Seseorang itu turun meraih perlahan naskah surah yassin di sebelah Erisha.
Erisha terlihat pucat, tanda tanya keberadaannya di sini tidak langsung ketara.
“Dah baca yaasin, Risha?” Dia menyoal sekali lagi.
Erisha menitiskan air mata sebelum mengangguk pilu. Dia ketandusan kata, tertanya hanya seketika singgah. Dia masih menangisi Zahra. Arwah Zahra. Lagi pula, Tengku Hael membencinya, niatnya kemari mustahil demi ingin di sisi. Pastinya niat lain.
"Aku bacakan sekejap, kau tunggu aku. Ada hal yang aku nak cakap dengan kau." Dia turun melabuhkan duduk bersebelahan Erisha. Yasin yang dibawa bersama, perlahan dibuka. Benarlah, ada hal yang Tengku Hael perlukan jawapan.
Lafaz basmalah dimulakan lalu disusuli bacaan.
Sehingga ke bacaan yang terakhir, hanya sisa sebak Erisha yang didengari. Sejak dia tahu kematian arwah Zahra, dia pasti bertembung dengan Erisha dari jauh, tangisan tidak lekang dari si ibu itu. Hati siapa sahaja mampu menerima pemergian insan tercinta.
Tangan Erisha diraih usai Erisha menyiram pusara arwah Zahra. Tikar digulung rapi seraya dia menuntun Erisha untuk pulang.
Perlahan-lahan dia melepaskan pegangannya di tangan Erisha apabila Erisha masih hendak melihat kubur anaknya dari jauh. Dia menunggu sebagai tanda hormat.
Tidak lama kemudian Erisha berpaling. Mereka saling berpandangan sebelum salah seorang mula bersuara.
"Macam mana awak boleh tahu saya melawat kubur arwah Zahra?" tanya Erisha, dia mengawal perasaannya yang masih tak mampu menyulam hal lain. Tapi, mengapa lelaki itu berada di sini ketika ini?
"Aku terpaksa ikut kau, macam aku cakap tadi aku ada hal nak cakap sedikit dengan kau." Alasan dia berada di sini, dicipta agar tidak menjadi pengetahuan Erisha.
“Awak baca yaasin tadi, awak tahu tu kubur siapa?” Erisha masih ingin tahu.
Tengku Hael memandang Erisha. Mustahil aku tak tahu, Risha. Aku cukup tahu.
“Tu kubur arwah anak yang kau lahirkan 10 tahun lalu.” Tengku Hael menjawab, kelam rentak suaranya.
“Takziah. Aku ada nampak nama arwah Zahra berbintikan Khairi, mesti itu anak kau dengan... dia,” sambung Tengku Hael. Hanya itu jawapan yang terbaik berbanding Erisha mengetahui hakikat dia tahu selama ini.
“Awak nak cakap apa? Urgent?" Erisha memulakan pertanyaan dan dia sendiri mengakhirkan. Walau seolah tak peduli, tetapi itu lebih baik, andai dia memikirkan perasaan Tengku Hael itu, dia cuma akan mengenangkan hal lalu ketika dia meninggalkan Tengku Hael demi Khairi.
Dia akui dia salah, namun biarlah ketika ini dia menenangkan diri dulu, fikirannya setiap kali melawati Zahra, hanya Zahra berterusan mencengkam pemikiran.
"Mama nak kau tinggal dengan dia juga. Sebulan dua saja sebelum tinggal rumah aku. Rumah jiran aku dalam proses renovate bulan lepas sehingga dua bulan lagi.”
Dia baru menyedari perbualan mereka yang dibahasakan oleh Tengku Hael adalah 'kau, aku'. Mengapalah dia memilih begini? Jelas sekali Tengku Hael tidak menyukainya.
“Jadi, bila ada renovate boleh tahan bising juga. Disebabkan tu aku tinggal rumah mama sementara renovate tu selesai. Aku faham kau nak tinggal dengan ibu. Aku datang nak minta kau tinggal dengan aku dekat rumah mama." Tengku Hael menolak setiap patah keluar dari mulutnya biarpun sungguh terasa berat.
"Saya sebenarnya memang tak keberatan kalau saya tak ada komitmen lain. Saya kerja dan bila malam saya perlu balik rumah ibu, macam waktu biasa saya balik kerja.
Pagi saya selesaikan berniaga. Petang saya masuk kerja pukul 6 petang sampai 10 malam. Waktu di rumah puan, saya tak pasti waktu yang mana membolehkan saya ada. Saya tak nak buat ibu curiga dan buat masa ini saya belum bersedia nak beritahu ibu tentang kita."
Tengku Hael tidak hanya mendengar. Wajah Erisha juga direnung dalam. Ingin sekali dia mengesat air mata yang tidak culas menodai muka itu. Dia tidak seharusnya membincangkan masalah ini, di waktu sebegini.
"Jadi, kau tak boleh tinggal dengan aku dekat rumah mama?" Nadanya sedikit berubah, dingin. Erisha terus angkat wajah melihat riak wajah suaminya yang turut bertukar ekpresi.
"Tak. Bukan maksud saya macam tu. Saya akan cuba minta part time pagi dekat tempat saya kerja tu," usul Erisha cepat. Enggan suaminya berjauh hati.
"Kau kerja dekat mana?" Mata Erisha dipandang usai menyoal. Dia menanti jawapan.
"Supermarket." Sekali lagi jantungnya berdebar dengan pandangan mata suaminya.
"Aku nak kau berhenti. Aku boleh tanggung kau."
Dulu, Erisha enggan mengikuti saranannya. Sekarang pun masih sama? Tengku Hael mulai rasa tertekan. Dulu, dulu! Berhenti la fikir tentang dulu, Hael! Dia tak peduli pun hal dulu! Sebab tu dia buat lagi degil macam ni, dia nak buat kau ingat diri dia yang dulu!
"Tapi, saya..."
"Aku cakap berhenti, maknanya berhenti. Aku tak nak juga mama aku curiga dengan pergerakan kau dan keberadaan kau. Cuma mama je yang bantu kau dalam hubungan ni, jadi gunakan mama sepertimana yang kau mahu asalnya," suruh Tengku Hael pada awalnya dan berakhir dengan sindiran. Wajah Erisha tidak dipandang lagi, dia terus beredar memasuki ke dalam kereta.
"Apa saya buat, tak ada kena mengena dengan puan. Puan tak bantu saya, saya tak gunakan puan dan takkan gunakan puan, Hael. Hael, Hael,” sanggah Erisha, namun sia-sia. Dia hanya dibiarkan.
Meski dia mendengar Erisha memanggilnya berkali-kali, dia tetap memboloskan tubuhnya.
Terkilan di sudut hatinya dengan sangkaan Tengku Hael terhadapnya.
Bunyi deruman enjin menampar gegendang telinganya. Kereta Tengku Hael melaju keluar daripada halaman letak kereta di situ lalu membuatkan mata Erisha terpejam dek dibenam bunyi itu.
Guruh sedang menyeru. Bunyi rintik hujan menyembah bumi ketika itu. Pakaiannya mula terasa basah dengan hujan yang menjadi lebat. Erisha tidak bergerak, dia hanya kaku di situ.
Tengku Hael cintakannya? Itu hanya dari mulut Rawda. Tetapi hakikatnya jelas dari bicara tadi. Perasaannya bercampur baur. Bukan nama Tengku Hael saja memekik duka di fikirannya Ibu? Wanita itu pula ternyata tidak benar berbaik dengannya. Pak Ngah? Pak Ngah enggan lagi menenangkannya. Pak Ngah terasa hati dengan keputusannya.
Tiada bezanya dengan kehidupan dulu. Ibu membuangnya, sekarang Pak Ngah. Tengku Hael jelas lagi ketara.
“Kenapa tak pernah fikir perasaan aku pun? Aku ni tak rasa apa-apa ke dengan apa aku putuskan? Aku kesal! Aku buat keputusan macam tu pun dulu sebab aku tahu aku akan diuji lebih berat lagi, akan... bersulamnya satu nyawa dalam rahim aku.
Kalau aku tak buat keputusan macam tu, rasa empati orang yang aku terima, terutamanya Hael, keluarga dia semestinya takkan mudah terima perempuan yang mengandungkan anak tak...” Erisha menggeleng, Zahra suci, dia anak yang baik.
“Mak Khairi akan terlalu kecewa dengan apa yang anak dia dah buat terhadap aku, mak Khairi jaga aku bersama arwah umi, manakan sanggup aku biar orang yang tulus sebegitu dikecewakan dengan hakikat yang memedihkan? Tapi kesannya buat aku, aku dibuang. Dulu dan sekarang sama! Kenapa aku yang tetap menjadi mangsa, dibuang! Aku fikirkan perasaan orang lain berbanding perasaan aku sendiri sebab aku tahu kalau aku tetap hadapi, aku akan menyusahkan semua orang, terutamanya Hael, dia pasti sanggup menanggung masalah aku kerana cintanya tapi aku tak sanggup dia lalui tu. Cintanya bukan untuk menerima hal sebegitu. Macam tu la ibu dan mak Khairi. Cukuplah dulu aku meraih kasih atas empati mereka lepas ayah dipenjara dan ibu tak mahu pedulikan aku. Aku takut menerima lagi empati orang, walaupun aku tahu mereka tulus! Mereka betul-betul akan lebih menanggung duka demi aku.”
Zahra. Nama itu makin menekan di fikiran. Sejak kelahiran Zahra, hanya Zahra tempatnya bergantung harapan dan kekuatan. Hanya Zahra sahaja kebahagiaannya yang tinggal setelah melalui setiap liku-liku itu. Tetapi yang satu itu juga, pergi. Mengapa!
Tanpa disedar, langkahnya diatur ke arah kubur anaknya semula. Perasaannya memburuk. Semuanya akan sempurna dengan tepat tanpa memikirkan lagi perasaan orang lain seandainya dia juga pergi bersama Zahra.
Bajunya lencun dengan air hujan. Tidak langsung dia peduli. Langkahnya makin laju diatur.
"Zahra, ibu rindu Zahra. Zahra je ada dengan ibu, yang akan menyebelahi ibu. Zahra, ibu nak bersama Zahra. Ibu sedih, Zahra!" pekik Erisha walaupun suaranya terbatas dengan hujan yang kian lebat. Masih terngiang-ngiang pujukan Zahra. Walaupun Zahra masih kecil, anaknya itu bijak. Tahu bila ibunya sedih, selalu datang memujuknya setiap kali Khairi bertengkar dengannya.
Dia tak seharusnya meninggalkan Erisha untuk pulang sendiri. Dia berkecamuk memikirkan tujuan Erisha mengganggu hari perkahwinannya bersama Alissa tempoh hari. Dia terbawa-bawa perasaan. Mujur hati menahan dugaan tatkala cermin tingkapnya mulai basah dengan deraian hujan yang langsung lebat.
Dia ingin memusingkan stereng lantas kembali ke ruangan tempat kenderaan tadi, namun perbuatan jeda.
Jantungnya bagai direntap saat terlihat usai menyedari daripada fikiran tak keruan, Erisha sudah hilang di sebalik kabus hujan di dalam kawasan tanah perkuburan.
Erisha tiba-tiba sahaja mengubah langkah ke arah kubur semula. Tengku Hael turun dari kereta dengan pantas.
Bunyi tapak kaki yang bergegas menghampirinya membuatkan Erisha mengalihkan wajah. Dia fikir itu Zahra. Dia sudah hilang arah. Tidak seperti selalunya, jiwanya selalu terganggu dengan Zahra. Saat ini sebaliknya, dia inginkan Zahra.
Hatinya tidak berhenti-henti berdoa seiring langkahnya agar Erisha tidak apa-apa.
Tengku Hael terus menarik Erisha ke bahagian tanah lapang tanpa pusara. Bahu Erisha dipeluknya rapat.
“Ibu ada Zahra je sayang. Zahra saja yang akan tenangkan ibu!” Setiap langkahnya, ekoran matanya tidak berhenti memandang wajah Erisha. Erisha hilang perhintungan bahkan esakannya pecah semula bersama sebaris nama Zahra.
Berkerut-kerut dahi Tengku Hael dilanda seribu pertanyaan.
"Kenapa dengan kau ni? Erisha!" Lengan Erisha ditarik kasar dan dia paksa untuk memandangnya. Dia tidak dengar sepenuhnya. Dia hanya dengar sebaris nama Zahra.
“Zahra. Mana Zahra! Anak ibu, dengarkanlah ibu.”
Air mata yang ditahan berjuraian dipipi. Yang dia dengar hanya samar-samar, jeritan Tengku Hael yang cuba menyedarkannya. Tetapi dia mendorong berkali-kali tubuh Tengku Hael, dia ingin mendengar suara anaknya. Dia perlukan Zahra.
Erat dia pegang tangan Erisha walau Erisha berkeras memanggil Zahra. Dia perlu membawa Erisha meninggalkan tempat ini.
Namun, tidak sempat dia membawa Erisha. Erisha melorot jatuh. Tengku Hael turun, Erisha menggeleng saat Tengku Hael menekap kedua tangannya di kedua belah pipi Erisha.
"Saya tak dengar Zahra... Zahra!" Erisha merintih hiba. Tersedu-sedan Erisha meneriak namanya.
“Selalu saya dengarkan dia. Kenapa dia tak panggil saya?”
Tengku Hael sepantasnya menahan tubuh Erisha saat Erisha tetap ingin menuju ke arah kubur Zahra. Terasa basah dadanya dengan air mata Erisha. Dia usap lembut belakang Erisha. Semampunya dia menenangkan Erisha.
Dadanya yang terasa sesak membuatkannya tergenggam kuat tangan Tengku Hael. Makin teresak-esak Erisha, tidak dapat menahan rasa sedih yang menyelinap di hati. Zahra, hanya Zahra menguasai fikirannya.
“Awak sendiri bencikan saya. Zahra saja yang tak bencikan saya. Tapi kenapa tuhan ambil dia daripada saya? Kalau dia masih ada, saya takkan ganggu hidup awak. takkan buat awak susah nak ada dengan saya.”
Sedih sungguh hatinya melihat renungan mata isterinya di kubur arwah Zahra. Empangan air matanya terus pecah di kala itu. Tengku Hael mendapatkan semula tangan isterinya, tubuh Erisha terpaksa dibawa dengan kasar ke dalam pelukannya semula kerana Erisha bertegas anaknya memanggilnya.
"Aku tak bencikan kau. Sikit pun tak. Berhentilah meraung Zahra, Zahra dah tak ada, Erisha. Jangan persoalkan dan mengharapkan apa yang tak seharusnya."
__________________
Writer Comment: Sumpah mmg saya mendalami part ni. Anak kut, pedihnya tu ergh!
How about this chpter, para pembaca? Dua next chapter sweet cikit. Alamak tercakap😂
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro